networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, October 16, 2016

@SPADChannel Tidak Gentar Ancaman Tonto & Serahkan Kepada Pihak @PDRMSia..


Susulan kematian seorang pegawai Kastam baru-baru ini yang dilanggar tonto, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melaungkan amaran bahawa agensi itu tidak gentar dengan apa jua bentuk ancaman ketika menjalankan tugas..

Tindakan melampau tonto sehingga meragut nyawa Anisah Ali, pegawai Kastam mendapat kecaman netizen..mengimbau kembali kejadian berkenaan, Anisah beberapa orang pegawai Kastam lain sedang mengejar sebuah van yang disyaki membawa barangan seludup..insiden tercetus apabila kenderaan Kastam telah dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu tonto sebelum kenderaan berkenaan terbabas...

Biarpun mengetahui ancaman tonto, pihak SPAD sama sekali tidak gentar dan akan meneruskan operasi untuk menahan lori yan lebih muatan, mengangkat muatan dalam keadaan merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain..

Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad yang menjelaskan bahawa SPAD telah melaporkan kepada pihak polis tentang sindiket Tonto yang dikesan SPAD..

Menurut Datuk Che Hasni "kami menghadapi masalah dengan sindiket tonto, banyak operasi kami terganggu yang melibatkan operasi lori lebih muatan dan mengangkut barang secara merbahaya"

"Kami bersyukur setakat ini tidak ada kejadian tidak diingini berlaku kepada kami" jelas Che Hasni lagi.

Sindiket tonto ini perlu dibanteras habis-habisan memandangkan ia melibatkan keselamatan pegawai penguatkuasa yang menegakkan undang-undang negara..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA