networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, December 10, 2016

Gara-Gara Mulut Celupar..Mahathir Terus Dibidas Tak Kenang Jasa MCA!!!


Mahathir terus dicemuh para penyokong Barisan Nasional apabila tindak-tanduknya sejak kebelakangan ini yang menyerang UMNO, BN dan MCA secara membuta tuli..Terbaru Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chua meluahkan rasa kesal atas tindakan biadap Mahathir yang menyerang MCA untuk mempertahankan DAP..

Mahathir yang mengatakan DAP lebih mempunyai semangat Malaysia berbanding MCA telah melukakan hati banyak pihak terutamanya veteran-veteran MCA yang selama ini mempertahankannya ketika dia menjadi Perdana Menteri...Tindakan melampau Mahathir ibarat seperti anjing belaan yang sedang lapar..tidak langsung memikirkan MCA yang selama ini bersamanya termasuklah zaman kegelapan 1988 dan 1998...

Ong Ka Chua dalam satu kenyataannya mengulas tulisan Mahathir yang mengagungkan DAP kononnya lebih hormat terhadap Perlembagaan Persekutuan..Ong melabelkan tindakan Mahathir itu sebagai langkah untuk menutup kritikan dari kerjasama DAP, sambil mendakwa Mahathir lupa bahawa MCA tealah menyumbang ke arah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bersama UMNO..

Ong menambah, MCA tetap setiap bersama sejak zaman Perikatan hingga Barisan Nasional walaupun banyak rintangan sepanjang kebersamaan MCA dalam BN...

Barangkali Mahathir terlupa bahawa Lim Kit Siang pernah menyeru YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan Suruhankaya Siasatan Diraja untuk menyiasat RM 100 billion hangus semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun..

Mahathir sepatutnya berterima kasih kepada Najib kerana tidak membuat sebarang tindakan terhadap dakwaan Kit Siang itu, dan sepatutnya Mahathir perlu menyaman Kit Siang atas tuduhan tersebut..pun Mahahir tidak melakukan apa-apa..mudah sangat Mahathir Lupa yang mana kaca..mana permata...

Ketika zaman kegelapan UMNO, 1988 ketika diharamkan, MCA telah menjadi pengerusi sementara BN dan menyerahkan semula kepada UMNO apabila krisis selesai..malangnya Mahahit mudah lupa..sekarang menuduh MCA pula tak guna dan menyanjung DAP..kami dapat bayangkan apa akan terjadai kepada BN jikalau DAP mengantikan tempat MCA pada 1988 dahulu..

Mahathir mungkin lupa 1988 ketika penahanan Anwar Ibrahim dan gelombang reformasi..ketika itu, Melayu ramai yang berpihak kepada Anwar..ketika itu MCA dan MIC langsung tidak berganjak dan terus menyokong BN..hasilnya BN terus memerintah...malangnya kini Mahathir mudah lupa..dia U-Turn habis..apa yang pernah dikatakan dulu sama sekali meleset ketika ini..

Kehadiran Mahathir menjadi rakan baru DAP juga tidak disenangi..sehingga ada yang menggelar Mahahir AYAM...jika inilah BAPA WAWASAN yang telah dilancarkan berdekad lalu..ikut teori Mahathir maknanya Malaysia tersilap memilih pemimpin selama 22 tahun..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA