networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, December 10, 2016

JAWATAN KOSONG - @SPADChannel Nafi Keluar Iklan.. #IklanPalsu..


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menafikan ada menawarkan iklan jawatan kosong agensi itu yang tersebar di media sosial Facebook 'Jawatan Kosong Kerajaan'. Menurut laman facebook tersebut, SPAD ada menawarkan iklan jawatan kosong dengan penawaran gaji bermula RM 1,500 hinggan RM 6,000 beserta tarikh tutup 17 Disember 2016..

Ianya palsu dan telah dinafikan sendiri oleh pihak SPAD dalam satu kenyataan media yang dipost di laman Facebook rasmi SPAD. Dalam kenyataan penafian SPAD, agensi itu menyarankan orang awam agar tidak terpedaya dan mendapatkan maklumat sahih di lamat rasmi SPAD di www.spad.gov.my atau facebook https://www.facebook.com/SPAD.my/ atau Twitter @SPADChannel / @AduanSPAD atau mengubungi talian hotline di 1-800-88-7732 (SPAD)..

Iklan seumpama ini memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi ianya melibatkan Jawatan Kosong, tidak usahlah memberi harapan palsu kepada orang awam yang tidak menjanjikan apa-apa..diakhir nanti orang tidak menyalahkan laman facebook yang membuat iklan palsu, orang awam akan berang kepada SPAD walhal ianya disebarkan oleh laman facebook lain..

Kami memuji pihak SPAD yang cepat menafikan iklan tersebut agar orang awam tidak terpedaya...Orang awam dinasihatkan mendapatkan info dari sumber yang sahih sebelum membuat sebarang permohonan..dikhuatiri ianya merupakan perangkap pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat peribadi anda..

Lebih-lebih lagi sekarang zaman teknologi, resume boleh dihantar hanya melalui email..ini bahaya jika jatuh ketangan pihak tidak bertanggungjawab, maklumat peribadi anda muda dimanipulasi untuk tujuan tertentu...jika ada yang telah terlanjur dengan iklan sebegini, cepat-cepat melaporkan kepada pihak polis..

Di bawah ini kami kongsikan printscreen iklan palsu jawatan kosong SPAD :



Di bawa ini pula, pengumuman rasmi SPAD menafikan iklan jawatan kosong agensi itu :


Hati-hati, penjenayah akan lakukan apa sahaja cara untuk memanipulasi maklumat peribadi anda..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA