networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, August 31, 2016

Harga Minyak Bulan September 2016...Minyak Turun Harga...

0 comments

Harga minyak bulan September ini pasti dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia..ini ekoran pada bulan September merupakan unat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah bulan September...

Berikut kami kongsikan harga terkini minyak bulan September...

RON95 : RM 1.70 : (RM1.75seliter)
RON97 : RM 2.05 : (RM2.10seliter)
DIESEL : RM 1.70 : (RM1.7seliter)

Harga dalam ()  ialah harga pada bulan Ogos..untuk bulan September kami akan kemaskini pada malam ini...


Tuesday, August 30, 2016

Kenyataan Media @LiowTiongLai Sempena Hari #Merdeka59..

0 comments


31 OGOS 2016
UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN AKHBAR
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN

Perpaduan Antara Rakyat Pemacu Kejayaan Negara

Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

Sempena kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 59, luangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan negara sehingga ke hari ini.

Berlandaskan solidariti yang terbit dari kepelbagaian bangsa dan budaya, Malaysia kini adalah sebuah negara yang semakin disegani, dengan kejayaan di pelbagai peringkat. Kesungguhan dan kecekalan pejuang-pejuang negara telah menjadi asas kepada kejayaan yang dikecapi serta merupakan garis panduan dalam kita mengharungi rintangan dan cabaran.

Cita-cita dan azam ini jelas ditonjolkan oleh para atlet Olimpik negara pada awal bulan ini. Mereka telah menjulang nama negara di peringkat sukan antarabangsa berbekalkan kegigihan dan semangat kesukanan yang tinggi. Di tanah air pula, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet-atlet kita yang berjuang. Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia.

Kontinjen negara juga telah mengukir sejarah dengan membawa pulang lima pingat Olimpik. Sambil kita menyambut kemenangan mereka kita juga harus menyedari bahawa kejayaan setiap individu adalah kejayaan kita bersama dan ini merupakan tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri, demi kejayaan Malaysia secara kolektif.

Dalam kita mengejar impian negara, mari kita bersama-sama menghayati semangat Kemerdekaan sambil kita meraikan hari yang amat bermakna ini. Kesederhanaan, toleransi dan bertolak ansur adalah asas Rakyat Malaysia dahulu, kini dan selamanya.

Selamat Hari Merdeka dan selamat beristirehat bersama keluarga. Bagi pengguna jalan raya, ingatlah mereka yang tersayang dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

[TAMAT]

Monday, August 29, 2016

Perhimpunan Bersih 5.0 Mungkin Batal...Rakyat Malaysia Beryukur...

0 comments

Perhimpunan Bersih 5.0 Mungkin Batal
                                                                                                                                            Kegagalan demonstrasi tangkap MO1 Sabtu lepas, dimana menyaksikan hanya 1,000 orang sahaja yang hadir, memberi gambaran bahawa demonstrasi Bersih 5.0 yang lebih besar dirancang pembangkang, turut akan menemui kegagalan yang sama.
                                                                                                                                            Bukan rahsia lagi bahawa demonstrasi Sabtu lepas adalah ujikaji pembangkang untuk melihat sejauh mana Bersih 5.0 (menggunakan motif yang sama) akan mendapat sambutan.
                                                                                                                                            Kalau yang ini pun gagal menarik minat rakyat, apatah lagi Bersih 5.0 yang buat pertama kali ‘lari’ dari motif tradisi penganjurannya sejak 2007 –pilihanraya yang adil dan bersih.
                                                                                                                                            Dalam masa yang sama, kegagalan demonstrasi Sabtu lepas juga membuktikan rakyat sudah muak dan jelak dengan segala cerita karut marut mengenai 1MDB dan duit syarikat itu yang kononnya disonglap orang.                                                              
                                                                                                                                            Dengan 1MDB sendiri tidak mengadu ada sejumlah duitnya yang hilang disamping pelbagai sesi penerangan yang telah diberikan antara lain oleh CEO 1MDB sendiri, Arul Kandasamy, rakyat semakin sedar bahawa semua polemik berkaitan syarikat itu, hanyalah satu mitos politik semata-mata.
                                                                                                                                            Maka tidak hairan kenapa tema Tangkap MO1 yang diekstrak dari saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung dakwaan konon ada wang 1MDB yang dicuri ini, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan pembangkang.

Marina Chin, telah hadir sendiri dalam demo Sabtu lepas. Dia sendiri merasakan kegagalan itu. Apatah lagi Mat Sabu, Rafizi dan Nurul Izzah yang tidak turun langsung kerana tahu demo itu gagal. 

Tulisan : 
Beruang Biru
BB26, Isnin
29 Ogos 2016

Sunday, August 28, 2016

Gila!!!Baru PC Himpunan Merah Dah Tak sabar Nak Berhimpun Lawan Bersih 5.0!!!

2 comments

Sidang Media Ke 3 Himpunan Merah Versi 2 Yang Diketuai Oleh Pengerusi NGO Malaysia Dato' Jamal Md Yunos.Beliau Berkata Himpunan Merah Merangkumkan Semua Kaum Yang Akan Menentang Perhimpunan BERSIH 5 Bila-Bila Masa Dari Sekarang.... 

Ini memang superb aku cakap...semua bangsa ada..yang dulu ramai orang Melayu..tu pun dah nampak ramai gila..ni belum masuk hero-hero dari masyarakat Cina dan India..sure pertembungan kali ni lebih meriah!!!tujuan Bersih hanya nak tangkap MO1 yang entah siapa dan tah betul atau tidak tuduhan itu,,,

Mantap Dato' Jamal!!!




Saturday, August 27, 2016

Senarai Perdana Menteri, Jasa & Sumbangan Mereka Kepada Negara #RespectMyPM

4 comments
Bersempena bulan kemerdekaan ini, kami dengan rasa sukacitanya ingin berkongsi kepada anda jasa dan sumbangan Perdana Menteri Malaysia sejak merdeka hingga kini..

Banyak jasa Perdana-Perdana Menteri terdahulu kepada kita..di bawah ini kami kongsikan Perdana Menteri kita...semoga bermanfaat...






Hampir terlupa kami untuk masukkan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir...mungkin gara-gara serangan Tun memporak perandakan negara punca faktor kami terlupa..di bawah ini kami masukkan Tun Mahathir sebagai PM keempat...terima kasih kerana mengingatkan kami...



Friday, August 26, 2016

Serangan Terkini Terhadap Bangsa Johor Akan Menjejaskan Parti Bersatu Pro Mahathir..

1 comments

Kita sudah dengan bahawa serangan Tun Mahathir terhadap Bangsa Johor yang disifatkannya tidak sihat untuk Malaysia telah membuatkan Sultan Johor murka..Menteri Besar Johor turut melahirkan rasa terkilan atas statement Mahathir..Seluruh bangsa Johor turut terkilan dengan sikap Tun Mahathir yang asyik menimbulkan pergeseran antara pihak lain..ibaratnya Tun M suka melihat orang lain berlaga sesama sendiri..

Yang pastinya serangan Tun M kali ini telah menjejaskan populariti Muhyiddin Yassin yang kita tahu amat rapat dengan Mahathir dan kuncu-kuncunya..pergerakan Parti Bersatu pastinya amat sukar di Johor apatah lagi Tun merupakan orang kuat Parti Bersatu..bak kata kami, Kerana Mulut Badan Binasa..

Muhyiddin ternyata gagal menerangkan Tun tentang konsep bangsa Johor...eloklah dia keluar UMNO daripada terus jadi pemimpin yang gagal..dulu pun masa Muhyiddin jadi MB Johor..dia bukanlah seoarang MB yang bersih..banyak kes silamnya yang membuatkan pihak Istana tidak selesa dengannya..janganlah terlalu bongkak Muhyiddin!

Bawah ini kami kongsikan statement daripada MB Johor...

Kenyataan Media YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin,
Menteri Besar Johor
(Berhubung isu Bangsa Johor oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad)
25 Ogos 2016.

Saya ingin merujuk kepada pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor semalam.

Saya mempunyai pendirian yang berlainan dan menyanggah dengan tegas kenyataan tersebut.Pendirian saya adalah selari dengan pandangan DYMM Sultan Johor berhubung perkara ini.

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor, dalam apa cara sekalipun, tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan daripada Persekutuan Malaysia.

Johor adalah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia dan akan terus mendukung hubungan eratnya dengan Kerajaan persekutuan.

Namun, hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mesti diterjemahkan selayaknya atas semangat sebuah persekutuan dan bukannya sebagai sebuah negara satuan atau ‘unitary’.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum. Malah ia menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju,harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan sahaja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik. Malah ia akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik. Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.


Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian dari kepelbagaian dan kerencaman Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Saya menyeru semua pihak untuk meneladani kebangkitan Johor dan nasionalismenya. Ia harus menjadi pacuan moral untuk kita lebih menghargai kepelbagaian berbangsa dan bernegara secara progresif dan sihat.
Kepada Tun Dr Mahathir, saya beranggapan tidak perlulah untuk beliau bercakap dan mengulas tentang perkara yang bukan menjadi bidang kearifannya.  Sesuatu yang beliau tidak dapat hargai atau jiwai.

Kami di Johor akan terus berbangga memelihara dan berusaha mempertahankan segala warisan dan konsep yang boleh menjayakan dan menyatakan segenap rakyat negeri ini.

Ends.

Pengguna LRT & Monorel Bakal Nikmati Diskaun 50% Yang Memulakan Perjalanan Jam 6-7 Pagi Bermula 16 September Ini!!!

0 comments

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian diskaun kepada perkhidmatan Modorel, LRT Kelana Jaya dan LRT Seri Petaling & Ampang bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut pada lingkungan jam 6.00 hingga 7.00 pagi bermula 16 September ini...

Langkah ini mampu mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan Monorel pada waktu puncak..disamping dapat mengurangkan kesesakan ia turut mampu menjimatkan kos perbelanjaan pengguna ke tempat kerja setiap hari..

Zaman sekarang sudah berubah..jika dahulu kita menggunakan kenderaan awam LRT dan Monorel untuk mengelakkan kesesakana trafik di jalan raya dan menjimatkan masa..tetapi kini kita perlu bersaing untuk pergi kerja awal untuk menjimatkan perbelanjaan..dalam pada itu kualiti kerja pengguna turut bertambah ekoran ramai yang akan mengubah gaya hidup pergi kerja awal..sampai awal ke tempat kerja boleh pergi sarapan dahulu..bila masuk sahaja kerja tidaklah nanti nak mengular waktu kerja cari sarapan..

Pengumuman tersebut dibuat ketika YAB PM melancarkan pembinaan LRT 3 baru-baru ini. Projek LRT 3 ini melibatkan jajaran sepanjang 37 KM dan menyediakan kemudahan penumpang di Klang, Shah dan Petaling Jaya yang mana akan memberi manfaat kepada kira-kira dua juta pengguna..Projek ini dijangka akan bermula pada tahun depan (2017) dan dijangka siap pada 2020 yang mana dikendalikan oleh Prasarana..

Mengenai pemberian diskaun 50 % untuk LRT dan Monorel Najib berkata "Dala menghargai dan memberi sokongan kepada pengguna yang berulang-alik ke tempat kerja menggunakan jaringan LRT dan Monorel. Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa penumpang ke rangkaian LRT dan Monorel Rapid KL akan diberi diskaun 50 peratus antara jam 6 pagi hingga 7 pagi"

Langkah pemberian diskaun ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan in setiap hari..ini menunjukka betapa kerajaan amat prihatin kepada pengguna yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari...

Kerajaan akan melakukan apa sahaja usaha bagi meningkatkan kualiti pengangkutan di negara kita..

Sultan Johor Murka Respon Tun M Terhadap Bangsa Johor!!!

0 comments

1. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan tegas menegur dan menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak dipersetujui bekas perdana menteri itu. 

2. Tun Mahathir ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia' di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Rabu.


3. Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat mengamalkan konsep kenegerian. Rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah yang menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

4. Titah baginda, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar. 

5. Sultan Ibrahim bertitah, Tun Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan. Beliau telah memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala baginda menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu.

6. Tun Mahathir perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan mereka tersendiri tetapi tidak bermakna mereka melupakan Persekutuan. Ia hanya sebahagian daripada imaginasi Tun Mahathir.

7. Sultan Ibrahim bertitah, Tun Mahathir hanya menimbulkan masalah meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya. Baginda juga menasihatkan beliau supaya tutup mulut.

8. “Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara kini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau," titah Sultan Johor.

Tuesday, August 23, 2016

Isu Azizulhasni Tidak Dapat Tajaan Basikal Selesai..

2 comments

YAB Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abd Rahman hari ini bertemu dengan pemenang pingat gangsa acara Keirin Sukan Olimpik Azizulhasni Awang dalam satu pertemuan mesra di Kuala Lumpur.

Beliau turut mendengar sendiri luahan hati Jijoe mengenai isu viral yang berlaku dalam media sosial pada minggu lalu.

Dalam pertemuan ini juga kedua-duanya berbincang dari hati ke hati bagi menyelesaikan perkara yang disifatkan sebagai salah faham.



Perjumpaan selama hampir 1 jam itu diadakan dalam suasana santai dan muhibah.

Dalam akhbar baru-baru ini Azizul juga turut mengakui Ahmad Razif adalah seorang menteri besar yang prihatin terhadap isu rakyat dan mungkin berlaku salah faham atau beliau terlepas pandang mengenai permohonannya untuk meminta sebuah basikal roadbike itu.

Kerajaan negeri juga ada mengumumkan akan meletakkan nama Azizulhasni di galeri Muzium Negeri sebagai penghargaan atlet Terengganu pertama meraih pingat dan mencipta rekod terbaik di temasya paling berprestij di dunia itu.

Ayah kepada Azizulhasni juga meminta anaknya menyelesaikan secara baik dengan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak. -TerengganuTimes

Monday, August 22, 2016

MCA vs DAP #PRU14 Satu Lagi Medan Tempur Bakal Menyaksikan Kemerosotan Sokongan Terhadap DAP Selepas #PRNSarawak!!!!

0 comments

MCA sudah memalu gendang kebangkitan apabila parti itu awal-awal lagi telah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka 2 tahun dari sekarang..dengan azam mahu merampas semula kerusi yang telah hilang ketika PRU13..

Pada ketika itu, kita tidak nafikan bahawa memang wujudnya tsunami Cina apabila memilih DAP berbanding BN...sokongan ini berdasarkan keupayaan kempen DAP yang nampak seperti parti suci tanpa dosa..tidak dinafikan rata-rata masyarakat Cina terpedaya dengan gaya dan penampilan yang bersih langsung tidak terlibat sebarang rasuah...

Berikutan isu politik yang melanda DAP ketika ini, kami yakin orang Cina tidak akan terpedaya lagi dengan agenda DAP yang hanya pandai bermain sandiwara politik..

Menurut presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang akan dipilih...

Bukan kami hendak mengampu MCA tetapi ini realitinya, anda boleh lihat sendiri pemimpin-pemimpin MCA semuanya bersih daripada sebarang tuduhan..tidak seperti DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri sedang disiasat dengan tuduhan rasuah pembelian rumah..malah parti itu sendiri tidak sehaluan dengan komponen mereka PKR dan membuatkan PAS menarik diri dari terus menjadi perkakas DAP...

Menurut Liow calon yang dipilih MCA mestilah memenuhi kreteria yang telah ditetapkan oleh parti antaranya calon mestilah disukai ramai dan boleh menang..impian MCA ialah mahu menawan semula hati orang Cina terhadap parti itu.,

Pastinya DAP sekarang ini resah dengan geopolitik tempatan yang telah mula menolak DAP..buktinya ketika di PRN Sarawak..DAP kehilangan kerusi yang mereka dapat pada PRU13 dulu dan terpaksa menanggung malu..DAP terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk melaksanakan PRN Penang kerana melihat jumlah sokongan mereka semakin merosot..

"Bagi MCA, kami sudah bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Seperti di Pulau Pinang, sekiranya mereka ingin mengadakan pilihan raya awal, kami sudah bersedia. Kami akan meletakkan calon parti yanh terdiri daripada barisan kepimpinan baharu dan lama" ujar Liow

Sepanjang tempoh renaisance MCA sejak PRU13..MCA tidak pernah mengalah untuk terus bekerja untuk menawan kembali sokongan Cina..jika dibanding dengan DAP...MCA lebih bertamadun dengan tidak melakukan penghinaan kepada pemimpin mereka sebagaimana DAP lakukan terhadap PM Najib dan Isteri serta umat Islam..,

DAP jelas sebuah parti perpecahan..mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap agama dan bangsa...mereka tidak heran menghina asalkan dapat memburukkan BN..mereka jelas mementingkan diri sehingga sanggup menubuhkan parti baru daripada PAS..

Kami amat yakin DAP akan pincang pada PRU 14..apalah erti DAP jika tiada sokonhan dari pengundi PAS...banyak bukti telah kita lihat betapa DAP dalam keadaan terdesak..mereka sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir yang dahulu sentiasa melabelkan DAP sebagai parti perpecahan dan punca tragdi 13 Mei..

Tahniah MCA atas usaha anda..semoga PRU 14 akan wujud gelombang biri mengalahkan tsunami Cina pada PRU13 yang lalu..,

Sunday, August 21, 2016

MB Johor Ingatkan Ahli UMNO Pagoh...Jangan Hukum UMNO Kerana Parti Tidak Bersalah!!!Biarkan Muhyiddin Dengan Haluan Sendiri...

1 comments


Teks ucapan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO Pagoh.

Tuan-tuan dan Puan-puan

1. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, atas jemputan pada hari ini. Saya berasa sangat bertanggungjawab untuk hadir.

2. Saya tahu betapa terkesannya UMNO Pagoh susulan beberapa episod yang mendukacitakan, yang melibatkan pemimpin penting bahagian ini.

3. Maka kerana itu, saya perlu hadir. Sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, saya mesti tampil ke hadapan. Dan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian UMNO Johor dalam isu yang melibatkan Ketua UMNO Pagoh.

4. Tetapi sebelum saya pergi lebih jauh. Biarlah saya nyatakan satu perkara. Betapa sejujurnya, saya berasa begitu janggal sekali, berkunjung ke Pagoh, tanpa kehadiran dan melihat kelibat Tan Sri Muhyiddin.

5. Pagoh ini sudah terlalu sinonim dengan beliau. Saya secara peribadi, menganggap Tan Sri sebagai sahabat, sebagai rakan seperjuangan dan bekas ahli parti yang sangat berjasa. Berjasa pada UMNO, berjasa pada Pagoh dan Johor. Berjasa pada agama dan negara.

6. Beliau sudah lama mengabdikan dirinya untuk perjuangan agama dan bangsa melalui UMNO. Bukan sehari atau semalam dua. Tetapi, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

7. Jadi tidak pelik kalau Tan Sri Muhyiddin adalah seorang yang sangat dekat di hati, sangat dikasihi dan disanjungi oleh warga Pagoh.

8. Dalam hal ini, UMNO Johor berpendirian bahawa, walau apa pun yang telah terjadi antara Tan Sri Muhyiddin dengan UMNO, kita tidak akan sesekali melupakan jasa beliau selama ini.

9. Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat. Kita akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada kita.

10. Kerana, inilah cara kita di Johor. Johor yang mengamalkan politik matang, politik berpendirian.

11. Dan yang lebih penting, kita tidak akan sesekali membakar segala jambatan persaudaran dan tali persahabatan antara kita, hanya kerana khilaf politik. Hanya kerana perbezaan pandangan dan pendirian.

12. Kita mesti terbuka dan menerima hakikat. Bahawa Tan sri Muhyiddin telah memilih jalan berlainan. Beliau memilih haluan sendiri. Haluan yang lebih selesa dan sesuai dengan pendirian dan prinsip beliau.

13. Dan kita pula memilih untuk setia dengan pendirian dan prinsip kita. Setia dengan haluan dan kesatuan kita. Tanpa mengalah dan berputus asa dengan segala cabaran dan kesukaran yang terpaksa kita tempuhi.

14. Bukan kerana kita ini feudal. Bukan kerana kita mendambakan kuasa, kedudukan atau pengaruh. Bukan.

15. Tetapi kerana hidup berprinsip dan berpendirian itu adalah mulia. Harus kita berpijak di tanah. Dengan tegas, dengan tetap, dengan berpendirian.

16. Janganlah kita sesekali meminjam resmi kiambang. Yang hidupnya hanya terapungan di permukaan air. Sekadar mengikut gelombang. Akarnya tak cecah ke bumi. Pucuknya jauh menggapai awan.

17. Dan yang lebih penting, kita memilih pendirian ini bukan kerana suka-suka. Tetapi kerana kita mempunyai sebab-sebab kita yang tersendiri. Yang hanya kita tahu dan faham.

18. Pertama, kerana UMNO ini, wadah yang kita sendiri bina.

19. Wadah yang meletakkan kita semua ini pada kedudukan sekarang. Kedudukan terbaik dalam sejarah pembangunan bangsa Melayu. Malah dalam sejarah perjalanan kita sebagai sebuah negara moden yang stabil.

20. Wadah inilah yang memberikan kita nikmat kemerdekaan. Wadah inilah yang memberikan makna pada sebuah kebebasan dan harga diri.

21. Wadah inilah yang membolehkan pelbagai dasar, pelbagai program, pelbagai insentif, diperkenalkan untuk memajukan orang Melayu. Membangunkan bangsa dan agama.

22. Jadi, mana mungkin kita sanggup meninggalkan wadah ini begitu sahaja. Hanya kerana ada pergeseran. Hanya kerana ada perbezaan.

23. Kita ini bukan anak-anak kecil. Yang menyangka bahawa hidup ini hanyalah tentang kegembiraan dan perkara-perkara yang manis. Kita bukan anak-anak kecil yang melihat perbezaan itu sebagai permusuhan yang hakiki.

24. Kita ini adalah generasi pewaris kepada sebuah wadah yang mengumpul kekuatan dan kesatuan orang Melayu.

25. Walau apapun perbezaannya dan biar sehebat manapun ribut dan gelora politik yang melanda, wadah inilah yang selama ini menjadi pengikat untuk kita bergerak. Dalam kerangka demokrasi dan membentuk Malaysia yang moden dan berkemajuan.

26. Lalu, mana mungkin wadah UMNO ini, boleh kita buang dan tinggalkan begitu sahaja.

27. Kedua, pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO Johor, insyaAllah, akan kita pertahankan.

28. Dalam politik, ia sudah menjadi lumrah. Bahawa akan ada sahaja pemimpin yang memilih untuk meninggalkan kita. Sudah resam. Akan ada yang datang. Akan ada yang pergi. Akan ada yang meninggalkan. Akan ada yang tewas.

29. Namun yang pasti, semua pemimpin, semua ahli, mesti sedar bahawa UMNO ini bukan milik peribadi. Ia juga bukan kisah tentang seorang individu.

30. Ia adalah institusi, yang lebih basar dari mana-mana kehebatan seorang pemimpin. Ia lebih gah dari pesona hebat seorang negarawan.

31. Maka berlapang dadalah bila ada pemimpin yang tidak lagi bersama kita. Bersabarlah.

32. Tidak ada siapa yang kekal selama-lamanya. Ingat saudara-saudari, Rasulallah SAW juga wafat dan meninggalkan kita. Tapi Islam itu tetap sampai kepada kita, menerangi nurani kita, memuliakan darjah keinsanan kita.

33. Demikian jugalah dengan UMNO. Pengasasnya telah lama pergi. Ribuan pemimpin dan pendukung terhebatnya juga telah berpulang, meninggal atau tersingkir. Namun UMNO kekal sehingga kini, dari generasi ke generasi, zaman ke zaman.

34. Dengan membawa pencerahan, dengan menyeru kepada persaudaraan dan dengan ideologinya yang murni. Untuk mencipta kebaikan pada bangsa dan agama.

35. Ketiga, kalau kita selaku orang Melayu, ahli UMNO, tidak mempertahankan UMNO, siapa lagi yang akan melakukannya?

36. Sejak kita merdeka sehinggalah hari ini, Malaysia sudah menyaksikan pelbagai kejayaan dan kemajuan. Dan kita sedar, kesemua ini adalah hasil sumbangan besar dan perjuangan tulus para pendiri bangsa terdahulu.

37. Namun, kebanyakan kita hari ini hanya mampu mendengar sahaja tentang mereka. Tentang perjuangan mereka, tentang cerita kerja keras mereka serta doa mereka untuk bangsa dan tanahair ini.

38. Kita tidak pernah bertemu dan tidak akan pernah dapat bersua wajah dengan mereka.

39. Namun, satu-satunya perkara yang masih ada, yang menghubungkan kita dengan mereka, selain daripada tanahair yang merdeka dan makmur ini, adalah UMNO. UMNO adalah merupakan warisan dan peninggalan dari mereka untuk kita.

40. Sebagai sebuah wadah plitik Melayu moden, yang bukan sekadar untuk ditatap dan dikenang-kenang. Tetapi untuk terus diperjuangkan. Agar kekal, agar berkelangsungan. Agar ia dapat terus berbakti kepada bangsa, agama dan tanahair ini.

41. Maka, kepada seluruh orang Melayu, hanya satu seruan dan peringatan dari saya. Betapa kita punya tugas dan tanggungjawab. Untuk terus mempertahankan parti ini.

42. Kerana membela dan mendukung sebarang pergerakan yang membaiki watan, dengan perjuangan agama itu sendiri, bukanlah kutub yang terpisah.

43. Dalam dunia yang semakin berubah. Dengan persekitaran yang semakin global. Sudah tidak ramai lagi yang mempunyai perasaan yang sentimental dengan UMNO.

44. Janganlah kita lupa, pelita UMNO inilah yang selama ini menerangi kita.  Dan hanya kerana nyalaan pelita ini semakin malap, janganlah kita mengambil jalan mudah untuk terus memadamkannya sahaja.
45. Terpadam dan dibiar menjadi sekadar perhiasan di dinding-dinding khutub khanah, atau ditatap ceritanya dalam cerita buku sejarah.

46. Maka kalau kita, ahli UMNO, juga mahu terus menerus marahkan UMNO, mahu meninggalkan UMNO, mahu melupakan UMNO, maka siapa lagi yang akan tinggal untuk membela dan mempertahankan UMNO ini?

Tuan-tuan dan Puan-puan;

47. Suatu ketika dulu, saya sendiri pernah hampir tersingkir dari UMNO. Saya pernah diberikan surat tunjuk sebab untuk menjawab kenapa tindakan disiplin tidak perlu diambil terhadap saya. Guru dan mentor politik saya sendiri, Tan Sri Shahrir pula digantung.

48. Kami tidak tahu apa kesalahan kami pada waktu itu. Tapi kami setia dengan UMNO. Kami tidak pernah meninggalkan UMNO.

49. Sebaliknya, kami membina semula keyakinan kepada UMNO dan bersungguh-sungguh mempertahankan keahlian kami dari UMNO.

50. Kerana kami amat yakin, bahawa UMNO itu bukan masalah sebenar. Parti tidak bersalah.

51. Tetapi hanya orang-orang tertentu yang menjadi punca masalah. Dan segelintir orang-orang tertentu yang menjadi punca itu tidak seharusnya dianggap mewakili UMNO secara keseluruhannya. Tidak seharusnya menjadi sebab untuk kita pula yang meninggalkan UMNO.

52. Jadi sebab itulah bila saya hadir pada hari ini, saya sangat mengerti perasaan tuan-tuan dan puan-puan. Ada yang masih bersedih, ada yang marah, ada yang juga sudah mula bergerak ke hadapan dan segera meninggalkan kemelut ini di belakang.

53. Biar apa pun perasaan dan sentimen yang tuan-tuan rasakan, kesemuanya adalah sesuatu yang kita hormati dan fahami.

54. Akan tetapi, saya sekadar ingin menyatakan dengan jelas. Kita harus mula menerima hakikat bahawa Tan Sri Muhyiddin telahpun memilih jalan lain.

55. Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan tindakan tersebut, UMNO ini janganlah sesekali kita korbankan.

56. Nasihat saya, janganlah kita terbawa-bawa dengan perasaan dan sentimen kita. Risalah UMNO ini lebih besar dari pesona mana-mana pemimpin. Perjuangkan risalah ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan;

57. Saya hadir hari ini pun kerana saya ingin menjadi penengah. Tugas saya ialah untuk berusaha mencari jalan terbaik, jalan damai, jalan yang meredakan segala amarah. Di Pagoh ini.

58. Dan saya ingin sekali mengajak semua yang hadir. Marilah kita kembali kepada landasan yang telah kita sepekati dari dahulu.

59. Bahawa UMNOlah satu-satunya wadah yang mesti kita perjuang dan pertahankan. Biar apa pun perbalahan antara kita.

60. Kerana UMNO yang lemah akan menyebabkan Malaysia lemah. UMNO yang kucar kacir akan menyebabkan negara tercicir. UMNO yang tercedera, akan melumpuhkan perjalanan pembangunan tanah air kita.

61. Lebih-lebih lagi sekarang ini. Saat negara berhadapan dengan begitu banyak sekali cabaran yang kompleks, besar dan luar biasa. Baik dari aspek politik kepada isu ekonomi, daripada aspek kesejahteraan sosial sehinggalah kepada krisis kepimpinan.

62. Dalam keadaan sebegini, sudah pastilah Malaysia memerlukan pencerahan dan inspirasi politik yang mampu memimpin kita untuk mendepani semua cabaran ini.

63. Malaysia memerlukan ‘kebangkitan nasional’. Di mana seluruh Malaysia, berpadu, bersekutu, sebagai sebuah bangsa, mewujudkan kesejahteraan yang lebih baik untuk Malaysia.

64. Dan ini hanya boleh berlaku melalui tindakan politik.

65. Kerana hanya inspirasi politik sahaja yang  akan mampu mencipta kebangkitan nasional untuk memacu kejayaan Malaysia yang lebih besar, lebih hebat, lebih bersatu.

66. Dan ia mesti datang dari UMNO. UMNO yang lebih berpadu. UMNO yang lebih moden. UMNO yang lebih berkemajuan.

67. Jadi, marilah kita gembleng segala kudrat yang kita ada. Untuk kembali bertaut. Kembali berpadu. Bagi memastikan UMNO itu menjadi lebih berkemajuan. Lebih berdaya saing. Tidak berpecah-belah.

68. Dan UMNO yang sebegini dapat menjadi inspirasi kepada segala pencerahan yang Malaysia perlukan. Dan melalui inspirasi ini, Malaysia akan mampu menangani segala cabaran yang mendepaninya.

Tuan-tuan dan Puan-puan;

69. Ramai sekali yang memberitahu saya. UMNO ini sudah tersasar. Ramai yang putus harapan dengan UMNO. Ramai yang merasakan perjuangan UMNO sudah sangat jauh dari nadi sebenar ideologinya.

70. Dan mereka berpandangan bahawa UMNO berada di persimpangan paling getir dalam hayat kewujudannya.

71. Saya mendengar ini semua dengan berlapang dada. Saya juga mengakui banyak kebenaran dari ini semua. Tetapi sekadar mengungkapkan berkali-kali segala kelemahan ini, tidak akan menyelesaikan masalah.

72. Malah meninggalkan UMNO juga bukanlah alternatif yang akan menjernihkan keadaan.

73. Lalu kita hanya ada satu pilihan iaitu memulihkan kembali wibawa UMNO ini. Sedikit demi sedikit. Setapak demi setapak.

74. Kerana, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk kita meninggalkan UMNO begitu sahaja setelah apa yang UMNO berikan kepada kita semua. Setelah kita menikmati segala kebaikan dari wadah ini.

75. Kerana itulah di Johor ini, jalan kita ialah jalan pengislahan. Kita ingin mencipta aliran baru dalam UMNO. Kecergasan baru. Citra baru. Dan kita sedang giatkan pelbagai ikhtiar untuk itu.

76. Kerana kita sangat yakin, banyak lagi bait-bait yang baik dalam UMNO ini. Banyak lagi keunggulan yang tidak terlihat dan tertonjol.

77. Barangkali kerana kita terlalu sering menggunakan watak dan peribadi beberapa pemimpin UMNO sahaja, sebagai rujukan dan sandaran untuk kita menyimpulkan bahawa UMNO itu sudah tersasar.

78. Pastinya hujah seperti itu sangat tidak mencukupi untuk menghukum UMNO secara keseluruhan. Kerana seperti yang saya nyatakan dari awal, dan dalam banyak forum sebelum ini, UMNO itu lebih besar dari pesona beberapa orang pemimpinnya.

79. Kerana itulah, UMNO Johor gigih dalam usaha pengislahan UMNO ini.

80. Agar ia kembali didukung oleh bakat terbaik. Kembali diuruskan dengan sistem termaju. Dan kembali memfokuskan kepada memberi khidmat dan dharmabakti paling luhur pada bangsa.

81. Semoga, dengan doa-doa mereka yang soleh, yang pernah dibantu oleh UMNO, yang mendapat kebaikan dari perjuangan UMNO, akan terjelmalah keberkatan yang akan menyerlahkan sisi baik UMNO sebagai sebuah pergerakan siasah.

Tuan-tuan dan Puan-puan;

82. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya mengajak semua ahli UMNO Pagoh, untuk terus mendukung UMNO. Mendukungnya dengan keberanian, dengan kebenaran, dengan prinsip.

83. Bersetialah dalam UMNO tanpa takut untuk berkata benar. Bersetialah dalam UMNO dengan tidak mengorbankan prinsip kita. Bersetialah dalam UMNO dengan teguh pada pendirian.

84. Ingatlah kata kata Almarhum Pramoedya Ananta Toer, sasterawan ulung Indonesia betapa “Dalam hidup, cuma ada satu yang kita punyai, iaitu keberanian. Kalau itu kita tidak punyai, apalah harga hidup ini”.

Sekian, terima kasih.

Ends.

"Barisan Nasional Parti Memerdekakan Malaysia" @WeeKaSiongMP

0 comments

Tidak lama lagi negara kita bakal menyambut hari kemerdekaan ke-59..sudah 59 tahun negara kita bebas daripada penjajah British, Jepun, Komunis yang telah merosakkan ahli keluarga kita terdahulu..orang yang hidup di era berkenaan pastinya terasa betapa peritnya hidup di bawah kongkongan kuasa asing...

Kini, semangat bebas daripada segala bentuk penjajahan semakin luntur apabila bekas pemimpin negara turut merelakan negara kita dijajah dan merelakan kuasa asing menjajah sistem pentadbiran negara kita...ini semua kerana mahu menafikan hak demokrasi perlembagaan yang kita pegang...lebih menyedihkan lagi apabila ianya dihalalkan oleh orang yang pernah memerintah negara kita..

Ini berlaku kerana sifat hasad dengki kerana ingin berkuasa..sanggup berpaling tadah bersatu dengan musuh kerajaan BN asalkan matlamat tercapai...selepas itu menuduh pula parti yang memperjuangkan kemerdekaan sebagai rasis..dahulu semasa berjuang dalam BN tiada pula menuduh BN yang bukan-bukan..

Tun M dan Muhyiddin harus malu kepada diri sendiri atas tindakannya yang mengutuk BN secara melulu...tindakan ini mendapat reaksi kurang senang daripada Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.

Menurut Wee, sebelum Tanah Melayu diberi kemerdekaan dari pihak British, salah satu syarat utama ialah menerima pendatang Cina dan India sebagai warganegara dan di antara bangsa-bangsa ini perlu memenangi pilihanraya pertama negara..

Di sinilah bermulanya parti UMNO yang memperjuangkan Melayu, MCA untuk Cina, MIC untuk India dan bergabunh di bawah Parti Perikatan dan seterusnya di bawah Barisan Nasional menggabungkan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak..,

Tak usahlah Mahathir dan Muhyiddin buat-buat tak tahu asas perjuang Barisan Nasional...dia sendiri patutnya mengetahui selok belok parti BN..bukannya mempertikai seolah-olah baru lahir...

Wee turut menyelar perjuangan parti pembangkang kerana tidak dapat bersatu dalam mentadbir negeri-negeri yang mereka tawan. DAP yang mentadbir Penang hanya mementingkan hala tuju parti mereka sahaja...

Menurut Wee, parti Bersatu yang baru ditubuhkan ini hanya untuk satu bangsa sahaja dan menganggap bangsa lain sebagai kelas kedua...


Dalam pada itu, YAB Perdana Menteri, DS Najib turut menyelar tindakan tidak bertamadun bekas pemimpin BN Tun dan Muhyiddin yang rela bersekongkol dengan kuasa asing semata-mata mahu mengalahkannya.

"Kalau kita buka perlembagaan UMNO, salah satu asas perjuangan adalah untuk menjaga dan mempertahankan kemerdekaan negara, UMNO ini sejarahnya dibentuk oleh sebuah bangsa berdaulat. Generasi ayahanda saya membentuk dan mengasaskan negara ini. Saya merupakan generasi kedua. Ini adalah harta pusaka yang perlu kita jaga bersama" jelas Najib ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Tasek Gelugor hari ini.

Nasihat kami kepada dua insan ini..cermin diri dahulu dan ingat kembali sejarah silam anda ketika dalam UMNO!!jangan kerana tidak sepakat rumah UMNO hendak dimusnahkan...

Friday, August 19, 2016

DS @LiowTiongLai Lahir Rasa Dukacita Sikap Akhbar Tempatan Seperti Tidak Mengiktiraf Kejayaan Atlet Malaysia #Olimpik #Rio2016..

0 comments

Sebentar tadi, seluruh rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan jaguh badminton no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menewaskan musuh tradisi Lin Dan dalam pertarungan tiga set..Set pertama memihak kepada Lin Dan dengan kemenangan 21-15..selepas itu Chong Wee bangkit dengan menewaskan Lin Dan pada set ke-2 dan ke-3 dengan kemenangan 21-11 dan 22-20...

Jika ditakdirkan Datuk Lee Chong Wee kalah tadi, kami tetap berasa bangga apabila melihat usaha dan semangat juang Datuk Lee Chong Wee bertarung dalam perlawanan tadi..Perlawanan tadi ibarat pentas final..sungguh mendebarkan dengan masing-masing menunjukkan kemahiran individu dan kekuatan mental..

Lihatlah betapa bersemangatnya Lee Chong Wee tadi..bahkan semua pemain badminton negara kita menunjukkan usaha yang tidak pernah kira penat...namun ia tidak dapat dinilai dengan baik segelintir wartawan...mereka sanggup menggadaikan maruah diri dengan menulis tajuk untuk membangkitkan kemarahan rakyat..

Baru-baru ini akbar Kosmo dikecam netizen kerana mempersendakan kekalahan jaguh beregu campuran negara Peng Soon - Liu Ying yang telah kami tulis dalam artikel yang lalu (SINI)..

Pemimpin tempatan turut melahirkan rasa dukacita atas sikap wartawan Kosmo yang tidak profesional...Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut melahirkan rasa dukacita melihatkan tulisan wartawan Kosmo yang tidak profesional..


DS Liow berkata "pasangan beregu campuran telah berjuang di Sukan Olimpik tanpa sesiapa meramalkan mereka akan memenangi sebarang pingat. Mereka telah melakukan sesuatu yang diluar jangaan dan menghadapi pasukan lawan kedudukan teratas pada perlawanan akhir"

Dalam pada itu, DS Liow berkata MCA akan mempertimbangkan untuk memberi ganjaran kepada pasangan beregu campuran itu..Akhbar Kosmo telah kita ketahui mereka akan menulis tajuk berita yang sensasi untuk melariskan jualan tanpa mengira sensitiviti masyarakat...

Kami ingin mengingatkan Kosmo agar memilih penulis berita yang benar-benar beretika untuk menulis sebelum menjadi wartawan..Kami menharap agar KOSMO tidak menulis yang bukan-bukan tentang kemenengan Lee Chong Wee terhadap Lin Dan esok...Cukup-cukuplah jadi batu api...bertaubatla...

Jom kita berikan sokongan kepada beregu negara dalam misi menawan Emas pertama untuk negara!!!ChaiyoookkK! Tan Wee Keong dan Goh V Shen!!!

Thursday, August 18, 2016

Kosmo Dicemuh Keluar Berita Perkecil Peng Soon-Liu Dapat Pingat Perak #Rio2016

0 comments

Wartawan Kosmo diherdik masyarakat kerana memperalatkan kemenangan beregu campuran negara kerana tumpas kepada pasangan Indonesia awal pagi tadi (Waktu Malaysia)..

Biarpun mendapat pingat Perak, seluruh rakyat Malaysia memuji semangat juang pasangan ini sehingga berjaya melangkah masuk ke peringkat Akhir Sukan Olimpik..ia amat membanggakan buat kontinjen negara apatah lagi selama ini beregu campuran kita tidak pernah mencapai tahap yang membanggakan seperti ini..

Tajuk utama Kosmo 'Peng Soon - Liu Ying hampakan jutaan rakyat Malaysia' menunjukkan betapa wartawan Kosmo langsung tidak mengetahui landskap sukan badminton..untuk pengetahuan wartawan Kosmo..Peng Soon dan Liu Ying telah berjaya menewaskan beregu nombor 6 dunia dari China ketika di Separuh Akhir...tetapi akur kepada beregu Indonesia yang menduduki ranking ketiga..

Bagi rakyat Malaysia ia adalah pencapaian terbaik buat sukan badminton negara..kejayaan memenangi pingat Perak itu telah mendapat penghargaan daripada YAB Perdana Menteri sendiri..


Jikalau hendak melariskan jualan usahlah Kosmo sanggup memalukan diri sendiri sehingga sanggup menjatuhkan usaha orang lain..untuk maklumat semua, pada 2014 Liu Ying telah membuat pembedahan pada kedua-dua lutut kerana kecederaan ligamen dan terpaksa menjalani pemulihan selama 11 bulan..sebaik sahaja pulih, Liu Ying menyertai semula rakan beregunya Peng Soon..

Kelayakan Olimpik bermula pada May 2015 dan pada ketika itu rankingnya 79..dalam masa setahun mereka telah berjaya menaikkan rangking kepada kedudukan terbaik sehingga hari ini ranking pasangan ini pada kedudukan ke-11..


Apa yang kosmo buat ini amat memalukan...sebagai sebuah akhbar tempatan mereka sepatutnya lebih peka sensitiviti semua sebelum mengeluarkan artikel...sama saja level Kosmo dengan orang yang mempertikaikan pemberian imbuhan Pandalela Rinong...dulu kami fikir akhbar Harakah dan Suara Keadilan sahaja hang teruk..sekarang Kosmo pun lebih kurang...aiyak!

Wednesday, August 17, 2016

Kenyataan MB Terengganu Terhadap Kejayaan @AzizulAwang Pingat Gangsa Olimpik #Rio2016

0 comments

Kenyataan Menteri Besar Terengganu Mengenai Kejayaan Azizul Hasni

1. Saya ingin menjelaskan bahawa perkara yang diluahkan oleh Azizul Hasni yang sedang tersebar di media sosial tiada dalam makluman saya. 

2. Apa pun saya bersedia untuk berjumpa sendiri dengan Azizul bagi menyampaikan rasa bangga seluruh rakyat Terengganu atas kejayaannya di Olimpik. 

3. Saya juga bersedia mendengar sendiri luahan hati Azizul itu dengan hati yang terbuka. 

4. Kerajaan Negeri Terengganu juga sedang menilai ganjaran yang bersesuaian dengan kejayaan Azizul Hasni. 

5. Kerajaan Negeri Terengganu sedang membuat persiapan khas untuk meraikan kepulangan Azizul Hasni nanti. 

6. Kerajaan Negeri Terengganu akan mewujudkan satu galeri khas untuk anak anak negeri Terengganu yang berjaya dalam sukan, termasuklah kejayaan Azizul Hasni di Olimpik. 

YAB Ahmad Razif 
Abdul Rahman
Menteri Besar Terengganu
17 Ogos 2016

Program Transformasi Teksi Dekati Jiwa Pemandu Teksi...Satu Inisiatif Menaiktaraf Industri Teksi!!!!

0 comments

Pemandu teksi terus dibela Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila agensi tersebut mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) semalam..

TITP ini bertujuan untuk memberi pendekatan baru dalam menyelesaikan beberapa isi-isu yang sudah lama melanda industri tersebut dengan memperkenalkan yang boleh ditakrifkan sebagai lengkap..Ia juga difikirkan dapat mewujudkan persekitaran indistri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna secara umumnya..

TITP yang diumumkan semalam berorientasikan kepada empat prinsip utama iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi, meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu teksi dan menyemak semula kadar tambang teksi...

Usaha berterusan kerajaan melalui SPAD tidak pernah selesai bagi memastikan hak pemandu-pemandu teksi sentiasa terbela..ini menunjukkan betapa industri teksi di negara ini akan terus berkembang selaras dengan peredaran zaman..kaedah ini akan memberikan ruang buat SPAD bagi memperkemas dan mengawal selia indistri teksi melalui pengeluaran Kad Pemandu tunggal..

Ia turut meliputi peraturan yangndikenakan ke atas syarikat dan oemandu e-hailing bagi memastikan keperluan-keperluan matlamat dasar seperti perlindungan insurans dan keselamatan dipatuhi...

SPAD dalam pengumumannya semalam telah menarik pembekuan lesen tekso individu bagi kelas teksi bermeter dan kereta sewa..kerajaan turut meluluskan geran tunai sebanyak RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang mahu keluar daripada model sewa pajak dan membolehkan mereka memiliki lesen teksi...

SPAD akan terus membela nasib pemandu-pemandu teksi walaupun seringkali disalah anggap oleh pemandu teksi tidak membela mereka...apa yang dilakukan SPAD ini menunjukkan kebertanggungjawaban SPAD terhadap pemandu teksi dan semua perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini...

SPAD turut akan merancang untuk mengurangkan beban pengawal seliaan dan kos untuk mewujudkan indistri teksi yang lebih terbuka..sebagai permulaan, pilihan model kenderaan akan dibuka bagi membolehkan pemandu teksi mendapatkan kereta pada harga yang lebih kompetitif..

Berikut kami kongsikan 11 program yang akan dilaksanakan SPAD:

1. Mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai perkhidmatan perantara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD)

Ini akan memerlukan pindaan kepada APAD. Setelah pindaan itu diluluskan di Parlimen syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan e-hailing wajib diperbadankan di Malaysia dan semua pemandu e-hailing mesti mempunyai Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh SPAD.

Kenderaan yang menyediakan perkhidmatan e-hailing juga akan diwajibkan menjalani pemeriksaan kebolehpercayaan jalan. Dalam fasa peralihan, semua syarikat dan pemandu e-hailing akan dikehendaki berdaftar dengan SPAD.

2. Pengeluaran Lesen Individu dan Geran Wang Tunai Kerajaan bagi pemandu yang keluar daripada Sistem Pajak

Bagi pemohon yang layak dan berwarganegara Malaysia, SPAD akan mengeluarkan lesen teksi individu di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa. Pendaftaran akan bermula pada 1 September 2016 tertakluk kepada kriteria kelayakan termasuk bersih daripada rekod jenayah dan kesalahan di bawah SPAD dan JPJ.

Pemandu teksi yang mahu keluar dari sistem sewa pajak (di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa), juga akan menerima geran wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Kerajaan sebagai subsidi kos membeli kenderaan baru.

3. Membuka Pilihan Model Bagi Kegunaan Teksi

Model-model pilihan kenderaan bagi teksi akan dibebaskan bagi memberikan pilihan yang lebih luas bagi pemegang lesen teksi. Di bawah langkah ini, semua jenama kenderaan dan model yang mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP) akan diluluskan. Ini akan membantu mempercepatkan penggantian kenderaan yang lama dan lebih penting lagi, akan mengurangkan struktur kos bagi pemandu teksi dan pengusaha.

4. Piawaian Kontrak Sewa Teksi Dengan Terma-terma Kontrak Di Bawah Undang-undang

Pindaan kepada APAD diperlukan bagi membolehkan pengawal seliaan syarat-syarat kontrak yang akan dikenakan ke atas Pengendali. Di antara cadangan-cadangan yang akan dikenakan adalah termasuk hari percuma dari sewa bagi pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans pihak pertama bagi kenderaan dan bayaran balik deposit pada akhir kontrak.

SPAD akan mengawal selia kontrak sewaan baharu dan akan menyeragamkan serta menguatkuasakan pematuhan syarat-syarat wajib dengan memasukkan terma-terma ke dalam Syarat-syarat Lesen Pengendali.

5. KPI Wajib Bagi Pengendali Teksi

Untuk melindungi kepentingan dan kebajikan pemandu teksi, SPAD akan mengenakan KPI wajib ke atas Pengendali teksi. Ini termasuk pengwajiban Flit teksi untuk disambungkan dengan sistem ‘dispatch’ (selain daripada tempahan melalui telefon, membenarkan tempahan melalui aplikasi mudah alih, tempahan melalui laman sesawang ataupun tempahan radio) bagi mengembangkan dan meningkatkan akses perkhidmatan teksi dan pada masa yang sama meningkatan pendapatan pemandu.

Di samping itu operator akan dipertanggungjawabkan di atas kelakuan dan mutu pemandu dan kenderaan.

6. Mengenakan proses saringan yang ketat

SPAD akan meningkatkan mutu pemandu teksi dan melaksanakan satu proses saringan baru yang ketat dan menyeluruh terhadap teksi dan pemandu e-hailing. Ini termasuk pemeriksaan rekod jenayah dan kesalahan trafik dan pelanggaran syarat-syarat Lesen Pengendali.

7. Meningkatkan Piawaian Perkhidmatan menggunakan sistem ‘merit’ dan ‘demerit’

SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi menyediakan senarai penuh kesalahan pemandu teksi di bawah sistem demerit Kejara yang baharu.

8. Menyelaraskan struktur tambang bermeter

Struktur tambang TEKS1M akan disusun semula bagi melaksanakan struktur tambang teksi bajet semasa. Pemandu dan pengendali yang sudah berada di bawah TEKS1M, mempunyai pilihan untuk mengekekalkan struktur tambang yang sedia ada, sehingga habis had usia kenderaan.

TEKS1M (sedia ada)
‘Flag fall’ : RM 4
Jarak : RM 0.30/200 m
Masa : RM 0.30/36 saat

TEKS1M (Baharu)
‘Flag fall’ : RM 3
Jarak : RM 0.25/200 m
Masa : RM 0.25/36 saat

9. Menyelaraskan kadar tambang berdasarkan zon

Kadar tambang teksi berdasarkan zon, akan digantikan dengan pengiraan berdasarkan jarak perjalanan. Contoh adalah seperti di bawah :

Kadar tambang zon kini (RM) / Selepas penyelarasan (RM)

Bkt. Bintang/Pavillion/KLCC  74.30 / 85.50 
Mid Valley/Bangsar 74.30 / 89.25
Bandar Utama 73.50 / 80.50
Putrajaya 64.20 / 51.80

10.Membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan aplikasi e-hailing

Pemandu teksi bermeter akan mempunyai pilihan untuk mengambil penumpang di bahu jalan dan melalui tempahan e-hailing. Mereka diberikan pilihan untuk menggunakan struktur tambang dinamik yang membolehkan mereka mengenakan tambang berdasarkan aplikasi e-hailing.

11.Memperkenalkan program bagi memingkatkan prestasi pemandu teksi

Bagi menerapkan budaya perkhidmatan yang baik, satu program Akreditasi Pemandu Teksi akan diadakan dan merangkumi empat (4) modul termasuk program-program bagi: orientasi pemandu teksi, membangkitkan semangat keusahawanan di kalangan pemandu teksi, cara-cara melayan penumpang dan juga mengenai Keselamatan dan Penyelenggaraan. Latihan ini akan dijalankan oleh pelatih yang dilantik oleh SPAD.

Jika dilihat kepada kesebelas perancangan ini, ternyata ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi di negara ini.jika pemandu teksi menganggap SPAD adalah badan yang menyekat periuk nasi mereka perlulah muhasabah diri...

Sunday, August 14, 2016

Kejayaan @PDRMSia Johor Tembak Penjenayah Dalam Insiden Tawanan Di Ayer Hitam Dipuji @WeeKaSiongMP & Rakyat Malaysia!!!

0 comments

Tindakan Polis Johor yang menembak mati seorang penjenayah yang menculik warga emas di Ayer Hitam Johor baru-baru ini mendapat pujian berbagai pihak..turut tidak melepaskan peluang merakamkan penghargaan ialah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Dato' Dr Ir Wee Ka Siong yang menulis distatus facebooknya..

Wee yang juga ahli parlimen dimana kawasan insiden ini berlaku memuji tindakan cekap dan profesional anggota Polis yang bertindak tanpa berlaku sebarang kecederaan kepada mangsa tebusan..

Dalam status berkenaan Wee menulis "saya menghargai usaha PDRM dalam menangani insiden tebusan malam kelmarin di kawasan saya Ayer Hitam. Polis bertindak tepat dengan memantau gerak-geri pesalah melalui CCTV dan tindakan ini dapat diselesaikan tanpa sebarang kecederaan"

Wee turut mengucap terima kasih atas kualiti dan profesional anggota polis yang diketuai Ketua Polis Daerah yang baru dilantik, ACP Abdul Wahid Bin Musa..Wee yakin dengan kualiti pihak polis yang ada sekarang ini mampu menurunkan indeks jenayah di Ayer Hitam dan Malaysia amnya..

Kami juga memuji kecekapan pihak polis Malaysia yang berjaya mematahkan jenayah bersenjata ini apatah lagi ia melibatkan tawanan...ia menunjukkan betapa pihak Polia kita sudah maju dan berkualiti setaraf dengan negara maju lain..

Syabas PDRM!!!



Saturday, August 13, 2016

"Parti Bersatu Hanya Untuk Bumiputera, Tidak Utamakan Masyarakat Majmuk" @LiowTiongLai

0 comments

Penubuhan parti BERSATU ini telah mendapat reaksi pelbagai pemimpin dan netizen..Antaranya dari Parti MCA, Melalui Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai mengecam tindakan penubuhan parti ini kerana tidak mempunyai masa depan yang lebih baik dan tidak membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini...

Liow menyifatkan parti Bersatu hanyalah parti mengutamakan Bumiputera sahaja dan tidak mewakili semua kaum..

"Jika lihat pada parti Bersatu, ia hanya memainkan sentiman bumiputra tetapi tidak mampu promosikan kerjasama serta tidak sesuai untuk konteks Malaysia seperti BN yang terbukti lebih bersifat sederhana dalam konteks rakyat berbilang kaum," katanya.

Biarpun UMNO, MCA dan MIC merupakan parti mengutamakan perkauman namun track rekod yang telah dipegang Barisan Nasional amat baik sekali. BN terbukti mampu membela rakyat pelbagai kaum di Malaysia, ia turut diakui oleh Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Abdul Sheikh Kadir, Muhyiddin, Mukhriz dan Syafie Apdal ketika mereka berjuang bersama Barisan Nasional..bohonglah kalau mereka katakan BN ini parti perpecahan kaum...

Menurut Liow, MCA bekerjasama dalam BN untuk mewujudkan sebuah negara yang sederhana dan harmoni...ia ternyata berjaya sehingga ke hari ini..apa yang telah berlaku dalam parti Bersatu ciptaan Tun M dan Muhyiddin...mereka menubuhkan parti khusus untuk rakyat berstatus bumiputera dan bukan bumiputera boleh juga menyertai..namun bukan bumiputera tidak mempunyai kuasa untuk membuang undi dalam pemilihan parti..

Belum apa-apa lagi Bersatu dah menunjukkan betapa kepincangan yang bakal berlaku dalam parti baru mereka...biarpun Bersatu dianggotai oleh orang yang berpengalaman dalam UMNO tetapi berlum tentu mereka mendapat sokongan daripada akar umbi...akar umbi lebih sayangkan parti daripada kepentingan peribadi pemimpin yang bukan lagi anggota UMNO..

Di bawah ini kami kongsikan individu yang kecewa pernah kecewa dalam UMNO menubuhkan parti baru..

Parti Bersatu yang diasaskan Tun Mahathir hanyalah retorik politik orang kecewa yang telah dibuang daripada UMNO..orang yang kecewa menubuhkan parti baru ini bukanlah perkara biasa..di Malaysia ia tidak mengejutkan apapun..

Dahulu semasa era UMNO 1988, UMNO pernah diharamkan ekoran wujud cawangan yang tidak didaftarkan..ketika itu persaingan sengit sedang berlaku antara Tun M dan Ku Li untuk merebut jawatan Presiden UMNO..ekoran daripada tindakan cawangan yang tidak berdaftar maka parti UMNO ketika itu diharamkan..


Wujudlah kelompok kecewa yang mana kedua-dua penyokong Tun M dan Ku LI terpaksa berputih mata apabila keputusan menetapkan UMNO diharamkan..atas inisiatif masing-masing, Tun M menubuhkan UMNO baru dan Ku Li menubuhkan Semangat 46..jika nak dikirakan kedua-dua pihak menubuhka parti baru..bezanya Mahathir cepat sedikit menubuhkan dengan menggunakan nama UMNO seolah-olah menampakkan Mahathir telah menyelamatkan parti keramat Melayu kerana memilih nama UMNO...



Kes ini berlaku ketika tahun 1988..kedua-dua pihak membuat parti baru...selepas itu krisis peletakan jawatan Anwar Ibrahim yang menyebabkan dia membuat kempen reformasi sehinggalah tertubuhnya parti Keadilan..parti Keadilan ini pun tertubuh apabila Anwar dibuang daripada UMNO lantas membuat partinya sendiri..


Selepas itu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula umum keluar UMNO sekitar tahun 2012 dan menubuhkan Parti Ikatan..semasa peletakan Kadir dahulu, ramai cakap-cakap mengatakan UMNO makin lemah..apa tidahnya Sheikh Fadzir digelar otai jugalah dalam UMNO dan pernah memegang jawatan Timbalan dan Menteri penuh ketika era Tun M dan Tun Abdullah..sampai sekarang auranya makin suam-suam kuku dan terbaru bersetuju menjalinkan kerjasama dengan PAS sebagai third force.


Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal telah dipecat daripada UMNO, Mahathir pula awal-awal lagi meletak jawatan..Mahathir buat macam tu takut sebenarnya diri dia dipecat dari UMNO..sebelum orang letakkan jawatan dia..baik dia letak sendiri..lalu individu kecewa ini menubuhkan parti baru dinamakan BERSATU...kononnya nak buat parti yang lebih baik dari UMNO dan memfokuskan kepada masyarakat Bumiputera...

Ketahuilah biarpun ramai pemimpin UMNO yang berpengaruh dibuang UMNO dan menubuhkan parti baru..UMNO tetap parti keramat yang mana ahlinya sedar pemimpin datang dan pergi...UMNO tetap utuh berdiri...tugas kita kena pertahankan presiden dan parti sebaik mungkin..impian ini turut diinginkan Tun M ketika dia menjadi Presiden dahulu..mengapa bila dia sudah tidak berkuasa mahu menidakkan kuasa orang lain...itu yang amat dikesali kami...

Friday, August 12, 2016

"Tanam Budaya Keselamatan Jalan Raya Mampu Kurangkan Kadar Kemalangan" Pengerusi @SPADChannel

0 comments

Masyarakat kita hari ini beranggapan mempunyai lesen diusia muda membuktikan anda sudah mempunyai tahap kesedaran keselamatan jalan raya yang tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai lesen..pandangan ini amat berbeza dengan idea Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang mana beranggapan lesen bukan ukuran bahawa kadar kemalangan dapat dikurangkan.

"Mempunyai lesen seawal usia 16 tahun tidak boleh dijadikan ukuran mengukur tahap kesedaran kelamatan jalan raya. Usia muda bukan persoalan tetapi lebih penting kita perlu tanamkan budaya keselamatan jalan raya di negara kita." jelas Tan Sri Syed Hamid Albar

Motosikal mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya tertinggi di Malaysia dan ini amat membimbangkan biarpun usia mengambil lesen seawal 16 tahun..ini membuktikan bahawa lesen bukanlah penentu bahawa kadar kemalangan dapat dikurangkan tetapi lebih besar dari itu ialah budaya keselamatan jalan raya perlu diterapkan kepada semua rakyat..

Ia amat membimbangkan pengerusi SPAD ketika berkata disidang akhbar di Program Johor Bus Truck & Components (JBTC) Expo 2016 di Johor Bahru awal pagi tadi "kita perlu bekerjasama dengan agensi MIROS, JPJ untuk adakan dialog pandangan dan latihan kesedaran dan keinsafan di jalan raya. Umpanya kita lihat memakai helmet, ramai yang mengambil ringan memakai helmet seperti memakai songok dan tidak memakai helmet yang diluluskan SIRIM. Ia semua berkaitan dengan budaya kesedaran keselamatan jalan raya."

Mengenai status Uber dan GrabCar, Pengerusi SPAD menjelaskan bahawa semua pihak perlu dilayan sama rata. "Kerajaan bukannya menghalalkan perkhidmatan Uber dan GrabCar tetapi mahu membawa perkhidmatan ini di bawah undang-undang negara kita. Banyak perkara perlu diutamakan dan ada beberapa keadaan melibatkan penurunan kuasa. Pihak Kerajaan sudah menegaskan bahawa tidak menghirau sebarang ugutan tentang status Uber dan GrabCar"

Menurut Syed Hamid lagi, pihaknya akan mengadakan satu sidang akhbar khas pada minggu hadapan berkenaan status ini. Berikut kami kongsi beberapa keping gambar sepanjang majlis berkenaan :







ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA