networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, November 18, 2016

Fasa Satu MRT Sg Buloh - Kajang (SBK) Bakal Beroperasi Disember Ini!!!


Fasa Satu MRT Sg Buloh ke Kajang bakal beroperasi 16 Disember ini mengikut perancangan yang telah dirangka kerajaan..Projek ini bila siap beroperasi nanti bakal memberi manfaat kira-kira 400,000 orang pengguna setiap hari..ia merupakan satu kejayaan baru industri pengangkutan awam darat negara kita selaras dengan hasrat kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP)..

Pembinaan ini mengikut perancangan merupakan prestasi membanggakan kerana berjaya memenuhi syarat jadual dan lingkungan bajet yang ditetapkan oleh kerajaan..kejayaan ini merupakan penanda aras kejayaan kerajaan yang mana memenuhi keperluan rakyat dalam sektor pengangkutan awam..

Baik dari teksi, bas, LRT, MRT, Rapid sehinggalah ke aplikasi e hailing Uber dan GrabCar semuanya menjadi penekanan kerajaan dengan hasrat mahu mentransformasikan kemudahan pengangkutan awam darat..tidak cukup itu, kerajaan melalui SPAD turut melaksanakan perkhidmatan bas GoKL yang dihadiahkan secara percuma kepada rakyat dan pelancong di ibu kota..

Laluat SBK ini akan dihubungkan sebanyak 120 buah bas perantara melalui 26 laluan disekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk laluan fasa satu bermula dari stesen Sg Buloh hingga Stesen Semantan. Perkhidmatan ini akan memudahkan urusan rakyat menggunakan MRT daripada meredah kesesakan jalan raya..

Ini hanyalah fasa satu..jika siap sepenuhnya nanti projek MRT ini akan menghubungkan Sg Buloh - Serdang - Putrajaya yang dijangkakan siap pada 2022 nanti..pada ketika itu, dianggarkan seramai 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap hari..

Ia menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam meningkatkan industri pengangkutan awam darat ini sebagaimana negara-negara maju lain..projek mega berimpak besar ini memakan kos yang besar yang mana telah disenaraikan dalam projek penting dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)..Syabas!!rakyat dahagakan pengangkutan awam darat selaras dengan perkembangan semasa..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA