networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, November 11, 2016

Perjanjian @NajibRazak & #Alibaba Pilihan Tepat!!! - @WeeKaSiongMP


Najib telah berjaya mencatat rekod dalam sejarah negara apabila telah memeterai sebanyak 14 perjanjian dengan negara Tembok Besar China yang mana mencatat perjanjian berjumlah RM 144 billion dan memeterai 16 perjanjian dan MoU antara kerajaan dengan kerajaan.. China merupakan rakan dagang berpengaruh dunia dengan jumlah rakyat golongan pertengahan sebanyak 300 juta orang lebih ramai daripada Amerika Syarikat..

Dalam siri lawatan Perdana Menteri ke China, Malaysia telah menarik perhatian dunia apabila melantik Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia..Selain Malaysia, Presiden Indonesia, Joko Widodo turut berjaya melantik Jack Ma sebagai penasihat e-commerce untuk negara Indonesia pada September lalu..

Seperti biasa, pakatan pembangkang sejak zaman dahulu termasuk era kepimpinan Mahathir memang sentiasa mengkritik apa sahaja usaha kerajaan untuk memajukan negara..dahulu pun ketika Mahathir memerintah, dia mengabaikan apa sahaja kritikan pembangkang..kita dapat lihat hari ini apa usaha kerajaan BN telah memberi keselesaan dan keuntungan buat Malaysia, contoh terbaik Putrajaya dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)..Mahathir ketika muda bukan Mahathir sekarang, dia kini sudah menjadi pembangkang..jadi kami yakin kepimpinan Barisan Nasional zaman Najib akan mengabaikan apa sahaja kritikan pembangkang demi memastikan kemajuan negara kita terus berkembang..

Keputusan kerajaan melantik Jack Ma sebagai Penasihat Ekonomi Digital amat tepat..Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong berkta ia mampu memberi faedah dan mempertingkatkan lagi perkembangan e-dagang di Malaysia.

"Pengalaman dan kepakaran Jack Ma dalam teknologi maklumat serta memiliki sebuah kumpulan syarikat gergasi antarabangsa, maka tidak hairanlah kenapa Najib memilih beliau bagi membantu negara menuju ke tahap yang lebih tinggi khususnya dalam dunia ekonomi digital"

Datuk Wee turut membidas mana-mana pihak yang mengkritik usaha murni kerajaan Malaysia dan China memeterai banyak perjanjian bernilai billion ringgit. Dakwaan Malaysia bakal dijual kepada China hanyalah persepsi negatif dan penyakit keturunan pembangkang sejak dahulu lagi..

Bukan kita tidak tahu, malah Tun M, Muhyiddin dan kuncu-kuncunya juga akui sikap mentaliti kelas bawahan pakatan pembangkang sejak dulu lagi...tuduhan tersebut hanyalah mahu mengkritik usaha yang dilakukan kerajaan..


Jack Ma, Pengerusi Alibaba Group bukanlah individu calang-calang, beliau merupakan seorang bilionair yang menguasai bisnes teknologi malumat di China dengan aset kekayaan sebanyak AS$ 27.7 billion (RM 116.3 billion)..bayangkan orang yang dulu hidup miskin mampu menjadi bilionair ia merupakan penanda aras bahawa pilihan Ma adalah tepat...

Pembangkang seharusnya malu pada diri sendiri..mereka dengan lantang menolak apa sahaja usaha kerajaan..contoh mudah pasal bajet 2017 lalu tetapi menerima bantuan daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang yang mana dana tersebut dari peruntukan bajet 2017 yang ditolak mereka..

Kami yakin AliBaba mampu membuka lembaran baru dalam dunia ekonomi digital di negara ini..perniagaan berasaskan online kini semakin diminati di negara kita..ditambah pula dengan pelantikan ini, negara kita akan terus berkembang maju!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA