networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 29, 2016

Tun M Keluar UMNO Ibarat Kenduri Percuma Buat UMNO...

4 comments

Apa yang berlaku siang tadi bukanlah mengejutkan buat ahli UMNO, Tun M memang sudah dikenali dengan protes keluar parti jikalau apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..itulah karakter bekas perdana Menteri 22 tahun...

Keluar parti sudah menunjukkan itulah langkah terakhir untuk menumbangkan Najib sekaligus menjahanamkan UMNO..namun niat jahat itu masih lagi tidak dimakbulkan Allah SWT...

Kali ini Tun keluar bersama Isterinya, nampak agak serius dengan perjanjian tidak mahu masuk UMNO semula..ini sudah buktikan bahawa Tun tidak mampu membezakan konflik persendirian dengan parti..yang dibencinya Najib...tapi yang menerima hukuman diri sendiri apabila keluar parti..,

Keputusan Tun kali ini seperti tidak ada apa-apa yang mengerikan...jika dahulu dengan keluar parti, Pak Lah mampu digulingkan tapi tidak untuk Najib..habis cara digunakan oleh Tun tapi Najib masih lagi liat dan kuat...

Tun sanggup bersekongkol dengan pakatan pembangkang atas alasan mahu gulingkan Najib..apakah itu cara orang yang berpengalaman..bagi saya itu hanya keputusan orang yang nyanyuk..

Jikalau Tun tidak mahu masuk UMNO, tidak mahu masuk pembangkanh, tidak mahu juga buat parti baru,,apa lagi yang Tun mahu?lupakan sahajalah nak gulingkan Najib...anda tidak akan berjaya kerana kepercayaan terhadap Najib amat utuh..

Buat pendedak Tun, jangan diikutkan keputusan Tun, dia keluar parti dah banyak harta..anda yang nak keluar parti apa dapat?teruskan sahaja bekerja untuk parti dari serangan pembangkang...bukan mengangkang serang UMNO
..

Saturday, February 27, 2016

Pengantungan Muhyiddin, "Penyatuan UMNO Lebih Penting!" Ujar @KhaledNordin

5 comments

UMNO Johor diminta agar terus menjalankan agenda penyatuan parti dan dinasihatkan supaya akur dengan keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) berhubung penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO perlu bergerak sebagai sebuah parti yang kukuh dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi kita bergerak sebagai sebuah parti dan keputusan sudah dibuat oleh MT, maka saya percaya dan kita perlu akur.

"Dari segi Johor, saya menyeru agar kita terus melaksanakan agenda penyatuan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-21, di Pasir Gudang, malam ini.

Mengulas mengenai sama ada prestasi UMNO Johor terjejas dengan keputusan itu, Mohamed Khaled, berkata jawatan Timbalan Presiden dipilih dari seluruh negara dan bukan Johor semata-mata.

"Soal jawatan Timbalan Presiden merupakan jawatan yang dipilih dari seluruh negara dan bukan Johor semata-mata walaupun beliau berasal dari Johor," jelasnya.

Friday, February 26, 2016

Pengantungan Tan Sri Muhyiddin Selaku Timbalan Presiden UMNO Merupakan Rahmat Besar Buat UMNO!

2 comments

Mesyuarat MT petang tadi telah membuat keputusan tepat apabila menggantung Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta merta...

Keputusan berkenaan merupakan satu rahmat besar buat UMNO apabila menyingkirkan Timbalan Presiden yang selama ini menjadi backfire kepada Presiden dan parti...

Sepatutnya tugas Timbalan Presiden untuk mempertahankan Presiden dan Parti..bukannya menjadikan parti sebagai anjing untuk memburukkan kan lagi situasi..

Bagi kami keputusan ini tepat biarpun agak lewat..sepatutnya lepas PM memecat Muhyiddin selaku TPM lagi sudah dipecat..tapi oklah..sebelum barah menjadi parah..buang saja...

Kisah Sedih Ustaz Kazim Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Santau!

0 comments

Di pagi Jummat ini, kami terasa sayu hati bila membaca kesah pengalaman pahit pendakwah tanah air, Ustaz Kazim yang pernah menjadi mangsa santau khianat manusia..orang yang baik, menyampaikan dakwah ilmu Allah SWT pun tak dapat lari dari penganiayaan manusia..

Inikan pula insan yang serba kekurangan ini seperti kita...hasad dengki memang tidak dapat dipisahkan dari manusia..orang yang baik dianiaya..orang yang menipu memporak perandakan macam Bang Non, Mat Sabun, Rapiji yang kuat menipu tidak pula orang nak santau...mungkin agaknya iblis pun tak mahu sebab kawan mereka...

Jom ikuti kisah sedih Ustaz Kazim menceritakan pengalamannya pernah disantau..selisih...

Cerita Ustaz Kazim  .....................................................
Pengalaman DISANTAU!!!!


Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata "padan muka..padan muka".

Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata "sabar ni ujian Allah.."

5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya..kenangan yang menginsafkan 1996/97




1997.

Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?

Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.

1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,orang kaya,orang hebat deme ni.

Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia kata
"maafkan kami ustaz" berkali-kali diulang perkataan itu.

Saya tanya "nape?"

Dia jawab "kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz".

Saya tanya "kenapa buat kat saya mcm ni?"

Dia jawab "Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz".

Saya jawab "takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati".

Dia kata lagi "mereka berenam terlibat."

"Enam org?" saya terkejut..

Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku betul,mereka yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.

Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.



2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.

Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang disekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu..saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Ismail kamus, Dato' Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.

Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato' Ismail Kamus berkata pada saya..."Anta berubatlah akan diri anta sendiri.."

Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah...saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah...Apa jenis manusia ini...Apa salah saya...???

Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya... Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.

Ustaz Kazim Elias

Wednesday, February 24, 2016

Boikot McDonald's Ibarat Menafikan Hak Golongan Yang Memerlukan!!!!

0 comments
Sepertimana yang telah kami nyatakan dalam entry sebelum ini, McDonald's bukan hanya bermatlamatkan keuntungan tetapi disebalik itu, mereka mengutamakan khidmat sosial untuk berbakti kepada masyarakat..

Dalam 3 artikel kami sebelum ini, telah kami ceritakan bahawa McDonald' amat prihatin dalam memberi bantuan kepada kanak-kanak mengalami masalah sumbing [SINI], bina rumah kebajikan Ronald untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa dari luar Kuala Lumpur ketika anak mereka menerima rawatan [SINI] dan membina rumah sensori membantu kanak-kanak menghadapi masalah perkembangan kognitif [SINI]

Ketiga-tiga sumbangan McDonald's di atas hanyalah sebahagian sahaja sumbangan mereka kepada masyarakat..kali ini kami ingin kongsi kerja amal McDonald's kepada masyarakat setempat yang selama ini mungkin anda tidak tahu...

Tabung Charities Ronald McDonald House (RMHC)
Pernahkah anda terlihat tabung seperti di atas ini di meja-meja kaunter McDonald's?untuk pengetahuan anda ini adalah tabung kebajikan sumbangan ikhlas masyarakat untuk tujuan Charities Ronald McDonald House (RMHC)..sebenarnya suara yang memboikot McDonald's hanya golongan minoriti yang beremosi..disebalik cerita kes memboikot itu, ramai lagi masyarakat Malaysia yang prihatin dengan usaha yang dilakukan McDonald's. Buktinya pada tahun 2015 sahaja, jumlah kutipan tabung tersebut berjumlah RM 813,440..

Hasil sumbangan tersebut telah disaluran kepada RMHC dan inisiatif bantuan Banjir dan gempa bumi Sabah...bantuan ini perlu dihebohkan supaya lebih ramai akan buka mata mereka tentang usaha-usaha murni McDonald's kepada masyarakat...

Bantuan mangsa banjir Pantai Timur

Bantuan mangsa banjir Pantai Timur
Tahukah anda bahawa McDonald's sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam usaha membantu mangsa banjir besar yang melanda pantai timur pada awal tahun lalu..sejumlah RM 425,000 telah disalurkan untuk membantu mangsa banjir di sana..sumbangan yang disalurkan McDonald's ini adalah dari kutipan RMHC pada bulan Jan dan Fen 2015...

Dana yang dikeluarkan ini bertujuan untuk membina semula 34 sekolah  (membina laluan pejalan kaki baru, surau dan juga untuk membeli kerusi baru, meja dan komputer) yang rosak akibat banjir..lokasi bantuan ini meliputi daerah Kuala Kerai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan, dan Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu di Terengganu.

Tabung RM 100,000 Gempa Bumi Sabah
Kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu, Sabah benar-benar mengejutkan negara..ia merupakan bencana pertama kali berlaku di gunung tertinggi negara itu..melihat akan perkara ini, McDonald's telah menghantar bantuan sejumlah RM 100,000..bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban keluarga empat pemandu arah yang terkorban dan tiga buah sekolah di Ranau yang terjejas akibat bencana tersebut..

Sumbangan ini diperolehi melalui jualan air sejuk beku dan tabung derma..apakah ini kita mahu mengatakan McDonald's harus diboikot?janganlah jadi pihak yang mementingkan diri sendiri..kerana emosi dan nafsu buas agensi yang tidak berdosa menjadi mangsa fitnah..

Hari Sarapan Negara
Selain itu, bagi menyahut seruan hari sarapan negara McDonald's telah menyumbangkan sebanyak 230,000 McMuffins Egg untuk rakyat Malaysia di seluruh negara yang bangun awal pagi pada 13 April 2015..pada hari berkenaan juga McDonald's turut memberi sarapan kepada 11,650 orang guru sebagai penghargaan kepada golongan pendidik yang bertngkus lumus mendidik kanak-kanak di negara ini..

Hari Sarapan Negara
Orang ramai beratur untuk mendapatkan McMuffins Egg ketika hari Sarapan negara..
Hari Sarapan Negara
Golongan pendidik turut dirai pada hari sarapan negara..biarpun hanya sarapan tetapi ia menunjukkan betapa McDonald's menghargai golongan pendidik yang memberi didikan kepada kanak-kanak di negara ini..
Hari Sarapan Negara

Moreh di Masjid pada Bulan Ramadhan
Setiap seminggu sekali, sebanyak 265 buah restoran McDonald's telah menyediakan hidangan moreh selepas sembahyang terawikh pada bulan Ramadhan..pemberian juadah ini sebagai salah satu cara McDonald's menyumbang semula kepada masyarakat.Program ini merupakan kali kedua telah dianjurkan McDonald's

Moreh di Masjid pada Bulan Ramadhan

Bantuan baju raya dan berbuka puasa bersama kanak-kanak sekolah
Dalam usaha memberikan senyuman buat kanak-kanak menjelang hari raya, McDonald's telah memilih pelajar dari sekolah-sekolah terpilih untuk membeli pakaian Hari Raya Aidil Fitri dan berbuka puasa bersama di restoran McDonald's..semua ini dilakukan bagi memberikan sedikit kegembiraan buat anak-anak yang dipilih..

Membeli pakaian raya untuk kanak-kanak terpilih

Sambutan Hari Guru
McDonald's turut meraikan samburan hari Guru bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak pelajar..Guru-guru dari 25 buah sekolah telah dijemput ke restoran untuk aktiviti yang menyeronokkan dan dijamu dengan hidangan McDonald's..selain itu, McDonal's turut memberi kupon McChicken kepada guru-guru yang dipilih sempena sambutan Hari Guru...

Banyak sumbangan McDonald's kepada masyarakat yang telah diberikan, baik dari kanak-kanak istimewa sehinggakan mangsa bencana..McDonald's pasti akan melibatkan diri dalam sumbangan bakti kepada masyarakat di Malaysia..sebab itu kami kataka golongan yang momboikot McDonald's ibarat menafikan hak golongan yang memerlukan...kami mendoakan agar McDonald's terus maju dan dapat berbakti kepada masyarakat...

Tuesday, February 23, 2016

Dr Maza Pegang Kanak-Kanak 'Tak Nampak' Macam Biasa Kendong Kanak-Kanak..

5 comments

Mufti kontroversi Dr Maza mendapat kecaman netizen berikutan tersebar gambarnya mengendong kanak-kanak ketika di khemah pelarian Syria..

Netizen mengecam Dr Maza seperti dia tidak pernah mengendong kanak-kanak.terdahulu Dr Maza memuat naik status surau di Airport Bangkok 'lebih nampak' seolah-olah Malaysia tidak menyediakan surau dan tempah solat yang sempurna...

Dr Maza tidak lekang dengan kontroversi demi kontroversi yang membuat netizen menyampah dengan sikapnya yang suka mempertikai dan mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat...

Dibawah ini kami kongsikan gambar Perdana Menteri mengendong kanak-kanak..boleh bandingkan dengan cara Dr Maza..nampak seperti Dr Maza 'tidak biasa' mendukung kanak-kanak...


Monday, February 22, 2016

Gara-Gara Bersalaman Isteri Safiq Rahim, TMJ Dikutuk Namun Tetap Steady Menjawab Tohmahan!

2 comments

Gara-gara isteri Syafik Rahim bersalaman dengan TMJ, maka ramailah haters cuba menjadi ustaz menasihatkan TMJ agar memakai sarung tangan berlapik untuk bersalaman dengan perempun lain..bila mana ramai mengkritik tindakan itu, TMJ telah tampil dengan kenyataan hanya Allah berhak menilainya dengan tulisan seperti berikut :

HANYA ALLAH SAHAJA BOLEH MENILAI SAYA

Saya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif berkenaan bagaimana isteri Safiq Rahim bersalaman dengan saya. Terdapat beberapa individu yang cuba untuk menjadi Ustaz atau Mufti negeri di laman facebook. Bagi saya, apabila berkaitan agama, kita tidaklah semulia Rasul dan ALLAH S.W.T. Oleh itu hanya ALLAH S.W.T yang boleh menilai kita dan bukannya kita sesama manusia. Hanya ALLAH S.W.T boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka. Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian. Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada Al-Quran. Walaupun saya dilahirkan untuk menjadi Raja, saya juga hanya seorang manusia. Saya tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada ALLAH S.W.T akan menerima anda atau sebaliknya. Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan. 

Beri saya peluang untuk memberi pendapat ikhlas saya kepada sesetengah hipokrit yang sudah terbiasa dengan budaya bermuka muka sesetengah orang di dalam hidup anda. Saya seorang Muslim dan agama suci Islam adalah lebih utama daripada saya. Saya akui yang saya bukan pakar tetapi apabila ia berkaitan dengan agama Islam, satu perkara yang saya percaya adalah ALLAH S.W.T akan memberkati anda, jika anda mempunyai hati yang baik, amanah, jujur, bantu-membantu dan menghormati orang lain. Terdapat banyak mazhab di dalam Islam. Siapa kita untuk mengatakan siapa antara kita akan ke syurga? Siapa kita untuk mengatakan yang Islam kita atau islam mazhab lain adalah yang betul. Bagi saya, saya lebih suka untuk berpegang dengan apa yang telah diajar sejak saya kecil dan sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran. Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor. Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya. Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar. Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri. Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi diri sendiri dan setelus yang boleh dengan rakyat saya dan tidak bersikap hipokrit. Kerana saya sudah banyak kali mengatakan bahawa saya lebih rela dibenci kerana bersikap jujur dan menjadi diri sendiri daripada hidup disayangi dengan penuh kepalsuan dan hipokrit.

Saya menghormati pilihan anda walaupun saya pelik mengapa orang Malaysia terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh? Jawapannya mudah. Pendidikan. Pendidikan membolehkan kita melihat dunia secara berbeza. Pendidikan memberikan kita ilmu untuk mematuhi prinsip-prinsip dan polisi dalam kehidupan. Saya tidak mempunyai hak untuk memberitahu anda apa yang perlu dipercayai atau diikuti dan semua itu adalah pendapat saya secara jujur iaitu kita tidak harus cuba untuk menjadi lebih bijak daripada Al-Quran. Apa yang kita perlu tahu adalah perkara asas. Untuk sekalian rakyat Johor jadilah seorang Muslim, tetapi bukan dengan begitu taksub. Jadi seorang Muslim dengan menghormati satu sama lain. Johor mempunyai tradisi sendiri dan budaya, dan begitu juga dengan negeri-negeri lain. Kita semua berbeza. Berbeza dalam ajaran Islam, berbeza dalam agama agama yang lain dan berbeza puak etnik. Menuding jari dan menilai satu sama lain tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kita tidak sepatutnya mempunyai kebencian dalam hati kita. Adakah anda tahu bagaimana kita boleh jadikan negara ini tempat yang lebih baik dan hidup dalam suasana harmoni? Mudah, mendidik diri anda dan menghormati antara satu sama lain. Hidup Johor, ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Gambar Kontroversi di bawah:




Pada suatu ketika di Padang Seri Gelam. Perkara yang aneh telah berlaku sebentar tadi.----A very unusual incident happened at Padang Seri Gelam some time ago.
Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, 22 February 2016

McDonald's Cipta Program Membantu Kanak-Kanak Masalah Perkembangan Mental "Ronald McDonald Sensory Room (RMSR)"!!!

0 comments

Sebelum ini kami telah menulis mengenai dua program kebajikan yang dianjurkan McDonald's iaitu "Rumah Ronald McDonald PPUKM" dan "McDonald's Taja Rawatan Kanak-Kanak Sumbing Secara Percuma Melalui Program #GiftOfSmile"..anda boleh rujuk artikel berkenaa dengan klik tajuk tersebut..

Pada entry kali ini, kami ingin kongsikan bahawa McDonald's mempunyai sebuah program khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. Melalui program ini, McDonald's telah membina bilik yang dinamai "Ronald McDonald Sensory Room (RMSR)".

Bilik Sensory ini dilengkapi dengan peralatan yang diimport khas dari United Kingdom bagi merangsang perkembangan lima deria utama kanak-kanak iaitu Visual, Pendengaran, Touch, Bau, dan Rasa...kelengkapan yang ada pada bilik ini akan memberi terapi yang baik untuk membantu perkembangan mental kanak-kanak yang bermasalah..

Di Malaysia sahaja, McDonald's telah memiliki sebanyak 21 buah bilik deria sensory di seluruh negara..semua bilik ini dilengkapi dengan peralatan yang canggih yang bersesuaian untuk membantu perkembangan anak-anak..

Di bawah ini kami sediakan senarai bilik deria sensory yang disumbang McDonald's :
  1. The Society For the Severely Mentally Handicapped Selangor and Federal Territory (SSMH), Petaling Jaya, Selangor 03-78746703
  2. Bethany Home, Teluk Intan, Perak 05-6411276
  3. Agape Centre, Sibu, Sarawak 084-332036
  4. Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Kuala Lumpur 03-4257 9818
  5. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Kota Bahru 09-7742033
  6. Taman Sinar Harapan Kuala Trengganu, Terengganu 09-6221721
  7. National Autism Society of Malaysia (NASOM), Kuantan 09-5671070
  8. Spastic Children’s Association of Johor, JB 07-2235452
  9. Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Tengah 04-5397568 
  10. Sekolah Seri Mengasih, Kota Kinabalu, Sabah 088-223221
  11. Hopehaven Centre for Special Children, Malacca 06-2832101
  12. Special Children Society of Ampang, Selangor 03-42568719
  13. Sekolah Semangat Maju Ipoh, Perak 05-5470186
  14. Perkata Special School Kuching, Sarawak 082-426301
  15. Calvary Victory Centre Johor Bharu, Johor 07-556 3311
  16. Persatuan Untuk Orang-Orang Pekak Tawau, Sabah 089-714526
  17. Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory 03-79567511
  18. Rumah Amal Kulim 04-495 3271
  19. Pusat Pembangunan Potensi CADS KL & Selangor, Jalan Duta, Kuala Lumpur 03-20951218
  20. Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal 07-4352145
  21. Down Syndrome Centre Lions Club Kota Bharu, Kelantan 09-7437550
  22. Pusat Jagaan Horizon 06-7631513
Anda boleh menghubungi no telefon yang tertera untuk mendapat maklumat lebih terperinci..apa yang menariknya di sini ialah kos untuk membina sebuah bilik berharga RM 90,000..sejak "Ronald McDonald Sensory Room" dari 1999, lebih kurang 5,000 kanak-kanak telah mendapat manfaat melalui program kebajikan McDonald's ini...sebanyak RM 1.6 juta terlah dibelanjakan untuk program ini..

Impian McDonald's yang perlu anda ketahui bukanlah hanya berdasarkan keuntungan melalui hasil jualan sahaja, malah lebih besar daripada itu yang mana McDonald's amat prihatin untuk membantu golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti bibir sumbing dan mempunyai masalah perkembangan mental yang perlahan..hasrat McDonald's ialah ingin membukan RMSR di setiap negeri di Malaysia Barat dan Timur...

Inilah antara sebab mengapa kami mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang mengatakan McDonald's Malaysia berkomplot dengan Israel untuk membunuh umat Islam di Palestin..banyak sumbangan McDonald's yang selama ini kita tidak tahu..apa yang kami kongsi ini untuk membantu anda sekiranya ada sahabat handai dan ahli keluarga terdekat jikalau mempunyai anak bermasalah dari segi perkembangan mentalnya...

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk laman web McDonald's tentang program RMSR di SINI...berikut kami kongsikan gambar suasana dan peralatan yang terdapat di RMSR..





*Semoga Info ini membantu

Pemimpin UMNO Johor Meriahkan Pesta Ponggal Akar Umbi..

0 comments

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid kelmarin bersama masyarakat India di kawasannya meraikan Pesra Ponggal bertempat di Kit Mart Kota Tinggi..

Nampak hanya sekadar meraikan perayaan tetapi kehadiran pemimpin dalam program masyarakat seperti ini memberi harapan bahawa Datuk Ehsan merupakan pemimpin untuk semua kaum..biarpun majoriti pengundi Kota Tinggi ialah orang Melayu, ia tidak menghalang masyarakat kaum lain meraikan perayaan mereka..

Sebelum ini Datuk Ehsan turut hadir dalam perayaan rumah terbuka Tahun Baru Cina..kelmarin Pesta Pongal..ini membukti bahawa Malaysia masih aman dan menghormati masyarakat berbilang kaum selaras dengan prinsip rukun negara..

Berkenaan perayaan sambutan "Pesta Ponggal Muafakat BN" tersebut, ia dianjurkan oleh MIC Bahagian Kota Tinggi...Datuk Ehsan telah merasmikan program berkenaan..antara pengisian yang telah dijalankan pada program berkenaan ialah pertandingan pecah periuk tanah, mengayam thoranam, menghias kolams, mengikat bunga, mewarna dan perlawanan alakurani..

Pemimpin seperti inilah yang BN perlu ramaikan..jangan jadi seperti pemimpin pembangkang..mereka hanya tahu berpolitik sepanjang masa..bila mileage dah tak popular..mulalah buat kerja merepek..baling microfon..masuk parit bajet hero Malaya..walhal program rakyat buat tak endah..ada pemimpin tua DAP Johor boleh dikira dengan jari berapa kali dia balik kawasan..itu pun masih diberi kepercayaan..

Inilah padahnya bila memilih pemimpin tua..korup yang tak guna kepada masyarakat.,bila dah menang..balik kawasan pun tidak..apatah lagi bersama-sama masyarakat ketika susah senang...

Kalau nak diceritakan banyak betul benda yang culas dari pemimpin pembangkang...nak dibandingkan dengan Datuk Ehsan..anda boleh tanya sendirilah feed back masyaralat setempat terhadap pemimpin ini...tak heranlah mengapa PRU 13 lalu Kota Tinggi antara keputusan TOP mendapat undi majoriti tertinggi...

Berbalik program Pesta Ponggal, ia merupakan perayaan meraikan masa menuai oleh orang tamil..ada juga berpendapat sebagai tarikh tahun baru mengikut kalendar Tamil...




Sunday, February 21, 2016

Setelah Seremban & Kangar, myBAS Akan Luaskan Operasi Di Ipoh!

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meluaskan operasi bas henti-henti myBas ke Ipoh Perak..peluasan operasi ini merupakan strategi myBAS untuk mempastikan pengguna menikmati kualiti perkhidmatan yang baik..ini merupakan hasil usahasama SPAD dan The Combined Bus Services Sdn Bhd (TSBS) untuk menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di Ipoh...

Pada tahun lalu, myBAS telah memulakan operasi di Kangar pada 1 Ogos 2015 dan Seremban pada 15 November 2015..

Feed back pengguna untuk perkhidmatan myBAS di Kangar dan Seremban amat menggalakkan apabila jumlah penumpang meningkat 50%..

Ini disahkan sendiri Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Jaafar Albar yang berkata "Kejayaan myBas di Kangar dan Seremban juga menyaksikan satu peningkatan yang amat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa inisiatif ini memberi manfaat kepada pengguna dan juga diterima baik oleh rakyat"...

Biarpun SPAD memberi kepercayaan kepada TCBS namun pengendali bas itu perlu mematuhi syarat kontrak iaitu kekerapan perkhidmatan bas, waktu beroperasi, dan maklumat jumlah penumpang akan dipantau sistem GPS...jikalau melanggar KPI yang ditetapkan pengendali akan dikenakan penalti..

Lihatlah betapa seriusnya SPAD untuk memastikan pengguna menikmati pengangkutan awam yang berkualiti..setiap perkara akan dinilai dan diawasai agar kualiti perkhidmatan bas henti-henti sentiasa terjamin...

Kami ucapkan syabas kepada SPAD dan pengendali TCBA atas usahasama untuk melaksanakan bas henti-henti di Ipoh..harap perancangan untuk meluaskan myBas ke Kuala Terengganu dapat direalisasikan kelak...

Berikut adalah beberapa keping gambar semass majlis menandatangani perjanjian bas henti-henti Ipoh, Perak..





Friday, February 19, 2016

Kementerian Pendidikan & Kementerian Pengangkutan Rancang Tambahbaik Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Disekolah!

0 comments

Semalam telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Dato' Sri Liow Tiong Lai.

Dalam majlis berkenaaan, turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Senator Tuan Chong Sin Woon, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YB Daruk Seri Hj. Saripuddin Hj Kasim, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), YB Profesor Dr. Wong Shaw Voon dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), YB En. Abd Ghafar Yusof..

Sekarang ini pelajar akan mempelajari modul pendidikan keselamatan jalan raya ketika waktu Bahasa Melayu dan jikalau penambahbaikkan ini hendak dilakukan bagi kami adalah lebih elok keutamaan ini diberikan kepada subjek Sivik dan Kewarganegaraan..Modul Pendidkkan Keselamatan Jalan Raya boleh dimasukkan dalam salah satu bab silibus Sivik..

Ketika berucap merasmikan Projek semakan semula modul ini, Dato' Sri Liow Tiong Lai berkata lebih daripada 300,000 pemandu baru telah didaftar pada tahun 2015 mengikut rekod JPJ..

Kadar pemandu baru ini turut meningkatkan jumlah kemalanhan pada tahun 2015..pada tahun 2015, jumlah kemalangan telah meningkat kepada 489,606 berbandinh 476,196 pada tahun sebelumnya..jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga membimbanhkan apabila turut mencatatkan peningkatan kepada 6,706 berbanding 6,674 pada tahun 2014..ini bermakna purata kematian di negara ini melibatkan kematian di jalan raya ialah 18 orang setiap hari..

Bari merialisasikan hasrat penambahbaikkan modul ini, kerajaan telah memperuntukkan RM 42 juta dibawah RMK11 untuk Projek Semakan dan Pembangunan semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)..peruntukan yang besar ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan ingin mengurangkan kadar kemalangan di negada kita..kemalangan boleh dicegar jikalau semua pemandu mempunyai asas dan kesedaran sivik tentang jalan raya..

Penambahbaikkan ini bukan suka-suka dilakukan..ianya telah melibatkan banyak pihak dalam membuat kajian terperinci..umpamaya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengeluarkan hasil kajiannya, pada tahun 2015 sahaja, jumlah kos kerugian keseluruhan bagi kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM 8.6 billion. Kos tersebut meliputi kematian, cedera parah dan ringan. Lebih membimbangkan sebanyak 1,849 kematian adalahnmereka yang berusia 25 tahun ke bawah..dalam penyelidikan MIROS, faktor kemalangan kerap berlaku disebabkan sikap menusia..

Para guru turut meluahkan hasrat bersetuju bahawa modul PKJR wajar diubah agar selaras dengan kehendak kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSR)..guru yang bakal mengajar modul ini dikhabarkan turut akan diberikan kursus bagi memantapkan ilmu pedagogi mereka..

Kami mengharapkan kerjasama dua menteri DS Liow Tiong Lai mewakili Kementerian Pengangkutan dan Tuan Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan akan membuahkan hasil..kedua-dua kementerian ini harus bekerjasama bagi merealisasikam hasrat menambahbaik modul keselamatan jalan raya untuk pelajar sekolah...

Berikut kami kongsikan gambar sepanjang majlis pelancaran berkenaan :






Kerajaan BN Tangguh Pengambilan Pekerja Bangla...Peluang Pekerjaan Belia Semakin Banyak!Tahniah BN!!!

0 comments

Akhirnya apa yang dihajati oleh golongan belia negara ini termakbul apabila kerajaan bersetuju menangguhkan pengambilan semua pekerja asing dari Bangladesh..

Sebagaimana yang didesak golongan belia peluang pekerjaan sewajibnya diberikan kepada warganegara perlu diutamakan memandangkan ramai belia yang merengkok menganggur akibat kerajaan menawarkan pekerjaan kepada pekerja asing untuk sektor 3D danger, dirty dan difficult...

Dengan pengumuman ini kami mahu lihat apakah belia sanggup bekerja di sektor 3D sebagaimana didesak...diharapkan pengumuman ini dapat menyelesaikan masalah pengangguran pekerjaan di negara ini..

FELDA Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Penagih Dadah Di Sektor Peladangan!Langkah Terpuji Harus Dilakukan Semua Sektor Pekerjaan!

0 comments
Gambar Sekadar Hiasan
Hal tentang pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous dan Difficult) kerap dibicarakan sejak kebelakangan ini..ia menjadi perbicaraan hangat kerana cadangan membawa sejumlah 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh untuk mengisi kekosongan di sektor 3D..

Bila hal ini menjadi viral, ramai pula pakar-pakar facebook nak jadi pegawai sumber manusia..sebenarnya permintaan untuk sektor ini memang dari dulu lagi tidak mendapat sambutan dari orang tempatan..ramai orang tidak mahu berkecimpung dalam sektor 3D atas alasan gaji kecil, malu, aib, kotor, kerja penat...

Umpamanya, dalam sektor peladangan FELDA atau FGV memerlukan 10,000 pekerja untuk mengisi kekosongan kerja di ladang sawit milik mereka..apa yang dilakukan FELDA, mereka setakat ini tidak bercadang membawa pekerja Bangladesh tetapi membuka peluang kepada bekas penagih dadah yang menjalani latihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melalui Program Oil Palm For Life (OPAL).

Melalui program OPAL, seramai 1,000 pelatih bakal mengisi kekosongan di ladang sawit milik FELDA namun ianya masih tidak mencukupi untuk mengisi kekosongan sebanyak 10,000 orang...mengenai program OPAL ini, semua pekerja akan diikat kontrak selama 2 tahun dengan kadar gaji minimum RM 900..semua peserta ini akan diberi asrama dan kenderaan ulang alik untuk ke tempat kerja..jumlah 1,000 ini adalah perintis kepada program OPAL untuk sebelum memikirkan rancangan lanjutan mengenai program ini..

Berkenaan program OPAL, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata pengambilan OPAL ini dilakukan secara berperingkat yang mana akan ditempatkan di 20 ladang milik FELDA dan FGV..

“Kumpulan pertama membabitkan 50 bekas pelatih akan di tempatkan di ladang FELDA Serting, Negeri Sembilan bermula Mac ini” kata Datuk Razali Ibrahim.

Walaubagaimana pun Datuk Razali sempat juga menyatakan mereka mereka ini akan di pantau dan diselia oleh AADK.

Langkah ini adalah amat proaktif kerana amat jarang sesebuah industri mahupun sektor pekerjaan untuk menerima bekas penagih dadah bekerja di tempat mereka..golongan ini akan terus disisihkan masyarakat dek kerana persepsi songsang masyarakat yang sentiasa beranggapan penagih dadah akan kekal sampai bila-bila..sebab tekanan masyarakat sekeliling nilah yang membuatkan golongan ini akan terlibat kembali ke zaman gelap mereka..

Apapun tahniah kepada FELDA dan AADK yang telah memberi sinar harapan buat golongan penagih dadah!

Wednesday, February 17, 2016

#IsuBauksit : Kementerian Pengangkutan Bertindak Baru Selesai Masalah...Syabas!

0 comments

Selepas sebulan Kementerian Pengangkutan mengambil langkah untuk mengkaji semula pengangkutan yang selayaknya digunakan untuk mengangkut bauksit, akhirnya satu kata putus telah diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seti Liow Tiong Lai yang mana hanya lori jenis paka sahaja dibenarkan diguna untuk mengangkut bauksit..sekarang ini semua operasi bauksit dihentikan 3 bulan oleh kabinet..

Bulan lepas, isu bauksit ini menarik perhatian masyarakat apabila memberi kesan pencemaran yang teruk yang mana tiada pengawalan tegas dari pihak berkuasa...apabila JPJ dan SPAD bertindak, mereka pindahkan operasi kepada waktu malam..

Melalui pengumumkan Liow Tiong Lai, semua lori paka perlu didaftakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...keputusan ini telah disambut baik oleh semua pengusaha pengengkutan bauksit di Pahang tanpa sebarang bantahan..

Arahan ini akan berkuatkuasa selepas tempoh moratorim berakhir April ini...lepas ini tiadalah lori hantu yang beroperasi secara haram untuk mengangkut bauksit...setiap lori paka perlulah berdaftar dengan JPJ..para kontraktor perlu melaporkan jumlah lori yang akan digunakan..ini penting bagi mengekang operasi secara haram..


Selain itu, DS Liow Tiong Lai turut memberi jaminan bagawa Kementerian Pengangkutan akan memantau ketat pergerakan proses bauksit ini supaya tiada bauksit disimpan di Pelabuhan Kuantan selepas eksport bauksit berjalan..ini penting bagi mengelakkan sebarang pencemaran laut berulang lagi..

Apa yang dilakukan Kementerian Pengangkutan ini adalah keputusan yang tepat...menggunakan lori Paka yang berdaftar..pemantauan berterusan untuk semua pengusaha dan tidak dibenarkan sama sekali menyimpan bauksit di pelabuhan...

Soalnya sekarang, apa tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan..isu dikawasan dia..apa yang dia lakukan untuk selesaikan masalah ni?jangan hanya tahu mencerca tapi tiada langsung tindakan dibuat!!!

Mengapa Periuk Jadi Mangsa Politik Sarkas DAP?KAHKAHKAH!!!!!!

0 comments

Nak tunjuk buat keleja kena amek gambar sikit dengan periuk..baru nampak buat kerja..kasihan nasib makanan dalam periuk tu..jadi bahan posing pemimpin DAP...

Zaman sekarang dengan periuk pun orang boleh cari mileage politik...ni kalau pemimpin BN bergambar tengah bersungguh-sungguh bancur air nasi bukan main lagi spin puak depa..

Tang puak DAP bergambar dengan periuk..habis segala pujian dan sanjungan keluar dari mulut macai...kahkahkah!

Periuk pun boleh jadi modal politik...

Tuesday, February 16, 2016

Gambar & Fakta Menarik Tentang Rumah Ronald McDonald PPUKM yang Perlu Anda Tahu!!Sebarkan!

0 comments

Seperti yang dijanjikan dalam entry kami sebelum ini di SINI..kali ini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang usaha McDonald's menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat..entry sebelum ini telah menceritakan satu saha McDonald's untuk mengambilakan senyuman kanak-kanak Sumbing melalui program "Gift Of Smile"..

Kali ini kami ingin menceritakan lanjut mengenai bagaiman The Charities Ronald McDonald House Malaysia (RMHC Malaysia) beroperasi bagi menjaga kebajikan masyarakat. RMHC ditubuhkan bagi menjaga dan memberi sokongan demi kesejahteraan kanak-kanak melalui konteks Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan...

Video pendek di bawah menceritakan secara umum sumbangan McDonald malalui RMHC :


Keuntungan McDonald's dan sumbangan masyarakat merupakan tonggak utama bagi meneruskan usaha murni RMHC untuk terus berbakti kepada masyarakat..Badan amal RMHC memfokuskan kepada empat teras utama iaitu "Ronald McDonald Gift Of Smile" (telah diterangkan pada artikel sebelum ini di SINI, keduanya ialah Rumah McDonald (RMH), ketiga "Ronald McDonald Sensory Room dan "Ronalds McDonald Scholarship Programme"

Rumah McDonald (RMH)

Rumah RMH ini terletak di Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras. Ia telah ditubuhkan pada 1999 yang mana merupakan rumah pertama di rantau Asia Tenggara. Rumah banglo ini mengandungi 19 buah bilik. Tujuan utama pembinaan rumah ini adalah sebagai tempat tinggal sementara bagi keluarga yang tinggal diluar Kuala Lumpur sementara menunggu anak mereka dirawat..Menariknya di sini, RMHC hanya mengenakan cas serendah RM 5.00 untuk semalam..

Konsep ini dinamakan "Home Away From Home". Sehingga setakat ini, lebih 600 buah keluarga kurang berkemampuan telah menggunakan kemudahan ini ketika menunggu anak mereka menerima rawatan...menariknya di sini setiap kemudahan yang terdapat dalam rumah ini adalah bantuan derma dari orang ramai dan McDonal's..

Di bawah ini adalah beberapa keping gambar suasana di RMHC :










Memang sungguh ceria suasana di RMHC ini..bagi kami, kongsep ini diibaratkan sebagai satu konsep rumah homestay mewah yang menjanjikan kemudahan yang lengkap dan ceria..dengan harga yang berpatutan ia membuktikan betapa McDonal'd amat peka dengan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat..

Itu pun masih ada yang melabelkan McDonald's adalah agen yahudi untuk menghancurkan bumi gaza..penerangan demi penerangan telah dibuat..pasti ramai akan buka mata betapa McDonald's bukan hanya sebuah perniagaan makanan tetapi memberikan kemudahan bantuan khidmat sosial yang sangat baik..

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Rumah RMHC ini, anda boleh menghubungi 03 9173 5994 untuk keterangan lanjut..rumah ini dibuka 24 jam dan 365 hari setahun...

Dapatkan Buletin mengenai RMHC di SINI...

Kami telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai "Ronald McDonald Gift Of Smile" dan Rumah McDonald (RMH)..untuk entry akan datang kami akan kongsikan 2 lagi komponen RMH iaitu "Ronald McDonald Sensory Room dan "Ronalds McDonald Scholarship Programme"

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA