networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, December 24, 2016

Pemandu Teksi Cemar Imej Sendiri..Kenakan Harga Tambang RM 800 Kepada Pelancong!!!@SPADChannel Akan Bertindak!! @AduanSPAD


Seringkali kita dengan rungutan pemandu-pemandu teksi yang mana tidak mendapat pembelaan sewajar daripada kerajaan..mereka mengandaikan kehidupan pemandu teksi sentiasa ditekan dengan bermacam-macam alasan..kalau ditanya kerajaan tak betul saja..buat demonstrasi desak kerajaan hapuskan UBER dan GrabCar..minta kerajaan naikkan tambang teksi..

Tetapi masalah pemandu teksi tak pernah lekang..ada sahaja masalah mereka buat..dengan disiplin penampilan tidak dijaga..kebersihan teksi tidak dijaga..tidak guna meter..dan terbaru menipu tambang dengan target sasaran mereka adalah pelancong-pelancong asing..

Bayangkan kos perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara sebanyak RM 800..kan tak masuk akal!!!mereka ini sebenarnya tak layak jadi pemandu teksi..gaya seperti samseng yang memeras ugut pelanggan..

Kerajaan lakukan macam-macam untuk membela pemandu teksi tapi mereka tidak pernah bersyukur..ingat lagi kami, ketika SPAD dan kerajaan diasak ketika menumumkan kenaikan harga tambang teksi..kemana pemandu teksi ketika itu?mereka langsung tidak mempertahankan tindakan kerajaan yang membantu mereka..sebaliknya mereka berdiam diri..

Bekerjasama dengan pemimpin pembangkang untuk mendesak Perdana Menteri mansuhka Uber..mereka tak sedar..anak pemimpin pembangkang yang membela mereka itulah sebenarnya penggemar teksi UBER dan membuat posting di laman sosial berbangga dengan UBER..

Kes peras ugut ini amat memalukan dan mencemarkan industri pengangkutan awam di negara kita..kerajaan melabur berbilion ringgit untuk meningkatkan imej pengangkutan awam tetapi mereka merosakkannya..maaflah nak kata, kalau dihimpunkan semua pengangkutan awam, teksi yang paling banyak melakukan masalah dan mencemarkan imej negara..

Ekoran kejadian ini, SPAD telah bertindak pantas untuk mengesan pemandu teksi berkenaan..berikut kami kongsikan kenyataan SPAD...



KENYATAAN MEDIA


MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA

Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara. Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.

SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.

Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan tegas kepada pengendali teksi supaya mematuhi kesemua syarat-syarat Lesen Pengendali di bawah Akata Pengangkutan Awan Darat 2010. Tambang yang dikenakan mesti mematuhi struktur tambang yang ditentukan oleh SPAD dan penggunaan meter adalah wajib bagi teksi bajet, eksekutif dan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M).

- Tamat –

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA