networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, December 16, 2016

Selepas 3 Tahun Malaysiakini Jawab Tuduhan Jahat @RafiziRamli Terhadap @SPADChannel & #MRT SBK... @AduanSPAD


Macam tak percaya portal penjilat pakatan pembangkang secara tidak sengaja telah mendedahkan pembohongan Rafizi 3 tahun lepas terhadap peruntukan kewangan MRT..Rafizi ketika itu seolah-olah mahu menyalahkan kerajaan dan SPAD kononnya wujud penyalagunaan peruntukan untuk membangunkan projek MRT...

Kita lihat tuduhan palsu Rafizi :
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu, kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily. 
Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang. - SINI

Kita kenal siapa Rafizi..bersandarkan sedikit maklumat yang was-was dia akan create jalan cerita dan akhirnya dapat menyalahkan kerajaan...Rafizi mendakwa kos keseluruhan MRT daripada RM 37 Billion menjadi RM 100 Billion..ini angka yang dipetik sendiri oleh Rafizi untuk menaikkan kemarahan rakyat..

Sebenarnya kos untuk MRT Sungai Buloh - Kajang untuk Fasa 1 ialah RM 21 billion iaitu kurang RM 2 billion daripada anggaran awal RM 23 Billion..kos keseluruhan projek MRT Fasa 1 dan 2 dijangka menelan belanja RM 36.6 billion..jauh sekali untuk mencecah RM 100 billion..

Tindakan Rafizi amat dikesali..tuduhan yang diciptanya pada tahun 2012 akhir dijawab sendiri oleh Perdana Menteri..lebih menyedihkan Malaysiakini juga menceritakan perihal peruntukan sebagaimana yang dikatakan YAB Perdana Menteri kita..

Rakyat perlu tahu bahawa projek mega ini adalah atas inisiatif YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...MRT ini akan mengambil masa 3.5 minit masa menunggu untuk setiap hentian dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta pengguna...

Lebih membanggakan lagi, projek ini berjaya melibatkan kira-kira 50 peratus nilai kerja projek ini telah berjaya diagihkan kepada kontraktor Bumiputera..ia juga melebih sasaran awal iaitu 45%...orang macam Rafizi kalau ada 100 orang dalam parlimen boleh rosak negara..

Banyak janji-janji pilihan raya 2013 masih lagi tidak dapat dilunaskan..di Selangor umpanya kilang arak masih lagi gagal ditutup pakatan pembangkang...di Penang pula tol sungai Nyor yang menjadi agenda pakatan untuk diturunkan 50 sen pun sehingga hari ini hanya janji palsu..

Di bawah ini merupakan senarai fitnah yang berjaya dikantolkan..


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA