networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, December 12, 2016

Tan Sri Shahrir Jawab Tuduhan Mahathir Terhadap Iskandar Johor..DAP Kenapa Tak Backup Mahathir????

*Tuduhan Tun M mengenai Iskandar Malaysia berhelah politik - Tan Sri Sharir*


Kritikan Tun M terhadap pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar terus dicemuh pemimpin tempatan...kali ini giliran Tan Sri Shahrir menceritakan fakta sebenar menjawab helah Mahahir...

Kali ini Mahathir cek mate..kasihan dia..kena balun sorang2..takmada sorang pun batang hidung DAP tampil mempertahankan Mahathir...ini je kita dah nampak macamana hati budi DAP..

DAP Johor langsung tidak pertahankan Mahathir..kasihan!!!

Boleh baca di bawah..sumber BNBBC..

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad mengatakan Tun Mahathir Mohamad harus menyokong pembangunan Iskandar Malaysia kerana projek itu akan memberikan Malaysia kelebihan daya saing berbanding Singapura dari segi pelaburan asing berimpak tinggi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, menegaskan memandangkan Mahathir sentiasa curiga dengan Singapura, beliau perlu menyokong rancangan kerajaan terhadap projek Iskandar Malaysia yang akan menjadikan negara ini lebih berdaya saing berbanding jiran selatan.

“Projek ini akan mengurangkan kebergantungan kepada Singapura dan sebenarnya menjadikan kita persaingan mereka,” kata beliau dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Dalam tulisan di blognya awal minggu ini, Mahathir berkata ia tidak masuk akal bagi rakyat Johor berpindah ke kediaman mewah yang dibina di wilayah Iskandar Malaysia yang boleh menampung 1.5 juta orang.

Beliau berkata, ia juga sesuatu yang tidak masuk akal dengan dakwaan seramai 1.5 juta warga asing turut tinggal di Johor Bahru.

Menurut Shahrir, kenyataan Mahathir itu didorong kepentingan politik sendiri, dan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Johor terhadap parti politik barunya, Parti Bersatu Pribumi Malaysia.

“Pada peringkat awal projek Iskandar, Mahathir mendakwa rakyat Johor akan diketepikan apabila Singapura mengambil alih Johor Bahru.

“Sekarang beliau mengatakan BN akan mengambil peluang menawarkan kewarganegaraan kepada orang China yang datang ke sini, supaya mereka boleh mengundi.

“Ini hanya helah politik,” kata Shahrir.

Shahrir juga menolak dakwaan hartanah di Iskandar Malaysia akan dimiliki orang asing, berkata kerajaan negeri hanya melaksanakan dasar jualan yang dilaksanakan sejak pentadbiran Mahathir.

“Sebaik sahaja kawasan ini dibangunkan sepenuhnya, kita tidak akan melepaskan tanah atau hartanah kepada Singapura. Mahathir sendiri pernah membenarkan warga asing membeli hartanah di Malaysia (pada satu masa),” katanya.-12/12/2016

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA