networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, October 25, 2016

@WeeKaSiongMP Arah Bantuan Sukarelawan MCA Untuk Mangsa Kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB... #PrayForHSA


Pagi tadi negara dikejutkan dengan kebakaran di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kejadian berkenaan telah meragut nyawa 6 orang pesakit yang terperangkap dalam insiden berkenaan. Tindakan pantas pihak Bomba telah berjaya mengawal kebakaran berkenaan...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong telah melahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah di laman facebooknya. Dalam catatan status tersebut Wee Ka Siong berkata "Ucapan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terkorban di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Saya telah meminta MCA Johor mengerahkan CRSM untuk membantu. Saya turut meminta Naib Presiden MCA, YB Datin Paduka Chew Mei Fun bertolak ke Johor Bahru sekarang bagi membantu seboleh yang mungkin"

Dr Wee kini berada di Geneva untuk menghadiri mesyuarat Perhimpunan Kesatuan Parlimen Antarabangsa. Crisis Relief Squad MCA (CRSM) kita yakini kemampuan mereka dalam mengendalikan bantuan-bantuan kemanusiaan. Ketika banjir besar melanda Kelantan beberapa tahun lalu, CRSM antara badan yang bertindak memberi bantuan dan mengupayakan operasi pembersihan di bangunan-bangunan kerajaan.

Dalam kejadian berkenaan, seramai 294 orang pesakit dirawat di bangunan induk dan terdapat 193 orang staff pada masa kejadian...Di bilik ICU tempat kebakaran berlaku, seramai 7 orang pesakit dan 8 orang staff berada pada waktu kejadian..daripada 7 pesakit seorang berjaya di bawa keluar dan kesemua staff selamat..namun begitu 3 orang daripada staff tersebut telah cedera akibat terhidu asap..

Kita bersyukur kerana ramai rakyat negara kita bersimpati atas apa sahaja tragedi yang menimpa saudara kita tidak mengenal siapa..alhamdulillah..setakat ini, bekalan air minuman banyak diterima..



Dalam perkembangan yang sama, atas dasar perikemanusiaan, DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor telah bertitah supaya Wad DiRaja boleh digunakan untuk mangsa yang terpaksa dialihkan. Kami memuji sifat perikemanusiaan Sultan Johor dan kami juga mengharapkan Hospital-hospital swasta yang berada sekitar Johor Bahru melakukan perkara yang sama untuk menerima mangsa yang terpaksa dialihkan..

Berikut antara himpunan gambar ketika kebakaran pagi tadi..












No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA