networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, November 17, 2016

AES Diteruskan Dengan Kadar Dendaan RM 150 & Blacklist Perbaharui Lesen! @LiowTiongLai


Selepas berbagai konflik pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ketika mula diperkenalkan pada tahun 2012, kerajaan telah memutuskan pelaksanaan AES ditangguh pada 2013.. 

Namun, semalam kabinet telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan AES dan kadar dendaan yang sebelum ini RM 300 telah titurunkan menjadi RM 150..

Menerusi satu pengumuman, Menteri Pengangkutan yang juga Presden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai beliau berkata kadar baru AES ialah RM 150. Pihak kerajaan tidak akan menyelesaikan jumlah saman AES sebanyak 1.6 juta saman sejak 2012. Jikalau tidak membayar, pemandu akan disenaraihitam dan tidak boleh memperbaharui lesen kenderaan mereka.

Sistem AES ini akan diintegrasi dengan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang mana akan menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara)..


Menurut Liow, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bakal mengendalikan sistem baru AES hanya akan dibayar perkhidmatan mengikut kontrak..Menyingkap kembali semasa awal pengenalan AES pada 2012, ramai merungut kerana tindakan tersebut agak kejam kerana pemandu tidak mengetahui had laju sesuatu tempat..ada juga beranggapan bahawa pemandu hanya akan memperlahankan kenderaan mereka dikawasan AES sahaja..

Itu semua hanyalah alasan orang yang sering membawa laju dijalan raya..ramai pemandu di negara kita ini sering melakukan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat..matlamat pelaksanaan AES ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara kita di lokasi yang kerap berlaku kemalangan..

Kami menyambut baik cadangan denda RM 150 dan blacklist pemandu dengan tidak boleh memperbaharui lesen memandu..cumanya, pihak berkuasa perlu meluaskan pelaksanaan ini kepada kenderaan asing.banyak kenderaan asing dari Singapura memandu melebihi had laju seolah-olah mereka terkecuali daripada undang-undang..cadangan kami, jikalau mereka dikenakan saman AES, mereka perlu membayar di sempadan Malaysia ketika untuk membuat bayaran Cas Jalan Raya (RC) dan Sistem Rekod Kemasukan Kenderaan Pendaftaran Asing (VEP)...

Cara ini sahaja nak ajar pengguna jalan raya dari negara jiran yang tidak menghormati undang-undang negara kita..

Di bawah ini kami kongsikan Perkata Penting yang perlu anda tahu mengenai pelaksanaan AES..


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA