networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 15, 2016

Syed Saddiq Kantol Menipu Semata-Mata Nak Ajak Arul Berdebat!!!Kehadiran Tidak Dilayan Audient Pon...


Rasanya media pro-pembangkang dah takde story nak main. Sampaikn posting FB si Syed Palladium ni diambil untuk buat berita.

Buat saudara Syed Palladium, semalam sewaktu program Townhall JASA Jelajah Kampus adalah program tertutup khusus buat mahasiswa UM. 

Cerita kononnya ramai berebut untuk mendapatkan borang PRIBUMI seolah omongan kosong kerana anda berkeliaran seorangan tanpa dipedulikan oleh sesiapapun.

Selepas tamat program, anda berpeluang untuk bertemu Saudara Arul Kanda dan meluangkan masa selama lebih 10 minit.

Adakah anda menggunakan peluang tersebut untuk bertanyakan soalan tentang 1MDB, DOJ ataupun MO1?

Tidak.

Adakah anda menghantar surat jemputan secara tertib kepada Saudara Arul untuk memohonnya untuk berdebat bersama anda?

Tidak.

Anda hanya menggunakn ruang 10 minit untuk menceritakan matlamat politik anda sahaja. Apabila Saudara Arul melayan dan mengucapkan "bagus", anda ambil sebagai satu pujian literal dan berasa sangat berterima kasih kepada Arul yang kononnya pada hemat anda, beliau menyokong perjuangan anda. (Ramai mata dan telinga mendengar perbualan anda)

Pulang daripada program anda menaikkan posting di FB cabaran untuk berdebat dengan Saudara Arul Kanda.

Pertamanya, anda dan Saudara Arul terlalu jauh bezanya. Anda di liga lain dan Saudara Arul di liga berbeza. Saudara Arul hanya akan ditertawakan sekiranya melayan karenah anda. Beliau merupakan ahli perniagaan yang mempunyai urusan perniagaan yang perlu diselesaikan. Bukan untuk bermakn politik seperti anda. Penampilannya di UM pun bertujuan untuk memberi penjelasan fakta dan bukannya untuk matlamat politik.

Sebenarnya anda tidak peduli pun tentang 1MDB. Tidak peduli pun tentang kebenaran. Yang anda peduli hanyalah untuk menaikkan populariti anda selaku pemain baru dalam dunia politik. Tak kisahlah samada anda menang atau kalah dalam debat (sekiranya berlaku dan kalau berlaku pun anda akan 'spin' yang anda menang). Yang penting mata dunia tertumpu kepada anda.

Saya cadangkan sebagai permulaan anda cabar dahulu mereka yang satu tahap dengan anda. Setelah mendapat pengiktirafan barulah naik ke satu tahap lagi dan berusaha menaiki tangga untuk mencapai satu tahap bersama Saudara Arul.

Biarlah mereka yang berada satu liga dengan Saudara Arul buat kerja mereka dan anda buat kerja anda.

Anda cabar di Facebook dengan mengetahui bahawa Saudara Arul tidak aktif di Facebook. Kemudian mengunakan rakan media anda, MalaysiaKini dan FMT untuk menaikkan berita anda mencabar Saudara Arul.

Permainan propaganda publisiti anda cerdik, tetapi tidak mampu untuk menipu ramai orang dengan lama. Yang penting, peluang pertemuaan selama lebih 10 minit (anda dakwa 15 saat - jangan bohong!) tidak digunakan untuk bertanyakan soalan atau desak untuk beri penjelasan. Anda bukan mahukan fakta atau penjelasan. Anda hanya fikirkan tentang diri sendiri dan publisiti sendiri sahaja! - Dipetik penuh daripada FB Raziz Rashid

2 comments:

Anonymous said...

biasa la org nk cari makan cara mudah

Anonymous said...

Adik beradik mamak besi buruk. Buat malu kaum.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA