networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, March 31, 2016

RINGGIT Mengukuh Selepas Tun Mahathir Lepas Jawatan?Apakah Ini Satu Rahmat Atau Kebetulan?

0 comments

Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini,Tun M semakin galak mengasak pentadbiran Najib diguling..selepas mengasak Najib turun jawatan, Tun M pula tak semena-mena keluar UMNO...

Insiden peletakan jawatan Mahathir tidak berhenti setakat itu, sebelum ini Tun umum peletakan jawatan daripada penasihat Petronas dan terkini meletakkan jawatan 4 lagi jawatannya...

Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai :

1.  Pengerusi Proton Holdings.
2.  Canselor Universiti Teknologi Petronas,  
3.  Penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
4.  Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA). 

Semuanya berkuatkuasa 30 Mac 2016.

Apa yang menariknya di sini ialah, selepas Tun letak jawatan sahaja nilai matawang Ringgit semakin mengukuh..ia menidakkan dakwaannya sendiri yang mana Ringgit akan naik jika najib Turun jawaran..,


TERKINI!!! HARGA MINYAK 1 APRIL 2016 NAIK 10 SEN...

0 comments

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, harga minyak negara akan mengikut harga pasaran dunia minyak setonh..untuk bulan APRIL esok..harga minyak dijangka naik 10 sen...

Wednesday, March 30, 2016

5 Pendapat Ku Li Tentang Mahathir Yang Perlu Anda Tahu!!!

0 comments

RM0.00 1) TENGKU RAZALEIGH buat PC tadi. Kata tak terlibat dgn mana2 kumpulan nak jatuhkan PM. Nafi belot Tun M dan perancang undi tak percaya pada PM - Agendanews

RM0.00 2) KU LI tak setuju Deklarasi Tun M. Kata apa2 kena ikut perlembagaan-melalui PRU, undi tak percaya di Parlimen, cara MB Kedah kena letak jawatan - Agendanews

RM0.00 3) DITANYA Tun M tuduhnya banyak kali belot terhadapnya. Ku LI secara jenaka sinis kata orang juga kata beliau banyak kali 'ditipu' oleh Tun M - Agendanews

RM0.00 4) MENGENAI isu IMDB, Ku Li kata beliau hanya berpegang pada laporan akhir siasatan PAC saja. Tunggu, sehingga tu tak perlu buat macam2 andaian - Agendanews

RM0.00 5) SIAPA diktator? Tun M atau PM Najib? Ku Li cara jenaka kata berpegang pada pengakuan Tun M sendiri dia diktator. Masa saya dulu apa2 tak boleh - Agendanews

Tuesday, March 29, 2016

Kerana UBER & GRAB Car, Pemandu Teksi Jadikan Bukit Bintang Gelanggang Sarkas...

0 comments

Aku serius heran dengan apa yang dilakukan oleh pemandu Teksi nih..dia nak tunjuk perasaan kononnya SPAD tak bela mereka...bila hak mereka tak diperjuangkan bukan main lagi mereka memberontak..kalau masih ingat bulan yang sama tahun 2015, SPAD telah diasak hebat kerana menaikkan tambang teksi..tapi pemandu teksi ketika itu tiada pun mempertahankan tindakan SPAD yang menunaikan hasrat mereka...adilkah itu?

Mengenai UBER dan Grab Car ni, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar tetap pada undang-undang jikalau pemandu Uber dan Grab Car tidak mempunyai lesen PSV kenderaan awam ia bermakna kereta UBER dan GRAB car itu haram..

Isunya pemandu teksi rasa berang?rasa teraniaya ka sebab perlu bersaing dengan UBER dan Grab Car...belajarlah hidup bersaing sihat..isu pemandu teksi rasa dianiaya ni bukan perkara baru..dulu pun masa SPAD perkenalkan teksi airport..mereka bising..katanya menyekat periuk nasi mereka..pemandu teksi ni agaknya mereka akan puas bila di Malaysia tak de pengangkutan awam lain selain teksi..baru puas hati mereka agaknya.,,

Mungkin bagi mereka bas, train, keretapi, lrt, kapal terbang juga menutup periuk nasi mereka...

Berkenaan status UBER dan GRAB CAR...aku kata Malaysia belum bersedia untuk halalkan perkhidmatan awam bertaraf dunia..banyak kekurangan tentang UBER dan GRAB Car..jika tidak masakan bekas kakitangan penerbangan MAS memilih menjadi pemandu teksi daripada UBER...

Sebab apa aku kata Malaysia tak bersedia?sebabnya belum ada undang-undang dan akta menyebut tentang status UBER dan Grab Car..akta tidak dipinda lagi..mekanisma nak daftarkan UBER dan GRAB CAR dengan pemberian lesen PSV pun belum diselaraskan..

Menteri pun keliru pemberian lesen PSV ni bawah SPAD atau JPJ atau MOT...masing-masing nak tuduh satu sama lain...konon nak tunjukan diri tu bagus..pro masalah rakyat..walhal jawatannya hanya Timbalan Menteri saja...

Tugas SPAD hanya mendaftarkan dan menjaga Teksi dan pengangkutan awam lain...

Berkenaan UBER dan GRAB CAR ni buat masa ni janganlah jadi jaguh kampung...selaraskan undang2 mengenai Uber dulu baru boleh cakap supaya Uber diiktiraf..

Masa ni sure pemandu teksi kata menutup periuk nasi mereka...haha!bila ada rezeki ambil kesempatan..lesen teksi di sewakan kepada mat bangla...ada meter kau tipu..paw menumpang tambang lebih..ambil kesempatan...lepas tu demo kata tak dibela...memalukan pemandu teksi yang lain saja...masyarakat akan nampak pemandu teksi ni suka memberontak..kesianlah kat pemandu teksi lain yang baik woi!

Dalam keadaan macam ni yang unttung PEMANDU UBER DAN GRAB CAR juga kenyang...dalam diam beroperasi..haha...hentikanlah persembahan Sarkas ni pemandu teksi oi!


Sunday, March 27, 2016

#PLKN2.0 : Apa Kelainan Yang Dilaksanakan?

0 comments

Selepas setahun penangguhan PLKN berikutan langkah penjimatan peruntukan kewangan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengambil kesempatan ini untuk melakukan penambahbaikkan keseluruhan modul pengisian..

Beberapa bulan lepas, PLKN 2.0 telah diuji dalam program perintis bertempat di Sepang..melihat akan kesesuaian modul yang disediakan..semalam merupakan detik bersejarah buat PLKN apabila bakal dilaksanakan semula dengan fasa 2.0...Majlis pelancaram PLKN 2.0 semalam telah dirasmikan oleh, Pengerusi MLKN, Datuk Ehsanuddin Hj Harun Narrashid di Malacca International Trade Centre (MITC)..

Apa bezanya PLKN sebelum ini dengan PLKN 2.0..bagi kami PLKN 2.0 ini lebih menjimatkan masa dan memberi peluang pelatih mempunyai masa depan yang cerah...

Dahulu PLKN mengambil masa 3 bulan untuk menghabiskan sesuatu sesi namun selepas transformasi PLKN..ianya hanya mengambil masa 8 minggu yang mana lebih energetik dan lebih segar mengikut peredaran masa...

Modul baru yang diperkenalkan dalam PLKN 2.0 ini lebih menerapkan tentang pembangunan nilai-nilai murni seperti Cinta Negara, Perpaduan dan Kesukarelaan dibentuk melalui aktiviti-aktiviti kerohanian, Servis Learning, i-Upgrade, Tech + Talk, Malaysiaku, Fit4Lifr dab Be Safe, Be Alert manakala bagi menyediakan masa depan  lebih baik..

Inilah elemen baru yang terdapat dalam modul..pelatih ini akan terus mendapat kemahiran bagi mempastikan mereka mempunyai masa depan..setidak-tidaknya dengan penyertaan mereka dalam PLKN membolehkan mereka menyertai kuraus vokasional untuk menambahkan ilmu...

PLKN turut memberi penerangan kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka melalui program Parents Indulgence Programme...

Syabas kami ucapkan kepada JLKN dan PLKN yang berani melakukan transformasi dalam prpgram tersebut...



Friday, March 25, 2016

Dari Anak Peneroka Kini Orang Penting Membawa Perubahan Dalam McDonald's...

0 comments

Warga FELDA sewajarnya berasa bangga apabila seorang anak jati FELDA kini merupakan individu penting dalam membangunkan keupayaan restoran berjenaman antarabangsa McDonald's di negara kita..beliau yang dimaksudkan ialah En. Azmir Jaafar..

Untuk entry kali ini, kami ingin kongsikan kejayaan En. Azmir Jaafar dalam membangunkan McDonald's di negara kita..

En Azmir, berasal dari keluarga peneroka Felda Gemas, Negeri Sembilan..beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Georgia, Amerika Syarikat dalam bidang Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal)..menjejakkan kaki di bumi asing bukan perkara yang mudah apatahlagi untuk melanjutkan pengajian di negara barat..

Itu semua bukan penghalang buat individu berjiwa besar ini..apa yang menarik perhatian kami, sebaik sahaja menghabiskan pengajian di Amerika..beliau telah pulang ke Malaysia..tidak seperti kebanyakan graduan yang hanya menunggu posmen hantar surat panggilan temuduga kerja, beliau tanpa rasa malu telah bekerja di sebagai pelayan di sebuah hotel terkemuka sekitar tahun 1993..ini seharusnya dijadikan contoh buat graduan-graduan di Malaysia..jangan mengharapkan kerja yang selesa..bermula dari bawah merupakan elemen asas menguji daya tahan anda..

Beliau kemudian menjadi Pengurus Pelatih di McDonald's, di sini bermulanya penglibatan beliau dalam McDonald's...kesungguhan beliau telah membuatkannya terpilih untuk ke jabatan korporat dalam McDonald's..antara jawatan yang pernah disandang ialah Ketua Jabatan Pembangunan, Pengurus Besar dan pernah meneraju McDonald's Middle East Development Company sehingga Januari 2015.. 

En Azmir pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan McDonald's Malaysia..ketika inilah McDonald's mengalami perubahan besar apabila giat membuka cawangan rangkaian restorannya di negara kita melalui konsep francaisi...

Sepanjang keriernya, McDonald's pernah meraih beberapa anugerah dimana mengiktiraf Malaysia mengamalkan konsep 'Drive Thru' di pasaran baru di Asia Pasifik, Timur Tengah dan wilayah Afrika (APMEA)..

Pernah di hantar ke China untuk membantu McDonald's, ketika itu beliau telah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden/Ketua Pegawai Pembangunan di mana beliau membantu membuka lebih daripada 1,000 restoran dalam tempoh lima tahun..pembaharuan yang telah dilakukan ketika itu ialah melaksanakan konsep reka bentu baru di lebih daripada 60% cawangan restoran. membuka 500 McCafes dan meningkatkan tiga kali ganda kepada 250 'drive thru'..

Kini, En Azmir menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan McDonald's..sasarannya adalah mahu meningkatkan jumlah restoran McDonald's daripada 270 kepada 500 buah di seluruh negara...

Lihatlah betapa kesungguhan En Azmir dalam memajukan McDonald's, jika tidak dicerita tiada siapa tahu individu ini berasal dari keluarga peneroka FELDA...apa yang menarik perhatian kami ialah beliau sanggat bangga menjadi warga FELDA..

Cerita ini perlu dijadikan sumber inspirasi anak muda kita di negara ini..lebih-lebih lagi graduan yang masih menganggur menunggu peluang pekerja datang bergolek..zaman sekarang kalau menunggu kita akan ketinggalan..jika En Azmir yang berkelulusan Universiti di Amerika Syarikat pernah menjadi pelayan di sebuah Hotel masakan tidak anda...

RASUAH!! @SPADChannel Tidak Bertoleransi Kes Melibatkan Anggora Mereka!

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan dalam satu kenyataan media bahawa suruhanjaya itu tidak akan bertoleransi terhadap kes rasuah yang melibatkan anggotanya..

Perkara ini merujuk kepada kes penangkapan anggota SPAD oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KLIA 1 dan KLIA 2 baru-baru ini..

SPRM telah menahan 5 anggota SPAD dan seorang anggota JPJ serta 3 pemandu teksi yang terlibat dalam kes menerima dan memberi suapan membenarkan pemandu teksi yang tiada permit mengambil penumpang di KLIA1 dan KLIA2..

Pegawai macam inilah yang merosakkan integriti kerajaan...yang diharapkan menjaga dan menegakkan undang-undang tapi hampeh..

Hasil siasatan pegawai-pegawai ni menerima bayaran mingguan RM 600-RM 720..

Kami memgucapkan syabas buat SPAD yang tidak langsung bertoleransi dalam hal berkaitan rasuah ni...biar dijadikan pengajaran buat kutu-kutu rasuah diluar sana!

Di bawah ini kenyataan media dari SPAD berkenaan kes ini..

Wednesday, March 23, 2016

WOW! Anda Kini Boleh Beli Makanan Tanpa Wang Di Restoran McDonald's Dengan Transaksi Debit Atau Kad Kredit..

0 comments

McDonald's  melangkah setapak lagi dalam perniagaan mereka apabila telah memperkenalkan satu lagi kaedah pembayaran untuk membeli makanan..sekarang ini kita perlu membayar makanan yang ditempah dengan menggunakan wang apabila berurusniaga di kaunter..

Untuk langkah permulaan ini McDonald's telah memperkenalkan sistem pembayaran Debit atau Kad Kredit di 20 rangkaian restoran iaitu di Mid Valley (LG floor), Mid Valley (3rd floor), Sunway Pyramid, Bukit Bintang, Batu Caves, Titiwangsa, Seksyen 3 Shah Alam, TTDI, KLIA, Genting, Jalan Silang, Jalan Tun Perak, Berjaya Times Square, SOGO, 1 Utama, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Mont Kiara, Petronas Taman Melati dan Menara MARA.

Ini adalah projek perintis..pada masa hadapan berkemungkinan semua rangkaian McDonald's akan menjalankan transaksi pembayaran Debit atau Kad Kredit..sistem seperti ini telah popular di negara kita apabila semua pasar raya mempunyai sistem pembayaran tanpa kredit ini..ia memudahkan urusan kita tanpa perlu menggunakan duit untuk membuat pembayaran...

Siapa tahu suatu masa nanti, segala tempahan McDelivery hanya boleh dilakukan didepan aplikasi android sahaja..tempah..bayar menggunakan online dan makanan akan sampai di depan pintu rumah anda kurang 30 minit dari masa tempahan...



Ini merupakan projek perintis McDonald's bersama Maybank untuk menggalakkan lagi masyarakat menggunakan urusan tanpa wang..selain Maybank, kad debit atau kad kredit American Express, JCB, MasterCard, Visa dan kad Visa payWave diterima di 20 rangkaian McDonald's perintis tersebut..

Jikalau anda membuat pembayaran tanpa wang melebihi RM 10 pada bulan ini, anda layak menerima 'Sundae Cone' secara percuma untuk tempoh promosi sahaja...pastinya dengan pelaksanaan ini anda tidak perlu runsing bila casher tanya 'ada syiling tak encik' atau 'ada duit kecil tak encik' kerana semua pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad..

Pesanan kami, pastikan kad debit anda mempunyai wang secukupnya untuk membuat pembayaran tanpa wang..jika menggunakan kad kredit pastikan kad itu boleh digunakan..

I'M LOVIN' IT...

Pengerusi @SPADChannel Sudah Respon Mengapa Harga Tambang Tak Turun Walaupun Harga Minyak Rendah.. @RafiziRamli Bila Nak Respon Kenyataan Harga Barang Turun Jika Minyak Turun?

2 comments

Biarpun harga minyak sekarang ini berada pada paras terendah, harga tambang bagi kenderaan awam tidak diturunkan..menjelaskan kenyataan tersebut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mempunyai rasional sendiri kerana tidak membuat keputusan menurunkan harga tambang..

Menurut Tan Sri Syed, "pengusaha bas tidak perlu menurunkan harga tiket walaupun harga minyak mentah dunia berada pada tahap terendah. Ini kerana perkhidmatan pengangkutan itu bukan hanya bergantung kepada harga bahan api semata-mata tetapi turut menanggung kos lain seperti Cukai Barang dan Perkhimatan (GST), kos penyelenggaraan dan skim perlindungan Insurans"

"Harga tiket sekarang rasional dan pengguna tidak kisah asalkan perjalanan mereka selamat, selesa dan terjamin," kata Syed lagi..

Rasionalisasi tambang kenderaan awam ini jika dikutkan harga pasaran minyak semasa ia akan menimbulkan banyak kecelaruan, baik di pihak pengendali kenderaan awam mahupun pengguna..seperti yang telah dikatakan Tan Sri Syed, penetapan harga tambang bukan bergantung kepada harga minyak semata-mata..pihak pengendali perlu menanggung kos operasi, baik pulih kenderaan bagi meamastikan kualiti terjamin..

Jika hendak ubah harga ia bukan tugas mudah, SPAD perlu mendapat makluman daripada pihak pengendali, persatuan-persatuan pemandu-pemandu teksi...bila telah diubah..harga minyak pula berada di paras seperti sebelum ini, sudah tentu penetapan akan dilakukan lagi untuk menaikkan harga tambang..

Bila hendak naikkan kembali harga pengangkutan awam, ia akan memberi reaksi kurang senang kepada pengguna..

Sekarang ini, teknologi pengangkutan awam seperti bas semakin berkembang, pengusaha bas perlu menaik taraf sistem keselamatan seperti memasang alat peranti sistem pemantau global (GPS)..waktu sebeginilah yang paling sesuai untuk pengusaha bas menaik taraf ekoran mempunyai keutungan lebih kerana harga minyak berada diparas terendah..

Tan Sri Syed sudah beri rasional mengapa harga tambang tidak turun..Rafizi Ramli pula bila mahu respon kenyataannya "UNTUK TURUN HARGA BARANG PERLU TURUN HARGA MINYAK"






HAKIM Jatuhkan Hukuman Kepada Guru Memukul Pelajar Yang Buat Anda Terkejut Beruk!

0 comments

Seorang hakim mengejutkan orang ramai yang menghadiri mahkamah apabila meninggalkan tempat duduknya untuk turun mencium tangan tertuduh dalam kes dibicarakannya. 

Sumber mahkamah memberitahu media tempatan tertuduh terbabit, seorang guru, turut terkejut dengan tindakan hakim berkenaan.

Bagaimanapun, hakim itu kemudian menjelaskan defendan adalah gurunya ketika di sekolah rendah. Guru itu didakwa di mahkamahnya atas tuduhan memukul seorang anak murid, minggu lalu.

Ayah kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya. 

Ketika mencium tangan guru berkenaan, hakim itu berkata : 

"Inilah hukuman yang saya berikan kepada kamu, wahai guru." - Agensi

Monday, March 21, 2016

Felda Tiada Duit Bayat Dividen? Tan Sri Isa Samad Beri Penjelasan...

2 comments

Felda dan bankrup bukan perkara baru..dari dulu lagi template Felda bakal bankrup kerap kali berkumandang dari mulut-mulut pembangkang..sehingga kini agensi itu tetap teguh..

Tuduhan Felda bankrup sengaja dilakukan bagi memberi suasana panik kepada warga Felda..mereka fikir warga Felda akan melatah..jika pertama kali dengar itu ya..bila sudah kerap kali dengar warga Felda sudah lali dengan tuduhan tersebut..

Terkini, template yang sama digunakan untuk Tabung Haji digunakan untuk Felda..modus operandinya sama sangat ketika Tabung Haji hendak mengumumkan bayaran dividen..masa itu Rafizi tuduh Tabung Haji tiada duit..yang termakan pembohongan Rafizi pasti menyesal apabila mengeluarkan semua simpanan dari tabung haji.,

Berkenaan tuduhan terhadap FELDA, Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata "Peneroka FELDA yang mempunyai saham tetap akan menerima deviden, tetapi sedikit atau banyak akan ditentukan dalam mesyuarat itu."

"Tidak perlu dengan cakap orang yang mendakwa FELDA dan FGV kerugian serta tidak ada duit. Memang kita berhadapan perlbagai situasi yang mencabar tetapi masih mendapat keuntungan" katanya selepas merasmikan Program Bersama Komuniti Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Orang Ramai FELDA Raja Alias Dua, Bandar Seri Jempol, lapor portal BNBBC semalam...

Kenyataan ini harus dipercayai semua warga FELDA..tidak mahulah nanti pisang berbuah dua kali..apa yang terjadi dengan mangsa penipuan Tabung Haji berlaku kepada warga FELDA..

Laporan media pada Februasi tahun ini mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) Felda Global Venture Holdings Berhad (FFV) mencecah RM 310 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 lalu..FGV turut merekodkan hasil RM 15.67 bilion bagi tahun keangan sama berbanding RM 15.26 bilion tahun sebelumnya ini menokok pertambahan hasil sebanyak 3%..

FGV sentiasa memajukan sektor hiliran mereka agar terus berdaya maju meningkatkan pendapatan syarikat..percayalah FELDA hanya satu di dunia dan ianya dicumburui pembangkang yang mana mahu merebut kuasa menguasai FELDA...pembangkang turut mengakui yang warga FELDA menyokong kuat kerajaan sejak dulu lagi..kesetiaan inilah yang dicumburui pembangkang..sebab itulah bermacam-maca tohmahan dilemparkan kepada FELDA sehingga ada pemimpin pembangkang yang telah disaman...

Saturday, March 19, 2016

@SPRMMalaysia Begitu Pantas Tangani Kes Rasuah Penjawat Awam..Rakyat Juga Mahu Tuduhan Rasuah #LGE Ditangani Secepat Mungkin!!!

7 comments


Begitu pantas SPRM buat kerja menangani kes penjawat awam yang terlibat rasuah..dalam masa 2-3 hari sahaja sudah ada tangkapan dibuat..itu kita sebagai rakyat kena puji dengan sikap efektif SPRM..sehinggakan hari Sabtu pun buat PC..

Tetapi!rakyat mula melihat apakah tindakan SPRM ini hanya bersikap double standard...sebelum kes baru ini diumumkan SPRM telah menerima aduan salahgunakuasa Guan Enga berkenaan pembelian rumahnya yang lebih rendah daripada harga pasaran...

Perlu diingat Guan Eng hanyalah penjawat awam yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri..dia tetap tidak terkecuali daripada undang-undang Malaysia...

Guan Eng boleh katakan terpulang kepada individu berkenaan mahu menjual harga rumah kepadanya berapa sekali pun..perlu diingat..dalam mana-mana hartanah..tidak ada hartanah akan turun harga kecuali bencana alam..alasan harga rumah murah sebab tidak ada kolam renang memang tak boleh pakai..apa tidaknya...harga semasa RM 6.5 juta dan dibeli hanya dengan RM 2.8 juta lebih murah sebanyak RM 3.7 Juta dari harga pasaran..apakah nilai itu menurun kerana ketiadaan kolam renang bernilai RM 3.7 juta?

Bagi Guan, dia mungkin akan mengatakan keputusan melulus dan menukar status tanah dari rumah kos rendah (disebut sebagai "tanah tersebut") kepada projek komersial dan di awardkan kepada  syarikat (yang di katakan ada kaitan dengan pemilik rumah) telah diluluskan oleh exco kerajaan negeri dan bukan beliau sendiri..

Dengar kata LGE telah memberi alasan bahawa keputusan menjual tapak PPR Tman Manggis kepada KLIDC telah dibuat Lembaga Tender yang dipengerusikan Datuk SS dan bukannya dia...

Sebenarnya untuk kes yang lebih kurang sama seperti Dr Khir Toyo, beliau juga pernah mengatakan bahawa bukan MB yang meluluskan extention dan pengurangan Bon tetapi pengurusan PKNS..alasan ini merupakan alasan yang lemah..

Apa yang rakyat mahu ialah SPRM perlu bertindak LINCAH bagi menjaga kredibiliti mereka..jangan nanti rakyat pandang serong keupayaan Suruhanjaya tersebut...

Jika hari Sabtu SPRM boleh buat PC..kita tunggu berapa kali SABTU lagi kes LGE selesai..,tik tok..masa berlalu!

Kita tak mahu rakyat memandang serong terhadap SPRM seperti gambar di atas..

Friday, March 18, 2016

Gambar & Video Pembuatan Roti Burger McDonald's Dikongsikan Kepada Umum...

0 comments

Dalam dua entry kami sebelum ini, telah kami ceritakan sedikit sebanyak cara pembuatan McNugget dan Daging yang dibuat MacFood Services sebelum dijual di rangkaian McDonald's seluruh Malaysia..

Untuk entry kali ini kami ingin kongsikan bagaimana cara pembuatan roti burger...Roti burger yang digunakan McDonald's dibuat dikilang khas..ia bukan dibuat dikilang roti biasa seperti Gardenia mahupun masimo..

Roti burger yang digunakan di rangkaian McDonald's telah diproses di Aryzrta Malaysia Sdn Bhd..Kedua-dua syarikat pembekal bahan mentah McDonald's (MacFood & Aryzrta), kami berani beri jaminan 10/10 tahap kebersihan kilang tersebut..Dalam bahasa mudahnya Aryzrta Malaysia akan membekalkan Roti mananala MacFood Services membekalkan daging ke seluruh rangkaian McDonald's di Malaysia..



Membekalkan bahan mentah untuk rangkaian McDonald's perlu memenuhi syarat mendapatkan Sijil Halal yang diiktiraf JAKIM dan yang keduanya tahap kebersihan dari segenap aspek..ia disahkan sendiri oleh Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzrta Malaysia Sdn Bhd, Puan Sabariah Saamah (gamba atas), menurutnya "Setiap satu bekalan asas di McDonald's diwajibkan mempunyai sijil halal yang disahkankan oleh JAKIM. Ini demi menjamin kualiti dan kebersihan penyediaan bekalan makanan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, selamat dan memenuhi standard yang telah ditetapkan."

Bawah ini adalah cara pembuatan roti :

Tepung diuli dimesin


Proses menimbang dan membentuk tepung mengikut saiz yang dikehendaki

Proses memasukkan adunan kedalam acuan

Tepung yang siap dimasukkan kedalam adunan akan dibakar di dalam ketuhar

Proses menabur bijan di atas adunan roti

Roti akan dibakar rata di dalam ketuhar

Roti yang siap dibakar

Roti yang siap dibakar siap sedia untuk dibungkus untuk diedarkan ke rangkaian
McDonald's.
Berikut kami kongsikan video rakaman di kilang pembekal bahan mentah McDonald's...


Di McDonald's anda tidak perlu risau akan status bersih dan halal..ia sememangnya dijamin...

SPAD & ECERDC Lakukan Tinjauan Penglibatan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur...

0 comments

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) merupakan projek keretapi pantai timur yang masih dalam perancangan awal..ECRL ini merupakan salah satu projek mega dibawah Rancangan Malaysia ke-11 di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing Johor..

Mengikut perancangan, Projek landasan keretapi Pantai Timur (ECRL) akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang  dengan Kuantan, Pahang hingga ke Tumpat, Kelantan..

Oleh sebab itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk mengesan kebolehupayaan pasaran East Coast Rail Line (ECRL)..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPAD, Suruhanjaya itu bersama ECERDC sedang menganalisis peluang-peluang perniagaan, model terkini. strategi pemerolehan dan alternatif bagi pelaksanaan Rail Line Pantai Timur.

Rangka rancangan ini bertujuan ingin mendapatkan Maklumat Permintaan (RFI) untuk perancangan pembangunan ECRL ini...pada masa yang sama, kajian turut dijalankan bagi mendapatkan pandangan dan mengumpul maklum balas pasaran..

Maklum balas ini penting bagi melihat perkembangan prasaranan yang bakal dibangunkan kelak..ini perkara rutin bagi sebelum sesebuah projek mega Wilayah Ekonomi Pantai Timur dilaksanankan..ia penting bagi mendapatkan makluman holistik semua pihak tidak kira penumpang mahupun pemain industri ini bagi tujuan perancangan pembangunan Rail Line Pantai Timur ini..

Bagi yang berminat untuk menjadi pemain bagi membangunkan projek pengangkutan awam ECRL, tawaran terbuka dalam bidang reka bentuk ECRL keretapi, pembiayaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan di seluruh ruang liputan projek ini..tarikh akhir penyerahan penglibatan RFI adalah 15 Mei 2016 sebelum 12:00..

Projek keretapi ECRL ini merupakan satu lagi pembangunan infrastruktur kemudahan awam yang bakal dilaksanakan di negara kita melalui pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur..pastinya, perkembangan ECRL ini amat penting direalisasikan kerana ia merupakan nadi penggerak ECER..

Berikut kami kongsikan kenyataan media berkenaan ECRL : 

@LiowTiongLai Hasrat Tambah 20,000 Tempat Duduk Penerbangan Ke India Menjadi 40,000 Seminggu. #Malaysia #India #ASEAN

1 comments
Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai bersama
Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju, Menteri Penerbangan Awam India

Malaysia berhasrat menambah jumlah penerbangan ke India bagi membangunkan sektor penerbangan awam negara..perkara ini dijelaskan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai ketika menghadiri Pameran & Persidangan Antarabangsa Penerbangan Awam (Penerbanga India 2016) ke-5 semalam..

Hasrat ini disampaikan sendiri kepada Menteri Penerbangan Awam India, Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju..

Ketika ini, di bawah Perjanjian Perkhidmatan Udara, Malaysia diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat penerbangan seminggu ke India..melalui jalinan kerjasama ini, Liow mengharapkan jumlah kerusi penerbangan ditambah 20,000 lagi menjadi jumlah seminggu penerbangan Malaysia-India kepada 40,000...Selain mengharapkan jumlah kerusi penerbangan ditambah, Liow turut berharap penerbangan dari Malaysia akan menambah destinasi baru penerbangan di India sebanyak lapan bandar lagi iaitu Coimbatore, Madurai, Pune, Vijayawada, Mangalore, Surat, Chandigarh dan Srinagar.

Sebab apa India?

India merupakan destinasi yang bagus untuk mengembangkan industri penerbangan negara, ini kerana India mempunyai potensi besar sebagai pasaran penerbangan awam ke-9 terbesar di dunia dan nilai dianggarkan sebanyak USD 16 billion..India mempunyai sasaran tersendiri bahawa akan menyasarkan pasaran penerbangan awam ketiga terbesar di dunia menjelang 2020..

Untuk rekod, setakat ini syarikat penerbangan Malaysia yang membuat penerbangan ke India ialah Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia, AirAsia X dan Malindo..sebanyak 24 destinasi dituju di seluruh India..jika perbincangan ini mencpai kata sepakat, jumlah destinasi akan ditambah lapan menjadi jumlah keseluruhan destinasi pesawat Malaysia mendarat ke India sebanyak 32 destinasi..

Penerbangan Malaysia-India mempunyai permintaan yang banyak..sebab itu, Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk mengembangkan jumlah penerbangan dan destinasi ke India..Bagi kami tindakan ini amat bertepatan memandangkan syarikat penerbangan Malaysia mempunyai kemampuan untuk membuat penerbangan ke sana..

Pasti ianya tidak akan menjadi isu kerana ramai tidak menghiraukan hal ini..cuba kalau Malaysia mahu menambahkan jumlah penerbangan ke Bangladesh, sudah tentu bermacam-macam tanggapan buruk akan diberikan kepada kerajaan..walhal setiap keputusan yang dibuat negara bukan melihat kepada negara..tetapi peluang yang mendatangkan keuntungan untuk mengembangkan sektor penerbangan awam yang  perlu diutamakan...

Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Delegasi DS Liow Tiong Lai..Satu perkara yang membuatkan kita bangga ialah Malaysia tmengetuai Rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-India yang bertujuan mencapai perjanjian langit terbuka bersama India.

DS Liow turut mengalu-alukan Perjanjian Perkhidmatan Udara Serantau Kumpulan Kerja ASEAN-India yang bakal diadakan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Pengangkutan udara ASEAN-India (IA-ATA).

Thursday, March 17, 2016

MRT Laluan Ke-2 Diteruskan Biarpun Negara Berhadapan Cabaran Ekonomi Global...#RespectMyPM!

0 comments

Projek pembinaan Jajaran Kedua Transit Aliran Masa (MRT) tetap diteruskan biarpun negara menghadapi cabaran ekonomi global..demikian seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan pembinaan MRT dilaksanakan..

Pembinaan MRT laluan ke-2 ini perlu dilaksanakan bagi mengatasi kesesakan di ibu kota akibat pertambahan populasi penduduk di ibu negara..bila siap kelak, projek mega ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan jalanraya di sekitar Sungai Buluh - Serdang - Putrajaya..



Pembinaan MRT 2 ini dijangka bermula pada suku kedua tahun 2016 dan dijangka siap suku kedua tahun 2022..bila siap kelak, ia akan memberi manfaat buat 500 ribu penumpang..

Apa yang istimewanya MRT 2 ini ialah meliputi jarak sejauh 52.2km dengan 13.5km laluan bawah tanah..sebanyak 36 buah stesen baru sepanjang perjalanan dengan 11 stesen di bawah tanah..


Jikalau siap projek mega ini, ia akan menjadi satu lagi mercu tanda baru pengangkutan awam di negara kita..keberanian Perdana Menteri untuk meneruskan projek ini menunjukkan betapa beliau sangat mengutamakan pembangunan rakyat walaupun berhadapan risiko keadaan ekonomi yang tidak menentu..

Najib berkata, kerajaan akan mengutamakan rancangan pembangunan dan projek-projek yang berteraskan kepentingan rakyat antaranya infrastruktur dan pengangkutan..pembangunan ini penting bagi memenuhi keperluan penduduk bandar..

Di bawah ini kami kongsikan pelan rancangan MRT kedua..


Dibawah ini pula plot pembinaan projek MRT Laluan Kedua sejak awal hinhha tamat..



Orang tak nampak apa yang Najib telah usahakan untuk rakyat bandar..yang selalu dicanangkan PM perlu ditukar kerana fitnah RM 2.6 billion biarpun Arul Kanda telah menceritakan segala-galanya tidak ada kena mengena dengan dana 1MDB...

Wednesday, March 16, 2016

JDT Baham Toyota Lao Di Larkin!!!

0 comments

JDT menamatkan perlawanan saringan pertama kumpulan AFC dengan bergaya apabila berjaya menewaskan jaguh Liga Laos, Lao Toyota 3 gol tanpa balas..

Perlawanan pada separuh masa pertama nampak buntu apabila tuan rumah tidak menemui sentuhan penyudah..melihat akan aksi buntu JDT, jurulatih JDT Mario Gomes memasukkan perancang sensasi Safiq Rahim dan penggempur sensasi Pereyre Diaz pada babak kedua..

Selepas kemasukan dua pemain ini, ternyata persembahan Lao kelihatan terencat dan kelam kabut.pada minit 60, JDT dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain lawan menampan bola tandukan Safee Sali dalam kotak penalti..pasukan pelawan beraksi 10 pemain apabila pemainnya dilayangkan kad merah..

Safiq tidak mensia-siakan peluang apabila berjaya menjaringkan gol penalti pada minit ke 60..beberapa minit selepas itu, Kunanlan dilayangkan kad merah apabila mengutip kad kuning kedua..pada minit ke 70 JDT mendapat satu lagi sepakan penalti apabila S Chanturu dibentes..Safiq sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti dengan bergaya apabila mengelirukan penjaga gol..

Pada babak akhir permainan, Amri Yahya menambah derita Lao apabila menyumbat masuk gol hasil jolokan Safiq..tamat perlawanan JDT 3 Toyota Lao 0...

Deklarasi Rakyat Medan Claim Mileage Pemimpin Rakus Politik! @WeeKaSiong Bidas Hipokrasi Pemimpin Konon #SelamatkanMalaysia

0 comments

Pada mula pengumuman Deklarasi Rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO Muhyiddin dan Mukhriz menyatakan niat mereka sertai hanya mahu jatuhkan Presiden UMNO, DS Najib Razak dari jawatan..malah semua pemimpin pakatan dan bekas pemimpin UMNO Tun Maha thir yang kerap keluar masuk UMNO guna alasan yang sama mahu jatuhkan Najib..itu pekikan ketika pelancaran Deklarasi Rakyat 4 Mac lalu...

Selepas seminggu sahaja deklarasi berlalu, pemimpin pembangkang pusing cerita kata Tun Mahathir yang memerlukan mereka kerana sudah terlalu tua..bukan kita tidak tahu dari awal lagi kebersamaan pemimpin pembangkang bersama pemimpin bukannya ikhlas..pasti ada udang disebalik batu...

Belum pun berhenti penyokong Tun Mahathir palu gendang..tak semena-mena pemimpin tua kutuk DAP, Kit Siang dan Isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Najib menyelamatkan Malaysia..

Kelakar sungguh, negarawan ulung kononnya hebat di muka bumi ni diperbodoh-bodohkan semudah itu..penyokong taksub Tun takkan nampak semua tu...mereka akan katakan Mahathir orang yang banyak berjasa sehingga kiamat nanti..

Melihat sindrom Deklarasi Selamatkan Malaysia ini semakin merepek, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengutuk sikap hipokrit kepimpinan pembangkang yang tidak dapat membuat keputusan samada mahu bersekongkol dengan Tun Mahathir menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau bekerjasama dengan Najib untuk memajukan Malaysia..

"Pembangkang harus menyelesaikan dulu matlamat mereka kerana mereka telah membuat kenyataan yang berlawanan yang mengelirukan" amaran Datuk Wee kepada pemimpin pembangkang yang mengelirukan.

Apa yang dikatakan Datuk Wee ini amat tepat ekoran sikap lidah bercabang pemimpin pembangkang yang hanya mahu meraih publisiti murahan..macam ini mahu selamatkan Malaysia..

Matlamat perjuangan pun tak jelas ada hati nak selamatkan Malaysia..yang mereka tahu hanya mahu putar belit..selamatkan Malaysia desak Najib letak jawatan..ini mahu kerjasama dengan Najib pula mahu selamatkan Malaysia..kalau Tun bolehlah mereka perkotak katikkan..ini Najiblah!jangan berangan nak membodoh-bodohkan rakyat... 

Keputusan Sekolah Cuti Ekoran Cuaca Panas Diketahui Selepas Tamat Cuti Persekolahan Minggu Ini...

0 comments

Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.

cuacapanasPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pada masa ini langkah sedia ada adalah memberi kuasa mengikut budi bicara pengetua dan guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas jika keadaan memaksa.

“Kerajaan akan mengambil segala langkah berjaga-jaga yang perlu untuk menghadapi cuaca panas melampau ini,” kata Najib.

Menerusi catatan terbaharunya dalam blog beliau www.najibrazak.com hari ini., Perdana menteri berkata beliau memandang berat kesan dan akibat daripada cuaca panas melampau yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

“Gelombang haba atau heatwave yang berlaku juga boleh mendatangkan bahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan golongan tua,” kata Najib.

Sesi persekolahan di Kedah, Johor, Kelantan dan Terenganu dijadual bersambung pada 20 Mac ini manakala negeri-negeri lain pada 21 Mac, selepas tamatnya cuti pertengahan penggal pertama 2016.

Najib turut meminta orang ramai mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital kerajaan sekiranya terdapat gejala penyakit berkaitan cuaca panas dan gelombang haba seperti sakit kepala, ekzema pada kaki, denyutan jantung yang cepat, ruam panas, kekejangan otot atau sakit badan.

Beliau juga menyarankan rakyat untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko kebakaran terutamanya di kawasan kering seperti padang permainan berdekatan kawasan perumahan, ladang, belukar dan hutan.

Berikutan fenomena El Nino, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah hujan yang kurang.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata satu mensyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah yang perlu diambil untuk menangani isu cuaca panas dan kering yang melanda negara. -Bernama

Cara Pemprosesan Daging Burger McDonald's Di Kilang MacFood Amat Teliti Bagi Menjamin Kebersihan & Halal

0 comments

Dalam entry kami sebelum ini, kami telah ceritakan sedikit sebanyak penghasilan McNugget dikilang pembekal MacFood Services sebelum dihantar ke restoran makanan McDonald's..

Kali ini kami kongsikan bagaimana daging burger diproses sebelum dipacking untuk dijual..mengenai daging burger ini, rata-rata antara kita pernah dimomokkan dengan satu video seekor lembu hidup-hidup dimasukkan ke dalam mesin dan dikisar sehingga hancur..memang mengerikan..apa tidaknya lembu dalam rakaman tersebut langsung tidak disembelih lantas dihancurkan...

Video tersebut didakwa daripada kilang pembekal daging McDonald's di luar negara...apa yang kami ingin katakan ialah video tersebut adalah rekaan dan fitnah bagi tujuan memberi persepsi buruk kepada rangkaian McDonald's seluruh dunia..

Kononnya dengan tersebar video berkenaan tanggapan masyarakat akan boikot McDonald's..video tersebut kerap tersebar bila berlakunya perang Israel-Palestin..video tersebut adalah fitnah..

Untuk pengetahuan anda, mungkin agak keterlaluan jika kami katakan kilang pemprosesan daging di MacFood lebih bersih daripada dapur rumah anda..inilah realiti sebenar melalui penilaian kami..

Di rumah anda, anda tidak perlu menggunakan pakaian khas untuk menyiang ikan dan daging..cukup pakaian basahan yang anda pakai untuk melakukan kerja-kerja di dapur..bukan kami bermaksud pakaian basahan itu tidak boleh..tetapi apa yang dilakukan MacFood adalah bagi menjamin kualiti, bersih dan halal keseluruhan kilang tersebut..

Untuk masuk ke MacFood suhu badan anda perlhlah 37.5°c..jika terlebih anda tidak akan dibenarkan masuk..sebelum masuk, semua peranti elektronik perlu dikeluarkan dahulu..anda perlu memakai pakaian khas yang dijamin bersih..


Sebarang logam perlu diasingkan dari tubuh badan anda..didapur pemprosesan pula..keadaan mesin yang digunakan amatlah bersih..tiada minyak kotoran..malah setiap 3 meter akan diletakkan peti perangkap tikus..ini penting bagi mempastikan keadaan dapur pemprosesan bebas tikus...

Semua pekerja perlu mempastikan tahap kebersihan terjaga..daging yang digunakan adalah daging segar beku..suhu daging perlulah -14 darjah selsius..bilamana daging yang telah siap diproses akan dibungkus dan dimasukkan ke dalam peti sejuk beku..suhu perlulah -14°c..

Lori untuk menggangkut daging perlu mempastikan suhu lori -14°c.jika tidak proses penghantaran daging tidak akan dilakukan..setiap daging yang diproses mempunyai sijil halal oleh JAKIM bagi mempastikan status halal tidak diragui..

Bak kata dari A-Z, keseluruhan proses mesti melalui kawalan yang ketat..di bawah ini kami kongsikan suasana dalam kilang pemprosesan daging di MacFood..pasti anda teruja dengan tahap kebersihan yang dijaga...







Ceramah Oleh Tn Guru Hj Hadi Dihadiri Datuk Seri Nong Chik Di Lembah Pantai..Kemana Nurul Izzah?

0 comments

Demi perpaduan Ummah, UMNO dan PAS berpisah tidak...satu ceramah bertajuk Perpaduan Ummah Tunturan Islam disampaikan oleh Tn Guru Hj Hadi di Masjid SABA, Lembah Pantai sebentar tadi turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Raja Nong Chik...

Pasti gambar ini akan direwang puak-puak pakatoon yang sungguh anti melihat penyatuan pemimpin UMNO dan PAS dalam program keagamaan...bagi juak-juak ni agama penyatuan ummah hanya boleh berlangsung bila mana berlaku dalam ahlol pakatan pembangkang sahaja..

Dalam PAS dahulu ada yang tidak berkenan dengan falsafah Tn Guru Hj Hadi yang lebih cenderung kepada perpaduan UMMAH...ini antara sebab mengapa serpihan pas kini sertai PAN yang mana lebih rela bersatu hati dalam perjuangan suci bersama DAP...

Apapun kami mengharapkan akan ada sinar penyatuan antara parti politik yang didominasi oleh umat ISLAM MELAYU..insya'allah



ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA