networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, November 18, 2016

Cas Klinik Kerajaan RM10..KKM Beri Penjelasan!!!


Sejak beberapa hari ini viral kes slip bayaran perkhidmatan hospital kerajaan yang katanya sudah dinaikkan daripada RM 1 ke RM 10..sebenarnya hal yang diviralkan inonadalah rekayasa..cas itu dikenakan utk perkhidmatan pelbagai..yang paling penting telah sedia diamalkan oleh Hospital kerajaan..

Ini jawapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah..

VIRAL KUPON RM10 & RM5 BUKTI CAJ HOSPITAL KERAJAAN DAH NAIK?

INI MAKLUMAT YANG MENGELIRUKAN RAKYAT!!

Itu sebenarnya kupon yang memang telah sekian lama digunakan di Hospital/Klinik Kerajaan.

Sebagai makluman, Hospital/Klinik Kerajaan menggunakan 5 jenis kupon iaitu

- Kupon RM1 (atasnya dicetak Perub. 316)
- Kupon RM2 (atasnya dicetak Perub. 400)
- Kupon RM5 (atasnya dicetak Perub. 315)
- Kupon RM10 (atasnya dicetak Perub. 401)
- Kupon RM15 (atasnya dicetak Perub. 404)

Kupon berkenaan diberikan kepada pesakit mengikut kadar bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan  diperolehi.

Sebagai contoh mudah,

• Ali demam, dia pergi ke kaunter pendaftaran, bayar RM1 dan akan dapat Kupon RM1. Selepas itu Ali jumpa doktor atau MO dan ambil ubat di Farmasi.

• Ayah Ali ada darah tinggi. Dia ke hospital setelah dirujuk kepada Doktor Pakar. Di kaunter pendaftaran, Ayah Ali bayar RM5 dan akan diberikan Kupon RM5. Jumpa Doktor Pakar dan ikuti prosedur seterusnya.

• Kakak Ali mahu mendapatkan rawatan fisioterapi Mandi Lilin Kelas 1. Dia ke kaunter bayar RM10 dan dapat Kupon RM10.

Kesimpulannya, gambar kupon yang diviralkan sejak semalam itu memang kupon sah yang diberikan kepada pesakit atas kadar perkhidmatan diperolehi mereka. Ia bukan bermaksud kadar caj RM1 telah naik kepada RM5 atau RM10.

Untuk mengetahui kadar caj rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan, layari:

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/160

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA