networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, July 29, 2016

1MDB Tidak Terlibat Saman Sivil DOJ..Kenyataan @NajibRazak Buat Pro Tun & Pakatoon Meroyan...

0 comments


DS Najib Razak mengesahkan bahawa Syarikat Pelaburan Strategik 1MDB tidak dinamakan dalam kes saman sivil oleh Jabatan Kehakiman DOJ Amerika kerana tiada nama 1MDB dikaitkan dalam saman berkenaan...

Ia jelas menamatkan spekulasi dan tuduhan liar terhadap 1MDB kononnya 1MDB terlibat dalam penyelewengan pengubahan wang haram..apa yang buat pakatan sakit hati ialah baru mereka tahu bahawa 1MDB langsung tidak mempunyai aset di Amerika..

Sebelum ini Tun M dan macai2nya percaya info yang datang dari DOJ kerana ia melibatkan 1MDB..jika libat 1MDB maka mereka beranggapan boleh memberi tekanan kepada Najib..apa yang diimpikan tidak berlaku sehingga ke hari ini Najib masih lagi steady menjadi Perdana Menteri Malaysia...

Ini saja kita dapat lihat betapa munafiknya individu bernama tun m..dulu masa dia memerintah sunber dari US itulah yang sukar bagi tun percaya..tetapi untuk menjatuhkan Najib dia sendiri sanggup khianati prinsip peribadi dan perjuangan selama menjadi pemimpin UMNO...

Satu persatu tuduhan dinafikan..pakatan dan pro tun semakin tertekan dengan jawapan terbaru...bila tak bersalah kita tunjuk bukti..ta mcm Guan Eng..hukuman belum dijatuhkan dia dah kata bakal kalah..haha!

Thursday, July 28, 2016

Anak Jantan Padam Rekod Watson Nyambek!!!10.18 Saat Catatan Terbaru Rekod Kebangsaan!!!

1 comments

Inilah penangan anak jantan apabila berjaya memadamkan rekod pelari pecut negara Watson Nyambek yang dipegangnya selama 18 tahun..

Lebih mengejutkan rekod tersebut dipadamkan dinegeri kelahiran bekas jaguh pecut negara..berusia baru 18 tahun, Khairul Hafiz Jantan telah menunjukkan potensi membanggakan apabila berjaya mencatatkan rekod baru kebangsaan...

Kami merasakan Hafiz Jantan mampu mencatatkan masa lebih pantas kerana dia masih lagi muda...dalam perlumbaan tersebut..rakan rapat, Badrul Hisyam yang juga dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tumpas kepada jaguh tuan rumah, Jonathan Nyepa...

Hafiz Jantan menutup mulut pengkritik yang mengatakan bukan levelnya di SUKMA...syabas kami ucapkan kepada anak Jantan!!!

Monday, July 25, 2016

Rumah Terbuka Hari Raya Kena Bayar..Inilah Harga Yang Perlu Dibayar Untuk Berjumpa Ton M!!!

6 comments

Masya'allah..agak kehairan kami mendapat tahu majlis rumah terbuka anjuran penyokong taksub Tun Mahathir mengenakan sejumlah bayaran untuk semata-mata mahu makan sambil melihat Tun M dan Isteri...sampai begitu sekali nilainya untuk beramah mesra dihari raya..

Terfikir kami jikalau penyokong DS Najib Razak melakukan perkara yang sama yang mana menganjurkan Sambutan Hari Raya bersama DS Najib dan dikenakan bayaran..sudah pasti penyokong taksub Tun meroyan bermacam-macam tohmahan...

Kemana perginya penaja-penaja yang sukarela menaja majlis hari jadi tun?mengapa jamuan raya tidak ditaja sehingga perlu mengenakan bayaran untuk makan bersama tun..

Macamana mak cik jual popia nak jumpa tun berhari raya kalau dibayar..haha!

Saturday, July 23, 2016

Malaysia, Australia & China Sepakat Memberhentikan Operasi Pencarian #MH370.. @LiowTiongLai

0 comments

Misi pencarian pesawat malang MH370 diberhentikan selepas perbincangan tiga negara bersetuju menetapkan keputusan berkenaan..

Menteri Pengangkutan, Datuk Sei Liow Tiong Lai dalam kenyataannya mengesahkan pemberhentian operasi pencarian ini bersempena Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri..turut menghadiri mesyuarat berkenaan ialah menteri pengangkutan China dan Australia..

Setakat ini misi mencari masih lagi berlangsung dan akan berhenti sekiranya zon pencarian 120,000 km persegi selesai..setakat ini hanya tinggal 10,000 km persegi sahaja...

Dalam kenyataan berkenaan, ketiga-tiga menteri mengakui bahawa walaupun segala usaha telah dilakukan semua pihak yang terlibat..kemungkinan pesawat itu akan dijumpai semakin tipis..

Istilah memberhenti operasi ini akan ditarik semula sekiranya rerdapat bukti baru yang munasabah..ini bermakna status pencarian hanya digantung..

"Para menteri bersetuju bahawa sekiranya pesawat berkenaan tidak dijumpai di kawasan pencarian sekarang, dan sekiranya tidak terdapart bukti baharu yang berwibawa bagi mengenal pasti lokasi khusus terletaknya pesawat itu, pencarian tidak akan dihentikam, tetapi digantung dahulu setelah usaha mencari selesai dilakukan di kawasan seluas 120,000 km persegi" katanya

Serakat ini operasi telah meliputi laut china selatan, selat Melaka sehingga Lautan Hindi yang mana telah diumumkan YAB DS Najib Razak bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi..

Penerbangan MH 370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 lalu yang membawa seramaj 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing..

Pengumuman ini berstatus gantung dan jikalau terdapat sebarang bukti perbincangan akan dilakukan untuk tindakan sepatutnya...

Apabila Amerika Cuba Campur Tangan Hal Ehwal Negara!!!Kita Perlu Bersatu Menentang Musuh Negara Yang Berkomplot Dengan Musuh Islam!!!!

1 comments


Orang yang jahanamkan pemerintahan Saddam suatu ketika dahulu ialah rakyatnya sendiri...kenapa?kerana terpengaruh dengan hasutan US..senjata pemusnah dan diktator hanya ajinamoto...matlamatnya hanya nak musnahkan dan mengaut sumber minyak...selepas saddam diguling dan dihukum..keadaan Iraq semakin teruk..banyak lagi contoh kita boleh ambil..konflik di syria..libya..kesemua rakyat di negara bergolak ini menyesal selepas kerajaan mereka digulingkan tangan luar..jangan dah terhantuk baru hendak terngadah...

Baru2 ini kita lihat umat Islam dah mula sedar dan tidak mudah termakan dengan kerja jahat mereka...rakyat Turki bangkit menentang pengkhianat negara..akhirnya Turki menang denga sokongan padu rakyat...

Sekarang ini sedang hangat tentang serangan terhadap 1MDB...yang jadi ajinamotonya Jho Low dan kuncu2nya..Malaysian Official 1 tu hanya persepsi musuh Islam yang mana telah berjaya menjerat persepsi pro tun dan pro pakatan...

Jikalau US berjaya jatuhkan kerajaan yang diperintah Najib..percayalah keadaan selepas itu nyata lebih teruk dari sekarang..kerajaan kita akan kacau bilau dengan campur tangan kuasa asing...

Jadi sebagai umat Islam janganlah kita percaya propaganda musuh Islam dan Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya...sedarlah Tun M baru ini percaya kepada US..dahulu masa dia memerintah Tun lebih pro kepada timur berbanding kuasa barat..Tun sanggup melaknat prinsip perjuanhannya semata-mata mahu menjatuhkan Najib, Kerajaan Malaysia dan mengikut telunjuk Amerika...

Hati-hati...musuh Islam tidak akan berhenti menjatuhkan Islam..

Thursday, July 21, 2016

Hujah Yang Disembunyikan Oleh Pro Pembangkang Terhadap Saman Sivil Jabatan Kehakiman USA Terhadap 1MDB..

3 comments
MALAYSIAKINI MENYEMBUNYIKAN FAKTA SEBENAR
1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB.

2. Kedua, kenapa saman sivil ini dibuat? Ia adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Inisiatif Penemuan Semula Aset Kleptocracy, Jabatan Kehakiman AS. Ia bukan pendakwaan sebaliknya hanya inisiatif untuk memperoleh semula aset yang dikatakan sebagai hasil dari kegiatan haram dan korupsi.

3. Ketiga, siapakah yang didakwa? Tiada seorang pun dari dalam senarai nama di dalam aduan tersebut yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan AS untuk membekukan aset-aset yang terbabit. New York Times melaporkan "The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges."

4. Keempat, aset apakah yang hendak dibekukan? Antaranya adalah hartanah mewah di New York and California, lukisan Monet dan Van Gogh, serta sebuah jet Bombardier. Semua senarai aset ini adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

5. Kelima, siapakah pemilik aset-aset ini? Sehingga kini tidak disebut siapa pemilik aset-aset ini. Saman ini cuma menamakan Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, Khadem al-Qubaisi dan seorang lagi yang dinamakan hanya sebagai Malaysian Official 1 sebagai pihak yang terlibat. Nama-nama ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

6. Keenam, apakah prosedur untuk rampasan aset ini? Pertama, mahkamah perlu memastikan tiada sebarang pihak lain yang membuat tuntutan terhadap aset ini. Kedua, selepas pemilik aset ini ditentukan, mahkamah perlu memutuskan sama ada wang yang digunakan untuk membeli aset ini benar-benar berpunca dari sumber yang haram. Selepas semua ini dibuktikan, barulah kerajaan AS boleh merampas aset ini.

7. Ketujuh, apakah yang akan dilakukan terhadap aset-aset ini? Jabatan Kehakiman AS akan menjual aset-aset ini dan memulangkan kembali wang yang yang diperolehi dari penjualan aset ini kepada Malaysia.

8. Kelapan, adakah 1MDB terlibat? 1MDB telah membuat kenyataan rasmi bahawa ia bukan pihak yang terlibat dan tidak mempunyai sebarang aset di AS.

Wednesday, July 20, 2016

Sah!!!Kereta Api Laju HSR Malaysia-Singapura Dijangka Siap 2026!!! TAHNIAH!!! @NajibRazak & @LeeHsienLoong

1 comments

Hasrat Malaysia dan Singapura untuk membina kereta api berkelajuan tinggi (HSR) bakal menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di majlis Invest Malaysia...

Pembinaan HSR ini telah dirancang bersama sejak Februari 2013 lagi..pada mulanya projek ini dijangka mula beroperasi pada 2020..namun tarikh operasi terpaksa dilewatkan ke tahun 2026 ekoran kerumitan projek rentas sempadan itu..

Bila siap nanti KSR ini akan memendekkan perjalanan KL - Singapura kepada 90 minit yang mana sejauh 350km..berikut kami kongsikan peta laluan HSR...


Landasan HSR ini akan bermula di Bandar Malaysia, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya seterusnya akan berakhir di Jurong East Singapura...

Setakat DS Najib Razak jadi Perdana Menteri banyak projek besar berimpak tinggi kepada rakyat telah dilaksanakan...bermula dengan pembaharuan Stesen Bas Pudu, TBS, UTC, Kedai Rakyat 1Malaysia, Lebuh Raya Pan Borneo, MRT dan LRT, Rapid Pengerang dan banyak lagi yang masih dalam pembikinan...terbaru perancangan membina Bandar Malaysia...

Berbalik kepada projek HSR ini ia akan menelan belanja sebanyak RM70 billion dan telah menarik minat negara China, Jepun dan Korea untuk melabur dalam projek ini...negara ini juga mahu bekerjasama secara langsung dan berkongsi kepakaran teknologi dalam projek ini..ia satu perkembangan positif yang mana menunjukka projek mega ini mempunyai potensi dari sudut ekonomi kedua negara Malaysia dan Singapura...

Memetik kenyataan Ds Najib "Projek ini melambangkan masa depan ekonomi Malaysia dan Singapura, kerjasama dan kemakmuran yang semakin meningkat antara kedua negara akan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara."

"Projek ini melibatkan pelaburan yang besar bagi kedua negara, baik dari segi sumber asli, pembiayaan mahupun usaha kolektif organisasi. Semua ini menjadi lambang kepada keakraban & keinginan kedua negara untuk terus merapatkan kerjasama ekonomi kami," katanya.

Berikut kami kongsikan gambar ketika majlis menandatangani MoU HSR siang tadi..







Berikut kenyataan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)






 







Tuesday, July 19, 2016

MOT Arah Semua Bas Pasang 'SPEED LIMITER" Demi Keselamatan Penumpang!!!

0 comments

Kementerian Pengangkutan menggambil tindakan pencegahan dengan mengarahkan semua bas baru perlu memasang alat penetapan had laju bagi memastikan bas mematuhi had laju yang ditetapkan..arahan ini dikeluarkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai melalui kementeriannya..bagi mastikan semua bas sedia ada memasang alat ini ia perlu dilaksanakan secara berperingkat yang mana alat ini akan dipasang ketika pemeriksaan PUSPAKOM..

Arahan ini dilaksanakan ekoran insiden kemalangan yang melibatkan 10 kenderaan berhampiran terowong Manora 10 Julai lalu yang menjadi viral..Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan pihak JPJ dan PUSPAKOM untuk merealisasikan kaedah pencegahan ini..

Menurut Liow "Saya telah memberi arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), supaya semua bas ekspres baharu perlu dipasang alat penetapan had kelajuan kenderaan. Tiada pengecualian dan dilaksanakan serta-merta,"

Para pengusaha bas ekspress menyambut baik cadangan Liow untuk mengurangkan kadar kemalangan melibat kenderaan awam...ia merupakan perkara yang amat serius bila kemalangan melibatkan kenderaan awam kerana ia membawa ramai nyawa dan keselamatan mereka perlu dititik beratkan...




Pada hemah kami, cadangan Speed Limiter atau kawalan had laju amat baik tetapi perlu dipastikan bahawa alat tersebut betul-betul kekal dan tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak..risau juga bila alat yang dipasang di bas nanti akan dimanipulasi pemandu yang mana mereka menanggalkan alat tersebut..

Lihat sahaja alat tambang bermeter di teksi..itu pun ramai pemandu teksi memanipulasi alat ini dengan mengubah seting supaya kadar bayaran lebih mahal dapat dikenakan...jika alat tersebut boleh ditanggalkan tidak guna kerajaan memberi cadangan tersebut..kita tahu pemandu bas pun tak nak bawa laju..tetapi mereka terpaksa memandu laju kerana mengejarkan trip dan masa ketibaan...

Mereka perlu mengikuti masa ketibaan supaya pengendali tidak dicemuh penumpang kerana masalah kelewatan perjalanan..dengan keadaan trafik yang tidak menentu macam-macam cara pemandu pengangkutan awam akan lakukan..

Jika tidak masakan pemandu teksi sanggup menggunakan lorong kecemasan..apapun kami mengharapkan yang terbaik dari kerajaan untuk mengurangkan risiko kemalangan...di bawah ini kami kongsikan video penggunaan Speed Limiter oleh kenderaan Ford Mustang...alat tersebut akan mengurangkan kelajuan jika had laju melebihi yang telah ditetapkan..

Monday, July 18, 2016

FAM Sebuah Organisasi Lemah & Perlu Berubah !!!Tiada Masa Depan Untuk Ke Piala Dunia...

1 comments


FAM...geleng kepala kita diibuatnya dengan sistem pengurusan yang masih belum mencapai tahap sebuah persatuan bola sepak bertaraf antarabangsa..rakyat mahukan FAM dirombak bukan kerana bencikan FAM tetapi mahukan pembaharuan dari segi pengurusan..

Tindakan 4 pemain JDT umum persaraan bukanlah isu besar kerana Messi sendiri umum bersara dalam kancah antarabangsa..tetapi di Malaysia tindakan ini dilihat haram oleh FAM dan penyokong tegar mereka..

TMJ menyerang FAM bukan mahu jawatan tetapi menegur agar Organisasi itu berubah...tetapi pemikiran FAM masih lagi tidak paham..boleh pula mereka cadangkan TMJ jadi pengurus bola sepak Malaysia..apa kejadahnya cadangan ini untuk memilih orang yang levelnya lebih tinggi dari presiden FAM...

Kami Sayang FAM..Syafiq menjelaskan niat bersara untuk memberi laluan kepada pemain muda..tetapi pemikiran FAM masih lagi lembap!boleh pula jalan penyelesaian diambil dengan memikirkan pemain veteran Syukor Adan dan Indra sebagai gantian...apa ini pun masih lagi pentaksub FAM masih mengagung-agungkan mereka...

Corak latihan yang longgar buat ramai pemain mudah alami kecederaan..bila dah cedera bukankah sepatutnya FAM bertanggungjawab memberi rawatan..ni nak harapkan kelab juga yang uruskan...

Pemain tidak dapat gaji FAM pula buat apa?xde usaha nak bantu?tindakan LEMBAB kepada pasukan yang tidak membayar gaji menyebabkan pemain merasakan diri tidak di bela...kata nak hukum pasukan tetapi sampai sekarang tiada tindakan!!!!

Niat FAM pelawa TMJ jadi pengurus menyaksikan betapa kecilnya telur FAM...jika berani pelawalah jadi Presiden FAM..sure habis semua pengampu FAM dibersihkan..ingat bola sepak kita bukan hanya sekadar sukan SEA dan AFC...fikirkanlah nak ke peringkat Asia dan Piala Dunia..

BETULKAN YANG BIASA...BIASAKAN YANG BETUL WAHAI FAM!!!

Baca artikelnpanas di bawah!!!

SESETENGAH MAKLUMAT DI HALAMAN 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 YANG TELAH DICETAK DARI SUMBER DALAMAN FAM DAN SALAH SATU ORGANISASI TERTINGGI YANG MASIH SAYANGKAN BOLASEPAK MALAYSIA

PASUKAN KEBANGSAAN

Masalah:

- Kekurangan kualiti kejurulatihan
- Kualiti pada jurulatih tidak memuaskan
- Terlalu banyak bereksperimen dalam pemilihan pemain - kekurangan perpaduan di kalangan pemain, jurulatih dan pasukan teknikal
- Jurulatih tempatan (merujuk kepada Ong Kim Swee) kurang pendedahan antarabangsa/kualiti kejurulatihan
- Jurulatih mempunyai idea yang berbeza/strategi-tiada falsafah asas
- Pemilihan pemain di tahap liga-diganggu oleh pegawai-pegawai atasan FAM
- Pemain muda tidak mempunyai pendedahan yang mencukupi
- Jurulatih-jurulatih di peringkat remaja yang tidak mempunyai kemampuan/kualiti untuk membangunkan pemain dengan cara yang holistik
- Sekolah adalah kilang untuk menghasilkan pemain-tiada padang bola sepak-tiada guru-guru yang berdedikasi di sekolah-80% guru adalah kaum wanita
- Kekurangan program akar umbi
- Perlawanan dimanipulasi dan masalah mengatur perlawanan tidak ditangani-FAM tidak mengambil berat tentang masalah mengatur perlawanan kerana sesetengah kakitangan didalam FAM adalah sahabat kepada bekas pemain kebangsaan yang terlibat dalam mengatur perlawanan
- Perlu ada perancangan jangka panjang dan bukan perancangan jangka pendek.
- Jurulatih tempatan mempunyai masalah keegoan dan kurang pendidikan kejurulatihan
- Kem latihan untuk pasukan kebangsaan terlalu panjang

PENGURUSAN

Masalah:

- FAM menggunakan kaedah lama dalam pengurusan bolasepak, pentadbiran kekurangan kakitangan yang berkualiti
- FAM terlalu lambat dalam pembangunan
- Jurulatih tidak profesional, tidak mengikuti falsafah asas
- Terlalu banyak memberikan tumpuan kepada kejohanan AFF Suzuki/pertandingan Sukan SEA
- Tindakbalas lemah pengurusan berkaitan krisis media
- Terdapat perbelanjaan yang tidak diperlukan, tanpa sebarang analisis
- Gaji jurulatih tempatan dan jurulatih pasukan kebangsaan terlalu tinggi
- Tidak pernah mengambil serius skandal mengatur perlawanan
- Wang dalam FMLLP tidak digunakan dengan betul oleh kerana kepentingan hanya diberikan kepada pihak pengurusan bukan kepada kelab-kelab yang bertanding
- Tiada usaha daripada pihak pengurusan FAM untuk berkembang

----

SOME INFORMATION ON PAGES 3.1.2.1 AND 3.1.2.2 PRINTED BY SOURCES WITHIN FAM AND ONE OF THE HIGHEST ORGANISATIONS THAT STILL LOVES MALAYSIAN FOOTBALL

NATIONAL TEAM

Problem:

- Lack of coaching quality
- Quality of coaches is bad
- Too much experimenting in the selection of players - lack of cohesion between players, coaches and the technical team
- Local coaches (in reference to Ong Kim Swee) lacked international exposure/quality coaching
- Coaches have different ideas/strategies-no single philosophy
- Selection of players at the league level-interference by officials
- Young players don't have enough exposure
- Coaches at the youth level do not have the capabilities/qualities to develop players in a holistic way
- Schools were factory for producing players-no football fields-no dedicated teachers in school-80% of teachers were women
- Lack of grassroots programme
- Match manipulation and match fixing problems not addressed-FAM does not take match fixing seriously as certain staff within FAM are friends with ex national players who are involved with match fixing
- There should be a long term planning and not short term.
- Local coaches have ego problem and poor coaching education
- Training camp for national team is too long

MANAGEMENT

Problem:

- FAM old fashioned in football management, administration lacks quality staff
- FAM slow in development
- Coaches are not professional, do not follow a single philosophy
- Too much focus on regional AFF Suzuki/SEA Games competition
- Poor crisis management-media response
- Unnecessary expenditure without analysing
- Salary of local coaches and national team coaches are too high
- Match fixing scandals never taken seriously
- Money in FMLLP not utilised correctly because interest not going to clubs participating but to management
- No interest from FAM management to improve

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Saturday, July 16, 2016

Insiden Bas Rempuh 10 Kenderaan - Pengerusi @SPADChannel Beri Penjelasan!!!

0 comments

Insiden bas merempuh 10 kenderaan dikilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, Ipoh baru-baru ini, telah membuka mata semua pihak yang mana hasil siasatan lanjut mendapati bas berkenaan mempunyai 63 saman tertunggak sejak 2011 dan pemandunya mempunyai 9 saman tertunggak...

Ada pihak mempertikaikan kredibiliti SPAD memantau pengusaha dan pemandu bas..JPJ turut menjadi mangsa apabila ada pihak mempertikaikan bagaimana bas tersebut boleh memperbaharui cukai jalan sedangkan mempunyai banyak saman..

Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mendedahkan segala-galanya sehingga menyebabkan kecelaruan semua pihak..ia berpunca daripada sistem..

Apa yang hendak disampaikan ialah masyarakat tidak memahami peranan SPAD, mereka beranggapan semua jenis kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan awam adalah di bawah SPAD sebenarnya tidak..


Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, "tiga agensi yang selalunya terlibat bila ada kemalangan, iaitu polis yang akan mengadakan siasatan jenayah samada orang terbabit telah melakukan kesalahan mengikut Penal Code atau Akta Jalanraya.

Yang keduanya ialah JPJ  yang melihat samada ada kegagalan di segi kenderaan atau pemandunya ada PSV atau tidak.

Ketiga, di bawah MOT memang menjadi satu amalan untuk activate MIROS yang membuat siasatan mendalam terhadap sebab kemalangan berlaku, kesannya dan membuat laporan kepada Menteri MOT.

SPAD adalah agensi yang terakhir. Kita akan melihat samada semasa siasatan ini dijalankan kita boleh mengambil tindakan untuk menggantung lesen operator. Tapi jangan lupa bahawa kita tidak boleh mengetepikan proses undang-undang."

Memandangkan ada pihak yang meletakkan alasan kecuaian SPAD kerana membenarkan bas yang mempunyai saman tertunggak beroperasi, ia sebenarnya tuduhan secara melulu..ini kerana pihak SPAD tidak mempunyai kuasa untuk mengawal selia rekod kesalahan lampau...ini semua terletak atas tanggungjawab Polis dan JPJ kerana mereka yang mempunyai rekod kesalahan lampau sesebuah pengangkutan awam..contohnya kes bas melanggar 10 kenderaan mempunyai 63 saman...SPAD tidak boleh buat apa-apa...

SPAD hanya mempunyai kuasa untuk mengendali lesen PSV hanya untuk teksi..bagi bas ekspress pula, itu adalah dibawah kuasa JPJ...jikalau SPAD mahu menggantung lesen PSV pemandu bas ini bermakna ia perlu dirujuk kepada pihak JPJ terlebih dahulu..

Mengenai tiada tindakan dikenakan terhadap bas yang mempunyai saman, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Sirun berkata JPJ mempunyai masalah untuk bertindak kerana tiada penyelarasan sistem saman antara PDRM, JPJ dan SPAD..

Jawapan tersebut senada dengan Pengerusi SPAD..jadi bagi menangani masalah ini SPAD, JPJ, PDRM dan MOT perlu mencari kata sepakat untuk memperbaiki sistem sedia untuk mengatasi masalah ini...berkaitan undang-undang ini, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak secara membuta tuli..semuanya perlu mengikut prosedur dan tidak boleh menjatuhkan hukuman secara mengejut tanpa mengikut undang-undang...

Tindakan SPAD mengantung lesen operator Syarikat Qistina pun mengikut proses yang betul, SPAD telah memberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum mengantung lesen opeator...daripada kita menuduh mana-mana pihak eloklah tunggu tindakan menyelaras undang-undang ketiga-tiga pihak tersebut..

Friday, July 15, 2016

Tertubuhnya PAKATUN, terkuburnya PAKATAN. Siapa kata Mahathir tak men'yumbang'?

1 comments

Sejarah penubuhan PAKATUN sebenarnya amat panjang. Ia bermula sejak Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali menulis di blognya mengenai "dana 1MDB sebanyak RM42 bilion yang lesap". Selepas itu, apabila Mahathir menyedari kesilapannya, jumlah ini diubah kepada RM27 bilion lesap. Selepas itu, jumlah ini ditukar lagi kepada RM1 bilion lesap, seterusnya AS$700 juta lesap sehingga akhirnya tiada apa-apa yang lesap dan RM42 bilion tersebut adalah pinjaman.

Ada juga pendapat yang menyebut bahawa PAKATUN tertubuh selepas Mahahthir membuat tuduhan bahawa terdapat bukti Najib melesapkan wang, kemudian kununnya wang itu dilesapkan oleh Jho Low, kemudiannya kununnya digunakan oleh anak tiri Najib untuk membeli rumah mewah beratus juta di New York, dan selepas itu apabila diminta bukti tersebut, Mahathir kata, ia hanyalah andaian dan dia tidak cukup bukti.

Terdapat riwayat juga yang menyebut bahawa PAKATUN bermula selepas Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat, tetapi tidak dianggotai oleh Pkr kerana gerakan ini ditolak oleh Dr Wan Azizah dan Pas, kerana Datuk Seri Hj Hadi Awang enggan memberi sokongan. Riwayat tersebut menyebut bahawa akhirnya, ia bukan Deklarasi Rakyat, tetapi hanya Deklarasi Mahathir - Kit Siang, kerana hanya diterajui oleh Mahathir, Dap dan proksi Dap, iaitu PAN.

Antara pendapat lain yang muktabar menyebut bahawa PAKATUN tertubuh apabila pada mulanya Mahathir duduk sepentas dengan Dap untuk menggulingkan Najib, tetapi akhirnya yang terguling adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang terguling dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, kemudiannya jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya keahlian UMNOnya dan yang terguling adalah anaknya Mukhriz Mahathir, iaitu dari jawatan Menteri Besar Kedah kerana defisit keyakinan dan ditolak oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di bahagian-bahagian dan negeri, ditolak oleh anggota Dewan Undangan Negeri dan tidak disokong oleh Istana Kedah.

Ada satu lagi pendapat yang menyebut bahawa PAKATUN tertubuh selepas Mahathir memulakan kempen menjatuhkan Najib melalui mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO, tetapi gagal. Ia kemudiannya bertukar kepada gerakan menjatuhkan Najib melalui usul di Parlimen dan apabila gagal, Mahathir terpaksa turun ke Bersih4 dan cuba menjatuhkan Najib belalui demonstrasi jalanan. Selepas gerakan ini juga gagal, Mahathir terpaksa duduk sepentas dengan Dap bagi memulakan gerakan untuk menjatuhkan Najib. Selepas dikritik hebat Mahathir menafikan dia menyokong Dap dan PAKATAN. Gerakan ini kemudiannya bertukar kepada kempen menjatuhkan Najib melalui Pilihan Raya Negeri Sarawak, dan bertukar lagi kepada gerakan mengalahkan BN di dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sumgai Besar. Gerakan ini bertukar lagi pendirian, dari hanya untuk menggulingkan Najib kepada gerakan mengalahkan BN di dalam PRK KK dan Sungai Besar, kepada kerjasama politik jangka pendek dengan Dap, Pkr dan proksi Dap, PAN semata-mata untuk mengalahkan BN kepada gerakan untuk memukar kerajaan menggantikan BN dalam PRU14.

Adapun pendapat paling popular adalah PAKATUN tertubuh selepas deklarasi yang kononnya Deklarasi Rakyat, tapi sebenarnya lebih merupakan Deklarasi Mahathir - Kit Siang yang pada mulanya mendapat lebih 1.26 juta tanda tangan 'rakyat Malaysia', sehingga Mahathir dan Datuk Seri Padukang Khairuddin Abu Hassan beriya-iya berpelukan sambil menangis-nangis, tetapi kemudiannya kantoi, kerana rupanya tanda tangan itu tanda tangan palsu yang dibuat sendiri, termasuk melibatkan nama anggota-anggota tentera, polis, penduduk Sabah dan Sarawak yang pada ketika itu masih belum menerima kunjungan Mahathir dan team deklarasi serta nama orang-orang yang telah mati.

Adapun begitulah SEJARAH PENUBUHAN PAKATUN, seperti yang dirakamkan oleh para perawi dan juga munshi.

"Duit Raya & Dedak" - MCA Desak Nga Kor Ming dan DAP Minta Maaf!!!

1 comments

Tindakan pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang menyamakan pemberian sumbangan duit raya dengan dedak telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh negara..ia jelas satu bentuk penghinaan dan tidak langsung menjaga sensitiviti kaum lain...

Sebelum ini Pemuda UMNO Wilayah Perseketuan yang diketuai Saudara Razlan telah menghantar memorandum bantahan kepada DAP namun lain pula ceritanya dipihak DAP...DAP menganggap bangahan tersebut sebagai ancaman samseng untuk memburukkan imej DAP..

Tindakn DAP ini jelas menunjukkan mereka mengamalkan politik perkauman cauvanis..mereka bakar api perkauman..mereka pula menuduh pihak yang membantah sebagai samseng...biarpun Koming tidak mengaku dan mengatakan posting berkenaan bukan daripadanya tetapi kita mengetahui tindakan itu hanya sandiwara politik mereka...

Bagi kami tindakan koming ini hanya nak mengalihlan isu terhadap kes pebelian rumah Guan Eng...DAP jelas tidak matang dalam berpolitik...dalam pada itu, MCA yang juga seteru DAP menggesa Koming dan DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam atas penghinaan sedekah dikatakan dedak.,


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut membidas sikap biadap Ahli Parlimen Taipinh itu..Liow menegaskan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sewajarnya semua pihak saling hormat menghormati sensitiviti keagamaan antara stu sama lain...

Jelas Liow amat kesal dengan tindakan Kor Ming yang secara jelas mempersendakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh semua umat Islam di negara ini..

Tindakan DAP ini amat bertentangan dengan falsafah MCA yang mana sebagai sebuah parti gabungan di dalam Barisan Nasional, sentiasa mengamalkan semangat 1 Malaysia sebagaimana yang diterapkan oleh Datuk Seri Mohd Najin..MCA saling mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain..ianuandapat mengelakkan salah faham atau ketegangan kaum..

Liow dalam satu kenyataan mendesak agar Kor Ming dan mana-mana pemimoin DAP meminta maaf kepada kaum Melayu secara terbuka bagi mengelakkan salah faham dan ketegangan kaum...sokongan kepada DAP semakin berkurangan..DAP akan melakukan apa sahaja supaya keamanam sedia ada dapat digugat mereka..

Wednesday, July 13, 2016

@SPADChannel Gantung Lesen Qistna Express Susulan Kemalangan Rempuh 10 Kenderaan...

0 comments

Susulan kemalangan rempuhan bas melibatkan 10 kenderaan berhampiran terowong Menora 10 Julai lalu, hari ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen serta 26 permit bas yang dioegang oleh syarikat Qistna Exspress Sdn Bhd..

Pengantungan ini dimaklumkan SPAD dalam satu kenyataan media..Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata "pihaknya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD yerhadap syarikat itu bertarikh 12 Julai. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institit Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan"

Keputusan SPAD mengantung lesen Qistna Express amat tepat sekali ..ia berikutan laporan tersebar bahawa bas berkenaan mempunyai 63 saman tertunggak..manakala pemandunya turut mempunyai 9 saman tertunggak..di sini saja kita dapat lihat betapa pihak pengusaha bas berkenaan tidak langsung peka terhadap peraturan dan undang-undang...kami juga tertanya-tanya apakah boleh memperbaharui cukai jalan jika kenderaan berkenaan mempunyai 63 saman..

Bagi memastikan isu ini tidak berulang..pihak SPAD perlu menyemak status bas bagi pengendali samada mereka mematuhi peraturan ataupun tidak..jika mempunyainsaman perlu dijelaskan segera sebelum membolehkan bas berkenaan membawa penumpang...

Kami tahu SPAD memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspress..tindakan yang diambil SPAD ini sebagai pengajaran dan ingatan tegas kepada oenhendali agar mematuhi Kod Amaran Industri (ICOP) setiap masa demi keselamatan penumpang...

Berikut kami kongsikan kenyataan media SPAD berkenaan isu ini...


Monday, July 11, 2016

Semua Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Sepanjang 'Ops Selamat' Tak Akan Terlepas!!!

0 comments

Masih lagi insiden bas merempuh 10 kenderaan berhampiran terowong Manora..sebelum ini kami ada menulis bahawa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan mengenakan tindakam tegas kepada pihak pengendali...

Kali ini, Kementerian Pengangkutan turut akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas yang melakukan kesalahan undang-undang..Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihak pengendali bas perlu dikenakan tindakan tegas kerana membenarkan pemandu yang mempunyai saman tertunggak terus bekerja..

Kementerian Pengangkutan turut akan menjalankan siasatan rapi kepada semua syarikat bas yang terlibat kemalangan sepanjang 'Ops Selamat' dijalankan...

Tidak guna jika hanya memberi amaran sahaja..tindakan tegas perlu diambil kepada semua pemandu kenderaan awam yang melakukan kesalahan termasuklah kes pemandu teksi yang menggunakan lorong kecemasan semasa berlaku kemalangan di lebuhraya Elite...

Liow berkata, kementeriannya akan menyenaraihitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman tertunggak atah mempunyai jumlah mata demerit sebagai hukuman..

Liow menegaskan kes kesalahan jalan raya dapat dipantau melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang akan dilaksanakan kelak..

Langkah AWAS dan KEJARA ini diyakini dapat mengurangkan kes pemandu pengangkutan awam melanggar peraturan jalan raya...rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran, mereka tidak akan nampak rasionalisasi pelaksanan AES jika perkara baik tidak berlaku depan mata mereka...

Pemandu pengangkutan awam perlu dikenakan tindak dan hukuman lebih berat kerana mereka membawa nyawa orang..





Pengendali Bas Langgar 10 Kenderaan Berhampiran Terowong Menora Akan Dikenakan Tindakan Tegas Oleh SPAD!!! @SPADChannel @AduanSPAD

0 comments

Ekoran insiden sebuah bas melanggar 10 kenderaan berhampiran Terowong Menora semalam, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali termasuk pengantungan dan pembatalan lesen pengendali..

Insiden tersebut menjadi viral setelah video bas berkenaan menjadi viral..alasan awal pemandu bas ialah bas berkenaan mengalami masalah brek..daripada video berkenaan kita dapati bas berkenaan meluncur agak laju sehinggakan pemandu bas berkenaan hilang kawalan..namun kita bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden berkenaan..kesemua 28 penumpang selamat kecuali seorang mengalami kecederaan di perut..

Bagi kami, pihak pengendali harus menerima hukuman berat kerana kecuaian mereka sehingga bas berkenaan merekodkan sebanyak 63 saman..pemandunya pula memiliki 9 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan sejak 2011 hingga 2015..kami mengharapkan pihak SPAD, PDRM dan JPJ perlu menyemak status semua pengendali bas yang mempunyai saman tertunggak..sekiranya saman tidak dilangsaikan bas seharusnya dilarang daripada beroperasi..

Ini penting bagi memastikan setiap pengendali peka terhadap pematuhan undang-undang jalan raya..bayangkan sebanyak 63 saman dicatatkan bas itu saja..ini bermakna bas berkenaan kerap melakukan kesalahan jalan raya..status ini perlu sentiasa disemak kerana kita tidak mahukan bas yang mengambil penumpang mempunyai rekod buruk..

Dalam pada itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Mejistret Ipoh, Ng Geok Nee membenarkan perohonan polis agar pemandu berkenaan direman selama empat hari lagi mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..

Pihak SPAD akan memberi kerjasama yang diperlukan untuk menyiasat kes ini meliputi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu..


Ketua Pengawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata "keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SAPAD dan suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan"

Apapun kita mengharapkan pengendali bas berkenaan perlu dikenakan tindakan yang tegas kerana membiarkan bas mereka menyalahi undang-undang jalan raya sehingga mempunyai 63 saman..di bawah ini kami kongsikan kenyataan media dari SPAD berkenaan isu berkenaan..


Di bawah ini adalah video insiden bas merempuh 10 kenderaan di KM 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas terowong Menora..


video

Sunday, July 10, 2016

Grafik Kebiadapan @NgaKorMing Di Akaun Facebook!!!#DAPBIADAP!!! Cc @PDRMsia

1 comments

Nga koming dan biadap semacam tidak boleh dipisahkan...isu sensasi yang mencetuskan kemarahan Umat Islam bukan perkara baru baginya...

Tidak cukup dengan memain sentimen agama..koming akan cuba reka fitnah semata-mata mahu menyerang UMNO..

Kami cakap kali ini Koming kena...cukuah menghina umat Islam...kerana marahkan UMNO dan PAS dia menghina agama Islam..ini sudah melampau!!

Kami gesa pihak Polis lakukan siasatan terperinci agar koming mendapag balasan tang setimpal dengan perbuatannya...






Saturday, July 9, 2016

"@NgaKorMing Serang UMNO Untuk Menghina Islam Dan Melayu Secara Berlapik"- @RazlanRafii

0 comments

Orang Islam sememangnya tinggi budi pekertinya, DAP yang ahlinya kebanyakkan beragama Kristian memang selalu memainkan api kebencian agama.

Mereka menyerang UMNO untuk menghina Islam dan Melayu secara berlapik.

Terbaru, sedang orang islam menyambut hari kemenangan di awal Aidil Fitri, Nga Kor Ming pula memaparkan kritikan melalui facebook beliau yang menghina orang islam.

Inilah budaya kebencian DAP yang kebanyakkannya orang Kristian terhadap orang UMNO yang beragama Islam.

Orang DAP tahu bahawa orang Islam tidak akan bertindak kurang ajar untuk menghina kembali agama Kristian atau Budha kerana Islam tidak membenarkannya.

Dan demi menjaga keharmian diantara agama, orang islam tidak akan menyerang kembali agama beliau kerana sifat hormat menghormati. Jesteru itulah penghinaan demi penghinaan oleh golongan DAP akan berterusan menghina orang Islam.


Mungkin mereka menunggu sehingga kesabaran orang islam terhadap mereka sudah hilang baru mereka akan berhenti menghina islam.

Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 

Friday, July 8, 2016

Pemimpin DAP Hina Umat Islam..Menyamakan Amalan Bersedekah Dengan Memberi Dedak!!!

0 comments

Menjadi perkara wajib bagi kita menentang DAP dan sekutu mereka apabila mereka menghina amalan umat Islam iaitu bersedekah di bulan syawal sebagai memberi DEDAK...

Nga Kor Ming ternyata langsung tidak sensitif dengan tindakannya membuat posting yang telah menguris hati umat Islam...umat Islam sememangnya digalakkan memperbanyakkan sedekah supaya dapat berkongsi rezeki kepada orang lain...

Buat pengetahuan Koming..umat Islam diwajibkan membayar zakat supaya dapat memberi sedekah sebagai kewajipan membantu golongan asnaf..

Terdahulu ada juga pemimpin DAP mempertikaikan bahawa pengagihan wang zakat tidak adil kerana orang kafir juga selayaknya dapat kerana membayar cukai..sungguh jumud pemikiran mereka tidak menjaga sensitiviti umat Islam...

Zakat dari orang Islam kepada umat Islam..jikalau Nga Korming Teresak Kok mahu merasai nikmat duit zakat saya sarankan Koming SUNAT dulu dan peluk agama ISLAM!!!

Toksahlah menghina kami umat Islam tentang amalan bersedekah dengan dedak...jangan tunjukkan kebangsatan anda..hormati agama lain!!!

Thursday, July 7, 2016

@SPADChannel & Netizen Berang Tindakan Pemandu Teksi Guna Lorong Kecemasan!!!

0 comments

Baru-baru ini, viral kisah kebiadaban pemandu-pemandu teksi yang menggunakan laluan kecemasan di Lebuhraya Elite yang mana dirakam oleh ambulan yang dalam perjalanan memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan..

Hasil rakaman di bawah didapati semua kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan ialah teksi..kami amat kesal dengan sikap pemandu teksi...mereka merasakana mereka jaguh dijalanan sehingga tidak takut langsung melakukan kesalahan..apakah mereka buta hati bahawa tindakan itu akan mengundang padah dan memberi kesusahan kepada orang lain?itu semua bukan dalam kotak pemkiran mereka..yang mereka tahu hanyalah tambang kena naikkan harga..pemandu uber dan grabcar kena hapuskan..

Tindakan beberapa pemandu teksi ini telah mencalarkan imej pemandu teksi seluruh negara..apa tidaknya..pemandu teksi yang kerap meroyan menuntut bermacam-macam daripada kerajaan tetapi sikap mereka seringkali melanggar undang-undang...bawah ini anda boleh saksikan sendiri video pemandu teksi menggunakan lorong kecemasan sehingga melambatkan usaha ambulan memberi bantuan kepada mangsa kemaangan...


Rata-rata masyarakat yang melihat tindakan pemandu teksi berkenaan berasa berang dengan kebiadapan mereka sehingga ada yang memberi cadangan supaya lesen PSV mereka ditarik balik..berikut kami kongsikan komentar netizen terhadap perangai buruk pemandu teksi..








Mengenai status pemandu teksi tersebut, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bekerjasama dengan JPJ untuk mengenakan hukuman yang berat kepada pemandu-pemandu teksi tersebut..berikut kami kongsikan kenyataan media SPAD mengenai insiden tersebut..



ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA