networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, October 6, 2016

Tahniah!!Malaysia Terus Diberi Kepercayaan Menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa!! @NajibRazak @LiowTiongLai


Malaysia sekali lagi mendapat kepercayaan dunia apabila mendapat sokongan untuk menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ke-39 untuk penggal 2016-2019..Perlantikan Malaysia menyertai ICAO ini merupakan pengiktirafan untuk penggal keempat berturut-turut sejak 2007..perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media Majlis ICAO yang sedang berlangsung di Montreal, Canada..

Ketika pemilihan, Malaysia telah mendapat 129 sokongan daripada 172 undi yang dibuat oleh negara-negara anggota yang layak menggundi..lebih manis lagi, selain dipilih menjadi Majlis CIAO satu lagi pengiktirafan yang diperolehi Malaysia ialah perlantikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebagai Presiden Perhimpunan Agung (ICAO) ke-39..


Kepercayaan negara dunia terhadap Malaysia merupakan penghormatan buat negara yang mana kita lihat serius memastikan keupayaan ke arah meningkatkan standard keselamatan dan juga jaminan keselamatan penerbangan awam di ruang udara global..Dalam pada itu, DS Liow turut diberi kesempatan untuk menyuarakan aspirasi Malaysia dalam mdnghadapi masa depan penerbangan awam dunia..

Kita seharusnya berbangga dengan penyertaan semula Malaysia dalam ICAO kerana hanya dua negara ASEAN sahaja selain Malaysia yang berpeluang menyertai ICAO iaitu Singapura..


Penyertaan Malaysia ini menunjukkan keseriusan negara dalam meningkatkan standard keselamatan penerbangan awam global..ia menunjukkan betapa pentingnya penglibatan negara bersama negara besar lain seperti Amerika, Japan, Austalia untuk memacu visi "No Country Left Behind" terlaksana dan inisiatif "Next Generation Of Aviation Personnel" untuk memenuhi keperluan latohan komuniti penerbanhan glonal melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia...

Datuk Seri Liow dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah kompromi di dalam usaha ke arah meningkatkan standard keselamatan dan jaminan keselamatan antarabangsa..

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan buat Malaysia atas usaha memastikan kedaulatan ruang udara global terus terpelihara.. ICAO yang ditubuhkan pada 1944 merupakan sebuah pertubuhan dibawah PBB yang mana memastikan sektor penerbangan awam lebih selamat, cekap, mampan dan berdaya maju..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA