networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, November 20, 2016

#Bersih5 Gagal!!!Rakyat Malaysia Jangan Mudah Terperangkap Mainan Politik Pembangkang! -Presiden MCA


Himpunan bersih yang berlangsung semalam tidaklah sehebat seperti siri himpuman bersih yang terdahulu..jika dahulu kita amat risau dengan tindakan tidak siuman rakyat untuk menjatuhkan kerajaan melalui himpunan jalanan..apa yang dapat dilihat semalam..ia hanyalah seperti perarakan biasa...auranya sudah suam-suam kuku...

Sepatutnya dengan kehadiran Mahathir, muhyiddin dan mukris himpunan semalam setidak-tidaknya mampu menyamai himpunan sebelum ini dengan bekalan populariti 3 bekas ahli UMNO tersebut..namun andaian ini meleset sama sekali..

Rata-rata peserta hanya mahu berselfie dan ambil gambar..tinjauan kami, himpunan berkenaan tidak ubah seperti ceramah politik yang biasa kita dengar...ramai peserta menghabiskan bateri henpon mereka untuk mengambil gambar..

Sifat keterbukaan yang diberi DS Najib harus dipuji..menetapkan akta himpunan aman untuk rakyat berhimpun..tapi haram mereka tidak berdaftar...benda ni kita tak nampak dizaman diktator tun mahathir..ketika zamannya, sebarang provokasi jalanan akan disumbat ke dalam ISA..

Jika sebelum ini kita lihat, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang menjadi general..tetapi untuk kali ini himpunan berkenaan telah dihijack oleh Tun M sehinggakan mereka sendiri terlupa untuk menuntut bersih dan membebaskan Anwar...

Tun dan kuncunya berjaya menumpang populariti Bersih untuk mencapai hasrat peribadi menjatuhkan Najib..tetapi gagal..Najib masih lagi Perdana Menteri Malaysia yang sah..


Mengenai Bersih, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengutuk keras himpunan berkenaan..perhimpunan berkenaan tiada matlamat yang jelas selain mengotorkan KL dengan sampah..parti MCA menegaskan itu bukan dasar perjuangan mereka..

Apa yang dikatakan DS Liow, perhimpunan berkenaan telah menghina sistem demokrasi negara yang dilantik melalui pilihan raya yang sememangnya bersih..rakyat mahukan kestabilan ekonomi, ketenangan dan keharmoniaan..

Menurut Liow, rakyat perlu buka mata dan berhati-hati dengan perjuangan mereka..himpunan jalanan hanya menggangu kestabilan sosial..MCA menyokong Pilihan Raya yang bersih tetapi pembangkang menggunakan BERSIH untuk dijadikan alat pembangkang mencapai matlamat peribadi yang jauh menyimpang dengan kehendak demokrasi..

Jangan nanti dah terhantuk baru nak tengadah..sandiwara politik pembangkang memang tidak dapat dipisahkan..jika sesuatu hal itu tidak memihak kepada mereka..maka mereka akan membuat tuduhan untuk memberi tanggapan negatif..

Secara amnya, perhimpunan semalam gagal..jika nak dibandingkan Indonesia mencatatkan jumlah himpumam seramai 200,000 orang..di Korea seramai 100,000 orang tetapi di Malaysia jumlah itu jauh lebih rendah iaitu sekitar 15,000...di Indonesia, para demonstran memperjuangkan hak umat Islam..di Korea mendesak Presidennya meletak jawatan..tetapi di Malaysia para demonstran hanya mahu berselfie dan menuntut kononya ingin mencapai Pilihan Raya yang bersih walaupun telah semua maklum SPR menjalankan tugas dengan baik..
Bersih semakin tidak mendapat sambutan...

1 comment:

Cik Minah said...

BAGUSLAH GAGAL, jadi lepaskanlah semua
pemimpin-pemimpin BERSIH yang korang tangkap tu.
Buat apa susah payah tangkap mereka,
kan BERSIH dah gagal.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA