networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, November 20, 2016

#GoKL Perkhidmatan Bas Percuma Semakin Mendapat Sambutan Rakyat!!!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan bantuan sokongan kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan dan melakukan apa sahaja usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat..matlamat mahu mentransformasikan mutu perngangkutan awam adalah keutamaan SPAD..


Antara usaha SPAD untuk meringankan beban warga kota dalam urusan perbelanjaan harian menaiki pengangkutan awam adalah dengan memperkenalkan pengangkutan awam GoKL. Bas ini memberikan perkhidmatan bas secara percuma untuk kegunaan rakyat dan pelancong di negara kita..

Sejak diperkenalkan dari 2012 hingga 2015, bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini semakin meningkat..pada tahun 2012, seramai 8,450 telah menaiki kenderaan ini dan jumlahnya sentiasa meningkat sehingga 2015 seramai 38,061..dari data maklumat pengguna kita dapati GoKL semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong dan rakyat di negara kita..ia secara tidak langsung menjimatkan kos perbelanjaan pengangkutan ke tempat kerja mahupun ke pusat membeli belah.,

Setakat ini GoKl melalui 4 laluan yang mana dibahagikan laluan hijau (KLCC-Bukit Bintang), merah (KL Sentral - Terminal Jalan Tun Razak , unggu (Pasar Seni - Bukit Bintang) dan biru (Bukit Bintang - Terminal Jalan Tun Razak)

Semua pengunjung boleh menikmati internet yang telah disediakan disetiap bas..selain itu, Bas ini juga dilengkap dengan kemudahan mesra OKU..semasa Bersih 5 yang lalu..kami dapati sehari sebelum dan selepas BERSIH 5 bas ini penuh dengan penyokong Bersih 5..sambil mereka mengutuk kerajaan mereka turut menikmati kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan kita..

Kami mengharapkan perkhidmatan ini akan diteruskan dan SPAD perlu memperkenalkan kaedah baru untuk memastikan semua warganegara dapat naik bas percuma..ini kerana wujud aduan bas penuh dengan rakyat asing yang bekerja di ibu kota sehingga rakyat kita sendiri terasing untuk menggunakan perkhidmatan ini..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA