networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, December 11, 2016

Taktik Ulat Teksi Jual Sim Kad Terbongkar!!! Tak Serik-Serik!! Syabas @SPADChannel @AduanSPAD


Ulat-ulat Tiket di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) dan KLIA 2 seperti tidak serik ditangkap..mereka menggunakan pelbagai teknik untuk mengaburi mata pihak berkuasa Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi semua cara yang digunakan pasti akan terjerat...

Teknik memujuk pelancong asing sudah biasa kita dengar..kes terbaru dikesan, ulat-ulat tiket ini menyamar untuk menjual kad prabayar simkad kepada pelancong yang baru tiba dari balai ketibaan..apabila sudah berinteraksi, ulat-ulat tiket ini menawarkan perkhidmatan teksi pula..pelancong luar yang baru tiba tidak tahu dimana tempat pengangkutan awam akan terpedaya dengan pelawaan ulat-ulat tiket ini..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga..taktik licik ini telah dikesan oleh Pegawai SPAD yang melakukan penyamaran menggunakan pakaian biasa..SPAD telah meletakkan ramai mata-mata di KLIA1 dan KLIA2 dengan memakai pakaian biasa..ada juga pegawai diletak dengan memakai pakaian uniform lengkap..

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad dalam satu dalam satu sidang media di kompleks Mahkamah Sepang baru-baru ini..

Ulat-ulat ini tidak serik banyak kes telah dikesan dan kereta yang disita..apa yang dilakukan oleh SPAD ini adalah untuk menjaga nama baik negara dengan sistem pengangkutan awam darat yang tersusun..ulat-ulat tiket ini akan mencemarkan nama baik negara..bayangkan jika berlaku kecelakaan ketika pelancong menggunakan perkhidmatan ulat teksi..pasti nama negara akan tercemar..

Dalam pada itu, ia juga bagi menjaga periuk nasi pemandu-pemandu teksi lapangan terbang..ini merupakan usaha SPAD menjaga kebajikan pemandu teksi..kami tertarik dengan satu kenyataan Datuk Che Hasni, beliau mengakui ulat-ulat teksi ini licik dan menggunakan pelbagai teknik baru untuk mengaburi pihak berkuasa..pada masa yang SPAD juga akan lebih kehadapan untuk menghidu setiap aktiviti haram ulat-ulat teksi ini..

Umpamanya kes di bawah..gambar kereta proton yang digunakan ulat teksi...


Seorang lelaki telah ditangkap oleh anggota SPAD yang membuat penyamaran...kes berlaku di Lapangan Terbang Kuala Lumpur awal pagi kelmarin, ulat teksi berkenaan menawarkan dua orang wanita untuk perjalanan ke Hotel Sri Langit, Bandar Baru Salak Tinggi dengan kadar RM 50..

Kecekapan anggota SPAD telah menahan pemandu berkenaan dan hasil siasatan penumpang mengakui ditawarkan perkhimatan pengangkutan ke lokasi yang hendak dituji..kenderaan tersebut dibawa ke Pejabat SPAD di Putrajaya dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Ini salah satu tugas SPAD yang ramai tidak tahu sehingga beranggapan SPAD tidak ada kerja dan hanua tahu saman lori berat sahaja..dalam memastikan kualiti pengangkutan awam darat terjaga agensi SPAD merupakan antara tulang belakang penting bagi menjamin Transformasi Pengangkutan Awam Darat yang diilhamkan YAB Perdana Menteri Malaysia berjaya..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA