networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, December 24, 2016

Kerajaan @LimGuanEng Nak Bagi Pinjaman Kepada Kerajaan RM 50 Juta Bantu SJKC..Ada Pula Duit!!Selesai Masalah Banjir Merayu Mintak Kerajaan!!!


Lim Guan Eng bersandiwara dalam memajukan pendidikan anak-anak Cina apabila mempelawa kerajaan pusat untuk meminjam RM 50 Juta daripada kerajaan negeri untuk memajukan SJKC..sebelum ini Guan Eng mendakwa Sekolah Rendah Cina SJKC tidak menerima bantuan RM 50 Juta daripada Kementerian Pelajaran..

Pada kami pelawaan Guan Eng ini hanyalah bersifat sandiwara politik cuba bermain isu pendidikan anak-anak Cina..agak mustahil Guan Eng akan memberi pinjaman untuk membantu SJKC..kami mengatakan agak mustahil kerana Guan beberapa bulan lalu merayu kepada kerajaan Pusat untuk memberi dana bagi menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang..

Jika hendak beri pun mengapa perlu pinjaman..bukankah DAP mengakui rakyat Cina banyak menyokong mereka..takkan bantu dalam hal pendidikan pun tak boleh diberi seikhlasnya?

Inilah cara seorang Ketua Menteri berpolitik..untuk memajukan SJKC mereka hanya mempelawa untuk memberi pinjaman..apalah salahnya Guan Eng menurunkan peruntukan terus untuk membantu tanpa memberi pinjaman...

Bayangkan jika kerajaan Pusat hanya memberi pinjaman kepada kerajaan negeri berjumlah RM 150 juta untuk selesaikan isu air..sudah tentu kerajaan BN akan dipersalahkan kerana mempolitikkan hal masalah rakyat..Tang dia..tak apa pula...


Kenyataan Guan Eng ini turut ditempelak oleh Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng..menurut Cheng, Guan Eng sepatutnya tahu hal pendidikan Cina tidak boleh diselesaikan melalui peperangan mulut..

Menurut Cheng "MCA sentiasa bekerja keras untuk membantu pendidikan masyarakat Cina di negara ini..pelawaan Guan Eng hanya bersifat provokasi hanya untuk publisiti murahan"

Cheng turut menempelak tindakan Guan Eng hanya sandiwara kerana dia sendiri gagal menyelesaikan isu banjir di Pulau Pinang sehingga memint bantuan daripada kerajaan BN untuk menyelesaikan isu banjir di negeri tadbirannya..

Bijak betul politik DAP..minta dana daripada BN tanpa pinjaman..apabila dia datang nak bantu DAP pula tawarkan Pinjaman..semuanya nak untuk kat mereka..bila hal banjir pandai mengata hal ini tidak boleh dipolitikkan..memang patut pun Datuk Tan Teik Cheng menempelak pemimpin bongkak sepeti Guan Eng..

Kami amat pelik dan jelik dengan sikap pemimpin DAP...sikap pemimpin macam ni pun masih lagi rakyat Pulau Pinang sokong...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA