networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 19, 2016

Kerana Politik Pembangkang Hina Budaya Masyarakat Iban!!!


Sedang hangat gambar Bong Mokhtar menggigit parang ketika menghadiri pecah tanah membina ladang ternakan babi..melalui cerita yang tersebar..FELCRA telah menggadaikan maruah mereka dengan membina ladang babi..cerita sebenar yang perlu anda tahu ada kami kongsikan di bawah gambar ini...bacalah!!janga kerana politik sanggup menghina budaya dan tradisi orang IBAN!!!





*KERANA KETANDUSAN ISU, PEMBANGKANG HINA TRADISI IBAN*

Program itu adalah program Pecah Tanah Kawasan Kilang Sawit, bersempena Sambutan 50 Tahun FELCRA, Wilayah Sarawak. Di mana berlakunya peristiwa 'GIGIT PARANG' serta 'PENYEMBELIHAN @ TIKAM KHINZIR' yang telah dijadikan modal oleh pembangkang dengan MEMFITNAH KONONNYA FELCRA telah membuka kilang penyembelihan khinzir di Sarawak. Mereka juga mendakwa bahawa program tersebut kononnya program Pecah Tanah Buka Kilang Sembelih Khinzir.

AstaghfiruLlah. Sampai SEBEGINI HINA rupanya pembangkang yang ada di Malaysia.

HAKIKATNYA, kedua-dua peristiwa itu sebenarnya adalah KELAZIMAN YANG TELAH MENJADI TRADISI BIASA bagi penduduk setempat (Suku Kaum Iban - Bukan Islam) dalam meraikan kunjungan mana-mana VIP ke tempat mereka, sekalipun VIP itu beragama Islam. Ini acara masyarakat setempat di sana. Malah staf FELCRA yang bertugas di sana juga ramai dari kalangan masyarakat Iban. Acara ini dibuat selepas Majlis Rasmi-nya. Malah semasa Majlis Rasmi, ada dibuat bacaan doa dan mereka pun turut sama menghormatinya sebagai agama kita.

JANGAN RISAU, YB DATO' SRI BUNG MOKTAR RADIN cukup menjagai hal-hal sensitif terutamanya yang menyentuh soal agama seperti ini. Ianya tidak lebih daripada hanya sekadar sebagai MENGHORMATI ADAT TRADISI SERTA AGAMA MASYARAKAT SETEMPAT sahaja. FELCRA tidak pula 'berlebih-lebihan' dalam hal ini kerana kita juga tahu batas hukum agama kita. Tidak timbul sedikit isu pun di situ sebenarnya.

Namun, almaklumlah, ada pihak-pihak tertentu yang cuba memperguna isu ini kerana mereka ketandusan isu. Diharap agar kalian TIDAK MEMILIH parti-parti pemfitnah seperti penyebar FITNAH ini.


_Lain lubuk, lain ikannya_
_Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung_
_Masuk kandang kambing, mengembek_
_Masuk kandang kerbau, menguak_
_Every land has its own laws_
_When in Rome, do as the Romans do!_
_When in Sarawak, do as the Ibans do!_


Salam Hormat.
JazakaLlah...


~ _*ABScrew ; 2010:18112016*_
*_#akubukanstarring&_*

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA