networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, December 19, 2016

DS Liow Impikan Tempoh Masa Menunggu KTM Komuter 90 Saat...


Masih hangat lagi cerita pelancaran MRT 1 antara Sungai Buloh - Semantan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan projek akan datang yang menelan belanja Rm 1.4 Billion..Projek tersebut dinamakan Projek Klang Valley Double Track (KVDT) dimana jika siap nanti masa menunggu untuk perkhidmatan KTM Komuter akan dikurangkan daripada 15 minit kepada hanya 7.5 minit pada waktu puncak..

Pengurangan masa menunggu ini amat penting bagi melancarkan urusan penumpang ketika diwaktu puncak..melalui tinjauan kami, rata-rata penumpang kenderaan awam mengkehendaki perkhidmatan awam yang tepat waktunya dan masa menunggu tidak terlalu lama..jika delay dan terpaksa menunggu lama lebih baik penumpang menggunakan kenderaan sendiri..jika ini berlaku ia telah merugikan kerajaan apabila melabur berbilion ringgit kepercayaan pengguna terhadap pengangkutan awam ditahap rendah..

Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mensasarkan supaya masa menunggu pekhidmatan tren KTM Komuter dapat dikurangkan kepada 90 saat tidak lama lagi...sekarang ini kerajaan BN sedang bertungkus lumus memastikan setiap projek dapat menjanjikan manfaat kepada rakyat...

Jika semuanya berjalan lancar..kami yakin sasaran 40% rakyat menggunakan pengangkutan awam dapat direalisasikan kelak..impian YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amat tinggi mahu melihat mod pengangkutan awam di negara kita setaraf negara terbaik dunia...kerajaan amat serius tentang pengangkutan awam darat..jika tidak masakan DS Najib berani mengeluarkan dana yang sangat besar untuk penangutan awam..

Kami yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kementerian Pengangkutan dan Tan Sri Syed Hamid Albar di SPAD mampu menaikkan mutu pengangkutan awam negara kita seterusnya mencapai hasrat Transformasi Pengangkutan Awam terlaksana..

Bukan mudah untuk menjadi jeneral di Kementerian Pengangkutan..nampak mudah tetapi tugasnya rumit..apa tidaknya, dalam beberapa tahun ini sahaja, tragedi melibatkan MH370 dan MH17 masih segar dalam ingatan..orang hanya tahu status MH370 ..itu semua perlukan kerjasama erat pemimpin negara dengan negara luar..barulah kolaborasi berjaya..buktinya ketika negara berduka insiden MH370..banyak negara luar menghulurkan bantuan pencarian...

Kami yakin dengan kerja keras Datuk Seri Liow mampu meningkatkan mutu pengangkutan negara..disamping itu, sokongan masyarakat Cina pasti kembali kepada BN dengan syarat masyarakat Cina perlu bersifat terbuka memilih pemimpin yang bekerja keras untuk rakyat dan bersih daripada sebarang skandal rasuah serta tahu membezakan pemimpin yang hanya pandai bermain sandiwara politik...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA