networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, November 30, 2016

DAP Johor Bakal Terima Nasib Sama Seperti Sarawak Jika Terus Simpan Pemimpin Bebal!!!



DAP CIPTA FORMULA ' SYOK SENDIRI'

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mempertahankan bahawa Bajet Negeri Johor, sememangnya mencatatkan lebihan atau surplus sejak saya menjadi Menteri Besar.

Dalam hal ini, YB Pengkalan Rinting telah mempertikai dan menuduh bajet surplus negeri Johor daripada tahun 2014 kononnya adalah bajet ‘syok sendiri’ kerana sebenarnya merekodkan defisit selepas ditambah dengan jumlah bajet tambahan. 

Sebagai penjelasan suka saya nyatakan:

Pertama, fakta bahawa kita membuat pembentangan bajet tambahan belum membuktikan secara automatik bahawa kita telah berbelanja melebihi apa yang dirancang atau melebihi hasil sebenar yang dikutip.Ini kerana, sepanjang tahun kewangan tersebut, tidak mustahil yang hasil kutipan kita melebihi jangkaan atau sasaran awal. Misalnya bagi tahun 2014, kita berjaya memperolehi hasil 45.01% melebihi sasaran. Maka, walaupun dengan tambahan perbelanjaan sebanyak 11.47% berbanding anggaran dalam perbelanjaan asal, akaun kerajaan negeri bukan sahaja kekal berlebihan seperti yang dibentangkan, tetapi mencatatkan lebihan yang tinggi iaitu sebanyak RM359,411,936.07. Jadi jumlah ini lebih tinggi berbanding sasaran asal lebihan dalam anggaran bajet iaitu RM2,024,000.00.

Kedua, wujud keadaan di mana peruntukan tambahan dibuat bukan kerana terlebih berbelanja. Sebaliknya, adalah untuk menggunakan peruntukan asal kepada sesetengah jabatan yang dijangka tidak akan habis membelanja maka diberikan kepada jabatan-jabatan lain yang dilihat memerlukan peruntukan tambahan.Dalam situasi ini, sekali lagi, walaupun wujud pembentangan bajet tambahan, ia masih tidak melebihi jumlah kutipan hasil, sekaligus mengekalkan keseluruhan perbelanjaan kerajaan sebagai surplus.

Ketiga, dan yang ini adalah yang paling mudah. Untuk menentu sah sama ada bajet kita defisit atau lebihan, semak dan lihat sahajalah laporan oleh Ketua Audit Negara.Dan jika dibandingkan, kalau tak suka kita pun, antara laporan rasmi Ketua Audit Negara dan pengiraan sendiri oleh Pengkalan Rinting, wujud perbezaan yang jelas.

Pada tahun 2014, Pengkalan Rinting mendakwa kita mempunyai Defisit sebanyak RM129,407.00. Sedangkan Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan baki sebanyak RM359,411,936.07.

Pada tahun 2015 pula, Pengkalan Rinting mendakwa kita mempunyai Defisit sebanyak RM200,719.00. Sedangkan Laporan Ketua Audit Negara memperakui Johor mempunyai lebihan baki sebanyak RM153,833,122.41

Jadi, berpeganglah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Pastinya, ini merupakan rekod rasmi yang sah dan diperakui. Melainkan Pengkalan Rinting beranggapan, Ketua Audit Negara juga bersekongkol dengan Kerajaan Negeri untuk memutar belitkan laporan Audit Negara.

Inilah masalahnya apabila kita terlalu yakin menggunakan teori sendiri, cara sendiri dan pengiraan sendiri sehingga mengenepikan segala rekod dan laporan rasmi negara. Maka, hasil yang kita perolehi pastinya akan salah.Dan kalau itulah pendekatan yang digunakan oleh Pengkalan Rinting, itu baru namanya ‘syok sendiri’.

Jadi, saya tegaskan kembali bahawa bajet surplus yang diumumkan oleh Negeri Johor adalah sah, tepat dan rasmi. Namun, saya ingin tegaskan, surplus atau defisit bajet kita, tidak pernah menjadi isu atau fokus utama dalam perancangan bajet negeri. Sebaliknya, bajet kita sentiasa disusun dengan mengutamakan dan mengambil kira keperluan rakyat. Dan inilah yang sebenarnya lebih kita pentingkan.


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA