networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 29, 2016

Sidang DUN Kelantan Hangat PAsal Pelacor..ADUN PKR Hampir Jadi Mangsa!!!

1 comments

Sidang DUN Kelantan hangat isu Pelacoran..perkara ini dibangkitkan oleh ADUN PKR yang mengatakan dia didatangi pelacor untuk menawarkan khidmat seks..tuduhan itu ditepis oleh pemimpin PAS mengatakan dakwaan berkenaan tidak berasas dan sedia menjadi pemandu ADUN PKR untuk menyiasat perkara ini..

Bagi kami, mana-mana tempat memang ada pelacor..tak kiralah negeri mana..negara mana sekalipun...contohnya di Selangor dan Pinang...berapa banyak kes pusat pelacoran diserbu..rumah urut maksiat berlambak di Selangor..itu di bawah PKR..

Cara dakwaan ni mcm nak memburukkan PAS..seolah2 negeri serambi Makah hanya pada nama..mungkin juga si mamat ADUN PKR ini telah tersalah masuk lorong..bahasa mudahnya..jika masuk pintu masjid..kita akan didatangi kariah masjid..masuk pasar malam..didatangi penngunjung pasar malam...takkan masuk masjid didatangi pelacur pula..tak pa fikir positif sajalah..

Jika ada benar dakwaan ADUN PKR sekalipun..pada pendapat kami, mungkin Pelacor tu sudah berkenenan dan temui mangsa yang sesuai..haha!!!

@SPADChannel Gesa KTMB Cepatkan Proses Pengalihan Gerabak Tergelincir...

0 comments

Ekoran kemalangan tren kargo yang tergelincir berhampiran Stesen BAtu Gajah awal pagi semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengarahkan KTMB untuk mempercepatkan kerja-kerja baik pulih kerosakan landasan kereta api secepat mungkin..

Walaupun KTMB menyediakan bas perantara kepada para penumpangnya antara stesen Kampar-Ipoh-Kampar dan seterusnya meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing..namun ianya belum cukup memadai memandangkan pada ketika ini musim perayaan Deepavali..

SPAD telah mengarahkan supaya KTMB melakukan kerja-kerja pengalihan gerabak yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa..

Dalam kejadian semalam, kira-kira 12,000 penumpang yang menggunakan ETS telah tergendala yang mana membabitkan 40 jadual perjalanan laluan Padang Besar-Kuala Lumpur Sentral-Gemas..

Sejauh 35km perjalanan yang membabitkan laluan ETS Ipoh-Kampar telah tergendala..Selain mengesa pihak KTMB memulihkan laluan segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk mengeluaran laporan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya..

Pihak KTMB turut digesa untuk memperbaiki mutu penyelenggaran operasi tren untuk mengurangkan insiden-insiden yang boleh membebabankan pengguna..Kami turut mengharapkan kerja-kerja mengalihkan gerabak dapat dilakukan secepat mungkin kerana ketika ini waktu puncak kerana cuti perayaan Deepavali.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat mengenai status pembukaan perkhidmatan, anda boleh layari laman sesawang www.ktmb.com.my atau mengubungi KTMB di talian 03-22671200

Friday, October 28, 2016

Kargo Tergelincir - Laluan Sektor Utara Selatan Tergendala.

0 comments

Awal pagi tadi sebuah tren kargo tergelincir di laluan tren kargo di KM 200.332 antara Kota Bharu - Lahat di Stesen Batu Gajah, Perak.

Kejadian tersebut berlaku jam 3.15 pagi tadi melibatkan dua buah lokomotif dan 25 unit wagon simen (kosong) telah tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

Tren tersebut dalam perjalanan menuju ke Ipoh, Perak dari Kuang Selangor. Laluan tersebut di tutup bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan gerabak..

Penumpang yang tergendala dipindahkan menggunakan bas meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masinh menggunakan tren. Sekiranya ada penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan bole mendapatkan pemulangan wang di kaunter tiker stesen-stesen berdekatan..

Semuan pengguna boleh mengikuti perkembangan ini dengan menghubungi KTMB di talian 03-22671200 atau layari laman sesawang www.ktmb.com.my

Wednesday, October 26, 2016

Pemimpin DAP Berpolitik Ala Rimba!!Mempolitikkan Kebakaran Hospital Sultanah Aminah..#PrayForHSA

0 comments

Inilah paten keturunan pemimpin DAP bermain politik..ketika kejadian genting ini berlaku batang hidung sorang pun tak nampak..bila dah selesai..tengah jalankan siasatan baru muncul siDAP ni..bukan datang nak membantu..tapi bermain politik cuba mempertikaikan siapa yang harus dipertanggungjawabkan...

Mudah betul kerja ahli politik..bingai macam ni pun masih ramai yang nak mengundi DAP..contohilah rakyat Sarawak..membakul sampahkan terus DAP..

Mereka ni bukan pandai mana pun..hanya tahu cari salah orang lain semata-mata nak menang politik...dia tidak tahu budaya bangsa Johor..malam semalam bertalu-talu rakyat hantar bantuan ke HSA..

Kami ingin bertanya dimanakah anda malam tadi Shu Qi..jika malam tadi anda tidur dikatil yang empuk jangan mimpi menjadi pejuang membela mangsa HSA...

Pemimpin DAP ni hanya mampu ketuk keyboard saja..memalukan!!!

Tuesday, October 25, 2016

@WeeKaSiongMP Arah Bantuan Sukarelawan MCA Untuk Mangsa Kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB... #PrayForHSA

0 comments

Pagi tadi negara dikejutkan dengan kebakaran di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kejadian berkenaan telah meragut nyawa 6 orang pesakit yang terperangkap dalam insiden berkenaan. Tindakan pantas pihak Bomba telah berjaya mengawal kebakaran berkenaan...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong telah melahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah di laman facebooknya. Dalam catatan status tersebut Wee Ka Siong berkata "Ucapan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terkorban di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Saya telah meminta MCA Johor mengerahkan CRSM untuk membantu. Saya turut meminta Naib Presiden MCA, YB Datin Paduka Chew Mei Fun bertolak ke Johor Bahru sekarang bagi membantu seboleh yang mungkin"

Dr Wee kini berada di Geneva untuk menghadiri mesyuarat Perhimpunan Kesatuan Parlimen Antarabangsa. Crisis Relief Squad MCA (CRSM) kita yakini kemampuan mereka dalam mengendalikan bantuan-bantuan kemanusiaan. Ketika banjir besar melanda Kelantan beberapa tahun lalu, CRSM antara badan yang bertindak memberi bantuan dan mengupayakan operasi pembersihan di bangunan-bangunan kerajaan.

Dalam kejadian berkenaan, seramai 294 orang pesakit dirawat di bangunan induk dan terdapat 193 orang staff pada masa kejadian...Di bilik ICU tempat kebakaran berlaku, seramai 7 orang pesakit dan 8 orang staff berada pada waktu kejadian..daripada 7 pesakit seorang berjaya di bawa keluar dan kesemua staff selamat..namun begitu 3 orang daripada staff tersebut telah cedera akibat terhidu asap..

Kita bersyukur kerana ramai rakyat negara kita bersimpati atas apa sahaja tragedi yang menimpa saudara kita tidak mengenal siapa..alhamdulillah..setakat ini, bekalan air minuman banyak diterima..



Dalam perkembangan yang sama, atas dasar perikemanusiaan, DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor telah bertitah supaya Wad DiRaja boleh digunakan untuk mangsa yang terpaksa dialihkan. Kami memuji sifat perikemanusiaan Sultan Johor dan kami juga mengharapkan Hospital-hospital swasta yang berada sekitar Johor Bahru melakukan perkara yang sama untuk menerima mangsa yang terpaksa dialihkan..

Berikut antara himpunan gambar ketika kebakaran pagi tadi..












Soalan Husni Tentang 1MDB Hanya Menutup Kebenaran Yang Pernah Dijawab Ketika Menjawat Jawatan Menteri...

0 comments

Berkenaan pertanyaan bekas timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Husni tentang 1MDB..eloklah pembaca menonton video di LINK ini dahulu sebelum membaca kupasan di bawah..ini link video http://youtu.be/rZFPVFxL3mM

1. Husni bertanya semasa sesi pembentangan usul di Dewan Rakyat. Memandangkan soalan ini ditanya oleh Husni semasa sidang Dewan Rakyat, maka lebih molek dan sesuai jika ia juga dijawab oleh Menteri di Dewan Rakyat semasa penggulungan nanti. Tidak sesuai pula jika mendahului menteri.

2. Bagaimanapun, suka dinyatakan bahawa Husni sendiri pernah menjawab soalan mengenai penubuhan 1MDB. Dalam kenyataan pada 20 Februari 2015, Husni menyebut, "1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan. Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek  yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya." (lihat paparan skrin)

3. Ezam pula pada pandangan saya hanya makhluk yang sedang cuba menangguk di air keruh. Ezam secara jelas menyatakan dia tidak mempunyai akses terhadap fail berkaitan. Jika begitu kesnya, anggap sajalah, Ezam ini tidak mempunyai maklumat mengenai soal ini. 

4. Dakwaan Ezam ini sejak dulu lagi ada bermacam-macam, termasuk cerita 6 kotak berisi dokumen rahsia. Bagaimanapun sampai sekarang, tiada sebarang bukti dikeluarkan dan tiada sesiapa pula yang didakwa berkaitan kotak tersebut termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

5. Sebenarnya bukan semua orang boleh mendapat akses kepada fail-fail tertentu, lebih-lebih lagi Ezam yang mempunyai sejarah mengkhianati kerajaan dan pernah membuat ugutan untuk membocorkan rahsia kerajaan. Jika saya yang mengendalikan fail tersebut, saya sendiri tidak akan menyerahkannya kepada Ezam. Bukan fail 1MDB saja, malah fail-fail lain pun tidak mungkin saya serahkan kepada seseorang yang berisiko tinggi.

6. Oleh kerana Ezam tidak mempunyai sebarang akses kepada fail berkaitan, maka tidak perlulah Ezam membuat sebarang dakwaan berdasarkan andaiannya semata-mata. Dalam soal SRC, SPRM telah membuat siasatan dan berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan berdasarkan laporan media, Peguam Negara pada 26 Januari 2016 menjelaskan bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri menyalah gunakan kedudukannya. Manakala proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri pula dibuat secara teratur. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri meminta atau dijanjikan sebarang suapan daripada sebarang pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat. Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah. Panel Penilaian Operasi SPRM juga pada 26 Februari 2016 telah meminta SPRM melengkapkan siasatan mereka.

7. Berkenaan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi, Ketua Audit Negara telah menjelaskan bahawa beliau sendiri yang mengklasifikasikannya sebagai Rahsia selepas berlaku kebocoran laporan interimnya. Laporan Audit ini telah diteliti oleh PAC yang terdiri daripada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Dapatan daripada Laporan Audit JAN ini juga ada disebut dan dimasukkan di dalam Laporan PAC setebal 106 muka surat.

8. Husni sepatutnya lebih beretika dan berintegriti dalam hal ini. Membuat pertanyaan berkaitan Kerajaan yang pernah dianggotainya dalam penggal ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan portfolionya sendiri sebenarnya agak janggal, tidak beretika dan berintegriti. Lebih-lebih lagi jika ada di antara pertanyaan tersebut pernah dijawab oleh Husni sendiri sebelum ini. Sebagai mantan Menteri Kewangan II dan bekas jurucakap kerajaan dalam hal 1MDB, sepatutnya dia sudah tahu serba serbi berkenaan 1MDB, lebih-lebih lagi pertanyaan yang pernah dijawabnya sebelum ini.

9. Ezam pula bagaimana? Abaikan sahaja makhluk yang sudah tiada kredibiliti kerana fantasi 6 kotak dokumen rahsia yang dijajanya selama ini...

Sunday, October 23, 2016

#Bajet2017 - Bermulanya Persaingan Sihat Pemandu Teksi & #UBER..

0 comments

Bajet 2017 yang baru diumumkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini secara umumnya banyak memberi penekanan kepada semua golongan masyarakat dengan golongan B40 mendapat sedikit kelebihan.

Pada entry kami kali ini, kami ingin memberi sedikit tumpuan berkenaan intipati bajet 2017 terhadap golongan pemandu teksi dan uber..umum mengetahui kewujudan uber di Malaysia tidak disenangi oleh sebilangan besar pemandu teksi di negara kita..

Namun bagi pihak kerajaan yang diterajui YAB Perdana Menteri DS Najib, beliau menjaga kebajikan kedua-dua perkhidmatan ini bak kata pepatah bagai menghela (menarik) rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak ..

Kedua-dua pihak (pemandu teksi dan bakal pemandu UBER) mendapat perhatian kerajaan.

Pemandu teksi sering merungut bahawa mereka tersepit dengan sistem pajakan. YAB PM telah mengumumkan memberi geran berjumlah RM 5,000 untuk membeli kenderaan baru dan menawarkan permit teksi individu dengan peruntukan berjumlah 60 juta ringgit. Pemberian ini akan memberi manfaat buat 12 ribu pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak denhan syarikat teksi.

Disamping itu, kerajaan turut menawarkan skim perlindungan insurans buat pemandu teksi. Skim PERKESO ditawarkan untuk pemandu teksi yang berpendapatan sehingga RM 3,000 sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran sebanyak 60 juta ringgit.

Pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit hingga 443 ringgit setahun yang mana bersamaan RM 13.08 sen sebulan. Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, pemandu teksi layak membuat tuntutan daripada PERKESO.

Melalui cara ini, skim ini akan melindungi pemandu teksi jika berlaku kejadian tidak diingini. Jika hilang upaya kekal, akan menerima bayaran pukal berjumlah RM 43,000 hingga RM 121,000 dan bayaran bulanan antara RM 1,281 hingga RM 2,624..manakala jika meninggal dunia waris lauak mendapat faedah orang tanggungan pada kadar RM945 hingga RM2,655 sebukan..

Selain pemandu teksi, kerajaan juga membuka peluang kepada golongan B40 khususnya penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan kepada golongan ini dengan menjadi pemandu UBER..pendapatan boleh mencecah RM 1,500 dan lebih bergantung kepada jumlah jam..

Bagi yang tidak mempunyai kenderaan, kerajaan menawatkan rebat sebanyak RM4,000 untuk membeli kereta IRIZ dengan jumlah BR1M sebagai pensahuluan..

Secara tidak langsung kerajaan telah membuka peluang pekerjaan sampingan buat golongan ini menambah pendapatan mereka..ia memungkinkan pelaksanaan UBER di Malaysia sebagai suatu perkhidmatan yang terkandung dalam undang-undang..

Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, kerajaan menjaga kedua-dua golongan ini ibarat menghela (menarik) rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak..kedua-dua pihak berpuas hati..pemandu teksi dapat lari dari sistem pajak dan pemandu UBER boleh menambahkan pendapatan mereka...

Syabas kami ucapkan kepada YAB Perdana Menteri atas Bajet 2017 dengan tema "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh" memang kami nampak amat sesuai...

Thursday, October 20, 2016

Apalah Dosa Minyak Masak..Dituduh Naik Harga..

0 comments

Sejak beberapa hari ini, hangat dimedia sosial mengatakan kerajaan bakal menaikkan harga minyak masak..kononnya kerajaan akan melupuskan subsidi..

Sebenarnya isu ini hanyalah fitnah dan rekaan simunafik yang mahu meraih sokongan politik demi menyalahkan kerajaan Barisan Nasional..

Hari ini KPDNKK menafikan fitnah tentang kenaikan harga minyak..isunya hanyalah berkenaan KPDNKK mahu pastikan subsidi diberi kepada pengguna dan ianya tidak disalahguna untuk tujuan eksport..

Bayangkan pengguna menggunakan 45,000 metrik tan tetapi kerajaan membayar untuk 85,000 metrik tan sebulan..ini menyebabkan kerugian kepada kerajaan..kemana perginya 40,000 metrik tan lagi??

Orang Malaysia susah betul nak faham..lain dimaksudkan lain pula difahami...

Tuesday, October 18, 2016

@SPADChannel Berjaya Transformasikan Industri Pengangkutan Awam Sejak Penubuhan - @NajibRazak

1 comments

Industri pengangkutan Awam Darat negara banyak yang telah berubah sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..SPAD merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang melihat betapa pentingnya industri ini ditransformasi bagi memenuhi keperluan rakyat..

Permintaan rakyat terhadap pengangkutan awam darat amat baik sejak penubuhan SPAD..sasaran industri ini ialah mencapai perkongsian 40% untuk pengangkutan awam di kawasan bandar pada tahun 2030..

Tahun lalu nisbah mod pengangkutan awam telah dicatatkan nisbah meningkat kepada 21% berbanding 11% pada tahun 2009..

Ketika memyampaikan ucaptama di Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016. YAB PM, DS Najib Razak berkata "Kerajaan telah melaburkan lebih daripada RM 70 biliom bagi projek-projek infrastruktur berimpak tinggi bagi menigkatkan pemambahbaikkan pengangkutan awam darat secara ketara"

Dalam pada itu, DS Najib juga telah melancarkan buku "5 Tahun Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat, yang bertajuk 'Menyentuh dan Mengubah Kehidupan, Menghubungkan Komuniti, 2010-2015'

Perjalanam tranformasi pengangkutan awam telah berjaya memberi kesan yang besar ke atas ekonomi negara kita.

"Pelaburan dalam projek-projek infrastruktur LPT seperti LRT, MRT, HSR, memberikan kesan pemangkin yang besar ke atas ekonomi kita dan akan membawa banyak faedah kepada masyarakat dari segi jangkamasa terdekat dan panjang" kata DS Najib.

Perancangan yang diilhamkan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan SPAD tidak akan berjaya seperti hari ini tanpa pemimpin yang berkredibiliti dalam mengendali SPAD..


DS Najib turut menceritakan detik bersejarah ketika awal penubuhan SPAD..Menurutnya, pada awal penubuhan SPAD, beliau bertanya kepada diri sendiri siapa yang lebih layak menggalas jawatan pengerusi SPAD..

"Sekiranya ada seseorang yang boleh mengendalilan pemimpin-pemimpin dunia yang sukar dibawa berbincang, sudah pasti orang itu boleh mengendalikan sistem pengangkutan awam darat" kata Najib.

Naluri Perdana Menteri DS Najib amat tepat memilih Tan Sri Syed..buktinya sepanjang perkhidmatannya dalam SPAD terlalu banyak perubahan dan transformasi yang telah dilakukan oleh agensi itu.

Menurut Pengerusi SPAD, Syed Hamid "SPAD juga memantau kepuasan penumpang pengangkutan awam secara teliti bagi mengenal pasti sama ada Suruhanjaya mengambil pendekatan yang sesuai bagi mencapai matlamat jangka panjang untuk menjadi pengangkutan awam darat sebagai pilihan rakyat Malaysia"

Ternyata apa yang dilakukan selama ini boleh dikira berjaya mencapai matlamat awal penubuhan SPAD menjadi sebuah agensi yang berupaya mengelola perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita..

Syabas kami ucapkan kepada SPAD atas usaha selama 6 tahun penubuhan SPAD..semoga impian Perdana Menteri untuk mentransformasikan pengangkutan awam di negara kita berjaya..keutamaan ialah rakyat untuk menikmati kemudahan awam yang terbaik..

Monday, October 17, 2016

Malampau!!!Tayar Moto Tertera Kalimah ALLAHUAKBAR!!!

0 comments

Biadap dan tidak sensitif!!itu kalimat yang sesuai terhadap pereka tayar yang mana mencetak kalimah Allahuakbar ditayar motorsikal..

Tayar berkenaan sedang viral di media sosial membangkitkan kurang senang seolah-oleh menghina agama Islam...

Kami turut tidak selesa kerana kalimah ALLAH MAHA BESAR ditulis pada tayar seolah-olah agama Islam mudah sangat dibuat main..

Sumber gambar ini dimana masih tidak diketahui..hati-hati membeli tayar!!!

Sunday, October 16, 2016

@SPADChannel Tidak Gentar Ancaman Tonto & Serahkan Kepada Pihak @PDRMSia..

0 comments

Susulan kematian seorang pegawai Kastam baru-baru ini yang dilanggar tonto, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melaungkan amaran bahawa agensi itu tidak gentar dengan apa jua bentuk ancaman ketika menjalankan tugas..

Tindakan melampau tonto sehingga meragut nyawa Anisah Ali, pegawai Kastam mendapat kecaman netizen..mengimbau kembali kejadian berkenaan, Anisah beberapa orang pegawai Kastam lain sedang mengejar sebuah van yang disyaki membawa barangan seludup..insiden tercetus apabila kenderaan Kastam telah dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu tonto sebelum kenderaan berkenaan terbabas...

Biarpun mengetahui ancaman tonto, pihak SPAD sama sekali tidak gentar dan akan meneruskan operasi untuk menahan lori yan lebih muatan, mengangkat muatan dalam keadaan merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain..

Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad yang menjelaskan bahawa SPAD telah melaporkan kepada pihak polis tentang sindiket Tonto yang dikesan SPAD..

Menurut Datuk Che Hasni "kami menghadapi masalah dengan sindiket tonto, banyak operasi kami terganggu yang melibatkan operasi lori lebih muatan dan mengangkut barang secara merbahaya"

"Kami bersyukur setakat ini tidak ada kejadian tidak diingini berlaku kepada kami" jelas Che Hasni lagi.

Sindiket tonto ini perlu dibanteras habis-habisan memandangkan ia melibatkan keselamatan pegawai penguatkuasa yang menegakkan undang-undang negara..

Saturday, October 15, 2016

Syed Saddiq Kantol Menipu Semata-Mata Nak Ajak Arul Berdebat!!!Kehadiran Tidak Dilayan Audient Pon...

2 comments

Rasanya media pro-pembangkang dah takde story nak main. Sampaikn posting FB si Syed Palladium ni diambil untuk buat berita.

Buat saudara Syed Palladium, semalam sewaktu program Townhall JASA Jelajah Kampus adalah program tertutup khusus buat mahasiswa UM. 

Cerita kononnya ramai berebut untuk mendapatkan borang PRIBUMI seolah omongan kosong kerana anda berkeliaran seorangan tanpa dipedulikan oleh sesiapapun.

Selepas tamat program, anda berpeluang untuk bertemu Saudara Arul Kanda dan meluangkan masa selama lebih 10 minit.

Adakah anda menggunakan peluang tersebut untuk bertanyakan soalan tentang 1MDB, DOJ ataupun MO1?

Tidak.

Adakah anda menghantar surat jemputan secara tertib kepada Saudara Arul untuk memohonnya untuk berdebat bersama anda?

Tidak.

Anda hanya menggunakn ruang 10 minit untuk menceritakan matlamat politik anda sahaja. Apabila Saudara Arul melayan dan mengucapkan "bagus", anda ambil sebagai satu pujian literal dan berasa sangat berterima kasih kepada Arul yang kononnya pada hemat anda, beliau menyokong perjuangan anda. (Ramai mata dan telinga mendengar perbualan anda)

Pulang daripada program anda menaikkan posting di FB cabaran untuk berdebat dengan Saudara Arul Kanda.

Pertamanya, anda dan Saudara Arul terlalu jauh bezanya. Anda di liga lain dan Saudara Arul di liga berbeza. Saudara Arul hanya akan ditertawakan sekiranya melayan karenah anda. Beliau merupakan ahli perniagaan yang mempunyai urusan perniagaan yang perlu diselesaikan. Bukan untuk bermakn politik seperti anda. Penampilannya di UM pun bertujuan untuk memberi penjelasan fakta dan bukannya untuk matlamat politik.

Sebenarnya anda tidak peduli pun tentang 1MDB. Tidak peduli pun tentang kebenaran. Yang anda peduli hanyalah untuk menaikkan populariti anda selaku pemain baru dalam dunia politik. Tak kisahlah samada anda menang atau kalah dalam debat (sekiranya berlaku dan kalau berlaku pun anda akan 'spin' yang anda menang). Yang penting mata dunia tertumpu kepada anda.

Saya cadangkan sebagai permulaan anda cabar dahulu mereka yang satu tahap dengan anda. Setelah mendapat pengiktirafan barulah naik ke satu tahap lagi dan berusaha menaiki tangga untuk mencapai satu tahap bersama Saudara Arul.

Biarlah mereka yang berada satu liga dengan Saudara Arul buat kerja mereka dan anda buat kerja anda.

Anda cabar di Facebook dengan mengetahui bahawa Saudara Arul tidak aktif di Facebook. Kemudian mengunakan rakan media anda, MalaysiaKini dan FMT untuk menaikkan berita anda mencabar Saudara Arul.

Permainan propaganda publisiti anda cerdik, tetapi tidak mampu untuk menipu ramai orang dengan lama. Yang penting, peluang pertemuaan selama lebih 10 minit (anda dakwa 15 saat - jangan bohong!) tidak digunakan untuk bertanyakan soalan atau desak untuk beri penjelasan. Anda bukan mahukan fakta atau penjelasan. Anda hanya fikirkan tentang diri sendiri dan publisiti sendiri sahaja! - Dipetik penuh daripada FB Raziz Rashid

Friday, October 14, 2016

Sektor Pertanian Kekurangan Pekerja..Rakyat Malaysia Tidak Berminat Atau Memilih Kerja? @NajibRazak @LiowTiongLai @WeeKaSiongMP

0 comments

Sektor pertanian negara menghadapi kini sedang menghadapi masalah kekurang pekerja untuk menampung keperluan tenaga kerja yang semakin diperlukan dalam bidang ini..ini berikutan kurangnya minat masyarakat negara kita dalam sektor ini dan pekerja asing belum dizinkan mengisi keperluan ini ekoran langkah kerajaan membekukan kemasukan pekerja asing serta-merta pada Februari tahun ini..

Keputusan membekukan pengambilan pekerja asing diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran desakan netizen kononnya kerajaan tidak mengutamakan pekerja tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan di negara kita..

Bagi kami komen yang diberikan netizen hanyalah bersifat mahu menyalahkan kerajaan tanpa mengetahui hakikat sebenar..contohnya dalam sektor peladangan dan pertanian..rakyat kita tidak mahu menceburi bidang ini kerana berpendapat gaji yang diberi kecil dan tidak berbaloi..bukan hendak memperkecilkan mentality rakyat negara kita cumanya rata-rata masyarakat jarang mahu menceburkan diri dalam bidang yang memenatkan ini..rakyat Malaysia lebih gemar kerja yang berpakaian kemas dan gaji tinggi..


Tak usah pergi jauh kita lihat sahaja pemilik kebun kelapa sawit…boleh dikatakan hampir keseluruhan pemilik kebun kelapa sawit mengupah pekerja asing untuk menyawit hasil mereka..dengan upah setan RM 60..ia dipandang enteng oleh masyarakat negara kita ditambah pula dengan kerja ini memerlukan kudrat yang lebih tinggi…

Impak daripada desakan rakyat Malaysia, sekarang negara kita menghadapi masalah kekurangan pekerjaan disektor ini…sektor ternakan, sayuran, buah-buahan terjejas teruk..

Menurut Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan baru-baru ini, “sektor pertanian kini terjejas teruk kerana warga tempatan tidak berminat dan pekerja asing pula belum dibenarkan masuk untuk mengisi kekosongan”


Sektor bidang ini dianggarkan memerlukan setidak-tidaknya seramai 63,000 orang. Berikutan dengan desakan rakyat yang tidak mahu mengkaji pro dan kontra kepentingan pekerja asing, ekonomi negara juga bakal terjejas sekiranya masalah kekurangan pekerja tidak ditangani segera..

Negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi keperluan tenga kerja dalam bidang pertanian ini ialah Kedah, Pahang, Johor dan Perak..Dalam satu pertemuan wakil daripada empat negeri bersama DS Wee Ka Siong..

Keempat-empat wakil negeri ini menyatakan keluhan dan masalah mereka kerana kekurangan pekerja untuk memunggut hasil tanaman..

Bak kata Datuk Wee “Industri ini telah banyak memberi sumbangan ekonomi kepada negara. Misalnya Cameron Highland telah berjaya membuat pengeluaran sebanyak RM 200 juta setahun sebagai pengeksport “Chrysanthemun” dimana Malaysia merupakan pengeluar ketiga terbesar di dunia.”

“Industri ini menghadapi masalah jikalau masalah ini tidak ditangani segera, petani tidak dapat mengutip hasil mengikut jadual. Walaupun kerajaan membenarkan sektor perladangan untuk mengambil pekerja asing namun ia terhad kepada sektor ladang kelapa sawit sahaja.” jelas Wee lagi.

Datuk Wee dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berjanji akan membawa masalah ini ke pengetahuan YAB Perdana Menteri , DS Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi

Selain industri Krisantimun, persatuan peniaga Kopi dan teh juga memohon seramai 10,000 orang pekerja asing untuk bekerja dalam bidang ini..

Dalam hal ini, kerajaan perlu mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor pertanian ini..kami bersetuju bahawa dasar kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing bagi membuka peluang kepada rakyat negara kita menceburi bidang ini dan pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Semua ini dibuat atas keluhan rakyat negara kita tidak mendapat tempat dalam sektor pelbagai di negara kita..setelah keputusan dibuat masalah lain pula timbul..rakyat kita tidak mampu memenuhi keperluan ini..mereka lebih rela menganggur dan menyalahkan kerajaan kerana tiada pekerjaan di negara sendiri..
Persoalan ini wajib dijawab diri mereka sendiri..pekerjaan sudah ada..mereka pula memilih pekerjaan..zaman sekarang ini bukan zaman memilih pekerjaan..lihat sahaja contoh seorang graduan UTHM, Siti Hajar yang memilih untuk menjual Nasi Lemak Anak Dara berbanding bekerja makan gaji…

Ini tidak bila dapat sahaja ijazah mesti nak kerja ikut sijil..peluang depan mata tak nak ambil..ada kes ramai graduan lebih rela menganggur daripada menguruskan kebun sawit milik bapa mereka sendiri..katanya tiada standard kerja macam itu…

Rakyat kita hanya tahu menyalahkan kerajaan..jika ditanya kami..kami akan salahkan penyokong berfikiran pakatan pembangkang..mereka tidak mahu selidik betul-betul mengapa kerajaan bersetuju menandatangani MoU dengan Bangladesh…yang mereka tahu salahkan kerajaan..sebab itu dari dulu perjuangan mereka tidak berkat..bila pilihan raya kalah..sebab perjuangan berorientasikan hasad dengki…

Eloklah kerajaan memikirkan semula keperluan pengambilan pekerja asing sebagaimana permintaan pengusaha ladang kepada DS Liow Tiong Lai dan DS Wee Ka Siong…

Thursday, October 13, 2016

Insiden Bas #RapidKL Terbakar - @SPADChannel Jalankan Siasatan Serta-Merta

0 comments

Berikutan insiden sebuah bas Rapid KL yang terbakar di Wangsa Maju petang semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian berkenaan..

Insiden berkenaan berlaku di laluan T521 LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju pada jam 4 petang berhampiran pusar membeli belah Aeon Big Wangsa Maju..Tiada kemalangan jiwa berlaku..satu pujian seharusnya diberikan kepada kapten bas berkenaan kerana bertindak pantas berjaya menurunkan kesemua 6 penumpang..

SPAD amat memandang serius kes ini kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang..apa yang dilakukan setakat ini, SPAD akan menjalankan siasatan terhadapa insiden bas yang dikenadlikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. 

SPAD turut bekerjasama dengan Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk mengenal pasti punca insiden tersebut dan menjalankan audit terperinci mengikut Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) oleh Rapid..Prasarana turut diminta untuk menyerahkan satu laporan terpesinci mengenai insiden tersebu..


Insiden ini perlu dikendalikan secara terperinci dan serius memandangkan ia melibatkan imej pengangkutan awam di negara kita. Apa yang dilakukan oleh SPAD ini adalah prosedur rutin mematuhi SOP selaras dengan kehendak undang-undang..

Kita tak mahulah insiden ini berulang lagi..apa sahaja insiden yang berkaitan pengangkutan awam perlu diambil perhatian serius..diharapkan semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang tuduhan dan spekulasi liar berkaitan insiden ini...

Wednesday, October 12, 2016

Cubaan Anwar Mengelat Dari Hukuman Liwat..Mahkamah Tangguh Keputusan...

0 comments

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan pada satu tarikh lain keputusan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lapan tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.

Beliau bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah,  Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Barisan pendakwaan diketuai oleh Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid manakala Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai barisan pembelaan.

Mahkamah tertinggi negara mendengar permohonan semakan Anwar dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Pada 10 Februari tahun lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menolak rayuan Anwar agar dia dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat Mohd Saiful, 31, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut manakala Mahkamah Rayuan mensabitkannya dan menjatuhkan  hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/hujahan-semakan-kes-liwat-anwar-selesai-keputusan-tangguh-1.394028

MCA Suarakan Sokongan Tidak Berbelah Bagi Kepada BN Johor...

0 comments


Situasi politik di Johor tidaklah terlalu genting sebagaimana Tan Sri Muhyiddin jajakan..dia menjaja BN telah hilang majoriti 2/3 dengan bangganya seolah-olah pakatan sudah berjaya memerintah Johor...

Muhyiddin begitu yakin yang akar umbi UMNO akan beralih sokongan kepadanya..dia tidak boleh begitu yakin dan dia seolah-olah lupa yang kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan projek mega di Pagoh untuk membina bandar Universiti..tidak usah terlalu takbur yang BN seperti tidak pernah berjasa kepada dirinya dan masyarakat Pagoh..

Ekoran kisah macai Muhyiddin si Adun Jorak mengikut telunjuknya bukanlah petanda bahawa BN sudah tumbang di Johor..benar kata orang, jangan percaya dengan manusia lidah bercabang..hari ini cakap lain..esok lusa lain pula ceritanya..

Setakat berjaya pikat ADUN Jorak dengan sogokan jawatan Setiausaha Agung Parti Peribumi dan calon Menteri Besar itupun jika pakatan menang di Johor...kami cuma nak ingatkan jikalau anda berjaya mempengaruhi orang dengan habuan jawatan kami yakin suatu hari nanti dia akan ditinggalkan juga kerana jawatan...

Berkenaan isu ini, Naib Pengerusi MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong menyuarakan sokongan padu kepada Barisan Nasional bahawa MCA akan berusaha gigih untuk membantu BN mencapai kemenangan 2/3 majoriti di Johor...

Menurut Wee "Saya telah mengarahkan bahagian MCA di negeri ini untuk meningkatkan usaha menghadapi PRU 14 nanti..

"Pihak pembangkang negeri menjaja cerita kononnya ada lagi 10 Adun akan lompat parti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru, ini hanya mudah untuk dikata tetapi hakikatnya belum tentu" jelas Datuk Wee lagi.

Ketika Pembangkang bersorak kegembiraan, MCA menegaskan pendirian menyokong sepenuhnya pentadbiran Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khalid Nordin.

MCA yakin dengan pentadbiran BN negeri Johor..ini kerana banyak agenda telah dan sedang dalam perancangan kerajaan negeri..

Dibawah Datuk Khaled Nordin, Johor mengalami peningkatan ekonomi yang baik dengan menjanjikan banyak pembangunan berimpak tinggi untuk muafakat bangsa Johor...dengan projek perumahan mampu milik menawarkan projek perumahan berharga yang amat berpatutan lebih rendah berbanding megeri tadbiran DAP Pulau Pinang..jelas Datuk Wee..

Pendirian MCA ini sedikit sebanyak memberi kelegaan bahawa sokongan terhadap BN terus kekal terpelihara..nak harapkan situnggul kayu.."disuruh bina rumah, belum sempat siap sudah roboh"

Di bawah kepimpinan DS Khaled Nordin, tanah rezab Melayu telah meningkat sebanyak 13.8% daripada 2012 yang mana bersamaan 29% keluasan negeri..ia lebih baik daripada zaman Muhyiddin menjadi Menteri Besar dulu..orang Melayu Johor yakin yang nasib bangsa Melayu terus terbela..nak harapkan Pakatan..belum memerintah dah berebut kuasa sesama sendiri..


Monday, October 10, 2016

@SPADChannel Akan Anjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat Sempena #5TahunLPT #SPAD..Banyak Aktiviti & Hadiah Menanti Pengunjung!!!

0 comments

Sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), banyak perubahan telah dilakukan agensi ini dalam mentransformasikan sektor pengangkutan awam darat di negara kita.. SPAD ditubuhkan pada 3 Jun 2010 selapas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan oleh Parlimen pada Mei 2010 diletakkan di bawah bidang kuasa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peranan SPAD adalah untuk mengendalikan fungsi dan merangka polisi, merancang dan mengawal selia semua pengangkutan awam darat negara seperti teksi, bas, tren, kereta api dan pengangkutan awam yang beroperasi di darat..jika hendak diceritakan memang banyak bezanya selepas kewujudan SPAD di negara kita...

Bagi mengoptimumkan peranannya, SPAD sekali lagi akan menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat tahun 2016..Simposium ini merupakan kali kelima ianya dianjurkan bersempena sambutn 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat sejak 2012..

Pada tahun ini, Simposium ini bertemakan "Pengangkutan Awam - Mentransformasikan Negara" (Public Transport - Transforming the Nation) yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Lebih manis lagi, YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan dan menyampaikan ucaptama mengenai 'Perjalanan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat'

Apa yang menarik tentang Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016?

1) Simposium pada tahun ini akan membawa perlbagai perbincangan menarik mengenai peranan Pengangkutan Awam Darat dalam memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai. Pemimpin daripada industri pengangkutan awam darat dan pembangunan bandar akan berkumpul untuk meneroka, mempertimbangkan dan membincangkan isu-isu yang penting untuk mengorak langkah memajukan industri pengangkutan awam darat di negara kita...rujuk SINI penceramah yang dijangka bakal menyerikan simposium pengangkutan awam darat 2016..

2) Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada 17 Oktober ini bertempat di Aras 3, Kuala Lumpur Convention Centre, masuk adalah percuma kepada semua pengunjung...antaranya ialah pameran kerjaya yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para pengunjung..selain itu, program berkenaan turut diserikan lagi dengan penampilan artis jemputan iaitu Ajak dan Hazir dari Hot FM dan Hafiz dari Fly FM..hadiah lumayan turut menanti para pengunjung berjumlah sehingga RM 100,000 seperti tiket bas, pas lrt serta produk Touch n Go berupa kad dan jam tangan Time Traveller



3) Selain itu, hadiah menarik turut menanti buat pemain media sosial Instagram yang mana hadiah berupa Jam Tangan Time Traveller berserta cip Touch n Go menanti para pemenang..bawah ini hadiah bakal menanti para pemenang...


Bagaimana ingin menyertai peraduan ini?

Anda hanya perlu perlu memuat naik gambar atau video dengan sebarang pengangkutan awam darai di Malaysia dan menulis slogan kreatif “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan ...” dan muat naik ke akaun Instagram anda. Jangan lupa #5TahunLPT #SPAD..

Tempoh penyertaan dari 30 September hingga 10 Oktober sahaja..hadiah menarik menanti pemenang!!!

Dipihak kami, rebutlah peluang keemasan ini dan jadilah sebahagian daripada peserta Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 ini..Simposium ini penting bagi menentukan transformasi dalam industri ini pada masa akan datang..jumpa anda disana 17 Oktober ini!!!

Sunday, October 9, 2016

Raziz Rashid Dedah Peserta Bersih Memang Mahu Dipukul Kerana Mahu Wujudkan Suasana Panik!!!

2 comments

KES PESERTA BERSIH DIPUKUL

Sekali lagi puak Bersih berjaya dengan strategi CANVAS (The Centre for Applied Nonviolent Action and Strategies) yang berpandukan kepada seorang pemikir Yahudi bernama Gene Sharp.

Pengalaman saya semasa BERSIH, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, BERSIH 4.0 dan beberapa siri demonstrasi pembangkang yang lain telah mendapati bahawa strategi ini kerap diulang.

Saya sendiri menyaksikan sewaktu demonstrasi ini apabila terdapat demonstran pergi ke barisan polis dengan muka tersenyum sambil berkata "POLIS BABI, POLIS ANJING". Sewaktu ini terdapat beberapa jurufoto dan juruvideo bersedia untuk merakam sekiranya polis bertindak balas terhadap demonstran itu.

Matlamat akhirnya adalah untuk mendapatkan gambar polis memukul demonstran atau "rakyat" yang akan dijadikan bahan propaganda.

Anggota polis terlatih dengan disiplin dan dapat menahan diri daripada bertindak balas, namun bagi orang awam yang tidak terlatih pasti akan bertindak balas.

Pemimpin pembangkang dan "ikon" pembangkang memang menerima latihan propaganda dan kaedah berdemonstrasi daripada Gene Sharp di Vienna, Austria suatu ketika dahulu. Tidak cukup itu mereka juga dilatih di Taiwan, Korea Selatan dan Indonesia. 

Tetapi jangan lupa, semasa BERSIH 3.0 demonstran telah bertindak balas lebih ganas daripada apa yang berlaku pada kes kali ini.

#JanganTertipu
#PropagandaJahat
#AntiBersih

Saturday, October 8, 2016

Pilihan Raya Kampus Didominasi Pro Aspirasi Kerajaan..Pro Mahasiswa Pembangkang Terus Dirundung Malang...

0 comments

Pro Mahasiswa atau pro pakatan harapan yang selama ini membawa agenda yang dibawa pembangkang kini dirundung malang apabila kalah disemua Universiti tempatan yang ditandinginya..setakat ini 16 Universiti telah selesai melaksanakan PRKampus dan keputusan Pro Aspirasi memenangi semua Universiti..

Daripada 20 Universiti tinggal 4 sahaja Universiti belum membuang undi..ini merupakan petanda bahawa golongan intelik lebih cerdik dan terbuka untuk menyokong dasar Universiti..Pro mahasiswa atau pro pakatan harapan harus menyalahkan pemimpin mereka kerana tidak langsung mengambil berat tentang PRK untuk golongan Mahasiswa...

Kalau ditanya kami mengapa Pro M sekarang tidak kuat..jawapannya mudah saja...Pro Pembangkang tengah sibuk dengan BERSIH 5 dan parti Bunga Raya...bak kata pepatah nak tengok sokongan pemimpin masa depan lihatlah keputusan PR Kampus hari ini...

Takziah Pro Mahasiswa!!!Anda digantung tidak bertali..bubarkan sahaja Pro Mahasiswa..pemimpin engkorang bukan ambil berat pun...

Berikut keputusan terbaru bagi 4 pilihanraya universiti awam hari ini adalah seperti berikut:

Universiti Utara Malaysia (UUM):
Pro-Perubahan (Aspirasi): 21/38 Kerusi (setakat ini)
Pro-Mahasiswa: 0 Kerusi

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP):
Pro-Aspirasi: 33 Kerusi
Pro-Mahasiswa: 0 Kerusi
*Jumlah keluar mengundi meningkat dari 73% tahun lepas kepada 82% tahun ini

Universiti Teknikal Malaysia (UTeM):
Pro-Universiti (Aspirasi): 28 Kerusi
Pro-Mahasiswa: 0 Kerusi
*Jumlah keluar mengundi meningkat dari 57% tahun lepas kepada 79% tahun ini

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM):
Pro-Aspirasi: 14 Kerusi
Pro-Mahasiswa: 0 Kerusi

Sebanyak 4 pilihanraya universiti awam masih belum selesai iaitu di USM, UNIMAS, UMS dan UMK yang akan diadakan pada bulan ini.//

DS @LiowTiongLai Sahkan Penemuan Debris Di Mauritius Milik #MH370

0 comments

Datuk Seri Liong Tiong Lai semalam mengesahkan serpihan pesawat debris yang ditemui di Mauritius Mei lalu milik pesawat malang MH370..ia disahkan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan..

Menurut Liow, "pemeriksaan ini disahkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australa (ATSB) tentang penemuan serpihan debris di pulau yang terletak di Lautan Hindi"

Dalam kenyataan media tersebut, ATSB mengesahkan bahagian yang ditemui itu sebagai 'trailing edge splice strap' yang mana kedudukan serpihan berkenaan terletak di sayap belakang pesawat Boeing 777 sepadan dengan nombor siri pesawat berkenaan..

"Penemuan tersebut disahkan berdasarkan kesimpulan daripada pesawat berkenaan bernombor siri 9M-MRO (MH370)"jelas Liow lagi.

Liow turut merakamka penghargaan kepada pihak berkuasa Mauritius dan Australia atas bantuan yang telah diberi dan memaklumkan bahasa sebarang makluman terkini berhubung penemuan serpihan MH30 akan dimaklumkan sekiranya ada maklumat terkini.

Penantian masyarakat dunia selama lebih 2 tahun sejak 8 Mac 2014 yang meragut nyawa 239 penumpang dan anak kapal bakal meleraikan tandatanya yang selama ini mendapat perhatian dunia..ia juga merupakan satu petanda positif setelah usaha pencarian sehingga Lautan Hindi selesai..



Friday, October 7, 2016

Penangan Nasi Lemak Anak Dara...Azmin Ali Kantol Berpura-Pura...

1 comments

Beberapa hari lalu kami melihat di media sosial bukan main riak lagi penyokong macai pakatan yang memuji sikap keprihatinan Azmin Ali terhadap seorang anak dara yanh meniaga nasi lemak..

Masa itu, ketika pencacai pakatan bertempek sorak menyokong tindakan Azmin biarpun rumah mereka tiada air..kami berasa rakyat Selangor perlu berasa malu mendapat Menteri Besar yang pandai berpura-pura prihatin..

Banyak sudah kita lihat sikap berpura-pura Azmin..dulu ketika dia baru dilantik, parit pun sanggup dia terjun semata-mata nak tunjukkan dia MB yang sanggup kotor demi rakyat!!cilakak punya Azmin..pandai betul berlakon...

Azmin sebelum ini lantang mengkritik kredibiliti Jabatan Alam Sekitar kononnya lambat bertindak kerana mengambil masa 10 jam untuk ambil sampel air yang tercemar...tadi di TV3 dia pula dibogelkan kerana mengambil masa 13 hari untuk turun kawasan dan lambat bertindak..

Orang kalau buat kerja kerana nama takkan bertahan lama..percayalah..rakyat selarang bukannya buta perut..berjuta rakyat Selangor terseksa dengan sikap pemimpin pembangkang...

Jika dari dulu kerajaan Pakatan selangor tidak mempolitikkan isu air Selangor kami yakin isu ini tidak akan melarat...isu air pun hendak dipolitikkan..bayangkanlah air tercemar kena racun pun mereka tuduh propaganda UMNO..setakat beri jawapan berpunca daripada UMNO ni level mat gian menghidap HIV saja...

Cukup2lah AZMIN!!tahniahlah Anak Dara ni berjaya mengkantolkan lakonan Azmin..kami nasihatkan hati-hati..gerai anda mungkin akan ditutup PBT kerana pengakuan ini,,kahkahkah!!!

Thursday, October 6, 2016

Tahniah!!Malaysia Terus Diberi Kepercayaan Menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa!! @NajibRazak @LiowTiongLai

0 comments

Malaysia sekali lagi mendapat kepercayaan dunia apabila mendapat sokongan untuk menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ke-39 untuk penggal 2016-2019..Perlantikan Malaysia menyertai ICAO ini merupakan pengiktirafan untuk penggal keempat berturut-turut sejak 2007..perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media Majlis ICAO yang sedang berlangsung di Montreal, Canada..

Ketika pemilihan, Malaysia telah mendapat 129 sokongan daripada 172 undi yang dibuat oleh negara-negara anggota yang layak menggundi..lebih manis lagi, selain dipilih menjadi Majlis CIAO satu lagi pengiktirafan yang diperolehi Malaysia ialah perlantikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebagai Presiden Perhimpunan Agung (ICAO) ke-39..


Kepercayaan negara dunia terhadap Malaysia merupakan penghormatan buat negara yang mana kita lihat serius memastikan keupayaan ke arah meningkatkan standard keselamatan dan juga jaminan keselamatan penerbangan awam di ruang udara global..Dalam pada itu, DS Liow turut diberi kesempatan untuk menyuarakan aspirasi Malaysia dalam mdnghadapi masa depan penerbangan awam dunia..

Kita seharusnya berbangga dengan penyertaan semula Malaysia dalam ICAO kerana hanya dua negara ASEAN sahaja selain Malaysia yang berpeluang menyertai ICAO iaitu Singapura..


Penyertaan Malaysia ini menunjukkan keseriusan negara dalam meningkatkan standard keselamatan penerbangan awam global..ia menunjukkan betapa pentingnya penglibatan negara bersama negara besar lain seperti Amerika, Japan, Austalia untuk memacu visi "No Country Left Behind" terlaksana dan inisiatif "Next Generation Of Aviation Personnel" untuk memenuhi keperluan latohan komuniti penerbanhan glonal melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia...

Datuk Seri Liow dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah kompromi di dalam usaha ke arah meningkatkan standard keselamatan dan jaminan keselamatan antarabangsa..

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan buat Malaysia atas usaha memastikan kedaulatan ruang udara global terus terpelihara.. ICAO yang ditubuhkan pada 1944 merupakan sebuah pertubuhan dibawah PBB yang mana memastikan sektor penerbangan awam lebih selamat, cekap, mampan dan berdaya maju..

Israel Tawan Kapal Layar Zaytouna-Olivia..

0 comments

Misi 13 srikandi wanita dari 13 buah negara untuk menyatakan hasrat mesej kemanusiaan disekat Israel apabila kapal layar Zaytouna menghampiri perairan Gaza..salah seorang krew warganegara Malaysia, Dr Fauziah Mphd Hassan bertindak nekad meneruskan misi yang dikira sebagai misi mustahil..


Seperti dijangka Israel trlah memintas Kapal Layar berkenaan kira-kira 8.59 pagi pada Rabu..kapal berkenaan membawa misi 'Woman's Boat To Gaza' dijangka akan ditunda ke pelabuhan Ashdod..ketika kejadian Zaytouna telah melepas garisan 100 batu nautika arah pantai Gaza yang mana merupakan garisan kawalan tentera Israel laknatullah...

Sama-sama kita doakan keselamatan semua krew...

Wednesday, October 5, 2016

#MH17 : Malaysia Tegas Cari Dalang Sebenar & Wujud Hubungan Diplomasi Dengan Semua Pihak..cc @NajibRazak @LiowTiongLai

0 comments

Susulan insiden hitam yang melibatkan pesawat awam MH17 yang terhempas di wilayah bergolak Donestsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, Lembaga Keselamatan Belanda telah  membuat kesimpulan awal pada 17 Julai 2015 bahawa jet Boeing 777 telah ditembak oleh peluru berpandu Rusia (BUK)..

Kenyataan awal ini bingkas dinafikan oleh Rusia dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menjalankan satu siasatan baru ke atas tragedi itu..Malaysia melalui Menterian Pengangkutannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai antara yang bertungkus lumus untuk mencari dalang utama yang harus diheret kemuka pangadilan.

Menurut Datuk Seri Liow "Malaysia tegas akan mendakwa suspek yang bertanggungjawab dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17"

Ini dilakukan demi maruah negara yang mahu membela nasib keluarga 298 orang mangsa yang terlibat..apa yang dilakukan sekarang ini, Malaysia bekerjasama dengan Joint Investigations Team (JIT) bersama Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia yang mana baru-baru ini telah mengumumkan akan melanjutkan siasatan tersebut sehingga Januari 2018..

Jika kita mengikuti perkembangan kes ini, kita dapat membuat ramalan awal bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah Rusia kerana peluru yang menembak jatuh MH17 berasal daripada Rusia..tetapi apa yang dilakukan Malaysia harus dipuji..kita tidak terus menghukum dan membuat keputusan bahawa Rusia bersalah..

Apa yang dilakukan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Rusia Vladimir Putin telah bertemu di Sochi, Rusia baru-baru ini untuk membincangkan dan mendapat kerjasama Rusia dalam mencari dalang sebenar..Seperti Malaysia, Rusia turut berpendirian mahu mencari dalang sebenar penembak MH17..

Ketika awal dakwaan BUK berasal daripada Rusia, pihak Rusia telah menafikan bahawa mereka menggunakan peluru berpandu jenis BUK jenis 9N314M di ruang udara timur Ukraine..

Ini kerana, banyak bekas negara Kesatuan Soviet yang ada peluru berpandu tersebut. Malah sebahagian ahli Nato  (Perjanjian Pakatan Atlantik Utara) seperti Greece juga ada peluru berpandu ini. Peluru berpandu BUK ini bukan sahaja dibuat oleh Rusia tapi juga bekas negara Kesatuan Soviet...

Rusia dalam kenyataan menafi penglibatan menembak jatuh MH17 menjelaskan peluru jenis BUK sudah tidak digunakan lagi..ini kerana peluru tersebut yang dibuat pada 1986 hanya boleh digunakan selama 25 tahun sahaja..

Pendekatan yang diambil Malaysia amat tersusun kerana melibatkan kedua-dua pihak yang terlibat..bukan mudah menjadi negara Malaysia yanh perlu menyelesaikan isu yang melibatkan negara besar lebih-lebih lagi ia melibatkan dua negara bergolak..ia ibarat "menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak "

Syabas kami ucapkan kepada YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Menteri Pengangkutan yang sentiasa positif dan mendesak pihak yang terlibat dibawa kemuka pengadilan..

Saturday, October 1, 2016

"Perlembagaan DAP sama taraf dengan perlembagaan persatuan penduduk" Prof Kangkung Aziz Bari...

0 comments


Punyalah nak nafikan penglibatan memperjuangkan LGBT smpai menjatuhkan level DAP sama dengan persatuan penduduk..Aziz Bari mengatakan perlembagaan DAP tidak terpakai pun dan hanya syarat untuk daftar ROS...belum memerintah dah langgar perlembagaan sendiri..kalau merintah nanti jangan heran jika DAP langgar perlembagaan negara..

Syabas kami ucapkan kepada pemuda Melayu ini yang cuba menyedarkan Aziz Bari bahawa perjuangan DAP dikira sebagai sesat dan menyimpang daripada perjuangan asal penubuhan mereka...

Jika begitu terbuktilah bahawa Aziz Bari mengiakan tindakan pemimpin DAP yang selama ini memperjuangkan perjuangan yang menyimpang daripada agama Islam dan perlembagaan...sanggup siAziz Bari ini menafikan larangan yang telah ditetapkan Islam semata2 berjuang untuk DAP..

Taubatlah Prof Kangkung!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA