networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, December 31, 2016

Azmin Letak Jawatan Presiden Tak Akan Selesaikan Isu Bola Sepak Selangor..Akhirnya Dia Mengaku Budaya Subsidi Tidak Bagus!!!

2 comments

Masih segar diingatan kami melihat satu video dimana kepala Azmin dihagol-hagol ketika merai kemenangan meraih Piala Malaysia 2015..ketika itu semua nampak indah..terkini Menteri Besar Selangor Azmin meletak jawatan kerana melihat exco FAS gagal untuk berubah..

Antara sebab Azmin letak jawatan adalah kerana barisan Exco tidak bersedia dengan perubahan dan bergantung kepada budaya subsidi semata-mata...Azmin mendakwa barisan exco FAS tidak bersedia untuk berubah dan mengamalkan politik cara lama..

Barangkali apa yang Azmin lakukan ketika ini iaitu meletak jawatan adalah sebagai protes cara politik baru..baru dia tahu yang budaya subsidi ni tidak bagus..sebenarnya Najib dah sedar lama dah..pemberian Subsidi perlu kepada yang berhak..bukan sama rata....sebab itulah BR1M diberikan untuk mengalihkan subsidi kepada golongan yang layak..

Presiden pun gagal bawa perubahan dikatakan exco yang tak bagus...memang tak dapat lari dari mentaliti pembangkang..sendiri boleh mengubah disalahkan orang lain yang tidak mahu berubah...kami amat kesian dengan nasib rakyat Selangor..dahlah masalah Air dipolitikkan..Bola Sepak pun nak politik jugak!!!

Jika kau rasa bola sepak boleh dijulang dengan adanya tadbir urus yang berintegriti..kenapa kau tak buat?yang kau p letak jawatan buat apa?lihat TMJ..presiden PBNJ berjaya bawa JDT yang kita kenal hari ini..

Tuesday, December 27, 2016

Insiden Kemalangan Bas Di Pagoh..Banyak Perkara Perlu Diteliti...

0 comments

Kami mengikuti kes tragedi bas terhumban di Pagoh yang mana telah mengorbankan seramai 14 orang nyawa termasuk pemandu bas..melalui pengamatan kami, bas tersebut bukanlah mengelak kenderaan lain tetapi meluncur laju terus masuk ke laluan kampung...

Tiada kesan brek..ini menunjukkan pemandu telah terlena..pada kami pemandu bas berkenaan keletihan..jika anda sendiri pun memandu laju bila terlalu penat akan terlena..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu menyiasat pihak pengendali bas terbabit..banyak dakwaan yang tidak senang didengar tentang pengendali berkenaan..sebaik sehaja kejadian berlaku, SPAD telah mengambil tindakan mengantung operasi pengendali bas tetapi apa yang dapat dilihat, bas berkenaan masih beroperasi..ini telah dibuktikan dengan satu foto gambar yang menunjukkan bas berkenaan masih beroperasi...


Keduanya, pihak pengendali mengakui ada pemandu kedua tetapi telah diturunkan di Pulau Pinang sebaik sahaja bas bergerak untuk memberi laluan kepada Isteri dan anak pemandu menaiki bas tersebut..kami musykil dengan kenyataan pengendali ni..

Kita ikuti kenyataan keluarga pemandu yang tidak puas hati dengan Syarikat Pengandali yang kami petik dari Astro Awani :

"Kalau betul, saya minta surat jadual kerja dia, jam berapa dia berkerja, saya hendak tengok kerana saya tidak berpuas hati. Anak saya seorang diri memandu hampir seminggu dan tiada pengganti.

"Anak saya ingat pasal duit, dia pernah berkata tak apa saya dapat duit lebih dan saya nak pemandu kedua yang dikatakan dia halau, nama pemandu itu kerana kami juga ingin tahu kerana saya tidak puas hati, anak saya seorang sahaja yang memandu bas itu", katanya di tempat kediamannya di sini.

Beliau berkata ketika mengulas kenyataan Ketua Penyelia Wilayah Selatan Goldstar Ekspres ( M ) Sdn Bhd Steven Chong susulan bas itu mempunyai pemandu kedua .

Ketiga, keluarga pemandu mendesak syarikat pengendali membuktikan wujudnya pemandu kedua dalam tugasan membawa bas berkenaan...ini menunjukkan betapa yakinnya keluarga pemandu bahawa pemandu kedua tidak wujud..atau mungkin juga pemandu kedua bercuti..sebab itu syarikat pengendali didesak untuk membuktikan kewujudan pemandu kedua..

Keempat, batang hidung wakil pengendali pun tidak nampak menziarahi keluarga mangsa terutamanya pemandu..anak mangsa yang meninggal dunia menghadapi masalah kerana bukan warganegara...dimana tanggungjawab syarikat pengendali?

Ini pengamatan tidak rasmi kami..apapun tunggu kenyataan yang sahih dari pihak yang bertanggungjawab..dalam pada itu, sistem penggajian dan bidang kerja pemandu bas perlu dikaji balik supaya pemandu menikmati gaji yang tinggi dan tugasan yang fleksibel tanpa mengharapkan mengejar trip untuk menambah pendapatan..ini kerana tugas pemandu bas amat mencabar kerana mereka membawa nyawa orang...

Monday, December 26, 2016

FAKTA!! #BR1M Serlahkan Sifat MUNAFIK Parti Pakatan!!!

1 comments

Sudah ditakdorkan Allah SWT, pemberian BR1M nampaknya telah membuka pekung pakatan dan menjelaskan bahawa parti pembanhkang penuh dengan sofat munafik..

Apa tidaknya, jika dalam kempen-kempen politik bukan main lantang lagi pemimpin pembangkang mengatakam BR1M itu hanya gula-gula menarik undi..Mahathir dalam kenyataan terbaru menegaskan BR1M adalah rasuah...

Benar kata orang..benda baik jika orang nafikan maka kebenaran akan terbukti juga..ini dapat dilihat betapa sifat hipokrasi pemimpin pembangkang apabila parti DAP Cauvanis bersungguh-sungguh menarik orang ramai mendaftar permohonan BR1M...mereka buat pendaftaran BR1M seperti nak daftat UNDI..kita dapat lihat betapa signal ini jelas menunjukkan BR1M memberi manfaat baik untuk rakyat jelata...sebab itu mereka juga berebut mendaftar permohonon...

Dalam pada itu Parti Bunga Raya ciptaan Mahathir tanpa segan silu turut mempromosi BR1M dalam laman web rasmi mereka..berani sungguh mereka menderhaka kepada Tun M...di bawah ini buktinya..


Tak malukan parti pembangkang?sanggup menjadi pemimpin munafik semata-mata mahu sokongan rakyat..ketika jadi pembangkang mereka dah bermuka-muka..jika mentadbir negara maknanya lebih teruk dari itu...memalukan!!




Saturday, December 24, 2016

Pemandu Teksi Cemar Imej Sendiri..Kenakan Harga Tambang RM 800 Kepada Pelancong!!!@SPADChannel Akan Bertindak!! @AduanSPAD

0 comments

Seringkali kita dengan rungutan pemandu-pemandu teksi yang mana tidak mendapat pembelaan sewajar daripada kerajaan..mereka mengandaikan kehidupan pemandu teksi sentiasa ditekan dengan bermacam-macam alasan..kalau ditanya kerajaan tak betul saja..buat demonstrasi desak kerajaan hapuskan UBER dan GrabCar..minta kerajaan naikkan tambang teksi..

Tetapi masalah pemandu teksi tak pernah lekang..ada sahaja masalah mereka buat..dengan disiplin penampilan tidak dijaga..kebersihan teksi tidak dijaga..tidak guna meter..dan terbaru menipu tambang dengan target sasaran mereka adalah pelancong-pelancong asing..

Bayangkan kos perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara sebanyak RM 800..kan tak masuk akal!!!mereka ini sebenarnya tak layak jadi pemandu teksi..gaya seperti samseng yang memeras ugut pelanggan..

Kerajaan lakukan macam-macam untuk membela pemandu teksi tapi mereka tidak pernah bersyukur..ingat lagi kami, ketika SPAD dan kerajaan diasak ketika menumumkan kenaikan harga tambang teksi..kemana pemandu teksi ketika itu?mereka langsung tidak mempertahankan tindakan kerajaan yang membantu mereka..sebaliknya mereka berdiam diri..

Bekerjasama dengan pemimpin pembangkang untuk mendesak Perdana Menteri mansuhka Uber..mereka tak sedar..anak pemimpin pembangkang yang membela mereka itulah sebenarnya penggemar teksi UBER dan membuat posting di laman sosial berbangga dengan UBER..

Kes peras ugut ini amat memalukan dan mencemarkan industri pengangkutan awam di negara kita..kerajaan melabur berbilion ringgit untuk meningkatkan imej pengangkutan awam tetapi mereka merosakkannya..maaflah nak kata, kalau dihimpunkan semua pengangkutan awam, teksi yang paling banyak melakukan masalah dan mencemarkan imej negara..

Ekoran kejadian ini, SPAD telah bertindak pantas untuk mengesan pemandu teksi berkenaan..berikut kami kongsikan kenyataan SPAD...



KENYATAAN MEDIA


MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA

Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara. Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.

SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.

Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan tegas kepada pengendali teksi supaya mematuhi kesemua syarat-syarat Lesen Pengendali di bawah Akata Pengangkutan Awan Darat 2010. Tambang yang dikenakan mesti mematuhi struktur tambang yang ditentukan oleh SPAD dan penggunaan meter adalah wajib bagi teksi bajet, eksekutif dan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M).

- Tamat –

Kerajaan @LimGuanEng Nak Bagi Pinjaman Kepada Kerajaan RM 50 Juta Bantu SJKC..Ada Pula Duit!!Selesai Masalah Banjir Merayu Mintak Kerajaan!!!

0 comments

Lim Guan Eng bersandiwara dalam memajukan pendidikan anak-anak Cina apabila mempelawa kerajaan pusat untuk meminjam RM 50 Juta daripada kerajaan negeri untuk memajukan SJKC..sebelum ini Guan Eng mendakwa Sekolah Rendah Cina SJKC tidak menerima bantuan RM 50 Juta daripada Kementerian Pelajaran..

Pada kami pelawaan Guan Eng ini hanyalah bersifat sandiwara politik cuba bermain isu pendidikan anak-anak Cina..agak mustahil Guan Eng akan memberi pinjaman untuk membantu SJKC..kami mengatakan agak mustahil kerana Guan beberapa bulan lalu merayu kepada kerajaan Pusat untuk memberi dana bagi menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang..

Jika hendak beri pun mengapa perlu pinjaman..bukankah DAP mengakui rakyat Cina banyak menyokong mereka..takkan bantu dalam hal pendidikan pun tak boleh diberi seikhlasnya?

Inilah cara seorang Ketua Menteri berpolitik..untuk memajukan SJKC mereka hanya mempelawa untuk memberi pinjaman..apalah salahnya Guan Eng menurunkan peruntukan terus untuk membantu tanpa memberi pinjaman...

Bayangkan jika kerajaan Pusat hanya memberi pinjaman kepada kerajaan negeri berjumlah RM 150 juta untuk selesaikan isu air..sudah tentu kerajaan BN akan dipersalahkan kerana mempolitikkan hal masalah rakyat..Tang dia..tak apa pula...


Kenyataan Guan Eng ini turut ditempelak oleh Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng..menurut Cheng, Guan Eng sepatutnya tahu hal pendidikan Cina tidak boleh diselesaikan melalui peperangan mulut..

Menurut Cheng "MCA sentiasa bekerja keras untuk membantu pendidikan masyarakat Cina di negara ini..pelawaan Guan Eng hanya bersifat provokasi hanya untuk publisiti murahan"

Cheng turut menempelak tindakan Guan Eng hanya sandiwara kerana dia sendiri gagal menyelesaikan isu banjir di Pulau Pinang sehingga memint bantuan daripada kerajaan BN untuk menyelesaikan isu banjir di negeri tadbirannya..

Bijak betul politik DAP..minta dana daripada BN tanpa pinjaman..apabila dia datang nak bantu DAP pula tawarkan Pinjaman..semuanya nak untuk kat mereka..bila hal banjir pandai mengata hal ini tidak boleh dipolitikkan..memang patut pun Datuk Tan Teik Cheng menempelak pemimpin bongkak sepeti Guan Eng..

Kami amat pelik dan jelik dengan sikap pemimpin DAP...sikap pemimpin macam ni pun masih lagi rakyat Pulau Pinang sokong...

Cerita Disebalik Agihan Bonus ASB & ASNB 2016 Yang Perlu Anda Tahu!!!

0 comments

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera rakan2 BN sekalian. Semasa sesi taklimat media kelmarin, saya dan Dato' Abdul Rahman Ahmad telah membentangkan prestasi ekonomi dan pasaran dunia & Negara serta mengumumkan antara lain pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu Dividen sebanyak 6.75 Sen seunit dan Bonus 0.50 Sen seunit. Ini melibatkan bayaran sejumlah RM10.3 billion kepada 9 juta pemegang unit ASB. Ada rakan2 yang mengucapkan terima kasih atas pengagihan yang kompetitif meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu manakala ada juga yang bertanyakan kenapa ia lebih rendah berbanding tahun2 terdahulu. Izinkan saya memberi sedikit pencerahan:

1. PNB merupakan pengurus dana unit saham amanah terbesar di Malaysia dengan dana yang diuruskan berjumlah RM260 billion iaitu RM220 billion dana unit saham amanah dan RM40 billion dana PNB sendiri (proprietary fund). Daripada RM220 billion tersebut, ASB merupakan sekim unit saham amanah terbesar dengan jumlah unit sebanyak 144 billion.

2. 68.5% dari jumlah dana ASB tersebut dilaburkan dalam saham syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia (equities), 2.6% di dalam sekuriti hutang (fixed income instruments) dan 28.9% di dalam wang tunai (cash & cash equivalents). Pelaburan2 saham utama termasuklah Sime Darby, Maybank (yang memiliki Maybank Islamic, institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia & antara yang terbesar di dunia), UMW, Tenaga Nasional, TM, Axiata, Maxis, Digi & Petronas Chemicals.

3.  Ketidaktentuan ekonomi dunia dan penyederhanaan pertumbuhan ekonomi Negara serta penurunan harga minyak & komoditi telah menyebabkan pasaran saham mengalami pulangan (Total Shareholder Returns) yang negatif sejak 3 tahun kebelakangan ini. Untuk tahun 2016 terkini, indeks FBM KLCI telah mencatatkan penurunan 4.7% . Setelah mengambil kira pendapatan dari dividen, ianya masih memberikan pulangan negatif 1.7% . Kadar faedah semasa juga adalah rendah dengan KLIBOR pada tahap 3.3% setahun.

4. Dengan keadaan sedemikian, sudah tentunya pulangan pelaburan ASB menjadi lebih rendah berbanding tahun2 sebelumnya. Malah pulangan 6.75 Sen seunit atau 6.75% ditambah dengan bonus 0.5 Sen seunit boleh dikatakan amat kompetitif berbanding penanda aras prestasi pasaran saham yang negatif 1.7% dan kadar faedah KLIBOR 3.3% setahun.

5. Untuk memastikan PNB dapat terus memberikan pulangan yang kompetitif & mapan untuk tahun2 yang akan datang, kami akan berusaha melaksanakan pelan strategik PNB 2017-2022 yang telah diumumkan pada 24 November yang lalu. Antara lain, ia termasuk mengoptimumkan peruntukan aset strategik (optimise strategic asset allocation) dan meningkatkan prestasi syarikat2 milik PNB.

6. Saya berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB. Ini termasuklah pengalaman dalam menerajui 3 syarikat2 besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank. Saya, Dato' Rahman, barisan pengurusan dan seluruh warga PNB berjanji untuk membuat yang terbaik untuk PNB, para pelabur dan Negara, InsyaAllah. Kami amat berterima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan kepada kami selama ini dan berharap akan mendapat sokongan yang berterusan daripada rakan2 semua.

7. Selamat menyambut tahun baru. Semoga 2017 merupakan tahun yang lebih baik dan lebih bermakna untuk kita semua.

Sekian, terima kasih & Salam hormat.
Abdul Wahid Omar.
23 Disember 2016 .

Thursday, December 22, 2016

DS @LiowTiongLai Sambut Baik Laporan Terkini @MH370 & Berjanji Usaha Pencarian Tetap Diteruskan...

0 comments

Misi pencarian pesawat malang MH370 tidak pernah tamat..biarpun hampir menjangkau 3 tahun tragedi hitam kehilangan pesawat MH370 ia tetap menjadi satu harapan kerajaan untuk menemui bangkai pesawat malang..

Baru-baru ini media memetik laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang melaporkan kemungkinan pesawat MH370 tidak berada di kawasan pencarian yang telah dibuat sebelum ini..ada betulnya juga kenyataan tersebut..apa tidaknya, misi pencarian telah menjangkau seluas 120,000 persegi setakat ini tetapi masih tiada tanda-tanda meyakinkan bangkai pesawat dijumpai..

Pakar dari ATSB meramalkan sekiranya pencarian diteruskan di lokasi yang sama ianya tidak akan memberi apa-apa menemui apa-apa...

Agensi itu meramalkan lokasi jangkaan bangkai pesawat terletak kira-kira 25,000 km persegi di utara kawasan pencarian sekarang iaitu Selatan Lautan Hindu..Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyambut baik laporan terkini mengenai lokasi ramalan MH370..

Liow menegaskan pendirian Malaysia tidak pernah berganjak untuk meneruskan misi pencarian sehingga bangkai pesawat ditemui...Kerajaan memahami perasaan ahli keluarga yang sentiasa mengharapkan bangkai pesawat ditemui..

Ramalan yang dibuat ATSB pasti mempunyai asas yang kuat..sekarang ini pun kita menggunakan ramalan dengan mengambil apa sahaja kebarangkalian..harapan akan tetap diteruskan..kerajaan kita amat prihatin..sanggup mengeluarkan kos untuk menjayaka misi pencarian biarpun menelan belanja setakat ini lingkungan RM 600 juta..

Kami yakin selagi kerajaan Barisan Nasional memerintah..misi pencarian tetap diteruskan biarpun menelan belanja yang besar..itu janji Menteri Pengangkuta kita, DS Liow Tiong Lai..

PKR Tak Bagi PAN & PPBM Bertanding Di Selangor Dan Penang?Belum Apa-Apa Dah Berbaloh Sama Sendiri!

0 comments

Belum sampai sebulan PAN PKR PPBM dan DAP menandatangan MoU persefahaman sudah kedengaran berlaku perselisihan faham berkenaan pembahagian kerusi untuk PRU 14 nanti...

Ketua Pemerangan PKR, Shuhaimi Shafiei membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak dibenarkan bertanding di Selangor dan Penang..

Suhaimi menjelaskan kedua-dua parti PAN dan PPBM perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh BN..

Apa hak PKR untuk menghalang PAN dan PPBM untuk bertanding di Selangor dan Penang..

Khalid Samad dikatakan berang dengan idea ini dan mendakwa bukan hak mana-mana parti untuk menghalang parti lain. Selangor bukan milik PKR dan perlukan perbincangan..

Jelas Khalid ia kenyataan pramatang..kita tidak hairan bahawa perebutan dalaman pakatan dalam menentukan kerusi ini berlaku..ia telah terbukti ketika PRK Sarawak apabila DAP dan PKR bertanding sesama sendiri...

Jika kemelut ini berterusan insya'allah ia memberi petanda baik untuk BN dan PAS..

Dalam PPBM sendiri mereka juga memgalami krisis kepercayaan sesama pemimpin mereka...

Berani sungguh PKR membuat statement sebegini..dia tidak tahu ke Selangor berada disaat genting...PAS sudah tidak bersama..jika PAN tidak bertanding maka PKR bakal mengulangi krisis dalaman dengan DAP sebagaimana terjadi pada PRK Sarawak...

Sampai Bila Rakyat Selangor Perlu Hadapi Masalah Air?Rakyat Selangor Perlu Salahkan Kerajaan Pakatan!!!

0 comments

Ramai memperlekehkan tindakan Dato' Jamal yang berkemban ke Pejabat MB untuk menumpang mandi..sebenarnya kami menyokong tindakan Dato Jamal sebagai tanda protes terhadap kegagalan kerajaan negeri menangani masalah air sejak mentadbir Selangor...

Korang mesti kata ini konspirasi UMNO..sebenarnya isu ini bukan baru..ia sudah lama ketika zaman Khalid Ibrahim jadi MB lagi..masalah air ini turut gagal ditangani oleh kerajaan Azmin..

Dulu masa nak menang PRU Pakatan berjanji akan beri air percuma..sebenarnya itu hanyalah gula-gula nak menagih undi..kerajaan pakatan Selangor menggunakan Isu air ini untuk menagih simpati politik..rakyat menjadi mangsa dengan permainan politik pembangkang...

Dulu lagi kerajaan pusat dah kata Selangor bakal hadapi krisis air kerana pertambahan penduduk..sebagai langlah mengatasi kerajaan BN cadang untuk membina loji Langat 2 sebagai alternatif bekalan tambahan untuk rakyat Selangor..tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika itu ia menolak bulat-bulat cadangan itu dengan alasan itu hanya pembaziran..kerajaan Selangor bertegas mahu menstruktur semula konsesi air Selangor sebagai alasan penyelesaian..mereka terus bermain sandiwara politik air..bila bekalan air terputus mereka tuduh konspirasi UMNO...

Namun begitu,isu ini belum selesai sehingga..berbagai masalah air berlaku..rakyat Selangor terus dihadap dengan malapetala besar ketiadaan air..loji2 rawatan air dipaksa mengepam air sedangkan generator tidak mampu..sehinggalah rosak...bila rosak..bekalan air akan terputus untuk memberi laluan kerja-kerja membaiki generator..

Dipendekkan cerita..isu terbaru Selangor tiada air 6 hari bukan berpunca daripada TNB semata-mata..TNB tidak harus dipersalahkan...TNB menjalankan penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama Bukit Dabong..

Isu pokoknya ialah kegagalan kerajaan negeri menyediakan generator untuk tampung loji yang terkesan akibat ketiadaan bekalan elektrik..jika generator ada dan berfungsi dengan baik..penyelenggaran TNB ini tidak akan menjejaskan air di Selangor..

Permasalah ini bukam berpunca daripada Dato Jamal..tetapi kegagalan kerajaan negeri..kami nasihatkan artis bernama Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir..jangan tengok gimik..tetapi menyelami masalah dan punca sebenar...kalau kami nak cari salah anda boleh sahaja..jangan nak cari popularii murahan!!!

Samsung Galaxy J7 Menanti Anda..Jom Sertai Peraduan Naik Pengangkutan Awam.. @SPADChannel

0 comments

Menyedari bahawa trend masyarakat Malaysia gemar mengambil gambar ditempat-tempat menarik yang dikunjungi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan satu peraduan berkonsepkan menceritakan pengalaman yang menyeronokkan ketika menaiki pengangkutan awam...penyertaan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menaiki pengangkutan awam darat...

Memandangkan sekarang ini sedang musim cuti sekolah, pasti ibu bapa akan membawa anak-anak pergi bercuti..bagi yang menggunakan pengangkutan awam darat di negara kita, kami mengesyorkan anda menyertai pertandingan ini..manalah tahu ada rezeki dapat menang telefon bimbit model samsung Galaxy J7.. caranya mudah sahaja..di bawah ini caranya..

Langkah 1: Rakamkan perjalanan anda ke lokasi kegemaran anda menggunakan pengangkutan awam darat.
Langkah 2: Muat naik video atau gambar tersebut ke akaun Instagram anda.
Langkah 3: Ceritakan kisah perjalanan anda dengan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe
Langkah 4: Tag seorang rakan anda yang suka berjalan pada gambar yang dimuat naik. Kunjungi profil Fanpage SPAD untuk maklumat lanjut cara-cara penyertaan.

Selain Samsung J7, Kad TouchnGo bernlai RM 250 turut ditawarkan kepada para pemenang..pertandingan ini akan tamat pada 30 Disember 2016..rebutlah peluang ini..

Penganjuran pertandingan seperti ini sebenarnya mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam darat selaras dengan kehendak kerajaan yang mana mahu mencapai sasaran 40% rakyat menggunakan pengangkutan awam darat..sebab itulah kerajaan sanggup melaburkan berbilion ringgit untuk memastikan kemudahan pengangkutan awam darat dalam keadaan terbaik dan berkualiti..

Ayuh sertai pertandingan ini!! #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe




Seronok juga kalau jalan-jalan naik pengangkutan awam darat. Sertai peraduan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe dengan memuat naik tempat kegemaran yang boleh anda kunjungi dengan bas/tren/teksi dan ceritakan kisah perjalanan anda. Hadiah-hadiah menarik seperti telefon pintar Samsung Galaxy J7 menanti! Kunjungi profil kami untuk cara-cara penyertaan. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 30 Disember 2016!

Wednesday, December 21, 2016

"McDonald's Mengandungi Khinzir" Hanya Rekaan Berunsur Fitnah...

1 comments
 

McD difitnah lagi..kali ini kenyataan menuduh MCD menawarkan juadah mempunyai lemak babi...

Isu ini tersebar hangat dimedia sosial..semalam HQ McD telah menafikan bahawa tuduhan tersebut palsu dan berunsur fitnah..


Gambar di atas ini menunjukkan McD ditutup kerana kualiti kebersihan tidak mengikuti spek yang ditetapkan..ini bukan bererti McD ditutup kerana mengandungi babi..ini menunjuklan betapa McD menjaga kualiti kebersihan bagi keselesaan pengguna..

Di bawah ini adalah kenyataan media McD berhubung fitnah yang disebarkan tentang McD mengandungi babi..


Di bawah ini pula penafian McD berhubung fitnah umum mengenai kopi McD mengandungi lemak babi..ternyata ianya juga fitnah..


Seperti yang kami katakan dalam artikel kami sebelum ini, McD amat menitik beratkan kebersihan, kualiti, keselesaan, kebersihan dan halal...hangan risau tentang kualiti yang ditawarkan makanan di McD...

Monday, December 19, 2016

DS Liow Impikan Tempoh Masa Menunggu KTM Komuter 90 Saat...

0 comments

Masih hangat lagi cerita pelancaran MRT 1 antara Sungai Buloh - Semantan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan projek akan datang yang menelan belanja Rm 1.4 Billion..Projek tersebut dinamakan Projek Klang Valley Double Track (KVDT) dimana jika siap nanti masa menunggu untuk perkhidmatan KTM Komuter akan dikurangkan daripada 15 minit kepada hanya 7.5 minit pada waktu puncak..

Pengurangan masa menunggu ini amat penting bagi melancarkan urusan penumpang ketika diwaktu puncak..melalui tinjauan kami, rata-rata penumpang kenderaan awam mengkehendaki perkhidmatan awam yang tepat waktunya dan masa menunggu tidak terlalu lama..jika delay dan terpaksa menunggu lama lebih baik penumpang menggunakan kenderaan sendiri..jika ini berlaku ia telah merugikan kerajaan apabila melabur berbilion ringgit kepercayaan pengguna terhadap pengangkutan awam ditahap rendah..

Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mensasarkan supaya masa menunggu pekhidmatan tren KTM Komuter dapat dikurangkan kepada 90 saat tidak lama lagi...sekarang ini kerajaan BN sedang bertungkus lumus memastikan setiap projek dapat menjanjikan manfaat kepada rakyat...

Jika semuanya berjalan lancar..kami yakin sasaran 40% rakyat menggunakan pengangkutan awam dapat direalisasikan kelak..impian YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amat tinggi mahu melihat mod pengangkutan awam di negara kita setaraf negara terbaik dunia...kerajaan amat serius tentang pengangkutan awam darat..jika tidak masakan DS Najib berani mengeluarkan dana yang sangat besar untuk penangutan awam..

Kami yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kementerian Pengangkutan dan Tan Sri Syed Hamid Albar di SPAD mampu menaikkan mutu pengangkutan awam negara kita seterusnya mencapai hasrat Transformasi Pengangkutan Awam terlaksana..

Bukan mudah untuk menjadi jeneral di Kementerian Pengangkutan..nampak mudah tetapi tugasnya rumit..apa tidaknya, dalam beberapa tahun ini sahaja, tragedi melibatkan MH370 dan MH17 masih segar dalam ingatan..orang hanya tahu status MH370 ..itu semua perlukan kerjasama erat pemimpin negara dengan negara luar..barulah kolaborasi berjaya..buktinya ketika negara berduka insiden MH370..banyak negara luar menghulurkan bantuan pencarian...

Kami yakin dengan kerja keras Datuk Seri Liow mampu meningkatkan mutu pengangkutan negara..disamping itu, sokongan masyarakat Cina pasti kembali kepada BN dengan syarat masyarakat Cina perlu bersifat terbuka memilih pemimpin yang bekerja keras untuk rakyat dan bersih daripada sebarang skandal rasuah serta tahu membezakan pemimpin yang hanya pandai bermain sandiwara politik...

Sunday, December 18, 2016

JOHOR Tempat Orang Asing..Fitnah PKR Tak Masuk Akal!!!

0 comments

Satu penghinaan buat bangsa Johor...PKR ni tak selidik fakta ke?kalau nak bandingkan JOHOR SELANGOR DAN PENANG...rumah mampu milik Johor hanya RM150K...Selangor 250K...Penang RM400k...

Dari segi harga je kita dah tau negeri mana yang menawarkan rumah mampu milik untuk rakyat yang lebih rendah..mengapa PKR tak pertikaikan harga mamph milik di negeri Penang dan Selangor..atau mereka tak berani dan sekada menjadi boneka..

Tuduhan 1.5 Juta penduduk di wilayah iskandar..penduduk JB pun tak lebih 1 juta..mana mungkin penduduk luar lebih dari bangsa Johor di JB...jika ikut perkiraan ini 1.5 juta jika dibahagikan dengan 60 projek hartanah bermakna lingkungan 25,000 org utk 1 projek..tak masuk akal..ini kiraan manusia..bukan kiraan anak ayam di reban..

Nak diikutkan satu projek hartanah paling tinggi pn 2,500 orang...sebenarnya wilayah pembangunan iskandar ni telah mewujudkan persaingan sihat buat Singapura..ini fakta..kita lihat bandar2 besar dunia..peluang hartanah amat direbut oleh orang luar...di Abu Dhabi, Australia, Singapore.,,

Jika anda hina projek Wilayah Pembangunan Iskandar..ini bermakna anda juga menghina negeri Johor dan kesultanan kami yanh menyokong penuh kemajuan Projek ini...pakatan pembangkanh usahlah terlalu tergopoh gapah dalam mencari isu negeri Johor..

Untuk maklumat anda..MB Johor mendapat sokong penuh pihak kesultanan Johor atas kredibiliti kepimpinan...sebelum bercakap kaji dulu latar belakang dan kesan Projek Wilayah Pembangunan Iskandar...

Friday, December 16, 2016

Selepas 3 Tahun Malaysiakini Jawab Tuduhan Jahat @RafiziRamli Terhadap @SPADChannel & #MRT SBK... @AduanSPAD

0 comments

Macam tak percaya portal penjilat pakatan pembangkang secara tidak sengaja telah mendedahkan pembohongan Rafizi 3 tahun lepas terhadap peruntukan kewangan MRT..Rafizi ketika itu seolah-olah mahu menyalahkan kerajaan dan SPAD kononnya wujud penyalagunaan peruntukan untuk membangunkan projek MRT...

Kita lihat tuduhan palsu Rafizi :
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu, kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily. 
Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang. - SINI

Kita kenal siapa Rafizi..bersandarkan sedikit maklumat yang was-was dia akan create jalan cerita dan akhirnya dapat menyalahkan kerajaan...Rafizi mendakwa kos keseluruhan MRT daripada RM 37 Billion menjadi RM 100 Billion..ini angka yang dipetik sendiri oleh Rafizi untuk menaikkan kemarahan rakyat..

Sebenarnya kos untuk MRT Sungai Buloh - Kajang untuk Fasa 1 ialah RM 21 billion iaitu kurang RM 2 billion daripada anggaran awal RM 23 Billion..kos keseluruhan projek MRT Fasa 1 dan 2 dijangka menelan belanja RM 36.6 billion..jauh sekali untuk mencecah RM 100 billion..

Tindakan Rafizi amat dikesali..tuduhan yang diciptanya pada tahun 2012 akhir dijawab sendiri oleh Perdana Menteri..lebih menyedihkan Malaysiakini juga menceritakan perihal peruntukan sebagaimana yang dikatakan YAB Perdana Menteri kita..

Rakyat perlu tahu bahawa projek mega ini adalah atas inisiatif YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...MRT ini akan mengambil masa 3.5 minit masa menunggu untuk setiap hentian dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta pengguna...

Lebih membanggakan lagi, projek ini berjaya melibatkan kira-kira 50 peratus nilai kerja projek ini telah berjaya diagihkan kepada kontraktor Bumiputera..ia juga melebih sasaran awal iaitu 45%...orang macam Rafizi kalau ada 100 orang dalam parlimen boleh rosak negara..

Banyak janji-janji pilihan raya 2013 masih lagi tidak dapat dilunaskan..di Selangor umpanya kilang arak masih lagi gagal ditutup pakatan pembangkang...di Penang pula tol sungai Nyor yang menjadi agenda pakatan untuk diturunkan 50 sen pun sehingga hari ini hanya janji palsu..

Di bawah ini merupakan senarai fitnah yang berjaya dikantolkan..


#JomNaikMRT - Satu Kemudahan Pengangkutan Awam Bersepadu - @LiowTiongLai

0 comments

Projek MRT Sungai Buloh - Kajang Fasa 1 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak siang tadi, ia menandakan satu lagi mercu tanda penting negara untuk maju kehadapan dalam sistem pengangkutan awam negara..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam satu kenyataan media "perkembangan ini merupakan hasrat kerajaan  untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan yang disambung dengan perkhidmatan lain seperti LRT, Monorel, KTMB Komuter dan Projek Klang Valley Double Track."


"Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 70 billion untuk pembangunan rangkaian rel bandar di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang enam tahun yang lalu..hasilnya hari ini, kita dapat melihat pelancaran fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK)" jelas Liow

MRT SBK ini merupakan sebuah tren yang bersepadu yang mana ia dibina untuk melancarkan urusan perhubungan rakyat disamping dapat mengurangkan kesesakan di ibu kota..pengguna MRT SBK akan dihubungkan dengan 12 stesen sepanjang laluan sejauh 21 KM..

Apa yang menariknya sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan di stesen-stesen dengan laluan dikawasan tumpuan dan kawasan perumahan..ini membolehkan penumpang dapat kemudahan perhubungan bas untuk ke stesen MRT..Bukan itu sahaja, pengguna boleh memandu kenderaan persendirian dan menggunakan kemudahan Park-And-Ride yang disediakan di beberapa stesen MRT terpilih..dengan kemudahan yang disediakan amat sesuailah perkhidmatan MRT mendapat jolokan kemudahan awam bersepedu oleh Liow Tiong Lai kerana para pengguna dapat menikmati banyak rangkaian pengangkutan awam..

Kehadiran projek MRT SBK ini bakal memberi manfat bukan sahaja kepada pengguna malah dapat menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia..Bagi menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini, YAB Perdana Menteri semalam telah mengumumkan perkhidmatan MRT dan Bas Perantara pengguna boleh menaiki perkhidmatan ini secara percuma selama sebulan bermula 16 Disember sehingga 17 Januari 2017..

Di bawah ini kami kongsikan trek laluan MRT SBK..




Wednesday, December 14, 2016

Projek Mega HSR - Perkara Yang Perlu Anda Tahu..

0 comments

Semalam telah berlangsung perjanjian dua hala Projek Mega Keretapi Berkelajuan Tinggin (HSR) Malaysia - Singapura..Perjanjian tersebut telah memeterai perjanjian dua hala yang merupakan kemuncak perbincangan dua negara sejak Pemukiman Pemimpin 2013..

Ia merupakan perkembangan yang baik hubungan dua hala antara Malaysia Singapura sejak permeteraian Memorandum Persefahaman pada Julai 2016..

Projek ini dijangka siap tahun 2026..ia merupakan sumbangan besar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam memajukan industri pengangkutan awam darat..apatah lagi ia melibatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura..


Apabila siap nanti masa perjalanan Kuala Lumpur Singapura dapat disingkatkan hanya 90 minit..seperti yang dikatakan DS Najib sebelum ini..kita boleh sarapan di Kuala Lumpur...makan tengah hari di Singapura dan makan malam di Kuala Lunpur...Tren HSR mampu mencapai kelajuan sehingga 300 KM sejam dimana jarak landasan menjangkau 350 km dengan 335km di Malaysia dan 15km di Singapura yang akan berakhir di Jurong East...

Sepanjang perjalanan 350km ini..sebanyak 8 stesen akan dibina..anda boleh rujuk grafik di bawah mengenai laluan HSR..

Laluan HSR..7 Stesen di Malaysia...1 stesen di Singapura

Projek ini akan diuruskan oleg MtHSR Corp Sdn Bhd yang dimiliki penuh Kementerian Kewangan Malaysia..

Perkhidmatan HSR ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu OpCo Antarabangsa dan OpCo Dalam Negeri...boleh rujuk grafik di bawah..

Perkhdimatan HSR - Ekspres, Shuttle dan Domestik

Ringkasan konsep Perkhidmatan HSR
Untuk laluan antarabangsa ini ia akan dihubungi dengan perkhidmatan Ekspress antara Kuala Lumpur dan Singapura 90 minit tanpa henti serta perkhidmatan Shuttle iaitu perkhidmatan ulang alik merentas sempadan Iskandar Puteri - Singapura...

Untuk laluan dalam negara (domestik), ia akan meliputi laluan antara 7 stesen dalam negara yang telah kami kongsikan sebelum ini..perkhidmatan domestik ini tidak termasuk dalam kategori ekspress KL-Singpura...

Ini bermakna selain mencapai matlamat keretapi laju KL-Singapura, rakyat juga mendapat kemudahan hubungan 7 hentian dalam negara antara stesen dengan menggunakan tren..ini menunjukkan betapa cerdiknya DS Najib mengepalai industri pengangkutan awam darat di negara kita..

Jika dibandingkan dengan jambatan bengkok..ia hanya dapat dimanfaatkan oleh pengguna yang hendak ke Singapura sahaja..tetapi dengan HSR..rakyat bukan sahaja boleh menikmati perkhidmatan HSR KL-Singapura..tetapi boleh menaiki tren untuk ke 8 lokasi stesen yang telah dinyatakan sebelum ini...

Ini hanyalah sebahagian sumbangan Perdana Menteri kita dalam industri pengangkutan awam darat..kurang 48 jam satu lagi kemudahan pengangkutan awam akan dilancarkan iaitu Projek Mass Rapid Transit (MRT) laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang)..nantikan entry kami sedikit masa lagi...

Tuesday, December 13, 2016

MAHATHIR & PAN Beria Pertahankan DAP..DAP Langsung Tak Pertahankan MAHATHIR...Kesian!!!

1 comments


Perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Harapan ketika ini amat menyedihkan..semua parti komponen dalam Pakatan berikrar akan pertahankan DAP..

Lebih memilukan lagi bekas negarawan Tun M sendiri berikrar akan berjuang bersama DAP dan cuba pertahankan DAP untuk memperbetulkan persepsi buruk terhadap DAP..Tun ibarat baru dilahirkan..DAP telah berjaya mencuci otak Tun untuk memandang suci kepada DAP..

Selaku umat Islam berbangsa Melayu..kami amat sedih..melihat bekas pemimpin UMNO menjadi kuda tungann DAP..

DAP sendiri releks sahaja..tak ada semangat setiakawan apabila membiarkan sahaja Tun M dibalun kerana cubaan menipu tentang Projek Pembagunan Iskandar...sorang-sorang pemimpin BN tampil menjawab tuduhan dan pembohongan Tun..

Persoalannya...Kemana DAP ketika Tun digangyang?tidak ada sorang pun pemimpin DAP khususnya DAP Johor mempertahankan tuduhan TUN...

Kita dapat lihat betapa DAP berjaya me dokrin parti-parti komponen lain untuk menunjukkan mereka berkuasa dalam Pakatan..

Dalam BN, UMNO majoriti tetapi UMNO sentiasa menjaga hati dan perasaan ahli anggota dan parti komponen lain...

Kami kesian..apakah telah kenyang makan dedak sehingga mereka sanggup bermati-matian pertahankan DAP. Sedangkan DAP langsung tak pandang parti lain..

Patutlah PAS buat pendirian keluar dari bekerjasama dengan DAP...lebih rela bersendirian daripada menjadi balaci DAP

Monday, December 12, 2016

Tan Sri Shahrir Jawab Tuduhan Mahathir Terhadap Iskandar Johor..DAP Kenapa Tak Backup Mahathir????

0 comments
*Tuduhan Tun M mengenai Iskandar Malaysia berhelah politik - Tan Sri Sharir*


Kritikan Tun M terhadap pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar terus dicemuh pemimpin tempatan...kali ini giliran Tan Sri Shahrir menceritakan fakta sebenar menjawab helah Mahahir...

Kali ini Mahathir cek mate..kasihan dia..kena balun sorang2..takmada sorang pun batang hidung DAP tampil mempertahankan Mahathir...ini je kita dah nampak macamana hati budi DAP..

DAP Johor langsung tidak pertahankan Mahathir..kasihan!!!

Boleh baca di bawah..sumber BNBBC..

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad mengatakan Tun Mahathir Mohamad harus menyokong pembangunan Iskandar Malaysia kerana projek itu akan memberikan Malaysia kelebihan daya saing berbanding Singapura dari segi pelaburan asing berimpak tinggi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, menegaskan memandangkan Mahathir sentiasa curiga dengan Singapura, beliau perlu menyokong rancangan kerajaan terhadap projek Iskandar Malaysia yang akan menjadikan negara ini lebih berdaya saing berbanding jiran selatan.

“Projek ini akan mengurangkan kebergantungan kepada Singapura dan sebenarnya menjadikan kita persaingan mereka,” kata beliau dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Dalam tulisan di blognya awal minggu ini, Mahathir berkata ia tidak masuk akal bagi rakyat Johor berpindah ke kediaman mewah yang dibina di wilayah Iskandar Malaysia yang boleh menampung 1.5 juta orang.

Beliau berkata, ia juga sesuatu yang tidak masuk akal dengan dakwaan seramai 1.5 juta warga asing turut tinggal di Johor Bahru.

Menurut Shahrir, kenyataan Mahathir itu didorong kepentingan politik sendiri, dan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Johor terhadap parti politik barunya, Parti Bersatu Pribumi Malaysia.

“Pada peringkat awal projek Iskandar, Mahathir mendakwa rakyat Johor akan diketepikan apabila Singapura mengambil alih Johor Bahru.

“Sekarang beliau mengatakan BN akan mengambil peluang menawarkan kewarganegaraan kepada orang China yang datang ke sini, supaya mereka boleh mengundi.

“Ini hanya helah politik,” kata Shahrir.

Shahrir juga menolak dakwaan hartanah di Iskandar Malaysia akan dimiliki orang asing, berkata kerajaan negeri hanya melaksanakan dasar jualan yang dilaksanakan sejak pentadbiran Mahathir.

“Sebaik sahaja kawasan ini dibangunkan sepenuhnya, kita tidak akan melepaskan tanah atau hartanah kepada Singapura. Mahathir sendiri pernah membenarkan warga asing membeli hartanah di Malaysia (pada satu masa),” katanya.-12/12/2016

JIka Harith Iskandar Juara Lawak Dunia..Tun M Pula Juara Lawak Politik Malaysia...

1 comments

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah kepada Harith Iskandar yang telah dinobatkan juara lawak dunia..Malaysia memang berbakat dalam dunia lawak..

Bab lawak ini banyak kategori..ada lawak untuk menghibur..ada juga lawak yang membuatkan orang jelik...

Harith Iskandar kategori lawak menghibur..lawak yang buat orang jelik contohnya Tun M..

Dulu dia pernah kata BR1M ini rasuah rakyat..tetapi dalam portal parti Bunga miliknya ada pula link memohon BR1M..ini memang lawak buat orang menyampah..Tun sejak akhir-akhir ini mudah lupa..dulu dia memusuhi DAP sekarang bersahabat rapat..kata BN pula jahat...

Bab BR1M dulu dia kata Rasuah..sekarang portal bunga suruh orang mohon pula..adakah ini merupakan kesilapan parti sebagaimana kenyataan Tun sebelum ini yang tersilap anggap terhadap DAP..

Jika parti Bunga tetap pendirian eloklah kekalkan prinsip BR1M itu rasuah dan buang aplikasi hyperlink permohonan BR1M..

Dari pemimpin sampai ke parti buat lawak!!!



Sunday, December 11, 2016

Taktik Ulat Teksi Jual Sim Kad Terbongkar!!! Tak Serik-Serik!! Syabas @SPADChannel @AduanSPAD

0 comments

Ulat-ulat Tiket di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) dan KLIA 2 seperti tidak serik ditangkap..mereka menggunakan pelbagai teknik untuk mengaburi mata pihak berkuasa Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi semua cara yang digunakan pasti akan terjerat...

Teknik memujuk pelancong asing sudah biasa kita dengar..kes terbaru dikesan, ulat-ulat tiket ini menyamar untuk menjual kad prabayar simkad kepada pelancong yang baru tiba dari balai ketibaan..apabila sudah berinteraksi, ulat-ulat tiket ini menawarkan perkhidmatan teksi pula..pelancong luar yang baru tiba tidak tahu dimana tempat pengangkutan awam akan terpedaya dengan pelawaan ulat-ulat tiket ini..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga..taktik licik ini telah dikesan oleh Pegawai SPAD yang melakukan penyamaran menggunakan pakaian biasa..SPAD telah meletakkan ramai mata-mata di KLIA1 dan KLIA2 dengan memakai pakaian biasa..ada juga pegawai diletak dengan memakai pakaian uniform lengkap..

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad dalam satu dalam satu sidang media di kompleks Mahkamah Sepang baru-baru ini..

Ulat-ulat ini tidak serik banyak kes telah dikesan dan kereta yang disita..apa yang dilakukan oleh SPAD ini adalah untuk menjaga nama baik negara dengan sistem pengangkutan awam darat yang tersusun..ulat-ulat tiket ini akan mencemarkan nama baik negara..bayangkan jika berlaku kecelakaan ketika pelancong menggunakan perkhidmatan ulat teksi..pasti nama negara akan tercemar..

Dalam pada itu, ia juga bagi menjaga periuk nasi pemandu-pemandu teksi lapangan terbang..ini merupakan usaha SPAD menjaga kebajikan pemandu teksi..kami tertarik dengan satu kenyataan Datuk Che Hasni, beliau mengakui ulat-ulat teksi ini licik dan menggunakan pelbagai teknik baru untuk mengaburi pihak berkuasa..pada masa yang SPAD juga akan lebih kehadapan untuk menghidu setiap aktiviti haram ulat-ulat teksi ini..

Umpamanya kes di bawah..gambar kereta proton yang digunakan ulat teksi...


Seorang lelaki telah ditangkap oleh anggota SPAD yang membuat penyamaran...kes berlaku di Lapangan Terbang Kuala Lumpur awal pagi kelmarin, ulat teksi berkenaan menawarkan dua orang wanita untuk perjalanan ke Hotel Sri Langit, Bandar Baru Salak Tinggi dengan kadar RM 50..

Kecekapan anggota SPAD telah menahan pemandu berkenaan dan hasil siasatan penumpang mengakui ditawarkan perkhimatan pengangkutan ke lokasi yang hendak dituji..kenderaan tersebut dibawa ke Pejabat SPAD di Putrajaya dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Ini salah satu tugas SPAD yang ramai tidak tahu sehingga beranggapan SPAD tidak ada kerja dan hanua tahu saman lori berat sahaja..dalam memastikan kualiti pengangkutan awam darat terjaga agensi SPAD merupakan antara tulang belakang penting bagi menjamin Transformasi Pengangkutan Awam Darat yang diilhamkan YAB Perdana Menteri Malaysia berjaya..

Biarpun Dihina Pemakan Dedak, Aktivis Sosial Berbangsa Cina Pertahankan Pendirian Naik MRT Bersama @NajibRazak

0 comments

Seorang aktivitis sosial berbangsa Cina, Kuan Chee Heng meluahkan rasa kesal apabila dihina kerana menaiki MRT bersama YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak..aktivis berkenaan bangkit dan meluahkan rasa berbangga apabila dipelawa menaiki MRT bersama Perdana Menteri..

Untuk yang tidak mengenali siapa individu bernama Kuan, beliau merupakan agen yang membantu rakyat yang memerlukan bantuan..beliau suka membantu orang-orang susah dan sentiasa sukarela memberikan bantuan..baginya melihat orang susah mendapat sesuatu yang mereka tidak mampu adalah suatu kepuasan..

Kepada penghina anda seharusnya malu kepada diri sendiri..bacalah luahan rasa saudara Kuan Chee Heng terhadap penghinanya...


SEDIH SEDIH SEDIH SEDIH ..........

SEDIH kerana nama nya Melayu dan nama nya Islam. Saya di tuduh pemakan dedak dan pengampu dan pendosa kerana saya menaiki MRT dengan PM. Hahahahaha berapa kerdil nya dan malu nya sekira nama ku Melayu dan Islam.................

Aku di jemput untuk uji naik MRT....... bersama PM. Aku tidak akan melepaskan peluang. Peluang nya berjumpa PM. Di dalam hati ku, dan jiwa ku, diri ku, ku membawa misi, misi misi mereka yang susah dan fakir miskin, misi mereka yang tiada dapat kerakyatan kerana mereka miskin pada masa itu dan emak dan ayah tidak mendaftarkan kelahiran, misi ibu tunggal yang tidak dapat rumah, yang duduk di jalan, misi mereka yang cuci buah pinggang yang tidak berkemampuan, banyak misi saya perlu menyampaikan kepada PM supaya mendapat DANA DIRECT KEPADA MEREKA DAN BANTUAN BUKAN UNTUK SAYA , TETAPI UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN. Maka saudara saudara yang bernama Islam, yang kutuk saya macam macam, Allah YANG MENGETAHUI. Ini hari, Najib adalah PM, kalau saya tak minta bantuan nya untuk orang yang susah, siapa lagi. Kalau saya di minta orang susah jumpa Rosmah, saya pun akan pergi. Kerana itu satu amanah yang Allah mampukan saya jumpa beliau. ANDAIKATA KIT SIANG JADI PM, SAYA JUGA AKAN JUMPA DIA UNTUK TOLONG ORANG MISKIN. Kepada yang mengutuk dan mencaci saya, KAMU MENANAYAI MEREKA SEMUA YANG SUSAH kerana saya bertandang jumpa PM kerana mereka yang susah dan bukan makan dedak. SEDIH MELIHAT MENTALIT ORANG MELAYU YANG BERNAMA ISLAM tetapi amalan Islam nya jauh tersasar. 
RENUNGLAH, sedar lah. Taraf kerakyatan yang saya bawa itu sangat besar erti nya kepada mereka yang tiada kerakyatan. Oleh itu jangan lah kita mengutuk macam orang tak beragama. Be rational.

Saturday, December 10, 2016

JAWATAN KOSONG - @SPADChannel Nafi Keluar Iklan.. #IklanPalsu..

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menafikan ada menawarkan iklan jawatan kosong agensi itu yang tersebar di media sosial Facebook 'Jawatan Kosong Kerajaan'. Menurut laman facebook tersebut, SPAD ada menawarkan iklan jawatan kosong dengan penawaran gaji bermula RM 1,500 hinggan RM 6,000 beserta tarikh tutup 17 Disember 2016..

Ianya palsu dan telah dinafikan sendiri oleh pihak SPAD dalam satu kenyataan media yang dipost di laman Facebook rasmi SPAD. Dalam kenyataan penafian SPAD, agensi itu menyarankan orang awam agar tidak terpedaya dan mendapatkan maklumat sahih di lamat rasmi SPAD di www.spad.gov.my atau facebook https://www.facebook.com/SPAD.my/ atau Twitter @SPADChannel / @AduanSPAD atau mengubungi talian hotline di 1-800-88-7732 (SPAD)..

Iklan seumpama ini memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi ianya melibatkan Jawatan Kosong, tidak usahlah memberi harapan palsu kepada orang awam yang tidak menjanjikan apa-apa..diakhir nanti orang tidak menyalahkan laman facebook yang membuat iklan palsu, orang awam akan berang kepada SPAD walhal ianya disebarkan oleh laman facebook lain..

Kami memuji pihak SPAD yang cepat menafikan iklan tersebut agar orang awam tidak terpedaya...Orang awam dinasihatkan mendapatkan info dari sumber yang sahih sebelum membuat sebarang permohonan..dikhuatiri ianya merupakan perangkap pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat peribadi anda..

Lebih-lebih lagi sekarang zaman teknologi, resume boleh dihantar hanya melalui email..ini bahaya jika jatuh ketangan pihak tidak bertanggungjawab, maklumat peribadi anda muda dimanipulasi untuk tujuan tertentu...jika ada yang telah terlanjur dengan iklan sebegini, cepat-cepat melaporkan kepada pihak polis..

Di bawah ini kami kongsikan printscreen iklan palsu jawatan kosong SPAD :



Di bawa ini pula, pengumuman rasmi SPAD menafikan iklan jawatan kosong agensi itu :


Hati-hati, penjenayah akan lakukan apa sahaja cara untuk memanipulasi maklumat peribadi anda..

LUCU!!!BERSATU Macam Gila Talak!!Terhegeh2 Nak Kat PAS!!!

1 comments

Kenyataan Setiausaha PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang memberi kata dua kepada BERSATU sama ada memilih PAS atau Pakatan Harapan membuatkan mereka seperti gila talak..Simple..kalau nak sangat bersama PAS apa susah sangat..keluar saja Pakatan Harapan...

Jika tak boleh pisah dengan DAP jangan mimpi mahu memiliki PAS untuk bersama..tindakan BERSATU menunjukkan betapa tamaknya mereka..Datuk Takiyuddin telah memberi kata dua kepada BERSATU sebelum ini, namun syarat tu membuatkan BERSATU pening apabil pemimpi tua Mahathir dengan lantang memuji DAP seperti Monyet dapat bunga.indah sahaja..

Kentut Kit Siang pun Mahahtr bau wangi..sebelum ini PAS telah bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia untuk mewujudkan blok ketiga...namun gabungan ini tidak memberikan impak yang kuat buat PAS..

Jika dipihak kerajaan, Hj Hadi semacam mahu bekerjasama dengan UMNO..UMNO memberi kepercayaan kepada PAS untuk handle RUU baru-baru ini..apapun jika BERSATU hendak bersama PAS, Mahatir kena bertaubat!!tok sah mimpi indah bersama DAP lagi!

Gara-Gara Mulut Celupar..Mahathir Terus Dibidas Tak Kenang Jasa MCA!!!

0 comments

Mahathir terus dicemuh para penyokong Barisan Nasional apabila tindak-tanduknya sejak kebelakangan ini yang menyerang UMNO, BN dan MCA secara membuta tuli..Terbaru Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chua meluahkan rasa kesal atas tindakan biadap Mahathir yang menyerang MCA untuk mempertahankan DAP..

Mahathir yang mengatakan DAP lebih mempunyai semangat Malaysia berbanding MCA telah melukakan hati banyak pihak terutamanya veteran-veteran MCA yang selama ini mempertahankannya ketika dia menjadi Perdana Menteri...Tindakan melampau Mahathir ibarat seperti anjing belaan yang sedang lapar..tidak langsung memikirkan MCA yang selama ini bersamanya termasuklah zaman kegelapan 1988 dan 1998...

Ong Ka Chua dalam satu kenyataannya mengulas tulisan Mahathir yang mengagungkan DAP kononnya lebih hormat terhadap Perlembagaan Persekutuan..Ong melabelkan tindakan Mahathir itu sebagai langkah untuk menutup kritikan dari kerjasama DAP, sambil mendakwa Mahathir lupa bahawa MCA tealah menyumbang ke arah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bersama UMNO..

Ong menambah, MCA tetap setiap bersama sejak zaman Perikatan hingga Barisan Nasional walaupun banyak rintangan sepanjang kebersamaan MCA dalam BN...

Barangkali Mahathir terlupa bahawa Lim Kit Siang pernah menyeru YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan Suruhankaya Siasatan Diraja untuk menyiasat RM 100 billion hangus semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun..

Mahathir sepatutnya berterima kasih kepada Najib kerana tidak membuat sebarang tindakan terhadap dakwaan Kit Siang itu, dan sepatutnya Mahathir perlu menyaman Kit Siang atas tuduhan tersebut..pun Mahahir tidak melakukan apa-apa..mudah sangat Mahathir Lupa yang mana kaca..mana permata...

Ketika zaman kegelapan UMNO, 1988 ketika diharamkan, MCA telah menjadi pengerusi sementara BN dan menyerahkan semula kepada UMNO apabila krisis selesai..malangnya Mahahit mudah lupa..sekarang menuduh MCA pula tak guna dan menyanjung DAP..kami dapat bayangkan apa akan terjadai kepada BN jikalau DAP mengantikan tempat MCA pada 1988 dahulu..

Mahathir mungkin lupa 1988 ketika penahanan Anwar Ibrahim dan gelombang reformasi..ketika itu, Melayu ramai yang berpihak kepada Anwar..ketika itu MCA dan MIC langsung tidak berganjak dan terus menyokong BN..hasilnya BN terus memerintah...malangnya kini Mahathir mudah lupa..dia U-Turn habis..apa yang pernah dikatakan dulu sama sekali meleset ketika ini..

Kehadiran Mahathir menjadi rakan baru DAP juga tidak disenangi..sehingga ada yang menggelar Mahahir AYAM...jika inilah BAPA WAWASAN yang telah dilancarkan berdekad lalu..ikut teori Mahathir maknanya Malaysia tersilap memilih pemimpin selama 22 tahun..

Kelakar!!Surat Palsu DS @Zahid_Hamidi Mahu Rampas Kuasa @NajibRazak Pula Tersebar..Ni Mesti Kerja Puak Sebelah SANA!!!

0 comments

Ni kelakar..lawak antarabangsa...nak melaga-lagakan kepimpinan BN dengan penyebaran surat layang kononnya DS Zahid Hamidi mahu menyingkirkan Najib Razak..surat ini sengaja dibuat oleh puak SEBELAH SANA yang mahu menghancurkan BN dari dalam..

Umum mengetahui, keakraban PM dan TPM amat kuat jadi untuk menghancurkan BN, Puak sebelah sana menggunaka perpecahan dalaman..bila BN goyang maka mereka senang untuk menumbangkan kita..

Dah habis ikhtiar agaknya, cuba hancurkan UMNO gagal..hancurkan komponen BN gagal..itu semua serangan dari luar..kali ini mereka cuba serangan dari dalam supaya pemimpin BN bergaduh sesama sendiri menuduh antara satu sama lain..betapa jahanamnya puak sebelah sana..

Perangai mengalahkan syaitan...syaitan pun pening..tengok ada lagi jahat daripada dia!!!







ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA