networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, November 22, 2016

MyBas Perak Diminta Tambah Laluan Tahun Depan..


Sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini membangkitkan mengenai penambahan laluan di negeri ini terutamanya di kawasan berpenduduk padat seperti Manjoi. Pertanyaan ini diutarakan oleh YB Mohammad Ziad yang mahu memastikan akses MyBas dapat dinikmati rakyat negeri ini..

Pertanyaan tersebut dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon (BN Chenderian) yang menurutnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menilai keberkesanan rangkaian yang sedia ada.

Sejak dilancarkan pada 1 Jun lalu, SPAD akan mengkaji data yang dikumpul dalam tempoh enam bulan bagi melihat keberkesanan perkhidmatan ini..SPAD tiada masalah untuk menambah laluan asalkan laluan tersebut menjanjikan perkhidmatan sekurang-kurangnya 75% daripada penduduk di kawasan yang ditetapkan..

Antara aspek penekanan untuk perkhidmatan MyBas ini ialah perlu mempunyai akses dengan perkhidmatan bas lain, liputan perkhidmatan, waktu operasi, bilangan bas dan ketepatan waktu..ini semua bagi memastikan kualitinya dapat memberi kesenangan kepada penumpang.

Menurut Dr Mah, MyBas semasa dilancarkan ia mempunyai dua fasa dan meliputi 19 laluan..kami memuji sikap wakil rakyat Manjoi ini yang peka tentang keperluan masyarakat setempat terhadap perkhidmatan awam. Biarpun penumpang tidak ramai, perkhidmatan ini tetap beroperasi yang mana pengendali menerima bantuan kerajaan untuk terus beroperasi dilaluan yang tidak menguntungkan...

Walupun nampak ianya tidak berbaloi tetapi SPAD dan kerajaan perlu meneruskan operasi MyBas kerana matlamat utama ialah akses pengangkutan awam darat di semua pelusuk negara terutamanya luar bandar..inilah dinamakan Program Transformasi Perkhidmatan Bas yang telah diilhamkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib..


Pembangkang tidak pernah memikirkan usaha seperti ini..yang mereka tahu hanyalah mengkritik dan menggunakan perkhidmatan yang telah diusahakan kerajaan Barisan Nasional...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA