networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 29, 2016

Kenyataan Media @SPRMsia Sahkan Penahanan Guan Eng Dan Phang Li Khoon...

0 comments

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

ISU BANGLO: SPRM TAHAN LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok.

Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
29 JUN 2016

PULAU PINANG

LRT Sambungan Kelana Jaya - Ampang Akan Beroperasi Mulai Esok Dirasmikan @NajibRazak.. @SpadChannel @AduanSpad

0 comments

Satu lagi kemudahan pengangkutan awam LRT bakal dilancarkan esok yang mana menghubungkan Kelana Jaya dan Ampang..pelancaran ini bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertempat di Stesen LRT Putra Height, Subang Jaya Selangor..

Berkenaan projek LRT ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan bahawa syarikat Prasarana Rail dan Infrastruktur Projek Sdn Bhd telah menerima dan meluluskan semua operasi setelah mengambil kira semua dokumen berkaitan projek dan lulus mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010...

Megimbas kembali berkenaan projek ini, Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata "bagi mematuhi keperluan permohonan ini, kesemua dokumen hang perlu diserahkan oleh Prasarana, telah pun diterima oleh SPAD pada 16 Jun 2016. Ini termasuk Sijil Perakuan Siao dan Pematuhan (CCC), iaitu satu dokumen yang dikeluarkan oleh arkitek yang menyelia projek itu. Ini adalah sebahagjan daripada syarat-syarat yang dikenakan ketika mengemukakan permohonan untuk membuka laluan baru,"

Bukan mudah untuk memastikan sesebuah kemudahan awam beroperasi lebih-lebih lagi ia tertakluk dengan pematuhan undang-undang dan juga melibatkan keselamatan kengguna. SPAD merupakan badan yang bertanggungjawab untuk meluluskan pembukaan mana-mana laluan rel baru.

Menurut Azharuddin lagi, Prasarana telah memberi jaminan kepada SPAD bahawa langkah-langkah akan diambil untuk menangani permasalahan berkaitan tempat parkir kereta di Stesen 4 (Subang Jaya) dan Stesen 7 (USJ7) bagi laluan LEP Kelana Jaya pada kadar segera dengan kerjasama pemaju dan pemilik tanah di kawasan berkenaan.

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran esok!tahniah kami ucapkan atas inisiatif ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia...

Berikut kami kongsikan peta laluan sambungan LRT Kelana Jaya dan Ampang...

Sunday, June 26, 2016

UK Keluar EU...Apa Kesan Kepada Kita...

1 comments

Ada yang bertanya apa kesan keputusan referendum UK keluar dari EU. Komen-komen rasmi sudah tentu dikeluarkan oleh Najib Razak dan menteri-menteri seperti ekonomi kita kukuh, tidak terjejas dan lain-lain. Saya tidak perlu komen yang itu.

Saya senaraikan kesan dan risiko keputusan UK keluar dari EU yang mungkin tidak diulas di media perdana:

RISIKO EKONOMI GLOBAL GAWAT

1) Pound sterling dan pasaran saham London merudum dan menunjukkan prestasi terburuk dalam 4 dekad. London adalah pusat kewangan dunia dan ada pengaruh besar kepada pasaran saham lain.

2) Pada masa yang sama, UK adalah ekonomi kedua terbesar di dalam blok Eropah yang merupakan blok ekonomi terkaya di dunia. Keluarnya UK memberi ketidaktentuan sama ada blok Eropah akan runtuh, apatah lagi dengan masalah hutang Greece, kelembapan ekonomi berpanjangan, pengangguran di Sepanyol dan kebanjiran pelarian Asia Tengah.

3) Kedua-dua faktor ini memberikan risiko kepada kestabilan ekonomi global kerana blok Eropah banyak berdagang dengan seluruh dunia.

4) Jika pasaran memberi reaksi bahawa ketidaktentuan itu satu risiko besar, ada kemungkinan kejatuhan saham di London akan berjangkit kepada pasaran saham lain di dunia. Jika ini berlaku, ia boleh mencetuskan kegawatan ekonomi dunia. Malaysia akan terkesan teruk kerana kita bergantung kepada eksport.

5) Prestasi pasaran saham bila dibuka pada hari Isnin akan memberi bayangan sama ada keputusan keluar EU itu akan mencetuskan jangkitan panik yang merudumkan pasaran lain juga. Jika itu tidak berlaku, risiko kepada ekonomi Malaysia mungkin lebih rendah.

KEJATUHAN MATAWANG STERLING

1) Matawang sterling dijangka akan menjadi lebih rendah. Ini membawa kesan yang pelbagai kepada pelbagai kumpulan bergantung kepada jenis pendedahan kewangan.

2) Pendidikan tinggi di UK sepatutnya menjadi lebih murah kerana kadar tukaran murah. Namun ia bergantung juga kepada kos perniagaan baru selepas UK berada di luar Eropah. Jika kos perniagaan meningkat dan yuran dinaikkan, maka penjimatan dari kadar tukaran yang lebih rendah boleh dimansuhkan oleh yuran yang lebih tinggi. Terlalu awal untuk dinyatakan.

3) Institusi pelaburan awam seperti KWSP, Tabung Haji, Felda dan lain-lain yang membeli hartanah mewah di London akan menyaksikan kerugian pada mulanya kerana nilai hartanah yang dibeli pada kadar yang lebih tinggi kini perlu diterjemahkan pada kadar yang rendah. Maka satu kerugian atas kertas akan dicatatkan. Walau bagaimana pun, kejatuhan sterling akan membuatkan harga hartanah UK tiba-tiba menjadi lebih rendah lalu lebih ramai pelabur asing mahu membeli hartanah yang mungkin akan menaikkan harga. Sekiranya ini berlaku, hartanah sedia ada bila dinilai kembali mungkin harganya lebih tinggi dan keuntungan atas kertas yang dicatatkan akan ditolak dari kerugian atas kertas sekarang.

Banyak lagi kesan lain tetapi saya rasa untuk rakyat biasa seperti saudara dan saya, ini antara kesan paling ketara yang melibatkan kita.

Cuma saya ajak kita ambil iktibar dari analisa undi mengikut umur seperti yang saya sertakan:

i - Majoriti orang muda mahu UK kekal di dalam EU. Lagi muda, lagi mereka mahu UK kekal dalam EU. Dibawah 24 tahun 73%, di bawah 62% 62% dan lain-lain.

ii - Mereka mahu UK kekal kerana mereka yang paling terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan mereka tidak mampu melalui satu kacau bilau ekonomi. Mereka juga faham keadaan ekonomi yang saling berkait dalam era globalisasi.

iii - Malangnya mereka dikalahkan oleh pengundi lebih tua yang sebenarnya menanggung risiko bagi tempoh masa yang lebih pendek kerana usia yang lebih lanjut. Jika pengundi itu berusia 55 tahun, pada jangka hayat purata 70 tahun, jika ada kejutan ekonomi pun pengundi itu hanya menanggung kesannya selama 15 tahun berbanding orang muda berusia 25 tahun yang akan menanggungnya selama 45 tahun.

iv - Maka orang muda diwariskan bukan sahaja dengan keadaan ekonomi yang lebih buruk berbanding dulu tetapi juga mereka perlu hidup dengan keputusan yang membebankan mereka yang dipaksakan ke atas mereka oleh generasi yang lebih tua.

Kenapa berlaku begitu?

Kerana di referendum semalam jumlah orang muda yang keluar mengundi adalah rendah berbanding orang tua. Walaupun mereka mahu kekal dalm EU dan kadar sokongan itu tinggi, orang tua yang lebih ramai keluar akhirnya menentukan.

Nasi sudah menjadi bubur bagi anak-anak muda UK.

Saya harap nasi tidak akan menjadi bubur bagi anak-anak muda Malaysia jika mereka hadam fenomena yang berlaku di UK itu.

Mohon sebarkan analisa ini!

Saturday, June 25, 2016

Pemecatan Muhyiddin & Mukhriz : Timb Presiden MCA @WeeKaSiongMP Beri Respon...

0 comments

Berhubung keputusan pemecatan Mantan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO semalam, Ia keputusan yang dibuat badan induk UMNO kerana melanggar prinsip perjuangan parti dengan bersekongkol dengan parti lawan..

Keputusan tersebut langsung tidak menjejaskan Barisan Nasional kerana ianya hanya bersifat penyelesaian masalah dalam komponen UMNO...

Demikian respon Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan pemecatan kedua-dua individu tersebut..

Menurut Wee "Pemecatan ini merupakan isu dalaman UMNO dan kami di dalam MCA tidak akan campur tangan dengan keputusan yang dilakukan oleh ahli parti"

Menurut Wee, sudah menjadi amalan di dalam Barisan Nasional dimana MCA, seperti juga parti komponen lain mempunyai polisi tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti komponen BN yang lain..

"Polisi ini sudah lama digunapakai dan menjadi antara sebab tidak ada pergaduhan antara parti-partu dalam BN..Ini berbeza dengan parti pembangkang dimana DAP cuba menguasai PAS dan PKR namun apabila gagal PAS telah berpexcah dua kepada PAS dan PAN..manakala PKR terpecah dua kumpulan iaitu kumpulan Wan Azizah dan Kumpulan Azmin Ali...

Inilah rahsia kebersamaan BN..bersama dalam perjuangan tetapi tidak langsung sibuk hal dalaman parti lain...sebab itu kita lihat BN semakin kuat dengan keputusan di PRN Sarawak dan PRK Sg Besar dan PRK Kuala Kangsar...

Sekarang ini mood rakyat sangat bagus...kakitangan awam akan terima kenaikan dua kali gaji..golongan berpendapatan rendah dapat BR1M...rakyat mula faham dengan jawapan dan fitnah rekayasa pembangkang terhadap Najib dan kerajaan...mampu membeza mana intan mana permata..semua ini lahir daripada semangat setiakawan dan kebersamaan dalam perjuangan Barisan Nasional...

Pemecatan Muhyiddin & Mukhriz Selayaknya Mereka Dapat Dari Apa Yang Dilakukan!!!!

0 comments

Finally, a consensus decision from all UMNO supreme members to put an end to Muhyiddin and Mukhriz membership in UMNO thus both are partyless and automatically they are with immediate effect independent. This long exhaustive period is however welcomed by UMNO members and in particular from the grassroots.

There will be certain quarters especially from the 2Ms (Muhyidddin and Mukhriz) supporters would find it unacceptable and accuse the decision as unjust. No matter what will be their arguments, it is an unanimous decision. These decision makers comprises of 54 elected supreme council member excluding Muhyiddin and Shafie Afdal. These are the leaders who are democratically elected in the previous party election by party members all over Malaysia.

To most it is not only reasonable to sack the 2Ms and it is also timely. Both Muhyidddin and Mukhriz are actively and passionately involved with the opposition pact in demonstrating their move against PM Najib Razak who is also the UMNO President. They appeared several times on the opposition stage publicly to have their roadtours with a clear intention to oust the majority elected Prime Minister together with the oppositions.

That is what the actual message meant when the 2MS breached UMNO disciplinary procedures and thus violated party rules. No right minded party member from any political party would agree to what the 2Ms had done. Collaborating with the rivals to oust your own President is not only unacceptable but it is immoral too and what more if it is with Muhyiddin holding the second highest position in UMNO as well as the government.

The 2Ms had also leveraged on UMNO platforms for their self benefits to go against the President. Both Muhyiddin and Mukhriz who have their says as Supreme Council members, needed to be critical and voiced their grievances, they should be doing so during the supreme council meetings and that will be more mature and honorable. Instead, they have chosen otherwise and worst, they prefers the opposition stage.

Even if politics would be equated to a soccer game, the duos are no more considered as team players when they not only refuse to work together to score goals for their team instead they would even consider to get the ball into their own goal post. For this, the best word describe for them is traitor and the most hurting and saddest feeling that every UMNO members should have is when betrayal did not come from the enemies but from within, it is thus poisonous.

It is the right thing to do and the decision to dismiss Muhyiddin and Mukhriz from UMNO and suspend Shafie Afdal’s membership is pertinent to their own actions. It took years and not decided in a hasty manner where it was done in accordance within the stipulated party rules and regulation. It will be very unfair to other party members if actions are not taken just because the duos are in their highest position.

This is also a stern reminder to all UMNO members that it is never a license to breach the principles, discipline and party rules despite your position and past contributions to the party. As far as UMNO is concerned and party members are aware that actions against the trios are without fear and favor. Boththe duos have made their choices and the supreme council members have spoken and decided cautiously, therefore the party comes first and its business is thus serious!

Tahniah TMJ Atas Kelahiran Puteri Sulung...

0 comments

Tahniah buat Tunku Ismail dan Isteri Che' Puan Khaleeda atas kehadiran puteri sulung awak pagi ini...syukur alhamdulillah semuanya selamat..menurut Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, di sini pagi ini. "Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua. "Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat," katanya.

Friday, June 24, 2016

Mengapa Wujud Persengketaan Antara UBER dan TEKSI?

4 comments

Seringkali kita dengar bahawa pemandu teksi sering memandang serong terhadap perkhidmatan UBER dan Grab Car..namun dipihak UBER dan Grab Car mereka langsung tidak menganggap Teksi sebagai penghalang untuk mereka mendapatkan pelanggan..

Mengapa tekanan ini hanya dirasa oleh pemandu teksi sedangkan mereka lebih lama bertapak dalam industri ini..kami di sini bukanlah ingin memihak kepada Uber dan bukan juga ingin mengecam perkhidmatan Teksi membuta tuli..selaku penulis pro kepada pengangkutan awam kami menyokong apa sahaja usaha yang dilakukan demi meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita...

Pemandu teksi sering memberi alasan bahawa UBER dan Grab Car menutup periuk nasi mereka..mereka beranggapan pemandu UBER ini mengelat dari segi undang-undang kerana tidak terikat dengan undang-undang..tidak perlu bayar kenderaan..tidak perlu lesen dan macam-macam alasan lagi..namun mereka tidak pula terfikir keselesaan dan kualiti yang dijanjikan Uber..sehingga ada kes menunjukkan harga bagi perkhidmatan UBER jauh lebih murah berbanding teksi..



Jika UBER menawarkan perkhidmatan dengan kadar rendah..mengapa mereka masih boleh mendapat untung?bagi kami pemandu teksi ini hanya mengada-ngada berperangai seperti kebudak-budakkan..jikalau anda merasakan UBER dan GRAB CAR lebih menjanjikan keuntungan mengapa tidak anda beralih kepada industri UBER?

Kes terbaru berlaku apabila pemandu teksi menyerang penumpang dan kenderaan Uber amat mendukaacitakan...seolah-olah kita melihat pemandu-pemandu teksi ini seperti samseng jalanan..sesiapa yang tidak menggunakan khidmat mereka, maka orang itu dianggap sebagai musuh yang perlu dihapuskan..cetek sungguh pemikiran pemandu teksi...

Kes sini amat memalukan..apa tidaknya mangsa tersebut ialah warga luar negara berasal dari Iran..pemandu teksi berkenaan menarik keluar bagasi mangsa dan menendang kereta Uber tersebut...menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Pihaknya sedang mencati cara menghentikan persengketaan Teksi dan Uber secepat mungkin..

Perlu diingat, peranan SPAD bukan membela pemandu teksi sahaja tetapi lebih besar yang mena memastikan semua pengangkutan awam di negara kita berjalan lancar dan tersusun..SPAD sekarang ini dalam proses untuk memungkin UBER beroperasi di Malaysia dengan tertakluk kepada undang-undang..

Berikut ialah pesanan Tan Sri Syed Hamid Albar bagi meredakan persengketaan UBER dan Teksi :

1) Pemandu teksi dinasihatkan tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri
2) Pemandu teksi jangan bertindak luar batas dengan melakukan mogok di jalan raya
3) Pemandu Uber tidak perlu bermegah-megah mengiklankan perkhidmatan mereka bagi mengelakkan ketegangan
4) Uber boleh diterima kerana ia memudahkan dan diiktiraf kebanyakan negara luar..

Thursday, June 23, 2016

SPAD Pantau Pengangkutan Awam Sempena Raya Demi Keselamatan Penumpang...

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tekad akan memperhebatkan operasi penguatkuasaan ketika musim perayaan Aidilfitri ini bagi memastikan semua pengendali dan pemandu pengangkutan awam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan..

Antara aspek yang menjadi tumpuan SPAD ialah berkaitan disiplin pemandu yang mana haruslah bebas dadah, mematuhi segala undang-undang jalan raya dan had laju...tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan nyawa para penumpang sentiasa dalam keadaan selamat..maklum sahajalah musim perayaan ini, semua pengangkutan awam macam goreng pisang panas...lambat sikit sahaja tiket sure habis...

Menurut Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha mahupun pemandu yang dikesan melakukan perbuatan terbabit dan tindakan tegas akan dikenakan jika melanggat peraturan..

Dalam operasi musim perayaan ini, SPAD tidak bertindak bersendirian, agensi itu mendapat kerjasama daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) supaya pemandu bas tidak mengambil bahan terlarang ketika memandu..malah, pemandu bas juga akan menjalani ujian air kencing agar mereka benar-benar bebas daripadasebarang pengaruh dadah..

Maklum sahajalah, mereka membawa banyak nyawa..perlu bebas dari segala bahan terlarang...ada pemandu bas yang mengambil bahan terlarang untuk memastikan daya tahan mereka untuk sampai ke destinasi...itu cara yang tidak betul..

Menurutnya lagi, SPAD turut melakukan penyamaran bagi menangani masalah pemandu teksi mengambil kesempatan tidak menggunakan meter dan memandu melebihi had laju...Selain penyamaran, SPAD juga akan menjalankan pemeriksaan di terminal bas dan melakukan rondaan di jalan raya termasuk di Lebuh Raya Pantai Timur...

Che Hasni turut mengesa pengusaha bas tambahan untuk mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk menjalankan perkhidmatan itu pada musim perayaan..setakat ini sebanyak 500-1,000 permohonan LPS diterima di seluruh negara membabitkan kesemua destinasi...semua ini dilakukan demi memastikan masyarakat tiada masalah untuk pulang berhari raya...

Kami memuji sikap SPAD dalam memastikan kelancaran dan keselamtan penumpang untuk pulang berhari raya...apa yang pastinya pegawai-pegawai SPAD yang terlibat sudah tentu menghabiskan cuti berhari raya di jalan raya dan terminal bas demi menjaga kebajikan rakyat..

Wednesday, June 22, 2016

Senarai Harga Kawalan Yang Perlu Anda Tahu Menjelang Hari Raya...

0 comments

Assalamualaikum..dimaklumkan bermula 16 Jun 2016 hingga 6 Julai 2016, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri (SKHMP) akan berlangsung. Berikut adalah item-item yang disenarai sebagai barang kawalan :

1. Ayam Hidup (RM 6.70/kg)
2. Ayam Standard (RM 7.90/kg)
3. Ayam Super (RM 8.80/kg)
4. Daging Lembu Tempatan (RM 30/kg)
5. Daging Kerbau Import (RM 17.00/kg)
6. Telur Ayam A (RM 0.37/biji)
7. Telur Ayam B (RM 0.36/biji)
8. Telur Ayam C (RM 0.35/biji)
9. Cili Merah (RM 16.00/kg)
10. Tomato (RM 4.00/kg)
11. Kubis Bulat ( Indonesia dan China) - RM 3.50/kg
12. Kelapa Parut (RM 6.00/kg)
13. Bawang Merah Kecil (India) - RM 6.00/kg
14. Bawang Besar Import (RM 3/kg)
15. Bawang Putih (China) - (RM 10.50/kg)
16. Ubi Kentang Import (China) -RM 3/kg)
17. Ikan Kembung termasuk Ikan Mabung (RM 11.00/kg)
18. Ikan Selayang (RM 8.00/kg)
19. Ikan Aya/Tongkol ( dikawal di Kelantan, Terengganu, dan Pahang shj)

Peniaga diwajibkan meletakkan Tanda Harga berwarna Merah Jambu. Laporkan jika peniaga tidak meletakkan tanda harga!

Hubungi 1-800-886-800 
Aduan: eaduan.kpdnkk.gob.my

*Harga kawalan diatas adalah harga di Semenanjung Malaysia sahaja.

Sila share kepada rakan-rakan anda!
Copy n Paste dr Group Sebelah 
#penggunabijak

Nama KLIA2 Kekal, Tiada Sebab Tukar LCCT2...

0 comments

Sejak beberapa hari ini, Syarikat penerbangan murah Air Asia sekali lagi menumbulkan kontroversi apabila mahu menggunakan nama LCCT 2 (Terminal Penerbangan Tambang Murah 2) sebagai promosi mereka untuk menggantikan nama KLIA2..

Melalui penelitian kami, Air Asia bebas menjalankan promosi untuk menggunakan LCCT2 tetapi akronim tersebut tidak dibenarkan diletak pada tiket dan kaunter daftar masuk...ia merupakan kesalahan jikalau menukar nama sesuka hati yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang penerbangan..

Air Asia sewajarnya berfikir menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan penukaran nama kerana nama KLIA 2 ia tertakluk kepada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)..

Hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lain menjawab desakan tersebut dengan tiada keperluan untuk menukar nama KLIA2..

Menurut Liow dalam satu kenyataan "Dalam Persatuan Pengangkutan Udara Anrarabangsa, KLIA 2 didaftarkan sebagai sebahagian daripada kod rasmi KLIA iaitu KUL.."

Liow menjelaskan perubahan nama KLIA 2 kepada LCCT 2 tidak praktikal dan tidak tepat untuk menamakan semula KLIA2. Nama ini tidak boleh ditukar demi perubahan"

Walaupun cadangan Air Asia ini ditolak ia tidak bermakna kerajaan menyekat suara sebarang mereka untuk memberi cadangan bagi meletakkan KLIA2 sebagai terminal tambang murah bagi merangsang industri pelancongan dan penerbangan negara...

Sejak berpindah ke KLIA2, Air Asia mendakwa bisnes mereka terjejas kerana reka bentuk lapangan terbang dan sistem daftar masuk tidak membenarkan ia menampung jumlah penumpang yang ramai..malah pada awal perpindahan Air Asia 2014 mereka turut mengkritik bangunan tersebut bermasalah dari aspek pembinaan dan keselamatan...

Apa yang kami ingin katakan ialah, tidak usahlah memikirkan untuk menukar nama..teruskan fokus dengan promosi harga murah anda sebagaimana kempen Semua Orang Boleh Terbang...

Berikut kami kongsikan kenyataan media dari Kementerian Pengangkutan




Sunday, June 19, 2016

@SPADChannel Cadang Pemandu Teksi Keluar Daripada Sistem Pajak...

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk mentransformasikan industri berkenaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi.,

Cadangan ini telah diutarakan oleh makmal teksi yang dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015 yang lalu..antara yang menarik perhatian kami daripada keputusan makmal teksi ini berkaitan pemandu UBER dan Grab car yang menggunakan pekhidmatan 'e-hailing'..

SPAD bercadang ingin memberi kesamarataan terhadap pemain industri teksi, uber dan grabcar..cadangan ini bukan bererti pemandu teksi dianak tirikan tetapi ia lebih mematangkan pemandu teksi dengan persaingan sihat..

Jikalau pemandu teksi merasa terbeban dengan kerjaya mereka...mereka berpeluang memiliki lesen teksi individu baru kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod bersih...ini memberi peluang mereka mencuba kerjaya uber dan grabcar jika berminat...

Secara tidak langsung ia telah membuka peluang kepada pemandu teksi untuk lari daripada sistem pajak..dalam pada itu, SPAD turut mencadangkan pelbagai model kenderaan bagi pemandu teksi...

Jika cadangan ini dimeterai kabinet, ini bermakna industri teksi negara akan mengalami Transformasi bagi mengubah landskap industri yang lebih kompetitif...

Analisis #PRKKualaKangsar & #PRKSgBesar Oleh Pusat Penyelidik PAS Akui Kekuatan BN & DAP Semakin Lemah!

0 comments

Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) menyimpulkan beberapa dapatan awal.

1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, Jet Peribadi Rosmah dan lain-lain, tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.

2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi.

3. PAS yang masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului PH di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari PH di Sungai Besar.

4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50% kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.

5. Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.

6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.

7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.

8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau.

KEPUTUSAN RASMI :

**Keputusan Rasmi #PRKSungaiBesar

BN 16,800
PAS 6,902
PAN 7,609

BN menang Majoriti 9,191

**Keputusan Rasmi #PRKKualaKangsar

BN 12,653
PAS 5,684
PAN 4,883
Bebas 54

BN menang Majoriti 6,969

Faktor Kemenangan BN Di #PRKSGBESAR & #PRKKUALAKANGSAR..

1 comments

Antara faktor kemenangan bergaya BN dalam PRN dan 2 PRK ialah :

1) Mahathir keluar UMNO..kami meletakkan faktor Mahathir pertama kerana Mahathir yang beria mahu melihat BN tersungkur selepas dia mengisytihar diri keluar UMNO..dan minta syarat untuk kembali kepada UMNO..

2) Jentera BN tidak langsung menyerang Mahathir secara vokal walaupun Mahathir lantang berkempen untuk PAN agar BN hancur dengan harapan Najib juga turut kandas..tetapi ia tidak berlaku..cara ini melihatkan Mahathir seakan tidak penting kerana tiada musuh yang mengusiknya..kena akui sesuatu pihak akan jadi kuat bila ada musuh..dalam kes ini Mahathir dilihat tiada musuh yang nyata ketika kempen BN berlangsung

3) Mahathir bersahabat dengan Kit Siang dan DAP..jika sebelum ini bagi kami iya Mahathir adalah harapan pakatan untuk menaikkan rating Pakatan harapan tetapi selepas kekalahan demi kekalahan pakatan melihatkan Mahathir bakal dianggap sebagai liabiliti dan tidak berguna langsung..ramalan Mahathir nyata meleset sama sekali..mungkin kerana faktor usia yang sudah tua.

4) Penceraian PAS daripada DAP dan PKR..tidak dinafikan PAS sebenarnya merupakan parti terkuat Melayu selepas UMNO...PKR dan PAN kena akur dengan kekuatan sokongan PAS...PAN belum layak untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana mereka tiada jentera yang ampuh..hanya mengharap ehsan DAP...menteri besar Selangor juga berbelah bagi untuk menyokong PAN atau PAS..kami yakin jika perkara jni berterusan..ahli Parlimen atau ADUN PAN yang keluar PAS sebelum ini akan tersungkur disemua kerusi di PRU14 nanti...PRN Sarawak, PRK K Kangsar san PRK Sg Besar sah membuktikan!

5) Keyakinan rakyat kepada BN jika nak bandingkan dengan pakatan..kemerosoton pengundi Cina terhadap DAP sudah dijangka apabila MCA berjaya menawan hati pengundi dengan dua isu besar iaitu nelayan ditahan oleh penguatkuasa Indonesia dan 3 kanak-kanak diberi kewarganegaraan mengikut prosedur yang betul...

6) Golongan atas pagar yang mesra Pakatan Rakyat dulu melihat BN lebih bagus dari Pakatan Harapan (DAP PKR PAN)..golongan ini berpendapat dari dua mudarat yang ada BN mudarat yang paling kecil daripada Pakatan yang mempunyai mudarat lebih besar...

7) Atas pagar merasakan mereka tertipu dengan janji pakatan sejak 2013...

Tahniah BN!!!nasihat kami buat penyokong BN yang menyokong Mahathir..silalah buat U-Turn!buanglah yang keruh ambil yang jernih sempena bulan mulia Ramadan ini...

KEPUTUSAN RASMI : 

**Keputusan Rasmi #PRKSungaiBesar

BN 16,800
PAS 6,902
PAN 7,609

BN menang Majoriti 9,191

**Keputusan Rasmi #PRKKualaKangsar

BN 12,653
PAS 5,684
PAN 4,883
Bebas 54

BN menang Majoriti 6,969

Friday, June 17, 2016

PANAS!!Jentera PAS Menyetan Belasah Jentera BN #PRKKualaKangsar!!!

0 comments

Saat-saat akhir kempen PRK Kuala Kangsar semakin panas..terbaru seorang jentera BN telah dipukul oleh penyokong PAS...

Kes terjadi ketika mangsa melihat bapanya ditolak oleh penyokong PAS..ketika pemuda (anak) ingin membantu bapanya dia telah dipukul oleh penyokong PAS..

Sungguh kurang hajar cara PAS berkempen...memukul orang..menipu rakyat kononnya Gula dikenakan GST...itu semua ciri-ciri ahli neraka!!!

Dibulan baik Jentera PAS pula menyetan!


Kempen MCA Saat Akhir Lebih Berkesan Tawan Pengundi Cina Berbanding DAP..#PRKSgBesar #PRKKualaKangsar #BarisanNasional

0 comments

Kempen saat-saat akhir bagi parti-parti yang bertanding di PRK Sg Besar dan PRK Kuala Kangsar penuh dengan pelbagai ragam..tatkala pakatan pembangkang bangga memberi gula pasir dan sayur sawi, Barisan Nasional lebih dilihat berjaya dalam menangani permasalahan rakyat..dua perkara besar berlaku yang mampu membuatkan undi masyarakat Cina ke arah Barisan Nasional ialah misi menyelamat empat (dua daripadanya rakyat Sekinchan, Selangor) dan pemberian status kewarganegaraan kepada tiga kanak-kanak yang tiada warganegara..

Apa yang boleh kami katakan kempen Pakatan kali ini ibarat mendapat hukum karma...dahulu mereka menghina ucapan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mengatakan harga sayur kangkung turun harga..pakatan memainkan sentimen kononnya kangkung bukan kempen sesuai...tetapi apa yang kita lihat hari ini, mereka lebih teruk daripada itu apabila tergamak memberi sayur sawi dengan hanya mahu memenuhi kerusi ceramah-ceramah yang dibuat...


PAS pula menjual gula yang kononnya tiada GST di Sg Besar...ini sahaja kita dapat lihat betapa terdesaknya mereka apabila terpaksa memperbodohkan rakyat kononnya Gula dikenakan GST selama ini..sebenarnya Gula merupakan salah satu keperluan harian yang tidak langsung dikenakan GST..betapa munafiknya parti bersandarkan ajaran Islam sehingga sanggup menipu rakyat...

Kempen MCA lebih berkesan berbanding DAP


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai telah membantu memberikan kewarganegaraan kepada tiga anak kecil yang tidak mempunyai status warganegara sebelum ini..kes ini terjadi kerana salah salah seorang ibu atau bapa anak tersebut bukan warganegara..

Jelas Liow "Kanak Kanak tidak berdosa , ketika lahir mereka tidak ada kewarganegaraan"

Isu ini mendapat perhatian Liow apabila mendengar aduan rakyat berkenaan masalah ini, jentera MCA terus mendapatkan tiga kanak-kanak tersebut Jing Teng , Yi Tong dan Melvin untuk bertemu dengan Presiden mereka..hasilnya, ketiga-tiga kanak-kanak ini bakal mendapat pengesahan kewarganegaraan dalam tempoh tiga bulan (selesai semua prosedur pendaftaran) selepas Liow memaklumkan perkara ini kepada Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Bantuan BN Rentas Sempadan


Dua orang warga Sekinchan yang ditangkap pihak berkuasa Indonesia kerana tidak sengaja memasuki perairan Indonesia telah selamat dibebaskan..ini merupakan satu lagi kejayaan BN dalam kempen ini apabila berjaya berunding dengan Presiden Jokowi untuk membebaskan nelayan-nelayan tersebut..

DAP hanya tahu berkempen BN rasis tetapi mereka hanya beri sayur sawi..dipihak BN kempen lebih realistik ditunjukkan apabila membantu rakyat yang benar-benar memerlukan perlindungan...Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KDN menjelaskan isu ini selesai apabila wujudnya persefahaman antara Malaysia dan Indonesia..

“Apabila nelayan mereka termasuk ke kawasan kita, kita harus ambil langkah terutama Tentera Laut Diraja Malaysia atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk meminta mereka keluar ke perairan asal dengan baik.

“Begitu juga bila nelayan kita melakukan yang sama (termasuk ke perairan Indonesia). Tetapi oleh kerana beberapa permasalahan operasi, beberapa nelayan kita ditahan,”

Kami mengharapkan semua pengundi membuat pilihan yang tepat dengan menyokong Barisan Nasional..Selamat Mengundi!


Thursday, June 16, 2016

Rafizi Pengecut!!Arah Macai Halang Datuk Rizal Hadiri PC Jet Rosmah...

0 comments

Kahkahkah!!!
Jet peribadi Jet Airbus RM 2.56 juta untuk bawa Rosmah sorang ke Turki...
Banyak bagasi dibawa Rosmah...
Kahkahkah!!!

Macam2 malaun ni tuduh walhal ada banyak benda dia sembunyikan....dia tak cakap dalam tu ada 14 orang..dia tak cakap sewaan jet itu selama dua bulan..

Kahkahkah...

Dia hanya cakap seaa untuk 26 jam bagi menampakkan pembaziran...

Bila buat sidang media..Dato' Rizal Mansor nak bagi penjelasan sebenar..

Dia upah macai untuk halang Dato Rizal masuk..kalau ada telur kenapa upah macai?be gentlemanlah..kahkahkah!!!

Kalau dah sotong tu sotong jugak!

Jom belajar mengira. Katakan kadar yang disebut di bawah adalah kadar dry lease Airbus A319, iaitu RM2.56 juta/2 bulan, berapakah kadar tambang untuk seorang penumpang, sekiranya pesawat tersebut membawa 14 orang ke Instanbul yang mengambil masa 26 jam?

"Berdasarkan semakan kiraan mudah untuk pajakan sebuah pesawat model Airbus A319, ia ditetapkan standard mengikut kadar semasa pajakan kering iaitu daripada serendah AS$120,000 hingga AS$320,000 sebulan.

Usia jet A319 bernombor A6-CJE yang dipajak kerajaan Malaysia daripada firma pengeluar dan dihantar kepada pihak Emirates pada 29 September 2011 iaitu sudah pun lima tahun dengan kadar pajakan AS$200,000 sebulan.

Kebiasaannya bagi sebuah jet paling mahal dan terbaharu di pasaran, kadar pajakan kering selama dua bulan akan dikenakan caj kira-kira AS$640,000 atau RM2.56 juta. Anehnya, daripada mana Rafizi dapat congak RM86.4 juta?

Walhal dari segi fakta, jika anda ‘kaya’ mampu sewa pajakan kering pesawat gergasi terkini Airbus 380 sebanyak AS$2 juta (kira-kira RM8 juta) sebulan, angka RM86.4 juta itu setara lima buah Airbus A380 selama dua bulan.

Tohmahan Rafizi lagi konon Rosmah hanya menaiki jet itu selama 26 jam untuk pergi dan balik dari Turki baru-baru ini, sedangkan pesawat tersebut disewa dua bulan juga menimbulkan persoalan yang disorokkan oleh Rafizi."

Wednesday, June 15, 2016

Bayi Lahir Dalam Bas Bakal Ditawarkan Perkhidmatan Percuma Sepanjang Hayat.

0 comments

Seorang ibu muda berusia ligkungan 20-an selamat melahirkan bayi perempuan dalam bas pada 16 Mei yang lalu..

Ia pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh ibu dan orang yang berada di dalam bas berkenaan...

Menceritakan kembali pengalaman tersebut, ibu bayi Wardina ketika itu dalam perjalanan dari Terminal Sentral Kuantan menghala ke Kuala Lumpur...


Ketika detik cemas itu, Kapten Bas, Mohd Zaidi Yusoff telah menjadi 'bidan' menyambut kelahiran bayi tersebut..sejurus bayi selamat dilahirkan ibu dan bayinya yelah dikejarkan ke hospital berdekatan dengan ambulans..

Bayi berkenaan yang diberi nama 'Bastrisyah'.


Pengendali bas berkenaan mengambil tanggungjawab sewajarnya dalam kes berkenaan. Presiden Syarikat Erika Delta Sdn Bhd, Ahmad Hitaimi Hj Zahadi memberitahu Bastrisyah dijadikan anak angkat syarikat berkenaan.

Ahmad Hitaimi mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang berada dalam bas tersebut ketika detik cemas...

Selain anak angkat pihak syarikat Etika Delta berhasrat mebawarkan pas bas ekspress percuma kepada Bastrisyah dan ibunya bagi tempoh sepanjang hayat!

Kami juga ingin merakamkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atas penganjuran latihan Rancangan Tindak balas kecemasan (ERP) di bawah program Kod Pengamalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP) yang dianjurkan SPAD untuk operator bas..

Ini penting bagi memberikan pengalaman serta informasi kepada operator bas ketika berhadapan keadaan luar jangka..

Syabas kami ucapkan!

"Pulanglah Mengundi Masyarakat Cina Untuk Beri Kekuatan Kepada MCA" Seru @LiowTiongLai.

0 comments

Semalam telah berlangsung pengundian awal yang mana merekodkan 312 orang pengundi awal bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dan 286 orang pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Menjelang PRK kedua-dua kawasan ini Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar, manakala Kuala Kangsar merekodkan 32,949 pengundi...

Kempen yang dianjurkan Barisan Nasional setakat ini berlangsung dengan tertib bagi menghormati bulan mulia ramadan..

Dari mata-mata ramai mendapati parti PAN yang banyak mendatangkan masalah sepanjang kempen dengan melakikan provokasi melampau dengan menaikkan billboard yang tidak sopan dan berceramah ketika umat Islam menunaikan solat terawikh..

Maklum sahajalah kempen PAN kali ini disokong penuh oleh sekutu kuat DAP..ketertiban itu kita sudah jangka sukar dilaksanakan oleh mereka...kita sudah jangka DAP akan melepaskan geram sehabisnya kerana tidak mampu menyerap serangan terhadap Guan eng..

PAS pula akui mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina DAP yang dahulu banyak memberi unsi kepada mereka pada PRU13..bagi PAS begerak bersendirian bukan halangan untuk mereka berjuang..

Di pihak BN pula ia merupakan satu kelebihan memandangkan bakal berlaku pecahan undi PAN dan PAS...

Dalam kempen ini, Barisan Nasional tidak menghadapi masalah besar kerana mendapat sokongan penuh parti komponen MCA, GERAKAN dan MIC...

MCA awal-awal lagi menyatakan hasrat menyokong penuh siapa sahaja calon yang mewakili BN biarpun RUU Syariah disokong oleh Ahli Parlimen UMNO..kematangan politik yang ditunjukkan MCA amat baik sekali..kebersamaan ini tiada dalam komponan Pakatan Pembangkang...

Di pihak MCA, Presiden MCA DS Liow Tiong Lai menyeru masyarakat Cina agar pulang ke kawasan masing-masing untuk membuang undi..

"Saya mengalu-alukan kepulangan kaum Cina membuang undi agar memberi MCA kekuatan" jelasnya lagi

Liow mengingatkan kaum Cina agar turun mengundi dan usah mempercayai desas-desus kempen DAP yang menghasut agar masyatakat Cina tidak pulang kerana tidak memberi apa-apa perubahan di peringkat pusat...

Kempen yang dianjurkan DAP untuk PAN amat provokatif tanpa mengira bulan ramadan. Mereka secara jelas cuba menabur fitnah dan rekayasa cerita agar dapat memberi kebencian kepada BN..

Perlu diingat BN mempunyai sejarah pencapaian yang panjang dan banyak membela rakyat dari sebelum merdeka sehingga kini.. 

Kami ucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi..buatlah pilihan yang tepat dengan mengundi BN..

Jika anda penyokong tegar pakatan..kalau tak mengundi BN tak apa yang penting pangkah PAN dan PAS kedua-duanya sekali..

Monday, June 13, 2016

Terdedah Cerita Disebalik Serangan Mahathir Terhadap @NajibRazak...

4 comments


APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR?

Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri?

Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya.

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang". Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. –

Blog Najibrazak

Tun Pandai Cakap Orang Macam-Macam Tapi Diri Sendiri Pun Tak Betul!

3 comments

Tun Mahathir mendapat malu besar apabila kritikannya terhadap isteri YAB PM Najib Razak menggunakan jet peribadi memakan diri sendiri...lebih teruk lagi Tun menggunakan jet peribadi dengan jarak yang dekat dari Sg Besar ke Kuala Kangsar..

Tujuannya hanya mahu memburukkan Barisan Nasional dengan bekerjasama dengan sekutu DAP dan PAN...apakah ini contoh yang harus dijadikan ikutan...paku dulanh paku serpih.mengata orang dia yang lebih...


Nasihat kami sebelum Tun mengajar orang lain lebih baik dia ajar isterinya pakai tudung...lihat gambar di atas...kami kasihan Tun Siti Hasmah memakai tudung di bahu...


Saturday, June 11, 2016

Keharmonian Parti Komponen BN Kunci Kejayaan #PRKKualaKangsar Nanti..Jelas @LiowTiongLai !

0 comments

Kami melihat dari jauh perkembangan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar ekoran pemergian penyandang Wan Mohammad Khair-Il ketika kempen PRN Sarawak..

Pemilihan Puan Mastura balu kepada penyandang merupakan satu pilihan yang tepat..ditambah pula akan berlaku pecahan undi yang antara PAS dan PAN...

Jika melihatkan angka keputusan PRU yang lalu..calon BN memperolehi 14,218 undi manakala PAS 13,136 undi dengan mencatat majoriti kemenangan sebanyak 1,082 namun angka ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana wujudnya persaingan 4 penjuru..calon Bebas itu pasti kalah cumanya dapat atau hilang wang pertaruhan sahaja yang menjadi penanda aras...

Bayangkan angka yang menyokong PAS 13,136 ini akan dibahagikan dua kepada PAN..jumlah itu pasti berkurangan..

Jika PAS dan PAN berkongsi sokongan...BN dan BEBAS tidak terjadi pecahan sokongan kerana kita tahu rakyat Kuala Kangsar menolak sama sekali calon yang suka maki hamun. membela pengambilan ganja.

BN dijangka mendapat kemenangan yang sempurna dan bakal mencatat pertambahan majoriti...

Apa tidaknya semua komponen BN kini bersatu untuk memenangkan BN..MCA berikrar akan membantu calon BN all out...itu janji Presiden MCA ketika menghadiri majlis bersama Perdana Menteri, DS Najib Razak pada 10 Jun lalu di Kuala Kangsar..


Biarpun pembangkang cuba melaga-lagakan UMNO dan MCA dalam kes RUU Syariah yang dibawa Presiden Pas, Tn Guru Haji Hadi..ia ditegaskan sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata:

"PAS dan Pakatan menghadapi masalah dalaman apabila tidak lagi bekerjasama dengan DAP sebagaimana berlaku pada PRU13."

Ds Liow menegaskan ia tidak terjadi dalam BN, MCA akan membawa agenda BN dan bekerjasama dalam keadaan harmoni ketika ini. Ketika PRU13, pengundi Cina banyak membantu undi PAS tetapi kali ini DAP berkempen untuk PAN. PAS pula mengharapkan pengundi tegar untuk menyokong mereka"

Dengan apa yang DS Liow Tiong Lain katakan ini..BN tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi di PRK Kuala Kangar dan PRK Sg. Besar...DAP sedar mereka juga mengalami masalah ketika ini dan masih tersentak dengan kekalahan memalukan di PRN Sarawak baru-baru ini...

Undi Pn Mastura untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham suami...

Presiden Korea Utara Malu Besar!Hisap Rokok Ketika Kempen Anti Rokok!

0 comments

Presiden Korea Utara mendapat malu besar apabila memghisap rokok ketika sedang berada dalan satu acara kempen anti merokok...

Gambar Kim Jong Un itu dirakan oleg agensk berita kerajaan, KCNA.dalam foto tersebut Kim dengan jelas sedang memegang sebatang rokok yang sedang menyala..

Inilah keperibadian sebenar Kim, tidak menghormati kempen yang dilangsungkan oleh pihak kerajaan...kami yakin jika Kim memerintah sebuah negara demokrasi seperti Malaysia..jangka hayat politiknya tidak akan lama...

Di negara diktator bolehla dia buat sesuka hati...

Friday, June 10, 2016

Identiti Kereta Menteri Parking Di Petak OKU Akhirnya Terjawab..Jangan Jadi Macam Guan Eng!

0 comments

Heboh cerita kereta seorang Menteri BN parking kereta kerajaan di petak parking OKU..kereta perdana bernombor pendaftaran W9A itu digunakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor..

Adakah kita mahu boleh menuduh Tengku Adnan tidak peka keadaan persekitaran atau memang benar Tengku Adnan OKU...sebenarnya kami simpati kepada Tengku Adnan kerana Drivernya yang parking di situ..namanya pula yang busuk...


Buat driver berkenaan kami ingin nasihatkan kalau nak parking tu carilah tempat yang sesuai..jauh sikit pun tak pa...bila Boss nak balik nanti dia rojerlah..jangan engkau pula tidur...janganlah tiru perangai buruk Lim Guan Eng bab parking ni..

Yang buruk tu janganlah diikutnya...perbaikilah kesilapan anda kerana meletakkan kenderaan di petak paking!

@KhairyKJ :Pelari Pecut Harapan Lebih Rela Jadi Jaguh Kampung Berbanding Kejohanan Olahraga Remaja Dunia ?

2 comments

Kami mengikuti rapat perkembangan atlet lumba lari negara Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam sejak kebelakangan ini..apa yang kami lihat kedua-dua atlet ini mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh..

Usia kedua-dua pelari pecut ini muda lagi tetapi telah mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila hampir memecahkan rekod pelari pecut negara suatu masa dahulu Watson Nyambek...namun belum ada rezeki apabila rekod Badrul di Brunei tidak diiktiraf oleh badan Olahraga...

Kami sedih..atlet yang disiapkan untuk pergi jauh tetapi hanya bermatlamat untuk jadi jaguh kampung Sukan Malaysia (SUKMA) sahaja..kami tidak kisah kedua-dua pelajar ini mahu berlatih bersama jurulatihnya Poad di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail..mereka lebih selesa dengan suasana di sana..itu soal lain...

Dengar cerita kedua-dua atlet harapan ini membuat keputusan untuk menyertai SUKMA di Sarawak Julai ini berbanding bertanding di Kejohanan Olahraga Remaha Dunia di Polan...mereka kena memilih salah satu kerana kedua-dua kejohanan dilangsungkan pada waktu yang sama...

Bagi kami SUKMA bukan pentas terbaik untuk kedua-dua atlet ini..masuk sure menang tapi tidak perlu dibanggakan dengan pencapaian SUKMA berbanding pengalaman yang bakal diperolehi bertanding di Kejohanan Remaja Dunia...

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Poad Jurulatih pun bersetuju dengan keputusan kedua-dua atlet ini..kami mengharapkan dalam masa terdekat ini akan ada keputusan yang positif supaya mereka berdua menyertai kejohanan Remaja Dunia...

Buat apa menang SUKMA yang hanya menawarkan Emas RM 5,000 tetapi sekadar jadi jaguh kampung...KJ selaku Menteri Belia dan Sukan perlu berjumpa dan take action mengenai perkara ini...

Mereka berdua mempunyai potensi besar dalam sukan ini!setakat SUKMA budak sekolah yabg baru nak gilap prestasi boleh la..

Thursday, June 9, 2016

Jambatan Kemubu Kembali Beroperasi..Masyarakat Kelantan Pasti Lega...

0 comments

Harapan masyarakat Gua Musang dan Dabong untuk menikmati kembali perhubungan kereta api yang manjadi penghubungkan utama kawasan ini akhirnya tertunai apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perkhidmatan tersebut telah beroperasi pada 16 Mei 2016 lalu...Pastinya ia memberi sinar kegembiraan kepada masyarakat Kampung Kemubu dan Kampung Bertam yang menjadikan kereta api sebagai penghubungan penting..

Menyingkap kembali peristiwa hitam 'bah kuning' yang melanda Kelantan akhir tahun 2014 lalu, ia memberi kesan mendalam kepada semua mangsa yang terlibat..banyak kediaman, harta benda dan kemudahan awam musnah dibaham banjir...kita boleh lihat betapa besarnya banjir berkenaan apabila jambatan yang seberat 155 tan yang dibina sejak tahun 1932 pun boleh dihanyutkan banjir..ia telah menyebabkan kerosakan teruk kepada struktur Jambatan Kemubu..47.8 meter daripada jambatan tersebut telah dibawa arus deras..


Akibatnya, perkhidmatan kereta api sejauh 193.7 km yang menjadi pengangkutan utama masyarakat sekitar untuk berhubung tergendala..aktiviti harian masyarakat setempat seperti berniaga buah-buahan dan sayuran tergendala..untuk menggunakan pengangkutan darat kosnya agak mahal..apa yang menariknya, perkhidmatan kereta api di sini memberi nostalgia tersendiri, kerana ia turut dijadikan pengangkutan penduduk setempat untuk membawa hasil-hasil tanaman untuk diniagakan secara pukal menaiki kereta api...kosnya pun agak berpatutan...



Kerajaan, SPAD dan KTMB tidak mahu melihat kesusahan ini berlarutan...kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 760 juta untuk projek membaik pulih landasan kereta api Pantai Timur (Gemas ke Tumpat)..kerajaan tidak kisah jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan asalkan perhubungan rakyat menerusi perkhidmatan tren terus dapat di nikmati...namun pengaktifan operasi dilaksanakan secara berperingkat..Membaikpulih landasan tren yang rosak ini perlu dilaksanakan kerana ia merupakan prioriti keutamaan SPAD untuk memastikan pengangkutan awam dapat dinikmati semua masyarakat..

Selepas sahaja pembaikpulihan jambatan dan landasan selesai pihak SPAD telah mengadakan lawatan pada 1 dan 2 Jun lalu untuk melihat sendiri perkembangan projek pembaikpulihan landasan dan jambatan kereta api tersebut....Antara yang hadir pada tinjauan berkenaan ialah YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD bersama En Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurusan SPAD...lawatan berkenaan meliputi laluan KTM pantai timur sehingga ke Jambatan Kemubu..


Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional, SPAD dan KTMB atas keprihatinan kalian untuk mengembalikan jaringan pengangkutan yang terputus sejak setahun lepas...

Wednesday, June 8, 2016

Billboard Provokasi Syaitan Dipasang Pakatan #PRKSGBESAR...Majlis Daerah Sabak Bernam Tutup Mata???

1 comments

Majlis Daerah Sabak Bernam diminta buka mata terhadap poster dan billboard yan didirikan oleh pakatan pembangkang di RPK Sg Besar bagi memastikan semua poster telah mendapat permit...

Jangan bertindak double standard terhadap BN...bila BN semua kena permit..tang parti sekutu DAP KIT SIANG GUAN ENG takkan nak tutup mata?jika billboard ini didirikan tanpa permit..

Mohon Majlis Daerah bertindak segera untuk merobohkan billboard berunsur provokasi syaitan di bulan mulia ini...apakah pihak majkis Daerah mahu bersubahan dalam urusan fitnah?fikir-fikirkan...jangan diikutka cara kafir...

Terdahulu Majlis Daerah Sabak Bernam mengarahkan BN menurunkan semua bendera BN kerana tiada permit...sila bertindak adil!!!00



Suri Rumah Terkejut Bil Elektrik RM 810.00 Sedangkan Rumah Tidak Berpenghuni.. @Tenaga_Nasional Perlu Jawab!

2 comments

Kami tertarik untuk berkongsikan satu pengalaman pahit seorang suri rumah yang kesal dengan TNB kerana mengenakan cas elektrik rumahnya berjumlah RM 810..cerita ini dapat di laman facebook milik Puan Salina..

"Tiada air cond..hanya 2 orang sahaja dalam rumah...bil elektrik kebiasaannya RM 30 kebawah..ketika cuti tiga bulan kerana bersalin tiba-tiba bil elektrik RM 810"

Lebih malangnya, pihak TNB tiada jawapan untuk persoalan tersebut...barangkali bil tersebut perlu dijelaskan juga...apakah ini dinamakan keadilan?satu penjelasan perlu dikeluarkan oleh pihak TNB untuk menjawab persoalan rersebut...

Ikuti luahan tuan empunya diri tentang insiden berkenaan:

Assalamualaikum semua.. saya nak menyuarakan keresahan di hati dan meminta pendapat anda semua... berkenaan dengan bil elektrik... sudah beberapa bulan sy tidak mendapat bil elektrik sedangkan rumah lain di kuaters yg sama dapat bil seperti biasa... saya cuti bersalin selama 3 bulan dan tidak berada di kuaters dari bulan 1 sampai bulan 3... sy bimbang tentang bil yang tidak sampai beberapa bulan dan meminta suami ke pej TNB untuk pertanyaan..

Jawapan mereka bil saya bawah rm20 dan tak dikenakan cas sebab tu tak ada bil.. dalam hati saya dah lega dan logik juga sebab memang tiada orang di rumah sepanjang 3 bulan... ade sekali dua je balik ke rumah kuaters sepanjang 3 bulan.. nak dijadikan cerita cuti sekolah 2 minggu ni seperti biasa saya tak berada di rumah kuaters sebab maklum jela bila berpjj ni masa cuti sekolah la masa untuk bersama suami... kami hanya pulang pada hujung minggu ke rumah kuaters.. akhirnya bil yang ditunggu-tunggu telah sampai... sangat mendukacitakan... (RM 810)... 

Subhanallah... sebelum ni penggunaan bil sebulan tak sampai rm30... bayaran akhir pada bulan 10/2015... ada negatif rm25 lagi masa tu... kalau diikut logik akal rm30×8 bulan = 240 maksimum.... cuba bayangkan RM810 tiba2 di cas untuk satu bulan terus... saya mungkin kurang memahami tarif elektrik tapi sy bukan bodoh untuk diperbodohkan.. sy duduk berdua saja dirumah dengan baby yg usia baru 5 bulan.. suami balik seminggu sekali.. kadang-kadang 2 minggu sekali.. berbanding dengan jiran2 yang ahlinya lebih ramai dalam rumah tapi bilnya hanya rm 30 sebulan...

Saya tak pakai pendingin hawa.. sy dah telefon tnbcareline.. mereka tiada jawapan untuk pertanyaan saya..  nak minta pendapat kawan-kawan yang arif sebelum saya ke pej TNB sebab sekarang kekangan masa untuk ke sana..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA