networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, December 16, 2016

#JomNaikMRT - Satu Kemudahan Pengangkutan Awam Bersepadu - @LiowTiongLai


Projek MRT Sungai Buloh - Kajang Fasa 1 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak siang tadi, ia menandakan satu lagi mercu tanda penting negara untuk maju kehadapan dalam sistem pengangkutan awam negara..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam satu kenyataan media "perkembangan ini merupakan hasrat kerajaan  untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan yang disambung dengan perkhidmatan lain seperti LRT, Monorel, KTMB Komuter dan Projek Klang Valley Double Track."


"Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 70 billion untuk pembangunan rangkaian rel bandar di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang enam tahun yang lalu..hasilnya hari ini, kita dapat melihat pelancaran fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK)" jelas Liow

MRT SBK ini merupakan sebuah tren yang bersepadu yang mana ia dibina untuk melancarkan urusan perhubungan rakyat disamping dapat mengurangkan kesesakan di ibu kota..pengguna MRT SBK akan dihubungkan dengan 12 stesen sepanjang laluan sejauh 21 KM..

Apa yang menariknya sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan di stesen-stesen dengan laluan dikawasan tumpuan dan kawasan perumahan..ini membolehkan penumpang dapat kemudahan perhubungan bas untuk ke stesen MRT..Bukan itu sahaja, pengguna boleh memandu kenderaan persendirian dan menggunakan kemudahan Park-And-Ride yang disediakan di beberapa stesen MRT terpilih..dengan kemudahan yang disediakan amat sesuailah perkhidmatan MRT mendapat jolokan kemudahan awam bersepedu oleh Liow Tiong Lai kerana para pengguna dapat menikmati banyak rangkaian pengangkutan awam..

Kehadiran projek MRT SBK ini bakal memberi manfat bukan sahaja kepada pengguna malah dapat menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia..Bagi menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini, YAB Perdana Menteri semalam telah mengumumkan perkhidmatan MRT dan Bas Perantara pengguna boleh menaiki perkhidmatan ini secara percuma selama sebulan bermula 16 Disember sehingga 17 Januari 2017..

Di bawah ini kami kongsikan trek laluan MRT SBK..




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA