networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 26, 2016

Kerajaan Akan Bina 2 Lagi Terminal Bersepadu Menjelang 2020...


Rata-rata antara kita pasti pernah sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..sudah tentu anda mengetahui betapa standardnya kemudahan yang terdapat di sana..sekali pandang anda pasti merasakan anda berada seperti di lapangan terbang..inilah realitinya betapa negara kita semakin maju dalam industri pengangkutan awam..

Apa tidaknya semua rangkaian pengangkutan awam darat akan berpusat di sini..ia meliputi perkhidmatan bas, teksi, ERL, LRT dan KTM..melihat akan kemudahan ini amat diperlukan, kerajaan memutuskan akan membina dua lagi Terminal Bersepadu yang dijangka beroperasi menjelang 2020 nanti...dua terminal baru akan di bina di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh...

Pembinaan yang dirancang ini bukan dibuat suka-suka ia melihat akan keperluan pengguna yang semakin tinggi yang mana telah dilaporkan oleh Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015..keperluan ini perlu dibina bagi memperluaskan rangkaian pengangkutan awam darat di sekitar Greater Kuala Lumpur..

Projek TBG dan TBSB akan dibangun dan dikendalikan oleh pihak swasta berbeza dengan TBS yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan..SPAD dalam laporan PTPAD akan menambah kira-kira 30 kemudahan Park & Ride menjelang 2019 di kawasan berkepadatan tinggi..

Antara perancangan SPAD ialah akan melancarkan satu Aplikasi Perancang Perjalanan menjelang akhir tahun ini serta melaksanakan sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) pada 2018 yang akan menggantikan kad baharu seperti MyRapid..

Ia bertujuan untuk menyeragamkan sistem tambang yang lebih lancar dan murah daripada operator berbeza akan dilaksakanan terhadap pengguna Park & Ride yang mana pembayaran transit dapat dibuat di pintu-pintu masuk menerusi kad ATM dan debit baharu..

Terlalu banyak perancangan yang sedang dirancang atau sedang dibina untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita..itu pun masih ada rakyat yang tidak menghargai seperti kerajaan pada hari ini tidak melakukan apa-apa sumbangan pun..yang realiti depan mata tidak nampak tetapi fitnah dan berita palsu mudah sangat dipercayai rakyat..

Kami turut merasakan sedikit kesal berikutan perangai pemandu-pemandu teksi yang segelintirnya menjadi agen penghancur negara...mudah terpengaruh dengan anasir subversif untuk memburukkan negara...mereka tidak tahu kerajaan bertungkus-lumut meningkatkan kualiti pengangkutan awam..bukan hendak hargai..dihina lagi kerajaan...jadilah orang yang bersyukut..tak semua negara ada kemudahan seperti di negara kita..hidup penuh subsidi..kenderaan dengan rate yang rendah..beryukurlah...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA