networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, November 30, 2016

Kalau Dah Benci Potret Tun M Pun Orang #UMNO Tak Pandang.. #PAU2016

3 comments
 

Perhimpunan Agung UMNO diraikan seperti hari raya bagi para penyokong parti keramat UMNO...pada kali ini kita menyaksikan bahawa beberapa individu yang pernah berikrar akan menjadi ahli seumur hidup merasakan buat pertama kalinya tidak meraikan perayaan PAU kali ini..

Niat dihati hendak pergi apakan daya hati sudah benci...itulah ikutkan hati mati..ikutkan rasa binasa..itulah yang terjadi kepada beberapa orang pemimpin atasan UMNO yang telah ditendang keluar dari parti keramat itu..

Sehinggakan terpaksa memutuskan untuk membuat parti baru..namun begitu, kami melihat mereka tidak mampu menyembunyikan perasaan sayang kepada UMNO...ada seorang pemimpin dari Jerlun..mengutuk pembinaan projek menara yang menjadi mercu tanda baru UMNO..mengutuk tu kita tahu kerana mereka kini menjadi pembangkang..tetapi dia menulis jawatan bekas berjawatan dari UMNO..mengapa tidak dia menggunakan jawagan baru dalam parti barunya..

Inilah UMNO..sebenci2 umat pasti dia tidak dapat menyembunyikan jasa yang pernah diberi UMNO kepadanya...

Kita alih pula cerita kepada sibapa...dari perhatian kami, rata2 ahli UMNO yang meraikan perayaan PAU di PWTC merakamkan gambar kenangan bersama potret mantan Perdana Menteri kecuali Tun M...

Gambar potret Tun M sunyi daripada menjadi lata belakang kenangan ahli UMNO..jika ada pun penyokong pro Tun yang serpihannya masih ada dalam UMNO..

Penyokong UMNO lebih gemar mengambil gambar bersama potret Pak Lah dan Najib..tak apalah Tun..gambar anda mungkin tidak popular lagi di PWTC..tetapi anda kini popular dalam kalangan penyokong DAP...tahniah!!!


DAP Johor Bakal Terima Nasib Sama Seperti Sarawak Jika Terus Simpan Pemimpin Bebal!!!

0 comments


DAP CIPTA FORMULA ' SYOK SENDIRI'

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mempertahankan bahawa Bajet Negeri Johor, sememangnya mencatatkan lebihan atau surplus sejak saya menjadi Menteri Besar.

Dalam hal ini, YB Pengkalan Rinting telah mempertikai dan menuduh bajet surplus negeri Johor daripada tahun 2014 kononnya adalah bajet ‘syok sendiri’ kerana sebenarnya merekodkan defisit selepas ditambah dengan jumlah bajet tambahan. 

Sebagai penjelasan suka saya nyatakan:

Pertama, fakta bahawa kita membuat pembentangan bajet tambahan belum membuktikan secara automatik bahawa kita telah berbelanja melebihi apa yang dirancang atau melebihi hasil sebenar yang dikutip.Ini kerana, sepanjang tahun kewangan tersebut, tidak mustahil yang hasil kutipan kita melebihi jangkaan atau sasaran awal. Misalnya bagi tahun 2014, kita berjaya memperolehi hasil 45.01% melebihi sasaran. Maka, walaupun dengan tambahan perbelanjaan sebanyak 11.47% berbanding anggaran dalam perbelanjaan asal, akaun kerajaan negeri bukan sahaja kekal berlebihan seperti yang dibentangkan, tetapi mencatatkan lebihan yang tinggi iaitu sebanyak RM359,411,936.07. Jadi jumlah ini lebih tinggi berbanding sasaran asal lebihan dalam anggaran bajet iaitu RM2,024,000.00.

Kedua, wujud keadaan di mana peruntukan tambahan dibuat bukan kerana terlebih berbelanja. Sebaliknya, adalah untuk menggunakan peruntukan asal kepada sesetengah jabatan yang dijangka tidak akan habis membelanja maka diberikan kepada jabatan-jabatan lain yang dilihat memerlukan peruntukan tambahan.Dalam situasi ini, sekali lagi, walaupun wujud pembentangan bajet tambahan, ia masih tidak melebihi jumlah kutipan hasil, sekaligus mengekalkan keseluruhan perbelanjaan kerajaan sebagai surplus.

Ketiga, dan yang ini adalah yang paling mudah. Untuk menentu sah sama ada bajet kita defisit atau lebihan, semak dan lihat sahajalah laporan oleh Ketua Audit Negara.Dan jika dibandingkan, kalau tak suka kita pun, antara laporan rasmi Ketua Audit Negara dan pengiraan sendiri oleh Pengkalan Rinting, wujud perbezaan yang jelas.

Pada tahun 2014, Pengkalan Rinting mendakwa kita mempunyai Defisit sebanyak RM129,407.00. Sedangkan Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan baki sebanyak RM359,411,936.07.

Pada tahun 2015 pula, Pengkalan Rinting mendakwa kita mempunyai Defisit sebanyak RM200,719.00. Sedangkan Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan baki sebanyak RM153,833,122.41

Jadi, berpeganglah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Pastinya, ini merupakan rekod rasmi yang sah dan diperakui. Melainkan Pengkalan Rinting beranggapan, Ketua Audit Negara juga bersekongkol dengan Kerajaan Negeri untuk memutar belitkan laporan Audit Negara.

Inilah masalahnya apabila kita terlalu yakin menggunakan teori sendiri, cara sendiri dan pengiraan sendiri sehingga mengenepikan segala rekod dan laporan rasmi negara. Maka, hasil yang kita perolehi pastinya akan salah.Dan kalau itulah pendekatan yang digunakan oleh Pengkalan Rinting, itu baru namanya ‘syok sendiri’.

Jadi, saya tegaskan kembali bahawa bajet surplus yang diumumkan oleh Negeri Johor adalah sah, tepat dan rasmi. Namun, saya ingin tegaskan, surplus atau defisit bajet kita, tidak pernah menjadi isu atau fokus utama dalam perancangan bajet negeri. Sebaliknya, bajet kita sentiasa disusun dengan mengutamakan dan mengambil kira keperluan rakyat. Dan inilah yang sebenarnya lebih kita pentingkan.


Monday, November 28, 2016

Sah Kenaikan Kadar Roadtax Benar Palsu!!!

0 comments
Info Terkini!..

Kementerian pengangkutan telah mengumumkan bahawa Roadtax kereta bermula daripada 880cc dan ke atas naik sebanyak 25% bermula Jan 2017, ini bermakna kenaikan sebanyak Rm 168.50 dan kenaikan ini termasuklah jumlah bayaran insuran yang secara automatiknya juga naik dalam 25%.600cc = RM20 + RM5 (25%)
1.3cc = RM70 + RM17.50 (25%)
1.5cc = RM90 + RM22.50 (25%)
1.8cc = RM279.20 + RM69.80 (25%)
2.0cc = RM378.50 + RM94.60 (25%)
2.4cc = RM729.60 + RM185.40 (25%)
Roadtax kereta dari 880c ke atas naik 25% bermula Jan 2017,
bermkna naik dalam Rm 168.50 ,& insuran  secara automatic naik dalam 25% jugak.

#syukurmalaysiamasihaman.πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’©πŸ’©πŸ’©πŸ’©


Menatang anak haram mana yang sebarkan berita palsu ni memang gila..menakutkan orang sahaja...aku hampir jual kereta kerana takut nak bayar kenaikan roadtax..kahkahkah!!!

Bingai punya pakatan haram anak DAP!!!

Sunday, November 27, 2016

MB Johor Balun DAP Kaw2!!!DAP Tak Guna!!Sampah!!!

0 comments

Menteri Besar Johor membalun kebodohan parti DAP yang memiliki pemimpin yang bingai seperti tidak ada otak..kebanyakan Cina yang menyokong DAP hanya cina tungangan yang berpaksi kepada kebencian kepada BN sahaja..hendak dikatakan jasa DAP pada mereka memang boleh dikir dengan jari..

Baca bawah ini bagaimana MB Khaled Nordin membalun DAP kaw2!!DAP BODO!

PERINGATAN MB JOHOR KEPADA DAP!

Saya ingin sekali mengambil kesempatan ini memberi peringatan dan nasihat baik kepada semua, khususnya wakil rakyat DAP. 

Barisan Nasional telah memimpin negara ini dengan cara yang sangat sederhana. Model kita telah teruji. Semua kaum mempunyai tempat yang selayaknya dalam Malaysia yang berubah ini. BN telah menjadikan Malaysia ini sebuah negara kesepakatan yang berjaya.

Sedangkan DAP selama ini dilihat hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja, iaitu kepentingan masyarakat Cina. Sepanjang kewujudan DAP, sehinggalah hari ini, DAP tidak pernah sekali pun mengemukakan pencerahan dan cadangan bagaimana mereka akan membantu bangsa Melayu dan India untuk lebih berdaya saing. 

Lihat sahaja kesenjangan di Pulau Pinang. Jurang antara orang Cina dan orang Melayu dan India bukan sahaja semakin melebar, malah membahayakan. 

Ia menyumbang kepada polarisasi dan polarisasi adalah ancaman kepada keselamatan.

Sehingga sekarang, sudah hampir dua penggal, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP memerintah namun mereka belum pernah mengemukakan sebarang Pelan untuk memajukan orang Melayu dan India di negeri tersebut.

Dan kerana itulah, saya yakin DAP tidak akan sesekali dapat menarik sokongan orang Melayu dan India di Johor ini. 

Sifat perkauman yang sangat menebal dalam agenda dan sikap politik DAP adalah sebab paling utama kenapa DAP mesti ditolak di Johor. DAP dan agendanya tidak sesuai dengan aspirasi Bangsa Johor dan Muafakat Johor. Dan pastinya tidak secocok dengan Agenda Johor Berkemajuan.

Lihat sahaja bagaimana DAP telah ditolak oleh kaum Cina sendiri dalam Pilihanraya Sarawak yang lepas. Hasrat DAP untuk menerobos dan bertapak di kawasan pendalaman Sarawak  juga gagal dengan teruknya. 

Apakah kepimpinan DAP beranggapan bahawa dengan menarik hanya beberapa remaja Melayu yang rupawan dan jelita, maka ia terus menjadikan mereka parti yang ‘multiracial’ serta mampu mewakili kepentingan Melayu?

Kita boleh tanya ahli-ahli Pembangkang dari PAS. Mereka pernah tidur sebantal dengan DAP. Jadi saya yakin mereka boleh memberi pencerahan akan sikap sebenar DAP dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, nasib orang India dan pastinya nasib agama Islam. 

Jadi, dalam Dewan ini saya berikrar yang saya akan melakukan apa yang BN Sarawak telah berjaya lakukan. Iaitu menjadikan perwakilan DAP sekadar kenangan sahaja di Dewan yang mulia ini.

Saya yakin, kita semua masih ingat. Tahun lalu ada rakan-rakan DAP dari Selangor menuduh kita meniru bajet mereka. Walaupun hakikatnya Johor memperkenalkan pelbagai rantaian inisiatif yang baharu, yang progresif dan inovatif. Yang tidak pun wujud di Selangor.

Yang pelik bin ajaibnya tahun ini, DAP di Johor pula yang lebih terkinja-kinja menggesa dan menyuruh Johor meniru Selangor dan Pulau Pinang. Sehinggakan, kalau ikut pandangan Stulang, kita ini bermain selamat, terlalu berhemat dan berbelanja pada zon selesa. Sedangkan kita memerlukan bajet yang defisit, dan seharusnya mencontohi Selangor dan Pulau Pinang. 

Saya benar-benar tidak faham dan tidak pasti dengan pendirian DAP. Lihatlah percanggahan mereka di sini. 

Stulang menyuruh kita merangka bajet defisit dan jangan berasa selesa. Tetapi Pengkalan Rinting pula mengatakan kita ini syok sendiri dan tidak layak pun bergembira kerana bajet kita bukannya surplus, tetapi defisit.

Jadi, saya tidak pasti  apa yang mereka mahu sebenarnya. Cuma, yang saya pasti, perangai begini, namanya lidah bercabang.

Petikan ucapan pergulungan Bajet Johor 2107 pada 27.11.16 oleh DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN, MB Johor.

Saturday, November 26, 2016

Sepantas Kilat RUU Penternakan Babi Diluluskan..Soalnya Kenapa Kandang Babi Banyak Dikawasan Majoriti Orang Islam???Jawab!!!

1 comments

RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang   

Mengejutkan apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.

Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.

Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," kata Dr Afif bercakap bagi pihak kerajaan DAP Penang ketika membentangkan RUU itu. 

Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu

Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.

Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi? 

Tiada langsung soal sensitiviti agama dan kaum diambil kira dalam hal ini.

Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan? 

Terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan.

Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.

16 Oktober 2016, Ketua Menteri DAP Penang iaitu Guan Eng membantah keras RUU 355.

Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.

Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.

Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang. 

Biar rakyat duduk dalam banjir janji babi dapat diternak secara moden. Memalukan bila ada Melayu diperkudakan DAP untuk membaca usul RUU Babi ini dalam sidang DUN. 

Guna Melayu untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5, kini guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. "Bijak sungguh" Melayu yang dipergunakan DAP ini.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB157, Jumaat
25 November 2016

Status Jorge Pereyra Diaz Musim Depan...

0 comments

Pasti ramai yang tertanya-tanya hero bola sepak JDT, Diaz samada ingin terus bersama JDT atau tidak untuk musim 2017 nanti..berikut jawapan yang diberikan oleh jurulatih JDT..

Kami telah menerima tawaran menarik dari kelab Mexico dan Eropah yang berminat dengan pemain import kami, Jorge Pereyra Diaz. Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak akan berada di sini pada musim hadapan. Kita lihat dulu. 
Mario Gomez, Pengurus/Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
Berdasakan kenyataan Mario ini bermakna, jika tawaran lumayan JDT akan melepaskan pemain ini...TMJ turut mengatakan perkara yang sama..jadi penyokong usahlah terlalu mengharapkan apa-apa untuk Diaz kekal di JDT musimdepan..pemain akan datang dan pergi penyokong dan persatuan akan kekal..



Kerajaan Akan Bina 2 Lagi Terminal Bersepadu Menjelang 2020...

0 comments

Rata-rata antara kita pasti pernah sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..sudah tentu anda mengetahui betapa standardnya kemudahan yang terdapat di sana..sekali pandang anda pasti merasakan anda berada seperti di lapangan terbang..inilah realitinya betapa negara kita semakin maju dalam industri pengangkutan awam..

Apa tidaknya semua rangkaian pengangkutan awam darat akan berpusat di sini..ia meliputi perkhidmatan bas, teksi, ERL, LRT dan KTM..melihat akan kemudahan ini amat diperlukan, kerajaan memutuskan akan membina dua lagi Terminal Bersepadu yang dijangka beroperasi menjelang 2020 nanti...dua terminal baru akan di bina di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh...

Pembinaan yang dirancang ini bukan dibuat suka-suka ia melihat akan keperluan pengguna yang semakin tinggi yang mana telah dilaporkan oleh Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015..keperluan ini perlu dibina bagi memperluaskan rangkaian pengangkutan awam darat di sekitar Greater Kuala Lumpur..

Projek TBG dan TBSB akan dibangun dan dikendalikan oleh pihak swasta berbeza dengan TBS yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan..SPAD dalam laporan PTPAD akan menambah kira-kira 30 kemudahan Park & Ride menjelang 2019 di kawasan berkepadatan tinggi..

Antara perancangan SPAD ialah akan melancarkan satu Aplikasi Perancang Perjalanan menjelang akhir tahun ini serta melaksanakan sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) pada 2018 yang akan menggantikan kad baharu seperti MyRapid..

Ia bertujuan untuk menyeragamkan sistem tambang yang lebih lancar dan murah daripada operator berbeza akan dilaksakanan terhadap pengguna Park & Ride yang mana pembayaran transit dapat dibuat di pintu-pintu masuk menerusi kad ATM dan debit baharu..

Terlalu banyak perancangan yang sedang dirancang atau sedang dibina untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita..itu pun masih ada rakyat yang tidak menghargai seperti kerajaan pada hari ini tidak melakukan apa-apa sumbangan pun..yang realiti depan mata tidak nampak tetapi fitnah dan berita palsu mudah sangat dipercayai rakyat..

Kami turut merasakan sedikit kesal berikutan perangai pemandu-pemandu teksi yang segelintirnya menjadi agen penghancur negara...mudah terpengaruh dengan anasir subversif untuk memburukkan negara...mereka tidak tahu kerajaan bertungkus-lumut meningkatkan kualiti pengangkutan awam..bukan hendak hargai..dihina lagi kerajaan...jadilah orang yang bersyukut..tak semua negara ada kemudahan seperti di negara kita..hidup penuh subsidi..kenderaan dengan rate yang rendah..beryukurlah...

Penyokong #Bersih5 Dipenjara 14 Hari Kerana Menggunakan Kekerasan Terhadap Penjawat Awam!!!

1 comments

Sepasang suami isteri telah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari kerana mengasari seorang penjawat awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalanka tugas..bagi kami selepas menonton video yang viral berkenaan..silelaki tu boleh disabitkan juga kesalahan cubaan mencabul ketika dia cuba menghalang pegawai tersebut untuk keluar..

Wanita berkenaan meminta laluan tetapi dihalang dengan badan yang boleh dikira sebagai salah satu ancaman seksual..dia berkata mahu ambil gambar bukan alasan untuknya mengasari seorang wanita...

Apapun memadailah hukuman penjara 14 hari bagi kesalahn berkenaan..kami juga mendapat tahu bahawa dia juga penyokong kuat Bersih..patutpun perangai macam tu..penyokong Bersih  rupanya..biadap!!!



Thursday, November 24, 2016

Mahathir Kata MCA Lebih Jahat Daripada DAP..Tempoh Pemerintahannya 22 Tahun Juga Jahat Daripada DAP...

0 comments


Ini kenyataan hancing Mahahir di Malaysiakini :

Menurut Dr Mahathir, Ibrahim mendakwa bahawa DAP adalah "jahat", tetapi jika dibandingkan DAP dengan MCA, siapa sebenarnya lebih jahat.

Katanya, DAP secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya.

Adakah MCA atau MIC pernah melakukan perkara yang sama, soalnya. -Malaysiakini



Sedih kami melihat tindak tanduk Tun Mahathir yang dilabelkan negawan negara dengan sikapnya sungguh menjelikkan..baru berkawan dengan DAP tak sampai setahun bermacam-macam tuduhan kurang hajar telah dilemparkan kepada parti Barisan Nasional..

Terbaru dia melabelkan MCA lebih jahat daripada DAP yang menurutnya DAP menyanjung tinggi perlembagaan dan institusi beraja...kami agak musykil dengan kenyataan terkini Mahathir..apakah ini tanda-tanda akhir hayatnya yang sedang buang tebiat..jika dia kata DAP patuh kepada institusi beraja adakah Mahathir menyanjung institusi beraja..xpayah jawab anda dah tau jawapannya..mengurangkan kuasa raja-raja melayu berlaku ketika Mahathir menjadi PM..

Dahulu bukan dia terlalu gah menghentam DAP sekutu PAP..bermacam-macam tuduhan..rasis..parti cauvanis..tapi sekarang menyanjung DAP yang boleh dikira jasanya membangunkan negara..

Mengenai tuduhan MCA lebih Jahat daripada DAP ini sebenarnya kenyataan menghentam diri sendiri..seronok Kit Siang tengok perangai Tun hari-hari senjanya...kenyataan Mahathir melihatkan seperti MCA tidak menyumbang apa-apa..jika MCA jahat dari dulu lagi mereka dah gulingkan Mahathir semasa krisis UMNO 1987..

Mungkin Mahathir lupa tahun 1998 ketika tsunami reformasi Anwar Ibrahim..ketika itu PRU amat getir Melayu ramai yang berpaling tadah..pada ketika bangsa CINA MCA dan INDIA MIC lah yang banyak memberi sokongan untuk mengekalkan pemguasaan BN di Parlimen..

Jika MCA dan MIC ketika itu tiada..kami rasa dah lama Mahathir bungkus ikat tepi..Apa yang dia buat ni sebenarnya hanyalah kerana kuasa..dulu dia kata nak jatuhkan Najib tapi bukan UMNO..sekarang mahu jatuhkan BN...MCA yang tak semena-mena pula dapat fitnat mahathir...

Kasihan..dulu masa muda dia memperalatkan orang lain untuk dengar setiap arahannya..sekarang sudah tua dia pula diperkakaskan DAP..ALLAH BAYAR CASH!!!

Tuesday, November 22, 2016

MyBas Perak Diminta Tambah Laluan Tahun Depan..

0 comments

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini membangkitkan mengenai penambahan laluan di negeri ini terutamanya di kawasan berpenduduk padat seperti Manjoi. Pertanyaan ini diutarakan oleh YB Mohammad Ziad yang mahu memastikan akses MyBas dapat dinikmati rakyat negeri ini..

Pertanyaan tersebut dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon (BN Chenderian) yang menurutnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menilai keberkesanan rangkaian yang sedia ada.

Sejak dilancarkan pada 1 Jun lalu, SPAD akan mengkaji data yang dikumpul dalam tempoh enam bulan bagi melihat keberkesanan perkhidmatan ini..SPAD tiada masalah untuk menambah laluan asalkan laluan tersebut menjanjikan perkhidmatan sekurang-kurangnya 75% daripada penduduk di kawasan yang ditetapkan..

Antara aspek penekanan untuk perkhidmatan MyBas ini ialah perlu mempunyai akses dengan perkhidmatan bas lain, liputan perkhidmatan, waktu operasi, bilangan bas dan ketepatan waktu..ini semua bagi memastikan kualitinya dapat memberi kesenangan kepada penumpang.

Menurut Dr Mah, MyBas semasa dilancarkan ia mempunyai dua fasa dan meliputi 19 laluan..kami memuji sikap wakil rakyat Manjoi ini yang peka tentang keperluan masyarakat setempat terhadap perkhidmatan awam. Biarpun penumpang tidak ramai, perkhidmatan ini tetap beroperasi yang mana pengendali menerima bantuan kerajaan untuk terus beroperasi dilaluan yang tidak menguntungkan...

Walupun nampak ianya tidak berbaloi tetapi SPAD dan kerajaan perlu meneruskan operasi MyBas kerana matlamat utama ialah akses pengangkutan awam darat di semua pelusuk negara terutamanya luar bandar..inilah dinamakan Program Transformasi Perkhidmatan Bas yang telah diilhamkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib..


Pembangkang tidak pernah memikirkan usaha seperti ini..yang mereka tahu hanyalah mengkritik dan menggunakan perkhidmatan yang telah diusahakan kerajaan Barisan Nasional...

Monday, November 21, 2016

Pembinaan SJKC, Pemimpin DAP Dapat Malu Besar!!!

1 comments

DAP seharusnya malu kepada diri sendiri apabila mereka hanya menerapkan politik kebencian dengan mengheret orang Cina kejalanan berbanding MCA yang sentiasa peka kepada isu pendidikan masyarakat Cina..

Masyarakat Cina lebih nampak perjuangan DAp kerana mereka lebih mudah terpengaruh dengan penerapan nilai subversif yang di bawa DAP..dalam mereka tidak sedar kebajikan kaum Cina sentiasa diperlihara dan diperjuangkan MCA dalam hal berkaitan pendidikan...sebab itulah di Sarawak DAP kalah teruk..kerjanya tiada..mengutuk orang lain saja tau..

Generasi masa depan Cina bakal rosak jika jiwa kebencian ini diterapkan oleh pemimpin DAP..cara politik sebegini amat bahaya kerana ia memungkinkan tercetus semula tragedi hitam 13 Mei jikalau tiada pemantauan rapi pihak berkuasa..

DAP tidak sedar akan bahayanya cara politik mereka kerana yang lebih utama mereka lebih taksub dengan sokongan politik..apabila pemimpin DAP bercakap mengenai pendidikan SJKC..ia ternyata menampak betapa hinanya martabat DAP yang langsung tidak mengikuti perkembangan pembinaan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina..

Ia tercetus apabila pemimpin DAP cauvanis, Teo yang cuba mentertawakan usaha MCA memartabatkan sekolah cina...Teo memperlekehkan MCA gagal kerana tidak mampu menyediakan sekolah untuk kaum cina secukupnya..beginilah cara politik cauvanis..mereka tidak sedar yang mereka langsung tiada usaha memartabatkan pendidikan anak-anak cina..ada hati hendak mempertikai usaha orang lain...

Soalan taraf longkanh pemimpin DAP ini telah di 'smash' secukupnya oleh Timbelan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong..menurut Wee, MCA lebih berjaya berbanding DAP kerana telah berjaya membina banyak sekolah baru Cina..kami hendak tanya, apa sumbangan DAP kepada pendidikan anak-anak Cina?jawapannya hanyalah pendidikan jalanan yang merosakkan nilai moral!

Kita lihat apa yang telah diusahakan oleh MCA menurut DS Wee..

Antara 1999-2016, sejumlah 17 buah sekolah baru Cina telah diluluskan dimana 16 darinya telah beroperasi..Teo terus dimalukan apabila mempertikaikan kononnya MCA gagal menyediakan sekolah secukupnya..

Ia bingkas dinafikan Wee yang mana angka terkini ialah 1,298..jumlah ini tidak termasuk SJKC Kajang Utama yang akan mula beroperasi tahun depan..setakat 1999 hingga 2016, MCA telah membantu dan membina 104 buah sekolah..

Inilah cara pemimpin DAP berpolitik..mereka tidak pandai mentadbir..yang mereka tahu mencari salah orang dan hanya pandai main politik kotor bersih yang meracuni fikiran rakyat untuk berhimpun dijalanan...

Permainan politik keparat inipun masih ramai yang tidak sedar..nanti bila dah kantoi kebodohan mereka akan kata itu duit rakyat..kita lihat apa yang berlaku di Penang dan Selangor..apa sumbangan Dap kepada masyarakat?takkan hanya banjir sahaja?sebelum nak pertikai orang lain ukur baju sendiri dulu!!!

Sunday, November 20, 2016

#GoKL Perkhidmatan Bas Percuma Semakin Mendapat Sambutan Rakyat!!!

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan bantuan sokongan kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan dan melakukan apa sahaja usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat..matlamat mahu mentransformasikan mutu perngangkutan awam adalah keutamaan SPAD..


Antara usaha SPAD untuk meringankan beban warga kota dalam urusan perbelanjaan harian menaiki pengangkutan awam adalah dengan memperkenalkan pengangkutan awam GoKL. Bas ini memberikan perkhidmatan bas secara percuma untuk kegunaan rakyat dan pelancong di negara kita..

Sejak diperkenalkan dari 2012 hingga 2015, bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini semakin meningkat..pada tahun 2012, seramai 8,450 telah menaiki kenderaan ini dan jumlahnya sentiasa meningkat sehingga 2015 seramai 38,061..dari data maklumat pengguna kita dapati GoKL semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong dan rakyat di negara kita..ia secara tidak langsung menjimatkan kos perbelanjaan pengangkutan ke tempat kerja mahupun ke pusat membeli belah.,

Setakat ini GoKl melalui 4 laluan yang mana dibahagikan laluan hijau (KLCC-Bukit Bintang), merah (KL Sentral - Terminal Jalan Tun Razak , unggu (Pasar Seni - Bukit Bintang) dan biru (Bukit Bintang - Terminal Jalan Tun Razak)

Semua pengunjung boleh menikmati internet yang telah disediakan disetiap bas..selain itu, Bas ini juga dilengkap dengan kemudahan mesra OKU..semasa Bersih 5 yang lalu..kami dapati sehari sebelum dan selepas BERSIH 5 bas ini penuh dengan penyokong Bersih 5..sambil mereka mengutuk kerajaan mereka turut menikmati kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan kita..

Kami mengharapkan perkhidmatan ini akan diteruskan dan SPAD perlu memperkenalkan kaedah baru untuk memastikan semua warganegara dapat naik bas percuma..ini kerana wujud aduan bas penuh dengan rakyat asing yang bekerja di ibu kota sehingga rakyat kita sendiri terasing untuk menggunakan perkhidmatan ini..

#Bersih5 Gagal!!!Rakyat Malaysia Jangan Mudah Terperangkap Mainan Politik Pembangkang! -Presiden MCA

1 comments

Himpunan bersih yang berlangsung semalam tidaklah sehebat seperti siri himpuman bersih yang terdahulu..jika dahulu kita amat risau dengan tindakan tidak siuman rakyat untuk menjatuhkan kerajaan melalui himpunan jalanan..apa yang dapat dilihat semalam..ia hanyalah seperti perarakan biasa...auranya sudah suam-suam kuku...

Sepatutnya dengan kehadiran Mahathir, muhyiddin dan mukris himpunan semalam setidak-tidaknya mampu menyamai himpunan sebelum ini dengan bekalan populariti 3 bekas ahli UMNO tersebut..namun andaian ini meleset sama sekali..

Rata-rata peserta hanya mahu berselfie dan ambil gambar..tinjauan kami, himpunan berkenaan tidak ubah seperti ceramah politik yang biasa kita dengar...ramai peserta menghabiskan bateri henpon mereka untuk mengambil gambar..

Sifat keterbukaan yang diberi DS Najib harus dipuji..menetapkan akta himpunan aman untuk rakyat berhimpun..tapi haram mereka tidak berdaftar...benda ni kita tak nampak dizaman diktator tun mahathir..ketika zamannya, sebarang provokasi jalanan akan disumbat ke dalam ISA..

Jika sebelum ini kita lihat, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang menjadi general..tetapi untuk kali ini himpunan berkenaan telah dihijack oleh Tun M sehinggakan mereka sendiri terlupa untuk menuntut bersih dan membebaskan Anwar...

Tun dan kuncunya berjaya menumpang populariti Bersih untuk mencapai hasrat peribadi menjatuhkan Najib..tetapi gagal..Najib masih lagi Perdana Menteri Malaysia yang sah..


Mengenai Bersih, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengutuk keras himpunan berkenaan..perhimpunan berkenaan tiada matlamat yang jelas selain mengotorkan KL dengan sampah..parti MCA menegaskan itu bukan dasar perjuangan mereka..

Apa yang dikatakan DS Liow, perhimpunan berkenaan telah menghina sistem demokrasi negara yang dilantik melalui pilihan raya yang sememangnya bersih..rakyat mahukan kestabilan ekonomi, ketenangan dan keharmoniaan..

Menurut Liow, rakyat perlu buka mata dan berhati-hati dengan perjuangan mereka..himpunan jalanan hanya menggangu kestabilan sosial..MCA menyokong Pilihan Raya yang bersih tetapi pembangkang menggunakan BERSIH untuk dijadikan alat pembangkang mencapai matlamat peribadi yang jauh menyimpang dengan kehendak demokrasi..

Jangan nanti dah terhantuk baru nak tengadah..sandiwara politik pembangkang memang tidak dapat dipisahkan..jika sesuatu hal itu tidak memihak kepada mereka..maka mereka akan membuat tuduhan untuk memberi tanggapan negatif..

Secara amnya, perhimpunan semalam gagal..jika nak dibandingkan Indonesia mencatatkan jumlah himpumam seramai 200,000 orang..di Korea seramai 100,000 orang tetapi di Malaysia jumlah itu jauh lebih rendah iaitu sekitar 15,000...di Indonesia, para demonstran memperjuangkan hak umat Islam..di Korea mendesak Presidennya meletak jawatan..tetapi di Malaysia para demonstran hanya mahu berselfie dan menuntut kononya ingin mencapai Pilihan Raya yang bersih walaupun telah semua maklum SPR menjalankan tugas dengan baik..
Bersih semakin tidak mendapat sambutan...

Saturday, November 19, 2016

Kerana Politik Pembangkang Hina Budaya Masyarakat Iban!!!

0 comments

Sedang hangat gambar Bong Mokhtar menggigit parang ketika menghadiri pecah tanah membina ladang ternakan babi..melalui cerita yang tersebar..FELCRA telah menggadaikan maruah mereka dengan membina ladang babi..cerita sebenar yang perlu anda tahu ada kami kongsikan di bawah gambar ini...bacalah!!janga kerana politik sanggup menghina budaya dan tradisi orang IBAN!!!





*KERANA KETANDUSAN ISU, PEMBANGKANG HINA TRADISI IBAN*

Program itu adalah program Pecah Tanah Kawasan Kilang Sawit, bersempena Sambutan 50 Tahun FELCRA, Wilayah Sarawak. Di mana berlakunya peristiwa 'GIGIT PARANG' serta 'PENYEMBELIHAN @ TIKAM KHINZIR' yang telah dijadikan modal oleh pembangkang dengan MEMFITNAH KONONNYA FELCRA telah membuka kilang penyembelihan khinzir di Sarawak. Mereka juga mendakwa bahawa program tersebut kononnya program Pecah Tanah Buka Kilang Sembelih Khinzir.

AstaghfiruLlah. Sampai SEBEGINI HINA rupanya pembangkang yang ada di Malaysia.

HAKIKATNYA, kedua-dua peristiwa itu sebenarnya adalah KELAZIMAN YANG TELAH MENJADI TRADISI BIASA bagi penduduk setempat (Suku Kaum Iban - Bukan Islam) dalam meraikan kunjungan mana-mana VIP ke tempat mereka, sekalipun VIP itu beragama Islam. Ini acara masyarakat setempat di sana. Malah staf FELCRA yang bertugas di sana juga ramai dari kalangan masyarakat Iban. Acara ini dibuat selepas Majlis Rasmi-nya. Malah semasa Majlis Rasmi, ada dibuat bacaan doa dan mereka pun turut sama menghormatinya sebagai agama kita.

JANGAN RISAU, YB DATO' SRI BUNG MOKTAR RADIN cukup menjagai hal-hal sensitif terutamanya yang menyentuh soal agama seperti ini. Ianya tidak lebih daripada hanya sekadar sebagai MENGHORMATI ADAT TRADISI SERTA AGAMA MASYARAKAT SETEMPAT sahaja. FELCRA tidak pula 'berlebih-lebihan' dalam hal ini kerana kita juga tahu batas hukum agama kita. Tidak timbul sedikit isu pun di situ sebenarnya.

Namun, almaklumlah, ada pihak-pihak tertentu yang cuba memperguna isu ini kerana mereka ketandusan isu. Diharap agar kalian TIDAK MEMILIH parti-parti pemfitnah seperti penyebar FITNAH ini.


_Lain lubuk, lain ikannya_
_Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung_
_Masuk kandang kambing, mengembek_
_Masuk kandang kerbau, menguak_
_Every land has its own laws_
_When in Rome, do as the Romans do!_
_When in Sarawak, do as the Ibans do!_


Salam Hormat.
JazakaLlah...


~ _*ABScrew ; 2010:18112016*_
*_#akubukanstarring&_*

@SPADChannel Sudah Ada Kaedah Terbaik Untuk #UBER & #GrabCar Beroperasi...

0 comments

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib yang telah berikrar akan mentransformasikan industri pengangkutan awam darat ketika awal penubuhan SPAD..sehingga hari ini telah banyak transformasi telah dilakukan baik dari segi LRT, TREN, Bas Antara Bandar, Bas Dalam Bandar,Teksi dan terkini aplikasi teksi atas talian terkenal diseluruh dunia bakal menjadi nyata untuk beroperasi di negara kita...

Setakat ini banyak perubahan telah dilakukan dari sudut penambahan infrastruktur dan penambahbaikkan sistem bagi melicinkan perjalanan pengangkutan awam di negara kita...

Baru-baru ini, dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP) SPAD telah menggalakkan pemandu-pemandu teksi keluar daripada zon sewa pajak untuk memiliki permit individu..Pemandu teksi juga boleh memiliki lesen individu dengan bantuan geran berjumlah RM 5,000..geran bantuan tersebut boleh digunakan untuk modal membeli kenderaan Perodua Myvi atau Proton Exora..

Sejak 1 September lalu, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima..langkah ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pemandu teksi untuk bergerak sendiri tanpa bergantung kepada sistem pajak..ini yang dimahukan oleh pemandu teksi...langkah ini dirangka bagi menyelesaikan masalah pemandu teksi..

Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan mengendali pengangkutan awam darat di negara kita..SPAD tidak pernah bersifat double standard antara pengangkutan awam..tidak pernah melebihkan Tren..Bas mahupun teksi..bagi SPAD semua perlu dijaga dan kualiti perkhidmatan memuaskan pengguna...

Disebabkan hal ini, SPAD akan mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan...setiap pindaan akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen..kelulusan ini dijangka tercapai pada suku pertama 2017..

Jikalau semua berjanalan lancar, ini bermakna SPAD akan mengendalikan sistem e-hailing yang mana akan mengupayakan operasi UBER dan Grab Car di negara kita..ini bukan mengecilkan periuk nasi pemandu teksi..tetapi menambahkan pilihan kepada pengguna untuk memilih...pemandu teksi tidak usah bimbang kerana persaingan sihat perlu bagi meningkkatkan kualiti perkhidmatan..

Ia serupa juga seperti persaingan antara pengendali bas ke lokasi yang sama..mereka tidak pernah bergaduh sesama pengendali..ia asam garam dalam dunia pengangkutan awam.

Friday, November 18, 2016

Cas Klinik Kerajaan RM10..KKM Beri Penjelasan!!!

0 comments

Sejak beberapa hari ini viral kes slip bayaran perkhidmatan hospital kerajaan yang katanya sudah dinaikkan daripada RM 1 ke RM 10..sebenarnya hal yang diviralkan inonadalah rekayasa..cas itu dikenakan utk perkhidmatan pelbagai..yang paling penting telah sedia diamalkan oleh Hospital kerajaan..

Ini jawapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah..

VIRAL KUPON RM10 & RM5 BUKTI CAJ HOSPITAL KERAJAAN DAH NAIK?

INI MAKLUMAT YANG MENGELIRUKAN RAKYAT!!

Itu sebenarnya kupon yang memang telah sekian lama digunakan di Hospital/Klinik Kerajaan.

Sebagai makluman, Hospital/Klinik Kerajaan menggunakan 5 jenis kupon iaitu

- Kupon RM1 (atasnya dicetak Perub. 316)
- Kupon RM2 (atasnya dicetak Perub. 400)
- Kupon RM5 (atasnya dicetak Perub. 315)
- Kupon RM10 (atasnya dicetak Perub. 401)
- Kupon RM15 (atasnya dicetak Perub. 404)

Kupon berkenaan diberikan kepada pesakit mengikut kadar bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan  diperolehi.

Sebagai contoh mudah,

• Ali demam, dia pergi ke kaunter pendaftaran, bayar RM1 dan akan dapat Kupon RM1. Selepas itu Ali jumpa doktor atau MO dan ambil ubat di Farmasi.

• Ayah Ali ada darah tinggi. Dia ke hospital setelah dirujuk kepada Doktor Pakar. Di kaunter pendaftaran, Ayah Ali bayar RM5 dan akan diberikan Kupon RM5. Jumpa Doktor Pakar dan ikuti prosedur seterusnya.

• Kakak Ali mahu mendapatkan rawatan fisioterapi Mandi Lilin Kelas 1. Dia ke kaunter bayar RM10 dan dapat Kupon RM10.

Kesimpulannya, gambar kupon yang diviralkan sejak semalam itu memang kupon sah yang diberikan kepada pesakit atas kadar perkhidmatan diperolehi mereka. Ia bukan bermaksud kadar caj RM1 telah naik kepada RM5 atau RM10.

Untuk mengetahui kadar caj rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan, layari:

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/160

Fasa Satu MRT Sg Buloh - Kajang (SBK) Bakal Beroperasi Disember Ini!!!

0 comments

Fasa Satu MRT Sg Buloh ke Kajang bakal beroperasi 16 Disember ini mengikut perancangan yang telah dirangka kerajaan..Projek ini bila siap beroperasi nanti bakal memberi manfaat kira-kira 400,000 orang pengguna setiap hari..ia merupakan satu kejayaan baru industri pengangkutan awam darat negara kita selaras dengan hasrat kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP)..

Pembinaan ini mengikut perancangan merupakan prestasi membanggakan kerana berjaya memenuhi syarat jadual dan lingkungan bajet yang ditetapkan oleh kerajaan..kejayaan ini merupakan penanda aras kejayaan kerajaan yang mana memenuhi keperluan rakyat dalam sektor pengangkutan awam..

Baik dari teksi, bas, LRT, MRT, Rapid sehinggalah ke aplikasi e hailing Uber dan GrabCar semuanya menjadi penekanan kerajaan dengan hasrat mahu mentransformasikan kemudahan pengangkutan awam darat..tidak cukup itu, kerajaan melalui SPAD turut melaksanakan perkhidmatan bas GoKL yang dihadiahkan secara percuma kepada rakyat dan pelancong di ibu kota..

Laluat SBK ini akan dihubungkan sebanyak 120 buah bas perantara melalui 26 laluan disekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk laluan fasa satu bermula dari stesen Sg Buloh hingga Stesen Semantan. Perkhidmatan ini akan memudahkan urusan rakyat menggunakan MRT daripada meredah kesesakan jalan raya..

Ini hanyalah fasa satu..jika siap sepenuhnya nanti projek MRT ini akan menghubungkan Sg Buloh - Serdang - Putrajaya yang dijangkakan siap pada 2022 nanti..pada ketika itu, dianggarkan seramai 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap hari..

Ia menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam meningkatkan industri pengangkutan awam darat ini sebagaimana negara-negara maju lain..projek mega berimpak besar ini memakan kos yang besar yang mana telah disenaraikan dalam projek penting dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)..Syabas!!rakyat dahagakan pengangkutan awam darat selaras dengan perkembangan semasa..

Thursday, November 17, 2016

Anak Muda PKR Miliki Aset Jutaan Ringgit Timbulkan Keraguaan.. @SPRMSia Kena Siasat!!

0 comments

Ketua AMK PKR Ampang Merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Ampang beberapa hari lepas menjadi viral apabila kekayaan peribadinya didedahkan di media sosial..Adam Rosli hanya berusia 28 tahun tetapi memiliki kereta mewah dan rumah mewah seperti seorang anak raja..

Dia dengan berani menayangkan kekayaan peribadi di media sosial dengan impian mahu menunjukkan bahwa Anak Muda kini ramai kaya raya..kami tidak kisah tentang asetnya yang banyak..cumanya kami mengharapkan pihak SPRM dan LHDN perlu menyiasat mamat ini darimana sumber kewangannya sehingga mampu menjadi kaya..

Nak dikatakan memiliki produk kesihatan seperti Dato Aliff tidak..yang kami nampak dia hanyalah seorang pembantu peribadi kepada pemimpin PKR...oklah katanya dia ni mewarisi bisnes keluarga...tapi mengapa kenderaan mewah yang ditayang di instagram dimiliki taukey cina?jika miliknya mengapa perlu nama orang lain...itu yang perlu dijawab.,,

Apa kejadahnya PKR sendiri berkempen rakyat menderita tak cukup makan..walhal diri sendiri kaya-raya tidak perlu menuduh rasuah..kita mahukan sisaatan SPRM dilakukan secepat mungkin..bila kes pegawai di Sabah bukan main pantas SPRM buat kerja..kita tak nak SPRM bersifat double standard dan melengah-lengahkan proses..

Rakyat nak tahu darimana datangnya kekayaan si mamat Adam Rosli ni!!!











AES Diteruskan Dengan Kadar Dendaan RM 150 & Blacklist Perbaharui Lesen! @LiowTiongLai

0 comments

Selepas berbagai konflik pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ketika mula diperkenalkan pada tahun 2012, kerajaan telah memutuskan pelaksanaan AES ditangguh pada 2013.. 

Namun, semalam kabinet telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan AES dan kadar dendaan yang sebelum ini RM 300 telah titurunkan menjadi RM 150..

Menerusi satu pengumuman, Menteri Pengangkutan yang juga Presden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai beliau berkata kadar baru AES ialah RM 150. Pihak kerajaan tidak akan menyelesaikan jumlah saman AES sebanyak 1.6 juta saman sejak 2012. Jikalau tidak membayar, pemandu akan disenaraihitam dan tidak boleh memperbaharui lesen kenderaan mereka.

Sistem AES ini akan diintegrasi dengan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang mana akan menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara)..


Menurut Liow, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bakal mengendalikan sistem baru AES hanya akan dibayar perkhidmatan mengikut kontrak..Menyingkap kembali semasa awal pengenalan AES pada 2012, ramai merungut kerana tindakan tersebut agak kejam kerana pemandu tidak mengetahui had laju sesuatu tempat..ada juga beranggapan bahawa pemandu hanya akan memperlahankan kenderaan mereka dikawasan AES sahaja..

Itu semua hanyalah alasan orang yang sering membawa laju dijalan raya..ramai pemandu di negara kita ini sering melakukan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat..matlamat pelaksanaan AES ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara kita di lokasi yang kerap berlaku kemalangan..

Kami menyambut baik cadangan denda RM 150 dan blacklist pemandu dengan tidak boleh memperbaharui lesen memandu..cumanya, pihak berkuasa perlu meluaskan pelaksanaan ini kepada kenderaan asing.banyak kenderaan asing dari Singapura memandu melebihi had laju seolah-olah mereka terkecuali daripada undang-undang..cadangan kami, jikalau mereka dikenakan saman AES, mereka perlu membayar di sempadan Malaysia ketika untuk membuat bayaran Cas Jalan Raya (RC) dan Sistem Rekod Kemasukan Kenderaan Pendaftaran Asing (VEP)...

Cara ini sahaja nak ajar pengguna jalan raya dari negara jiran yang tidak menghormati undang-undang negara kita..

Di bawah ini kami kongsikan Perkata Penting yang perlu anda tahu mengenai pelaksanaan AES..


Tuesday, November 15, 2016

Fitnah @NajibRazak Macam2 Dalam Diam Mereka Kaya Raya!!

1 comments

Tak sangka..baru berusia 28 tahun sudah mendapat anugerah Dato'..mempunyai mahligai seperti Istana..berkereta mewah..bukan calang2 orang mampu memiliki aset sebanyak itu..dengar cerita pemuda tersebut hanya berkelulusan SPM..

Jika mendapat dari hasil titik peluh sekalipun..jumlah lingkungan RM 25 ribu sebulan untuk membayar komitmen rumah dan kenderaan..itu tak masuk bayaran sara hidup..

Tidak percaya? JOM BELAJAR MENGIRA!

Kiraan Bagi Memiliki Rumah Lelongan Bernilai RM 1 Juta

1. Untuk memiliki rumah lelong bernilai RM 1 Juta, anda perlu mempunyai tunai tersedia sebanyak RM50K atau RM100K bagi tujuan deposit dan melayakkan anda menyertai lelongan tersebut. (5% or 10% daripada nilai rumah)

2. Anda juga perlu menyelesaikan bayaran tertunggak 3 bulan sebanyak RM16K. Bil-bil tertunggak seperti cukai pintu, elektrik dan air.

3. Baki RM900K boleh diperoleh melalui pinjaman bank dan kebiasaannya bank hanya boleh memberi pinjaman sekiranya nilai bayaran ansuran bulanan adalah 70% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan bersih anda. (Hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang rumah yang lain & hutang kereta)

4. Dengan nilai pinjaman RM900K selama 35 tahun dengan kadar faedah pada 6.6%. Bayaran ansuran bulanan adalah RM5500.

5. Katakan anda juga memiliki sekurang-kurangnya 4 buah kereta mewah seperti BMW 320i (RM250K) Mercedes C200 (RM300K) Volvo X40 (RM200K) dan Mini Cooper Clubman (RM250K), maka ansuran bulanan untuk setiap kenderaan tersebut adalah:

BMW: RM2900
Merc: RM3400
Volvo: RM2400
MC: RM2900

6. Maka, untuk mendapatkan pinjaman RM900K dengan nilai tanggungan di atas, gaji bulanan anda perlulah sekurang-kurangnya RM24,185.42. (Dengan mengambil kira anda tidak mempunyai sebarang hutang kad kredit dan hutang rumah-rumah yang lain)

7. Maka inilah gaji seorang pegawai khas kepada ahli parlimen.

P/S: Cuba sesiapa minta dia untuk tunjukkan slip gaji dan borang J LHDN.

P/S: Tu baru kira beli rumah terbengkalai 1 juta, belum kos menyiapkan dan renovation yang tak kurang 2 juta.  Kalau PA Zuraidah kaya macam ni, Zuraidah takkan lebih miskin dari dia. Bila abang-abang SPRM nak siasat mereka ni ya?

#AnakMudaSudahKaya
#NegaraMakmur
#SyukurAtasKurniaanRezeki

Pandai ftnah Najib macam2..dalam dia depa lagi pandai menyamun..chit!

Kenaikan Cas Hospital..Rakyat Perlu Tahu Hakikat Sebenar!!!

0 comments

Kenaikan cas hospital yang dicanang sebenarnya taktik untuk melariskan jualan akhbar sahaja..sebenarnya 1.6% sahaja yang terkesan..daripada 1.6% tu sebahagian besar kos ditanggung GL dan pihak swasta...

Berikut kami kongsikan hakikat sebenar yang anda perlu tahu tentang kenaikan harga cas hospital..

CAJ HOSPITAL KERAJAAN NAIK 50%?

Serius, tajuk muka depan KOSMO hari ni bikin orang ramai panik. Hasrat editor untuk meningkatkan hit mereka berjaya dengan cemerlang.

Pertama sekali perlu difahami, Caj RM1 untuk pesakit Am dan RM5 untuk jumpa doktor Pakar adalah KEKAL. Kata mudahnya, Caj Pesakit Luar tidak berubah.

Kedua, Hospital dan Klinik Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan. Ini juga KEKAL. Maknanya, bayar RM1 atau RM5, ubat tetap diberikan berkepuk-kepuk sebagaimana biasa. KKM belanja RM2 billion setahun untuk beri ubat pecuma kepada rakyat.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah KKM sedang kemaskini kadar caj pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2017. Harga ubat, peralatan perubatan dan khidmat doktor meningkat di seluruh dunia namun kadar caj pesakit tidak pernah disemak di Negara kita sejak 34 tahun lalu.

Pengemaskinian yang dicadangkan hanya melibatkan pesakit yang memilih untuk masuk ke wad Kelas 1 dan Kelas 2. Ya, mereka pilih sendiri untuk masuk ke wad kategori ini.

Pengemaskinian di wad Kelas 1 akan melibatkan caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Pengemaskinian Wad Kelas 2 pula hanya melibatkan caj wad sahaja. Kadar baru ini akan dimaklumkan setelah diputuskan.

Wad Kelas 3 langsung tidak terlibat dengan pengemaskinian ini. Kebiasaannya golongan kurang berkemampuan akan ditempatkan di wad ini.

Sebagai makluman, kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan adalah seperti berikut:

Kelas 1: RM30 - RM80 sehari (1 bilik seorang)
Kelas 2: RM20 sehari (Kongsi beberapa orang)
Kelas 3: RM3 sehari (Terbuka)

Jika dilihat dalam skop yang lebih besar, sebenarnya peratusan jumlah pesakit yang akan terlibat dengan kadar caj baru ini sangat kecil. Dan mereka yang akan terlibat ini adalah atas pilihan sendiri.

Dalam setahun, anggaran 2 juta pesakit diwadkan di Hospital Kerajaan. Anggaran pecahan mengikut wad seperti berikut:

Kelas 1: 16,000 orang  (0.8%)
Kelas 2: 16,000 orang (0.8%)
Kelas 3: 1,968,000 orang (98.4%)

Kesimpulannya, golongan kurang berkemampuan langsung tidak terkesan dengan pengemaskinian ini. Malah golongan ini akan mendapat manfaat yang besar kerana pengemaskinian ini akan membolehkan pendapatan yang diperoleh dari wad Kelas 1 dan 2 “dipindahkan” kepada mereka dalam bentuk ubat dan peralatan.

Moga sahabat memperoleh pencerahan awal.

*MOHD ZAIRI SAID*
*Pegawai Khas*
*Timb. Menteri Kesihatan*

Sunday, November 13, 2016

DAP Semakin Mereput..Realiti Yang Cuba Disembunyikan!!!

0 comments

Mereput..itulah perkataan yang sesuai dilabelkan buat parti kauvanis DAP yang kini mengalami krisis kepercayaan para pengundi..apa yang dilakukan pemimpin DAP ketika ini adalah menyerang Datuk Seri Najib dengan harapan sokongan akan kembali kepada mereka..dilubuk perjuangan DAP, ada perkara yang cuba disembunyikan oleh mereka iaitu krisis dalaman parti..keduanya krisis kebersamaan dalam anggota pakatan, krisis kehilangan kepercayaan sekutu PAS dan krisis moral pemimpin mereka...

Perkara ini antara yang menjadi intipati Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA 2016..apa yang dapat dirumuskan dari ucapan Dr Wee, beliau menceritakan bagaimana sejarah MCA yang panjang telah membawa kepada kemerdekaan negara kita..usaha dan perjuangan Tun Tan Cheng Lok yang bersatu dengan parti UMNO dan MIC telah berjaya memerdekakan negara..

Kes skandal banglo Guan Eng yangs membeli rumah di bawah paras harga pasaran telah mencacatkan kepercayaan rakyat yang menyanjung parti tersebut..DAP semacam cuba melarikan diri dari mendepani isu ini secara berani..Kutipan derma Tin Milo DAP ketika ini hanya suam-suam kuku..ia terbukti apabila DAP menjalankan kutipan untuk majlis DAP peringkat negeri..menurut Wee, jumlah kutipan hanya sekitar RM 20,000 sahaja...ia angka yang sedikit untuk DAP...

Pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, ia merupakan tamparan hebat buat DAP apabila gagal menambah kerusi di Sarawak..lebih mengecewakan lagi banyak kerusi mereka telah dirampas..kehancuran DAP di Sarawak bermula sejak kempen lagi..DAP dan PKR seperti anjing dengan kucing..kedua-dua parti ini memutuskan untuk bertanding sesama sendiri..hasilnya DAP yang menuduh PKR cuba merampas kerusi mereka. Apa yang berlaku, keputusan pertembungan sesama sendiri menyaksikan PKR lebih dominan daripada DAP..

Biarpun jumlah pemimpin DAP lebih ramai tetapi mereka kini semakin disisihkan dalam banyak perkara...baik dari segi membuat keputusan mahupun memimpin..contoh mudah apabila Tun M lebih berkuasa dalam pakatan harapan biarpun DAP yang lebih dominasi berbanding parti Bersatu..

DAP hanyalah sebuah parti rasis dan ia diungkapkan sendiri oleh Tun suatu ketika dahulu...kami mengharapkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan MCA 2016, parti itu akan lebih bertenaga untuk mempercepatkan proses pereputan DAP!!!pangundi DAP hanya pengundi rasis...jika tidak masakan calon yang tidak fasih berbahasa Melayu boleh dipilih sebagai pemimpin DAP mewakili parlimen,,ia amat memalukan..tapi mereka tidak kisah..janji boleh menang!!!

Pemimpin gagal selesaikan masalah banjir dan korupsi sekalipun masih disanjung...


Friday, November 11, 2016

Kementerian Pelajaran Digesa Lebih Adil Menyekat Pelayaran Internet!!!

0 comments

Tidak adil..ramai guru mengecam tindakan pengendali 1 Bestari Net yang menyekat portal-portal politik berpihak kepada kerajaan Persekutuan tetapi membiarkan tanpa sekatan untuk web-web politik pro pembangkang..hasil tinjauan kami..portal Malaysiakini dan Bersih masih boleh diakses...

Ini telah merosakkan mentaliti guru apabila boleh melayari portal subversif..apa tindakan KPM??jika dibiarkan begini jangan terkejut bila ramai guru yang lebih terpengaruh dengan hasutan pembangkang kerana lebih mudah mendapat berita daripada pembangkang berbanding pro kerajaan!!!


Perjanjian @NajibRazak & #Alibaba Pilihan Tepat!!! - @WeeKaSiongMP

0 comments

Najib telah berjaya mencatat rekod dalam sejarah negara apabila telah memeterai sebanyak 14 perjanjian dengan negara Tembok Besar China yang mana mencatat perjanjian berjumlah RM 144 billion dan memeterai 16 perjanjian dan MoU antara kerajaan dengan kerajaan.. China merupakan rakan dagang berpengaruh dunia dengan jumlah rakyat golongan pertengahan sebanyak 300 juta orang lebih ramai daripada Amerika Syarikat..

Dalam siri lawatan Perdana Menteri ke China, Malaysia telah menarik perhatian dunia apabila melantik Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia..Selain Malaysia, Presiden Indonesia, Joko Widodo turut berjaya melantik Jack Ma sebagai penasihat e-commerce untuk negara Indonesia pada September lalu..

Seperti biasa, pakatan pembangkang sejak zaman dahulu termasuk era kepimpinan Mahathir memang sentiasa mengkritik apa sahaja usaha kerajaan untuk memajukan negara..dahulu pun ketika Mahathir memerintah, dia mengabaikan apa sahaja kritikan pembangkang..kita dapat lihat hari ini apa usaha kerajaan BN telah memberi keselesaan dan keuntungan buat Malaysia, contoh terbaik Putrajaya dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)..Mahathir ketika muda bukan Mahathir sekarang, dia kini sudah menjadi pembangkang..jadi kami yakin kepimpinan Barisan Nasional zaman Najib akan mengabaikan apa sahaja kritikan pembangkang demi memastikan kemajuan negara kita terus berkembang..

Keputusan kerajaan melantik Jack Ma sebagai Penasihat Ekonomi Digital amat tepat..Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong berkta ia mampu memberi faedah dan mempertingkatkan lagi perkembangan e-dagang di Malaysia.

"Pengalaman dan kepakaran Jack Ma dalam teknologi maklumat serta memiliki sebuah kumpulan syarikat gergasi antarabangsa, maka tidak hairanlah kenapa Najib memilih beliau bagi membantu negara menuju ke tahap yang lebih tinggi khususnya dalam dunia ekonomi digital"

Datuk Wee turut membidas mana-mana pihak yang mengkritik usaha murni kerajaan Malaysia dan China memeterai banyak perjanjian bernilai billion ringgit. Dakwaan Malaysia bakal dijual kepada China hanyalah persepsi negatif dan penyakit keturunan pembangkang sejak dahulu lagi..

Bukan kita tidak tahu, malah Tun M, Muhyiddin dan kuncu-kuncunya juga akui sikap mentaliti kelas bawahan pakatan pembangkang sejak dulu lagi...tuduhan tersebut hanyalah mahu mengkritik usaha yang dilakukan kerajaan..


Jack Ma, Pengerusi Alibaba Group bukanlah individu calang-calang, beliau merupakan seorang bilionair yang menguasai bisnes teknologi malumat di China dengan aset kekayaan sebanyak AS$ 27.7 billion (RM 116.3 billion)..bayangkan orang yang dulu hidup miskin mampu menjadi bilionair ia merupakan penanda aras bahawa pilihan Ma adalah tepat...

Pembangkang seharusnya malu pada diri sendiri..mereka dengan lantang menolak apa sahaja usaha kerajaan..contoh mudah pasal bajet 2017 lalu tetapi menerima bantuan daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang yang mana dana tersebut dari peruntukan bajet 2017 yang ditolak mereka..

Kami yakin AliBaba mampu membuka lembaran baru dalam dunia ekonomi digital di negara ini..perniagaan berasaskan online kini semakin diminati di negara kita..ditambah pula dengan pelantikan ini, negara kita akan terus berkembang maju!!!

Monday, November 7, 2016

@NajibRazak Pemimpin Istimewa..Kenapa?Jom Baca!!!

1 comments

Tatkala ada rakyat yang menghina kewibawaan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak..ramai tidak mengetahui bahawa insan anugerah Allah SWT untuk Malaysia ini telah banyak melakukan transformasi untuk negara kita...berikut kami kongsikan mengapa beliau cukup istimewa...

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, #Selangor ke Taiping, #Perak sedang giat dilaksanakan. 

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina. 

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib. (_TBS dibina seolah olah dengan konsep  Lapangan Terbang)

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang. 

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup. 

7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan. 

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura. 

9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari #Terengganu ke #Kelantan. 

10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke #Pahang ke #Terengganu dan #Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion. 

11. #BRIM pun rakyat dapat. 

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma. 

13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru. 

14. Banyak pembinaan MRSM yang baru. 

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti. 

16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja. 

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik #1Malaysia yang baru. 

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam. 

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit. 

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun. 

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan. 

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar. 

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000. 

24. Rumah mesra rakyat RM 60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 200. 

25. Perumahan #PRIMA

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah. 

27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu #Kelantan melalui Merapoh #Pahang sedang giat berjalan. 

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi. 

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan. 

30. Bangunan Signature l di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018. 

*_Kejayaan Najib Razak yang perlu kita "acknowledge", bukan menanam kebencian pada setiap kebaikan yang dibuat Kerajaan._*

*Via : Malaysian Patriots*

Syukur Alhamdulillah

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA