networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, November 2, 2016

Terdedah Sebab Kerajaan Naikkan Harga Minyak!!!


Dua hari lepas kecoh di laman sosial disebabkan kenaikan harga minyak petrol yang berkuatkuasa November 2016..kenaikan sebanyak 15 sen ini ramai yang tidak memahami..

Kata orang kerajaan zalim kerana menaikkan minyak sedangkan harga minyak dunia turun..dibawah ini kami kongsikan info supaya anda buka mata...

Satu perkara yang ramai tidak mengetahui tentang realiti kaedah pengapungan terkawal bagi bahan bakar fossil

Harga bagi bulan semasa ditentukan oleh purata harga bulan sebelumnya.

Tetapi harga realiti yang perlu dibayar adalah mengikut harga harian. Maka setiap hari pada bulan yang telah ditentukan harganya akan berlaku lebihan bayaran atau kekurangan bayaran yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Maka, bermula semenjak sistem ini diperkenalkan bermula Disember 2014, kerajaan telah menanggung RM 810 juta daripada kekurangan yang diterima dan memperoleh RM 710 juta daripada lebihan yang diterima.

Secara singkat, kerajaan telah menanggung RM 100 juta subsidi bahan bakar fossil.

P/S: Ada orang peduli? Mesti tak ada sebab semua orang fikir diri sendiri jer~ 

#SeeTheBigPicture
#HargaMinyak
#Realiti

-- NAIK/TURUN HARGA MINYAK --

1. Soalan yang banyak dipaparkan dalam FB semalam ialah tentang kenapa harga minyak mentah dunia menyusut sejak lebih kurang seminggu yang lalu, tetapi harga runcit petrol dinaikkan? 

2. Jawapan paling mudah ialah, petrol yang kita gunakan hari ini bukan ditempah oleh syarikat peruncit minyak pada minggu lepas.

3. Trend harga minyak mentah vs. harga runcit menunjukkan penurunan harga minyak mentah dunia pada bulan Julai, hanya memberi kesan kepada penurunan harga runcit pada bulan September.

4. Dengan kata lain dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan September yang lalu, kita menggunakan minyak harga murah yang dibeli pada bulan Julai.

5. Perlu juga diketahui bahawa penurunan harga minyak mentah sejak seminggu lalu masih tidak memberi kesan untuk menurunkan harga purata minyak mentah bagi bulan Oktober.  Purata harga bulan Oktober meningkat USD0.33 berbanding bulan September. 

6. Ini bermakna, sekiranya trend harga minyak kekal rendah dan sekaligus menurunkan kadar purata harga bagi bulan November ini, kita akan menikmati harga runcit petrol yang lebih rendah dalam tempoh 1-3 bulan akan datang.

7. Justeru, janganlah kita mudah terpengaruh dengan sentimen negatif dan sikap menghukum tanpa terlebih dahulu memahami.

1 comment:

Anonymous said...

apa yg ko cuba putar belit ni? jgn la nk menipu je kerjanya..subjek ekonomi dapat berapa?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA