networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, November 19, 2016

@SPADChannel Sudah Ada Kaedah Terbaik Untuk #UBER & #GrabCar Beroperasi...


Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib yang telah berikrar akan mentransformasikan industri pengangkutan awam darat ketika awal penubuhan SPAD..sehingga hari ini telah banyak transformasi telah dilakukan baik dari segi LRT, TREN, Bas Antara Bandar, Bas Dalam Bandar,Teksi dan terkini aplikasi teksi atas talian terkenal diseluruh dunia bakal menjadi nyata untuk beroperasi di negara kita...

Setakat ini banyak perubahan telah dilakukan dari sudut penambahan infrastruktur dan penambahbaikkan sistem bagi melicinkan perjalanan pengangkutan awam di negara kita...

Baru-baru ini, dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP) SPAD telah menggalakkan pemandu-pemandu teksi keluar daripada zon sewa pajak untuk memiliki permit individu..Pemandu teksi juga boleh memiliki lesen individu dengan bantuan geran berjumlah RM 5,000..geran bantuan tersebut boleh digunakan untuk modal membeli kenderaan Perodua Myvi atau Proton Exora..

Sejak 1 September lalu, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima..langkah ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pemandu teksi untuk bergerak sendiri tanpa bergantung kepada sistem pajak..ini yang dimahukan oleh pemandu teksi...langkah ini dirangka bagi menyelesaikan masalah pemandu teksi..

Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan mengendali pengangkutan awam darat di negara kita..SPAD tidak pernah bersifat double standard antara pengangkutan awam..tidak pernah melebihkan Tren..Bas mahupun teksi..bagi SPAD semua perlu dijaga dan kualiti perkhidmatan memuaskan pengguna...

Disebabkan hal ini, SPAD akan mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan...setiap pindaan akan dibentangkan kepada Kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen..kelulusan ini dijangka tercapai pada suku pertama 2017..

Jikalau semua berjanalan lancar, ini bermakna SPAD akan mengendalikan sistem e-hailing yang mana akan mengupayakan operasi UBER dan Grab Car di negara kita..ini bukan mengecilkan periuk nasi pemandu teksi..tetapi menambahkan pilihan kepada pengguna untuk memilih...pemandu teksi tidak usah bimbang kerana persaingan sihat perlu bagi meningkkatkan kualiti perkhidmatan..

Ia serupa juga seperti persaingan antara pengendali bas ke lokasi yang sama..mereka tidak pernah bergaduh sesama pengendali..ia asam garam dalam dunia pengangkutan awam.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA