networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, December 14, 2016

Projek Mega HSR - Perkara Yang Perlu Anda Tahu..


Semalam telah berlangsung perjanjian dua hala Projek Mega Keretapi Berkelajuan Tinggin (HSR) Malaysia - Singapura..Perjanjian tersebut telah memeterai perjanjian dua hala yang merupakan kemuncak perbincangan dua negara sejak Pemukiman Pemimpin 2013..

Ia merupakan perkembangan yang baik hubungan dua hala antara Malaysia Singapura sejak permeteraian Memorandum Persefahaman pada Julai 2016..

Projek ini dijangka siap tahun 2026..ia merupakan sumbangan besar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam memajukan industri pengangkutan awam darat..apatah lagi ia melibatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura..


Apabila siap nanti masa perjalanan Kuala Lumpur Singapura dapat disingkatkan hanya 90 minit..seperti yang dikatakan DS Najib sebelum ini..kita boleh sarapan di Kuala Lumpur...makan tengah hari di Singapura dan makan malam di Kuala Lunpur...Tren HSR mampu mencapai kelajuan sehingga 300 KM sejam dimana jarak landasan menjangkau 350 km dengan 335km di Malaysia dan 15km di Singapura yang akan berakhir di Jurong East...

Sepanjang perjalanan 350km ini..sebanyak 8 stesen akan dibina..anda boleh rujuk grafik di bawah mengenai laluan HSR..

Laluan HSR..7 Stesen di Malaysia...1 stesen di Singapura

Projek ini akan diuruskan oleg MtHSR Corp Sdn Bhd yang dimiliki penuh Kementerian Kewangan Malaysia..

Perkhidmatan HSR ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu OpCo Antarabangsa dan OpCo Dalam Negeri...boleh rujuk grafik di bawah..

Perkhdimatan HSR - Ekspres, Shuttle dan Domestik

Ringkasan konsep Perkhidmatan HSR
Untuk laluan antarabangsa ini ia akan dihubungi dengan perkhidmatan Ekspress antara Kuala Lumpur dan Singapura 90 minit tanpa henti serta perkhidmatan Shuttle iaitu perkhidmatan ulang alik merentas sempadan Iskandar Puteri - Singapura...

Untuk laluan dalam negara (domestik), ia akan meliputi laluan antara 7 stesen dalam negara yang telah kami kongsikan sebelum ini..perkhidmatan domestik ini tidak termasuk dalam kategori ekspress KL-Singpura...

Ini bermakna selain mencapai matlamat keretapi laju KL-Singapura, rakyat juga mendapat kemudahan hubungan 7 hentian dalam negara antara stesen dengan menggunakan tren..ini menunjukkan betapa cerdiknya DS Najib mengepalai industri pengangkutan awam darat di negara kita..

Jika dibandingkan dengan jambatan bengkok..ia hanya dapat dimanfaatkan oleh pengguna yang hendak ke Singapura sahaja..tetapi dengan HSR..rakyat bukan sahaja boleh menikmati perkhidmatan HSR KL-Singapura..tetapi boleh menaiki tren untuk ke 8 lokasi stesen yang telah dinyatakan sebelum ini...

Ini hanyalah sebahagian sumbangan Perdana Menteri kita dalam industri pengangkutan awam darat..kurang 48 jam satu lagi kemudahan pengangkutan awam akan dilancarkan iaitu Projek Mass Rapid Transit (MRT) laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang)..nantikan entry kami sedikit masa lagi...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA