networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, December 27, 2016

Insiden Kemalangan Bas Di Pagoh..Banyak Perkara Perlu Diteliti...


Kami mengikuti kes tragedi bas terhumban di Pagoh yang mana telah mengorbankan seramai 14 orang nyawa termasuk pemandu bas..melalui pengamatan kami, bas tersebut bukanlah mengelak kenderaan lain tetapi meluncur laju terus masuk ke laluan kampung...

Tiada kesan brek..ini menunjukkan pemandu telah terlena..pada kami pemandu bas berkenaan keletihan..jika anda sendiri pun memandu laju bila terlalu penat akan terlena..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu menyiasat pihak pengendali bas terbabit..banyak dakwaan yang tidak senang didengar tentang pengendali berkenaan..sebaik sehaja kejadian berlaku, SPAD telah mengambil tindakan mengantung operasi pengendali bas tetapi apa yang dapat dilihat, bas berkenaan masih beroperasi..ini telah dibuktikan dengan satu foto gambar yang menunjukkan bas berkenaan masih beroperasi...


Keduanya, pihak pengendali mengakui ada pemandu kedua tetapi telah diturunkan di Pulau Pinang sebaik sahaja bas bergerak untuk memberi laluan kepada Isteri dan anak pemandu menaiki bas tersebut..kami musykil dengan kenyataan pengendali ni..

Kita ikuti kenyataan keluarga pemandu yang tidak puas hati dengan Syarikat Pengandali yang kami petik dari Astro Awani :

"Kalau betul, saya minta surat jadual kerja dia, jam berapa dia berkerja, saya hendak tengok kerana saya tidak berpuas hati. Anak saya seorang diri memandu hampir seminggu dan tiada pengganti.

"Anak saya ingat pasal duit, dia pernah berkata tak apa saya dapat duit lebih dan saya nak pemandu kedua yang dikatakan dia halau, nama pemandu itu kerana kami juga ingin tahu kerana saya tidak puas hati, anak saya seorang sahaja yang memandu bas itu", katanya di tempat kediamannya di sini.

Beliau berkata ketika mengulas kenyataan Ketua Penyelia Wilayah Selatan Goldstar Ekspres ( M ) Sdn Bhd Steven Chong susulan bas itu mempunyai pemandu kedua .

Ketiga, keluarga pemandu mendesak syarikat pengendali membuktikan wujudnya pemandu kedua dalam tugasan membawa bas berkenaan...ini menunjukkan betapa yakinnya keluarga pemandu bahawa pemandu kedua tidak wujud..atau mungkin juga pemandu kedua bercuti..sebab itu syarikat pengendali didesak untuk membuktikan kewujudan pemandu kedua..

Keempat, batang hidung wakil pengendali pun tidak nampak menziarahi keluarga mangsa terutamanya pemandu..anak mangsa yang meninggal dunia menghadapi masalah kerana bukan warganegara...dimana tanggungjawab syarikat pengendali?

Ini pengamatan tidak rasmi kami..apapun tunggu kenyataan yang sahih dari pihak yang bertanggungjawab..dalam pada itu, sistem penggajian dan bidang kerja pemandu bas perlu dikaji balik supaya pemandu menikmati gaji yang tinggi dan tugasan yang fleksibel tanpa mengharapkan mengejar trip untuk menambah pendapatan..ini kerana tugas pemandu bas amat mencabar kerana mereka membawa nyawa orang...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA