networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, December 16, 2017

DAP Johor Retak Menunggu Belah!!Fitnah MB @KhaledNordin Gagal!!!

4 comments

DAP JOHOR TERDESAK ALIH ISU FITNAH.

Terdesaknya DAP Johor pada ketika ini cuba mengalihkan pandangan rakyat Johor terhadap salah laku yang sedang mereka hadapi.

Ia susulan bloger pro-pembangkang, Milosuam dan ADUN DAP Senai, Wong Shu Qi telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan meyebarkan maklumat palsu serta telah memfitnah YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Penyebaran maklumat palsu yang didalangi oleh Pakatan Harapan Johor itu bagi mengaitkan Menteri Besar Johor dalam satu kes hartanah yang masih dalam siasatan pihak SPRM.

Penahan tersebut jelas satu tindakan tegas yang patut dilaksanakan ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap Menteri Besar Johor itu merupakan satu tuduhan yang melampau dan berniat jahat.

Melihat kepada keadaan ini, Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Makhluk Asing Kluang, Liew Chin Tong hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memerangkap dan memperbodohkan diri beliau sendiri.

Beliau mendakwa bahawa kebocoran maklumat palsu tersebut adalah kerja orang UMNO sendiri yang mahu menjatuhkan kepimpinan Khaled Nordin.

“Sekiranya Khaled disingkirkan oleh Umno, setidaknya beliau boleh berbangga di hadapan rakyat jika beliau dilihat sebagai pemimpin yang jujur,” kata Liew kepada Malaysiakini.

Persoalannya, bukankah orang pertama yang membuat tuduhan palsu tersebut ialah Wong Shu Qi, ADUN Senai daripada DAP.

Malah, Shu Qi individu yang begitu lantang menghentam Khaled Nordin dengan mengguna pakai dokumen palsu tersebut di sidang DUN Johor.

Sejak bila Wong Shuq Qi jadi ahli UMNO? Wanita UMNO cawangan mana Shu Qi ni?!

Kedua, bloger yang ditahan ialah Yusof Al-Siddique Suratman, atau lebih dikenali sebagai Milosuam. Sejak bila bloger tersebut ialah milik UMNO.

Malah beberapa jam selepas bloger tersebut memuat naik dokumen palsu tersebut, ia pantas dijadikan bahan rujukan oleh Shu Qi bagi memfitnah Khaled Nordin.

Lebih bacul, pembangkang Johor hanya pandai menggunakan imuniti di sidang DUN Johor berbanding berani menyatakan tuduhan serta mengemukakan bukti sahih di luar dewan.

Tindakan Chin Tong ini sebenarnya cuba mengalihkan pandangan rakyat terhadap wajah sebenar pembangkang yang hanya pandai menabur fitnah semata-mata.

Ia juga sekadar mencari publisiti murahan bagi menyelamatkan hayat politik beliau sebagai Pengerusi DAP Johor. 

Nasihat kami kepada Chin Tong.

Pertama, seharusnya beliau yang perlu berhati-hati kerana ramai pemimpin DAP Johor yang sedang berusaha menyingkirkan beliau kerana menumpang kerusi di Johor.

Kedua, nikmatilah sisa-sisa berbaki ini sebagai wakil rakyat di Kluang. 

Yakin dan percayalah, akan bangkit anak muda Johor yang akan memerangi habis-habisan calon makhluk asing seperti Chin Tong yang mempergunakan rakyat di negeri Johor sebagai kepentingan politik semata-mata.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor

Penubuhan IMAMS Beri Banyak Manfaat Buat Jemaah Umrah..

0 comments

Riuh sekejap media sosial agen-agen pakatan pro DAP membalun kerajaan kononnya menyusahkan rakyat untuk mengerjakan umrah..

Kekecohan rakyat pro DAP ini mempertikaikan 2 perkara iaitu :

1) Rakyat yang hendak mengerjakan umrah terpaksa membayar GST RM 5.10 untuk sistem Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) ..

2) Operasi IMAMS ini terdapat orang kafir yang menguruskan jemaah umrah..

Untuk kedua-dua persoalan ini kami ingin jawab tetapi terlebih dahulu kami ingin terangkan apa yang penting sangat IMAMS ini sampai kerajaan perlu laksanakan..

Umum mengetahui kita hendak menghadapi PRU 14 jadi kerajaan perlu mengurangkan isu yanh boleh membuatkan rakyat marah..

Tapi kenapa kerajaan buat juga?

Kerajaan pimpinan DS Najib Razak lebih rela membuat keputusan tidak popular asalkan ia memberi kebaikan kepada rakyat..

Jadi apa kelebihan yang rakyat dapat melalui IMAMS??

Umum mengetahui bahawa kes penipuan jemaah umrah kerap berlaku yang mana syarikat travel agensi mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan walaupun terpaksa menjual agama..

Statistik dari KPDNKK menunjukkan terdapat 3,762 Kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM23,164,370.47 yang telah difailkan dari tahu 2012 hingga Oktober 2017 diTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)..

Sebab itu IMAMS diperkenalkan bagi melindungi bakal jrmaah umrah..

Kemudian kami ingin menjawab persoalan mengenai GST RM 5.10..apalah sangat GST RM 5.10 tu jika hendak dibandingkan dengan keselamatan anda membuat ibadah dan yang penting tidak ditipu..

1) Caj IMAMS adalah rm45 
2) Caj insuran takaful umrah rm40

Jumlah = 85 +6%(5.10) =rm 90.10
Nilai GST hanyalah rm5.10 untuk IMAMS dan insuran (RM85)

Apalah sangat RM 45 untuk memastikan anda tidak ditipu dan RM 40 untuk perlindungan Insurans..GST RM 5.10 tidak patutlah anda hendak bising kerana duit itu akan digunakan untuk rakyat juga nanti..kenapa anda tidan mahu pertikaikan keuntungan Syarikat Pelancong yang mengaut keuntungan lingkungan 30% daripada kos mengerjakan umrah?jika GST untuk rakyat..keuntungan travel agensi untuk kompeni..

Mengenai persoalan orang kafir uruskan IMAMS..ia telah dijawab oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang mana menafikan penglibatan dalam urusan syarikat IMAMS adalah orang beragama Islam..

Jadi jangan kerana nama anda terus percaya..ambil iktibar dari kes Rafizi yang tersalah tuduh Rahman Dahlan adik beradik dengan Raslan Dahla  kerana nama sama..

Orang kita ni acah-acah peka..tapi DAP yang kafir tu dijilat..syarikat penerbangan milik bukan Islam..tapi tang ni nak jadi Islam sejati...


SISTEM IMAMS : RM40 UNTUK INSURAN DAN RM45 UNTUK KHIDMAT PENGURUSAN BAGI MENGELAKKAN RAKYAT TERUS DITIPU AGEN UMRAH PALSU

1.Banyak yang mengeluh bila mendengar tentang Sistem Imams yang digunakan untuk UMRAH dicaj sehingga RM90.10 (termasuk gst) bila pengumuman dibuat pagi tadi. Malah ada yang dah mula menyiarkan sewaktu sebelum pc dijalankan. 

2. Penipuan demi penipuan umrah yang berlaku melibatkan ribuan jemaah yang terkandas dan kerugian jutaan ringgit menyebabkan kami Melalui Majlis Kawal Selia Umrah kami memutuskan untuk melakukan penambahaikan bagi sistem pengurusan Jemaah Umrah ini. Ianya merupakan satu lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia Umrah di Malaysia secara total yang menutup ruang-ruang penipuan pakej Umrah di sepanjang nilai rantaian pengendalian Umrah dan memperkasakan aktiviti pemantauan, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej Umrah yang berada di pasaran secara sistematik dan teratur.
( statistik dari KPDNKK menunjukkan terdapat 3,762 Kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM23,164,370.47 yang telah difailkan dari tahu 2012 hingga Oktober 2017 dibTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) )

3. Untuk itu, pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) berkuatkuasa hari ini ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus Muasassah di Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Khas Umrah sejak 1 Oktober 2017.

4.Malah Kerajaan Malaysia turut mendapat persetujuan dan sokongan pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur ke atas pelaksanaan Lesen Khas Umrah dan penggunaan Sistem IMAMS ini. Mulai 15 Disember 2017, Sistem IMAMS adalah satu-satunya akses rasmi kepada permohonan Visa Umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

5. Pelaksanaan sistem IMAMS ini akan mengatasi dan menutup ruang-ruang penipuan di dalam rantaian pelaksanaan pakej Umrah daripada terus berlaku melalui pengwujudan:

i. pangkalan data dan proses pemantauan induk ke atas pengendalian pakej Umrah di Malaysia;

ii. platfom memohon kelulusan pakej Umrah dan iklan oleh Kementerian sebelum ianya dipasarkan kepada orang awam;

iii. integrasi pangkalan data pendaftaran Pegawai Pemasaran Umrah yang dilantik agensi pelancongan berlesen;

iiii. pemberian akses kepada semua pihak berkepentingan khususnya Kementerian dan jemaah itu sendiri dengan maklumat secara langsung untuk menyemak status semasa tempahan mereka; dan

v. notifikasi pengemaskinian maklumat secara berkala setiap pelaksanaan tempahan item di dalam pakej Umrah terutamanya tempahan berkaitan penerbangan, penginapan, permohonan Visa Umrah dan insurans takaful jemaah yang telah dipertanggungjawabkan kepada agensi pelancongan.

6. Pelaksanaan sistem IMAMS ini  melibatkan caj pada kadar RM45/jemaah. Kadar tersebut adalah yang paling rendah di dunia berbanding negara-negara lain yang mengguna pakai sistem seumpamanya dalam menguruskan jemaah Umrah seperti di Jordan, Mesir dan Sudan. Sistem IMAMS ini juga adalah komprehensif, bersepadu dan juga bersesuaian (compatible) dengan sistem milik Kerajaan Arab Saudi yang membolehkannya dihubungkan secara terus khususnya dengan sistem Kementerian Luar Negeri Arab Saudi bagi permohonan Visa Umrah.

7. sistem IMAMS ini dapat memastikan setiap jemaah umrah turut dilindungi insurans takaful Umrah dengan perlindungan insurans. Sistem IMAMS menawarkan perlindungan takaful yang komprehensif kepada agensi pelancongan bagi jemaah kendaliannya pada kadar premium yang munasabah iaitu RM40/jemaah. Kadar ini adalah terendah di pasaran bagi skim takaful perjalanan yang komprehensif dan memenuhi kehendak Kementerian. 
(Kalau sekiranya ada travel agent mempunyai pihak insurans yang boleh menawarkan dengan harga yang lebih murah TETAPI PERLINDUNGAN YANG SAMA ATAU PERLINDUNGAN YANG LEBIH BAIK, maka mereka boleh usulkan dengan pihak kementerian untuk kelulusan.) antara coverage Insurans Takaful ini ialah
1. perlindungan sewaktu  kemalangan diri termasuk khairat kematian.
2.Perlindungan sewaktu kesulitan perjalanan( kehilangan bagasi/ barang peribadi)
3.Perlindungan Perubatan
4.Perlindungan khidmat pemindahan kecemasan.
5.Perlindungan bayaran balik sepenuhnya deposit tiket perjalanan sekiranya pembatalan perjalanan berlaku yang bukan disebabkan visa ditolak.

Secara rumusannya, caj keseluruhan yang terlibat bagi penggunaan sistem IMAMS ini dan perlu dimasukkan ke dalam harga pakej Umrah sedia ada bagi setiap jemaah adalah sebanyak RM90.10 (termasuk GST RM5.10).

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melaksanakan inisiatif ini di bawah payung Majlis Kawal Selia Umrah dalam pelaksanaan LKU dan penggunaan Sistem IMAMS pada hari ini dapat menambah baik pengendalian industri Umrah dan seterusnya membanteras sebarang manipulasi dan penipuan pakej-pakej Umrah demi menjaga kepentingan agama, negara dan umat Islam di Malaysia.

Mohon kongsikan buat semua sahabat dan saudara-mara.

Terima kasih

Mas Ermieyati Samsudin 
Pengerusi Majlis Kawal Selia Umrah 
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Friday, December 15, 2017

Pakatan Meludah Muka Sendiri Bila Mengutuk Amerika & China!!!

0 comments

Sikap buruk pakatoon!!

Najib jalinkan kerjasama ekonomi dengan Amerika..Depa kata Najib tak guna kerjasama dengan pro Israel!!!

Tapi..bila Kes 1MDB DOJ..dari Amerikalah kitab utama pakatoon percaya bulat-bulat tanpa was-was..

Itu Amerika..


Ni China pulak..

BN jalinkan kerjasama dengan parti politik memerintah China...depa kata BN kerjasama dengan komunis China..

Kerajaan tarik pelabur datang Malaysia depa kata nak jual negara..

Tapi..bila kerajaan negeri Selangor pergi China jalinkan kerjasama ekonomi depa kata bagus untuk sektor ekonomi..hilang dah tuduhan jual negara..hilang dah tuduhan kerjasama negae komunis!!!

Aku nak cakap satu je..KEPALA BAPAK KAU!!SEMUA KAU KATA BETUL...TANG KITA SEMUA SALAH!!!

Guan Eng Jangan Gabrah!!Kalau Anak Jantan Hadapi SPRM!!Belajar Dari Kes Tan Sri Annuar Musa!!

0 comments
Artikel penuh DI SINI

Baru-baru ini, Mantan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa telah diputuskan pihak pendakwaraya yang beliau tidak bersalah (SINI)

Pembebasan Tan Sri Annuar Musa ini bukanlah sebab beliau orang UMNO dan bukan juga beliau orang BN..ini kerana pendakwa raya tidak menemui apa-apa keraguan iaitu bukti tidak mencukup untuk mendakwa beliau..

Jadi Tan Sri tidak bersalah dalam kes tajaan TRW oleh UniKL..Lim Guan Eng kena belajar sesuatu daripada Tan Sri Annuar Musa..

Menjadi seorang lelaki sejati dan tidak bacul menyalahkan semua orang dan akta dalam kes melibatkan dirinya..kami berpegang kepada prinsip selagi mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan maka anda belum bererti bersalah..

Tidak perlu menjadi cacing kepanasan..menyalahkan orang lain dalam kes anda sendiri..tidak usah mengheret semua orang dalam kes anda..jadilah seorang anak jantan!!jangan memalukan keturunan LIM!!

Tan Sri Annuar Musa sebagai anak jantan berbangsa Melayu hadir sendiri ke SPRM untuk memberi kerjasama..buat apa hendak takut jika diri tu tidak bersalah..

Jadi nasihat kami buat Guan Eng..berilah kerjasama kepada pihak SPRM!!

Tidak perlulah bermain politik mengutuk badan kehakiman negara kerana..ini kerana Mahkamah Persekutuan bahwa Seksyen 62 Akta Pencegahan Rasuab Malaysia 2009 yang mengkehendaki tertuduh memfailkan pembelaan sebelum perbicaraan adalah sah..

Nasihat kami Guan Eng perlu menyerahkan dokumen atau penyata pembelaan kepada pihak pendakwa sebelum perbocaraan kes rasuahnya yang melibatkan pembelian rumah banglo di bawah harga pasara..

Kalau dilihat kes Tan Sri Annuar Musa dan Guan Eng ia hampir serupa iaitu berkaitan rasuah tajaan dan seorang lagi berkaitan rasuah pembelian rumah bawah harga pasaran..

Inilah sikap pembangkang..jika mereka gabra maka mereka akan mengheret semua pihak termasuk UMNO dan memainkan sentimen kononnya mahkamah Malaysia tidam adil..

Hairannya kami belum apa-apa sudah mengalah!!mana pergi kata-kata INIKALILAH KITA LAWAN TETAP LAWAN!!!

KWSP Umum 4 Penambahbaikan Skim & Polisi..

0 comments

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan empat penambahbaikan ke atas skim dan polisi KWSP yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 sebagai antara usaha berterusan KWSP untuk menambahbaik dan memenuhi jangkaan ahli.

Semasa mengumumkan inisiatif penambahbaikan dalam taklimat media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “KWSP menjangkakan majoriti ahli akan berhadapan dengan cabaran dalam persediaan persaraan mereka berikutan perubahan demografi yang mendadak di Malaysia dan di serata dunia, selain kemunculan revolusi perindustrian. Oleh itu, inisiatif penambahbaikan ini adalah usaha kami untuk memenuhi perubahan dalam keperluan dan jangkaan ahli.”

Penambahbaikan yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 adalah:

1. Pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah
Ahli diberi pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada simpanan KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan simpanan kepada waris terdekat apabila ahli meninggal dunia. Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada ahli yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Pilihan ini adalah tambahan kepada hak sedia ada ahli untuk melantik mana-mana individu sebagai penama.

2. Penambahbaikan ke atas pilihan pembayaran Pengeluaran Umur 55 dan 60 Tahun
Polisi Pengeluaran umur 55 dan 60 tahun telah ditambah baik dan dipermudahkan bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa dari akaun KWSP mereka, berbanding polisi semasa yang hanya membenarkan pengeluaran tidak kurang daripada RM2,000 setiap 30 hari. Selain itu, ahli juga boleh membuat pengeluaran serendah RM100 sebulan, berbanding RM250 dalam polisi terdahulu.

Bagi membantu ahli merancang keperluan persaraan jangka panjang dan membuat anggaran jumlah dan kekerapan pengeluaran yang baik, KWSP menggalakkan ahli untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan yang disediakan secara percuma kepada ahli di 18 cawangan seluruh negara.

3. Polisi pengeluaran fleksibel sehingga umur 100 tahun
Polisi pengeluaran fleksibel, yang membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa, telah dilanjutkan kepada umur 100 tahun daripada had umur semasa 75 tahun. Ahli juga boleh memilih untuk membuat gabungan pengeluaran sebahagian dan bulanan. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan pelanjutan tempoh pembayaran dividen daripada umur 75 tahun ke 100 tahun.

4. Melanjutkan Bantuan Kematian dari umur 55 tahun ke 60
Bantuan kematian semasa sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut oleh waris terdekat sekiranya ahli meninggal dunia sebelum umur 55 tahun, kini akan dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan umur persaraan minimum pada 60 tahun.

Thursday, December 14, 2017

Kementerian Pengangkutan Akan Tubuh Badan Bebas Pantau Kemalangan Darat, Udara & Maritim..

0 comments

Sering terpapar di media massa kes-kes berkaitan kemalangan jalan raya..bermacam kaedah telah dilaksanakan bagi mencegah kemalangan di negara kita..kempen keselamatan jalan raya akan dilaksanakan setiap kali menjelang musim perayaan atau hari penting..

Ini menunjukakn betapa seriusnya kerajaan mencegah kemalangan di negara kita..melalui Kementerian Pengangkutan, Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai akan menubuhkan Majlis Keselamatan Pengangkutan Negara (MKPN)..

MKPN ini berperanan bagi memantau semua aspek keselamatan berkaitan keselamatan jalan raya, rel, aktiviti penerbangan dan maritim..

Menurut DS Liow "badan ini akan menjadi sebuah badan bebas dan berkecuali bagi menyiasat punca bagi mana-mana kemalangan di jalan raya, laut dan juga udara"

Cadangan ini merupakan satu daripada 51 cadangan yang diterima dan sebahagiannya telah dilaksanakan dan selebihnya dalam proses perlaksanaan..

MKPN setakat ini telah diluluskan penubuhannya dan kini dalam proses merangka penggubalan undang-undang berkaita MKPN..

Untuk rekod kadar kehilangan nyawa melibatkan bas adalah 0.6% dan lori sebanyak 3% daripada keseluruhan angka korban di Malaysia dari tahun 2008 hingga September 2017..

Bila dimuktamadkan nanti maka MKPN menjadi salah satu lagi usaha Kementerian Pengangkutan bagi mencegah kemalangan melibatkan darat, udara dan maritim di negara kita..

Biarpun bermacam-maca usaha telah dilaksanakan namun kemalangan terap terjadi..di sini memerlukan usaha berterusan pihak berwajib menjalankan usaha bagi memastikan kes kemalangan dapat dikurangkan..

Pihak kerajaan sentiasa mencari langkah terbaik bagi mengurangkan kes dan risiko kemalangan yang mana mampu meragut nyawa rakyat Malaysia..

Diharapkan usaha MKPN ini mencapai hasrat yang ingin dicapai bagi memantau aspek keselamatan jalan raya, rel, penerbangan dan maritim..ditambah pula ianya merupakan sebuah badan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak..

Tambang Bas Sekolah 2018 - PIBG & Operator Bas Sekolah Perlu Berbincang Tetapkan Harga..

0 comments

Setiap kali sesi persekolahan tahun baru hendak bermula pasti isu berkaitan tambang bas sekolah hangat diperkatakan..

Ura-ura tahun 2018 kadar tambang bas sekolah akan dinaikkan lingkungan RM 10 untuk luar bandar dan RM 20 kawasan bandar..

Perkara ini diakui sendiri oleh Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof yang menyatakan kemungkinan kenaikan tambang bas sekolah ekoran pengusaha terpaksa menampung kos operasi yang tinggi terutama membabitkan kos baik pulih kenderaan yang semakin meningkat..

"Berikutan harga minyak yang tidak menentu pada masa ini, saya menjangkakan akan berlaku sedikit peningkatan harga tambang bas sekolah bagi membolehkan pengusaha bas sekolah mampu menjalankan perkhidmatan"

Mohd Rofik berkata "pengusaha bukan sahaja berdepan dengan peningkatan kos minyak yang tinggi, tetapi kadar semasa baik pulih kenderaan dan alat ganti kenderaan juga dilaporkan meningkat antara 50-80 peratus.

Untuk rekod, GPBSM mempunyai seramai 18,890 ahli diseluruh negara dan jumlah dijangka meningkat kepada 20,000 ahli selepas pembaharuan lesen pada hujung tahun ini.

Ekoran daripada ura-ura kenaikan harga tambang bas sekolah ia telah menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.


Isu berkaitan tambang bas sekolah ini seharusnya dibincangkan di peringkat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)..seharusnya mereka berbincang dengan pengusaha bas sekolah.

Menurut YB Nancy, "Sama ada tambang bas sekolah naik atau tidak, ia bukan keputusan kami, ia adalah keputusan yang ditetapkan oleh kedua pihak itu"

"Tiada subsidi minyak untuk bas sekolah. SPAD pada tahun 2014 telah membuay keputusan bahawa pada tahun 2015 bulan januari akan menghapuskan kadar syiling tambang bas" jelas Nancy

Keputusan ini dibuat bagi menyerahkan pihak PIBG dan pengusaha bas sekolah berbincang untuk penetapan harga melalui perbincangan..

Hal berkaitan tambang bas sekolah ini amat sensitif dan perlunya masyarakat mengetahui kaedah penetapan berdasarkan perbincangan PIBG dan operator Bas Sekolah..

Namun begitu, Pihak SPAD akan tetap memantau keadaan ini..

Wednesday, December 13, 2017

Jangan Jadi Bodoh..Bila Barang Naik Saja Percaya Sebab GST..Padahal Kadar GST Masih Sama Sejak 1 April 2015!!!

0 comments

Rakyat Malaysia ni sebenarnya ramai sangat mudah sangat kena tipu..tarikh GST 1 APRIL 2015 dan kadarnya 6%..ada barang berkadar GST 0%..jadi jika ikutkan logik harga barang akan naik sekali sahaja iaitu ketika pengenalan GST..

Dari tarikh 1 April 2015 bila ada barang naik berkali-kali dan tokey kedai cakap GST ma..yang kau percaya kenapa???..sepatutnya naik sekali..ni naik akhir tahun 2015..tahun 2016 naik lagi..tahun 2017 naik lagi..alasannya GST..walhal kadar GST sama saja dari waktu diperkenalkan...

Ni terbaru harga bawang besar sampai RM 8.50 sekilo..tokey cakap GST..memang kena smash gn aku...sebelum ini aku beli bawang tak delah semahal ni..iaitu selepas tarikh pelaksanaan GST...padan muka dia malu dengan kastemer yg lain..dan yang paling penting bawang tidak dikenakan GST iaitu kadar 0%..

Kenapa xnak cakap bekalan bawang terhad..kau ingat aku ni macai pakatan ke mudah ditipu...macai lainlah..barang naik setiap tahun sampai kiamat pun depa kata pasal GST..padahal GST kekal mcm tu jugak sejak 1 April 2015!!!lepas tu salahkan Najib sampai kiamat..plislah jangan biarkan diri anda dibodohkan!!!

Aku orang BN lah..bijak orangnya!!!!

SPAD Laksanakan Operasi Penguatkuasaan 24 Jam Pada Raya Krismas & Tahun Baru 2018...

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu 24 jam bagi memastikan pergerakan pengangkutan awam sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2018..Operasi berkenaan dirancang pada 22 Disember dan berakhir pada 2 Januari 2018...

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata "Operasi tersebut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya adalah bagi menangani isu pengendali pengangkutan awam dan pemandu yang melanggar undang-undang."


SPAD akan mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu berupa penyamaran, audit penguatkuasaan terhadap rekod Sistem Kedudukan Global (GPS) kenderaan, rondaan dan perangkap kelajuan serta pemantauan kamera litar bertutup (CCTV) di Pusat Operasi Lebuh Raya.

"Pegawai penguatkuasaan SPAD akan meronda lokasi-lokasi di pusat bandar serta terminal-terminal bas bagi memeriksa kaunter tiket dan dokumen, selain memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket,"

Penguatkuasaan ini akan memastikan supaya semua pemain industri mematuhi Kod Amalan Industri SPAD selain mematuhi peraturan keselamatan setiap masa...

SPAD melaksanakan operasi ini supaya pengguna berada dalam keadaan selamat ketika musim puncak..ini amat penting bagi mencegah kemalangan sepanjang waktu berkenaan..

Kami ingin mengucapkan syabas kepada semua pegawai yang terlibat yang mana beroperasi selama 24 jam bagi memastikan perjalanan pengguna berada dalam keadaan selamat..syabas!!anda sanggup meninggalkan anak-anak dan cuti demi berbakti kepada rakyat dan negara...

Tajaan The Red Worrior - Tan Sri Annuar Musa Tidak Bersalah..

0 comments

Mantan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa didapati tidak bersalah oleh pihak pendakwa raya berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan The Red Worrior dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL)..

Pihak pendakwa rakyat tidak menemui sebarang unsur yang boleh menyabitkan Tan Sri terhadap penyalahgunakuasa..

Menurut Timbalan Ketua Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak pendakwa raya telah meneliti kertas siasatan isu terbabit..

"Setelah diteliti, diputuskan oleh pendakwaraya untuk tidak mendakwa beliau (Annuar).

"Ini kerana keterangan-keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya"

Ini bermakna apa yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa ketika memimpin TRW betul dan tiada sebarang unsur salahgunakuasa..

TRW melalui era kegemilangan suatu masa dahulu di bawah pimpinan Tan Sri..

Tan Sri Annuar Musa digelar bapa transformasi Pasukan Bola Sepak Kelantan sebaik sahaja memimpin pasukan Kelantan sejak 2007..Kelantan mencapai pencapaian hebat pada tahun 2012 apabils menjuarai tiga piala (Liga Super,Piala Malaysia dan Piala FA)..

Semoga era kegemilangan TRW kembali!

Tuesday, December 12, 2017

Bila Dah Biasa Fitnah, Cakap Bohong Pun Penuh Yakin..Taubatlah @RafiziRamli Oi!!!

0 comments

Tak serik-serik si Rafizi ni..ada saja kerja dia nak memburukkan pemimpin BN..kes terbaru semalam dia menuduh Ketua Pegawai Eksekutif PICO Itegrated Exhibit Sdb Bhd, Raslan Dahlan sebagai abang kepada Dato Abdul Rahman Dahlan yang kononnya menganugerahkan projek tersebut kepada abangnya sendiri..

Kononnya dengan tuduhan tersebut mampu mencemarkan imej Dato Abdul Rahman Dahlan yang memberi kontrak kepada abang bagi menjayakan Program Expo Negaraku..

Sejujurnya rata-rata rakyat berpuas hati dengan 5 kubah pameran yang disediakan..kita dapat lihat masa depan Malaysia di bawah DS Najib melalui Expo ini..malah ada saja pemimpin pembangkang turut mengambil kesempatan hadir ke Expo Negaraku tersebut..

Benda baik bila ada hati yang kotor pasti Allah akan lindung..

Bila dah kantol tahu pula minta maaf..malangnya Rafizi hanya meminta maaf kepada Raslan Dahlan tidak kepada Rahman Dahlan..
Saya minta maaf kepada Raslan Dahlan, tetapi bukan kepada Rahman Dahlan. Rahman Dahlan yang sepatutnya minta maaf kepada rakyat kerana dia tak buat kerja, harga barang naik tapi dia sibuk buat (Ekspo Negaraku)," katanya pada sidang media di pejabat Invoke di Kuala Lumpur, hari ini. -MalaysiaKini
Apa punya haram jadahlah!!sudah memfitnah dan memburuk-burukkan kredibiliti dua orang tapi minta maafnya hanya seorang...

Baru sahaja beberapa bulan lalu, Rafizi mengemis supaya menderma kepadanya RM 300,000 bagi membayar saman tuduhan terhadap NFC..barangkali duit yang diterima sejumlah lingkungan RM 1.5 juta membuatkannya angkuh dan tidak kisah untuk menabur fitnah...berani sungguh si Rafizi untuk disaman Dato Rahman Dahlan..




Dia pun tak heran sebab dia tahu ramai yang boleh menderma jika disaman fitnah..

Berkaitan fitnahnya semalam..kami melihat video rakaman yang telah dideleted..Rafizi bercakap sungguh yakin dan kalau yang tak tahu perangai Rafizi suka membuat tuduhan memang akan percaya..walhal itu semua tuduhan fitnah..kemudian mahu melaga-lagakan pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi dengan Dato Rahman Dahlan...sungguh tiada kredibiliti si Rafizi..

Kita saksikan rakaman Fitnah tersebut yang telah dipadamkan :



HE : Kami rasa Rafizi sudah kena game..dapat maklumat salah daripada pegawai EPU!Padan Muka!!!Haha!

Kerajaan Kota Janji!!Beri Lesen Individu dan Geran Kepada Pemandu Teksi Bebas Daripada Sistem Pajakan!!!

0 comments

Kerajaan mengotakan janjinya untuk meningkatkan industri pengangkutan awam darat Pemandu Teksi melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Pada tahun ini sehaja seramai 908 pemandu teksi telah menamatkan kontak pajakan mereka dengan syarikat pengendali..daripada jumlah itu seramai 439 pemandu telah menerima geran tunai RM 5,000...

Sebelum ini, pemandu teksi sering merungut kerana pendapatan mereka terjejas..kerajaan telah mengambil bermacam-macam inisiatif untuk meringankan beban pemandu teksi..dulu pernah memperkenalkan bantuan tayar..isurans..pemeriksaan puspakom..

Sehinggalah perkhidmatan UBER dan Grab (E-Hailling) mendarat di negara kita..kerajaan memikirkan bantuan perlu diteruskan kepada pemandu teksi tetapi dengan pendekatan berbeza..sebab itulah program TITP ini diwujudkan bagi membebaskan pemandu teksi daripada cengkaman syarikat pengendali..tak cukup dengan itu bantuan geran RM 5,000 juga diperkenalkan untuk membeli model kenderaan baru..

Dunia pesat membangun, perkembangan teknologi perkhidmatan E-Hailling semakin mendapat tempat dihati rakyat..jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berpesan kepada semua syarikat-syarikat E-Hailling seperti UBER dan GRAB agar memberi keutamaan kepada pemandu teksi konvensional untuk menggalakkan lebih ramau pemandu sedemikian menggunakan aplikasi mudah alih e-hailing.

YB Nancy berkata ketika Majlis Pemberian Lesen Individu dan Geran kepada Pemandu Teksi  "Seramai 300 pemandu teksi telah dianugerahkan Surat Tawaran Kelulusan (STK) bagi mendapatkan lesen teksi individu di 'Majlis Penyampaian STK Bagi Permit Teksi Individu dan Geran Tunai."


Galakan E-Hailing ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada pemandu teksi untuk menambahkan pendapatan mereka disamping memudahkan pengguna.

Menurut Nancy "Kami percaya bahawa pemandu teksi konvensional lebih setia dalam memberikan perkhidmatan teksi, mereka tidak akan meninggalkan pekerjaan atau menipu kerana ia merupakan sumber utama pendapatan mereka,"

Terdapat 12 aplikasi mudah alih e-hailing lain yang diperkenalkan oleh syarikat tempatan yang membolehkan pemandu teksi konvensional lebih kompetitif dan mendapat lebih banyak pendapatan.Buktinya apabila ada pemandu teksi konvensional yang tidak semat makan kerana terlalu ramai pelanggan.

"Saya dimaklumkan bahawa pemandu teksi konvensional yang telah mendaftar diri dengan perkhidmatan e-hailing mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk berhenti untuk makan kerana mereka menerima terlalu banyak pelanggan.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang berjaya memperkenalkan aplikasi mudah alih kepada pemandu teksi. Ini adalah maklum balas yang sangat baik.

"Saya juga dimaklumkan bahawa adab-adab dan imej pemandu teksi konvensional juga bertambah baik," katanya.

Kami ingin mengucapkan syabas kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan kerajaan Malaysia yang sentiasa peka dengan nasib pemandu teksi dulu, kini dan selamanya...


BN Kongsi Pendapat Dengan Parti Komunis China Pun MacainSakit Hati..Pemimpin Korang Buat Tak Apa!!!

0 comments

Hari ini dunia politik tanah air penuh dengan drama..Si Rafizi dengan kebodohannya apabila tersalah orang yang mana cuba mengaitkan Dato Abdul Rahman Dahlan dalam tender kontrak Expo Negaraku..

Rafizi punya bodoh sampaikan nama orang Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd adalah adik beradik Dato Rahman Dahlan..

Bila kebodohan dihukum Rafizi menghilangkan jejak dan deleted video rakaman tersebut..tak berani Rafizi masukkan kt FB dia..takut kena saman!!

Selain itu, BN diserang katanya mengadakan perbincangan dengan Parti Komunis China..habis macai menuduh Malaysia berkawan dengan komunis..

Hello!!!kami nak cakap Parti Komunis China tu parti pemerintah kerajaan China..BN adakah mesyuarat dua hala kongsi strategi politik kejadah apa yang salahnya..kerana Parti Komunis??

Kami nak macai ni buka minda seluas-luasnya...baru-baru ini Peminpin Pakatan Selangor Azmin Ali ada menjalinkan kerjasama dengan kerajaan China. 

Sebagaimana sebelum ini kami katakan..kerajaan China dipimpin Parti Komunis..kenapa tak nak balun kerajaan Selangor jalinkan kerjasama dengan komunis??

Bila pakatan buat macai-macai terus jadi bodo..haha!!


Azmin ke China tidak memperjuangkan Komunis, tetapi BN ia automatik akan dituduh memperjuangkan Komunis

Jalinan CPC Dan BN

War-war di media sosial hari ini apabila tersebar imej yang memaparkan mesyuarat diantara parti teraju negara Barisan Nasional dan parti utama China, The Communist Party of China.

Apakah ini bermakna Malaysia menuju kearah komunisme?

Apakah BN umpama meludah ke langit apabila portal-portal dan penyokong BN terus-menerus melabel Lim Kit Siang sebagai komunis?

Jangan gelabah.

Meski gambar menceritakan 1001 kisah, penjelasan sebenar masih ada.

Hakikatnya Malaysia dan Barisan Nasional sudah lama mempunyai perhubungan dengan parti-parti politik dari luar negara. 

BN telah menjalin kerjasama dengan sebanyak 20 parti daripada 16 negara, parti-parti seperti BJP dari India, Fatah dan Hamas dari Palestin dan ya, CPC telah lama bertandang ke Malaysia lebih-lebih lagi di kala Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung.

Mengapakah mereka tidak mengaitkan BN dengan keganasan apabila berjumpa dengan Fatah atau Hamas?

Apakah jalinan dengan parti politik lain daripada luar negara akan mengubah pendirian BN di Malaysia?

Jalinan yang dijalankan adalah diatas dasar diplomasi, jikalau namanya ada tertera komunis, bukan itu yang BN akan kutip daripada perhubungan itu.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali juga ada ke China, dan agak-agaknya pemimpin yang dijumpai dari parti mana, tentulah CPC!

Adakah ini bermakna Azmin juga ingin memperjuangkan komunisme?

Banyak manfaat yang Malaysia garap daripada perhubungan dua hala bersama CPC dari sudut perniagaan bukan kerana perhubungan nama semata-mata

Monday, December 11, 2017

Mahathir Pulang Pingat Kebesaran Sultan Selangor..Macai Kata Tak Heran Gelaran Dunia..Kalau Macam Tu Apa Kata Suruh Mahathir Pulang Balik Gelaran TUN..Beranikah?

3 comments

Nampaknya Mahathir sudah mengaku kalah..mungkin agaknya terasa Sultan Selangor murka dengannya jadi dia pun pulangkan pingat kebesaran Selangor..

Terdahulu..macai Mahathir bermati-matian cuba menafikan yang Mahathir tak bersalah..apabila Mahathir bertindak pulangkan pingat..macainya terkedu dan tukar game katanya apalah sangat hal pingat kebesaran...

Cadangan kami..bagi menyahut seruan macai sejatinya..apa kata Mahathir pulangkan juga anugerah yang membawa gelaran TUN..ada beranikah???

Terdahulu Sultan Selangor murka kepada Mahathir ekoran penghinaan terhadap keturunan Bugis, kerugian Bank Negara ekoran dagangan mata wang asinh serta pengkhianatan kepada UMNO..

Tak sabar juga kami nak tunggu Mahathir memulangkan anugerah yang membawa gelaran TUN iaitu Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM)...

Aik!!@AzminAli Cakap Jangan Sentuh Keluarga??Sungguh Hipokrit Kamu Azmin!!!

0 comments

WOW!!!Bergegar cakerawala ni bila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali memberi amaran bahawa jangan sesekali sentuh keluarganya..ini memang ajaib dan pelik..boleh pula dia berkata macam tu seolah-olah diri tu suci sengat..

Dia lupa agaknya dia membalun Isteri YAB Perdana Menteri, DS Najib iaitu DS Rosmah Mansur dengan bermacam-macam bentuk serangan..tidak pula dia fikir ketika itu dia telah menyentuh keluarga Najib..

Di bawah ini kami kongsikan hasil carian Youtube yang mana Azmin USIK Isteri Perdana Menteri...


Berkenaan kes Anak Buah dia yang ditahan SPRM..boleh rujuk entry kami yang lalu di SINI..

Kalau takut keluarga diserang jangan menyerang keluarga orang lain..kalau tertekan diserang..sila letak jawatan...

Usahlah mendabik dada wahai Azmin..kita lihat PRU 14 nanti..BN dan PAS akan melingkupkan Pakatan Harapan!!!

Ulama' Muda UMNO Kata Tiada Jihad Di Palestin..Meh Baca Tulisan @AbuAqifStudio!!!Kepala Bapak Kaulah Kaki Fitnah!!!

0 comments

#ZAMIHAN_FITNAH_ULAMA_UMNO_JIHAD_PALESTIN

1. Aku dah agak dah. Setiap kali naik isu Palestin, mesti ada orang bodoh akan kaitkan dengan video Ustaz Idris Sulaiman (UIS) bahawa kononnya "Tiada Jihad di Palestin".

2. Kenapa aku kata bodoh? Sebab isu ni dah lama dan sudah dijawab. Orang yang mainkan isu yang sudah terjawab memang jelaslah kebodohannya unless dia hanya nak burukkan nama UIS je, atau dia nak burukkan UMNO. Ye la, Ulama Muda UMNO la katakan... kan...?

3. Padahal yang mainkan isu ni bukan nak pergi berjihad ke Palestin pun. Penakut semua.

4. Sebenarnya fitnah ini dimulakan oleh Dr Mazda. Dialah orang pertama yang mengaitkan isu ni dengan UIS yang kebetulan mengulas isu Palestin.

Aku dah lama jawab fitnah ni di blog lama aku: http://abuaqifstudio.blogspot.com/2014/07/ulama-muda-tampil-buktikan-realdrmaza.html

5. Video UIS yang mengulas pasal Jihad di Palestin tu diambil sekerat je. Video penuh, kaki fitnah ni sorok. Biasa la. Nama pun kaki fitnah.

Boleh tengok video penuh di sini: http://www.youtube.com/playlist?list=PLgE_ZTT5tfl0aPBOPVjXv5UuCHOVY3vBM&feature=view_all


7. Selain video, UIS juga ada menulis pasal Jihad ni. Aku tak hairan pun kalau korang xbaca. Biasa la.. Nama pun kaki fitnah, takkan diaorg nak bagi tulisan UIS pada korang untuk dibaca. Nanti tak jadi plk fitnah diaorg.

Nota berkenaan Jihad tulisan UIS boleh baca di sini: https://drive.google.com/file/d/0Bw2BpnEoDFh9SC1ibDA1SzNzSWc

Nota versi Google Play Book boleh download di sini: https://play.google.com/store/books/details/Abu_Omar_JIHAD?id=qy8RBAAAQBAJ

8. Semua fitnah pasal isu ni akan terjawab jika korang lihat video penuh dan tulisan tersebut.

9. Cuma aku ada sedikit kemusykilan. Zamihan ni dalam KDN-JAKIM, dalam badan kerajaan kan..?

10. Sebenarnya... Dia nak orang Malaysia pergi Jihad atau tidak..?

11. Kalau pergi Jihad nanti dia tuduh kita ISIS la.. Al-Qaedah la.. Salafi Jihadi la.. Teroris la..

12. Tapi kalau kita kata tiada jihad di Palestin, dia kata kita Wahabi pulak..

13. Mana satu? Ada ke takde jihad di Palestin ni..?

14. Kalau takde Jihad di Palestin, fine. Kesimpulan sama walaupun mungkin hujah kita berbeza.

15. Kalau ada Jihad di Palestin, dan kalau kita pergi Jihad, adakah kita akan dicop sebagai teroris..?

17. Kalau ada Jihad di Palestin, kenapa Zamihan masih tak pergi Jihad lagi..? Kenapa dia masih sibuk amik gaji dengan kerajaan? Kenapa dia masih sibuk kumpul harta? Pergi la Jihad sana. Tunjukkan contoh kepada kita. Kata HARIMAU MALAYA. Aumm..

18. Cuba Zamihan bagi pendirian sikit dalam isu ni.

19. Adakah Zamihan sengaja timbulkan isu ini untuk fitnah UIS dan memburukkan UMNO memandangkan PRU semakin hampir?

20. Jika benar itu tujuan Zamihan, aku tak pelik pun. Sebab Zamihan ni memang kaki fitnah. Dah banyak kali dia kantoi fitnah. Last tu hari dia kantoi fitnah Perdana Menteri beri tanah Putrajaya kepada Arab Saudi.

21. Gila sampai PM pun dia fitnah. Tapi kerajaan kita ni baik, tetap beri jawatan pada dia dalam JAKIM-KDN walaupun bukan calang-calang orang dia fitnah.

22. Penjawat Awam fitnah PM, kalau orang lain dah lama sangkut.

____________
Ingin dpt update Abu Aqif terus ke whatsapp?

SAVE no ni 010-6561640 dan isi form ni https://goo.gl/forms/sHFRKO6Idqn3pd0y1

Sunday, December 10, 2017

Video : Ayahanda Rani Kulup Marah Dengan Wakil Rakyat 'Cilaka'..

0 comments

Nampaknya sikap pemimpin yang mengabaikan rakyat mendapat perhatian serius ayahanda Rani Kulup..

Ayahanda benar-benar marah dengan perangai pemimpin yang tak hiraukan masalah rakyat..tak jenguk rakyat..

Dalam video yang dirakam..ayahanda menggelarkan pemimpin ini ialah Wakil Rakyat Cilaka..

Bila nak bertanding..datang junpa rakyat..apabila dah menang jenguk rakyat pun tidak..kall mula2 angkat lepas tu tidak angkat..

Ayahanda memberi amaran kepada wakil rakyat jangan dok sibuk nak meruntuhkan kerajaan yang dipilih rakyat..

Walaupun ayahanda tidak menyatakan dengan jelas siapa wakil rakyat yang dimaksudkan itu kita sendiri boleh agak siapa..semua ini pemimpin2 pembangkang..

Kat Johor ni pemimpin DAP seperti Kit Siang..bila dah menang balik kawasan pun tidak..bila balik jer bagi ceramah menghasut rakyat..

Jom layan video Ayahanda Rani Kulup...


HOT!!!Macai Pertikai Pembinaan Laluan Rawang ByPass!!Bodoh & Banggang Syarat Sah Jadi Macai Pakatan Pembangkang!!

0 comments

Sedang tersebar satu keratan Tweet dari pembenci Barisan Nasional yang mempertikaikan Projek Rawang ByPass..Tweet daripada akaun milik @OsmanMalek itu mendakwa kerajaan membazirkan duit kerana membuat jalan yang berpusing-pusing..tak cukup dengan itu, akaun tersebut mendakwa kos yang dibelanjakan kerajaan ialah sebanyak RM 600b++..Tweet berkenaan diakhiri dengan menghina kerajaan "Dasar Penyamun"

Sudah menjadi kewajipan para penyokong pembangkang agaknya mesti bodoh dan memburuk-burukkan kerajaan walaupun terpaksa memfitnah..

Kali ini kami nak smash kaw-kaw mamat Osman Malek yang lemah akal fikiran!!!


1) Jambatan tinggi yang disebarkan itu bukanlah Rawang ByPass tetpi Jambatan Kelok 9 yang terletak di Kota Payakumbuh, Sumatera..sumber gambar pun dah salah ada hati nak kutuk kerajaan.

2) Menurut Osman, kerajaan membelanjakan RM 600+ untuk membina jambatan tersebut..agak pelik kerajaan mampu membelanjakan jambatan semahal itu walhal peruntukan Bajet 2018 hanya RM 280.25 Billion sahaja..

3) Inilah sikap pembangkang..jika mereka tiada modal..maka mereka telah diajar supaya kelirukan rakyat supaya matlamat akhir kerajaan dapat difitnah seterusnya menyokong pembangkang!!!


10 Intipati Ucapan Pengulungan DS @NajibRazak, #PAU2017

0 comments

10 Intipati Ucapan Pengulungan Datuk Seri Najib Tun Razak, PAU2017

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) menyampaikan ucapan penangguhan yang padu serta sarat dengan amanat penting untuk semua ahli UMNO sebagai bekal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ucapan Datuk Seri Najib selama 52 minit 32 saat, tamat kira-kira jam 5.30 petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menaikkan semangat semua perwakilan untuk menghadapi pembangkang dalam pilihanraya akan datang. 

Daripada ucapan Datuk Seri Najib, boleh dikupas 10 perkara menarik dan penting untuk dihayati oleh rakyat secara keseluruhannya. 

1. Perhimpunan Terbaik Setakat Ini

Menurut Najib, beliau sudah terlibat mengikuti setiap perhimpunan agung UMNO sejak tahun 1976 sehingga ke hari ini. Menurutnya, dalam banyak perhimpunan yang pernah dihadiri oleh beliau, perhimpunan kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan.

"Saya tengok pada moodnya, moodnya baik. Saya tengok pada sentimennya, sentimennya baik. Saya tengok disiplin, disiplinnya baik dan saya kagum dengan kehadiran begitu ramai yang datang daripada segenap pelusuk tanah air kita," kata Najib.

Beliau turut menghargai orang ramai yang hadir menonton ucapan beliau itu pada skrin LED di luar Dewan Merdeka yang tetap setia sepanjang perhimpunan. 

"Kebanyakannya kaum-kaum ibu kita, mereka ini tidak hendak apa-apa. Mereka tak nak jadi wakil rakyat. mereka tak nak kontrak. Mereka tak nak tender terhad. Mereka ini adalah penyokong setia tegar UMNO, yang mereka nak cuma bersalaman dengan pemimpin sahaja.

"Mereka duduk bersimpuh makan nasi lemak, bersandar pada tiang dengan penuh harapan untuk melihat UMNO terus berkuasa sebagai parti pemerintah," kata Najib. 

2. Isu Baitulmaqdis : Tangguh Mesyuarat Perundingan Tahunan Dengan Perdana Menteri Singapura

Najib dalam ucapannya juga menegaskan beliau berjanji akan membantah habis-habisan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang membuat keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia adalah simbol kesucian umat Islam seluruh dunia.

"Saya akan hadir Persidangan Khas OIC di Istandul, Turki pada 13 hari bulan ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tiga hari lalu, Presiden Erdogan telefon saya, dia minta saya hadir kerana suara Malaysia penting, dia kata," katanya.

Menurut beliau, secara kebetulan pada 13 dan 14 Disember, Najib dijadualkan menghadiri mesyuarat tahunan antara beliau dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tetapi masalah sejagat umat Islam, ia terpaksa ditangguhkan.

"Kebetulan pada 13 dan 14 saya ada annual consutations dengan Perdana Menteri Singapura, saya telefon Perdana Menteri Singapura, Hsien Loong, saya kata 'please understand, this is an issue that affects my faith as a Muslim dan the faith of all Muslim," kata beliau.

3. Mempunyai Seorang Timbalan Yang Merupakan Sahabat Setia 

Pada ucapan penangguhan beliau, Najib turut membacakan beberapa bait lagu nyanyian Datuk DJ Dave yang menceritakan tentang satu persahabatan sejati, yang menggambarkan persahabatan Najib dan de-facto Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

"Saya masih ingat pada bait-bait lagu Datuk DJ Dave, sukarnya mencari kawan yang setia yang sanggup menolong di masa kau susah, kawan sewaktu senang tak payah kau cari-cari, di mana sahaja mudah kau jumpa, kawan yang setia ibarat cahaya, menjadi penerang masa kegelapan, ia tak tergamak biarkan kau sendiri, nasibmu pasti dibela," ujar Najib. 

Najib mengakui dengan adanya Ahmad Zahid yang selalu mempertahankannya selama ini, beliau yakin beliau tidak keseorangan dalam perjuangan ini untuk berdepan tekanan dan cabaran pembangkang. 

4. Jangan Ambil Seseorang Dari Masa Lampau Untuk Jadi Perdana Menteri Masa Depan 

Menyentuh soal bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Najib berkata ada kedengaran beliau bersedia jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memerlukannya menjadi Perdana Menteri semula. Menurut Najib, ada pihak juga menyatakan bahawa mereka mahu Ketua Parlimen DAP jadi Perdana Menteri.

"Ada dengar-dengar pula ada orang 93 tahun minat hendak jadi Perdana Menteri balik, yang senja meniti malam, Zimbabwe pun dah tak ada, 93 tahun tuan-tuan... jadi belah situ tak menentu.

"Takkanlah kita nak letakkan masa depan negara kita antara dua ini," katanya.

Malaysia, sudah ada agenda di bawah kerajaan BN. Pembangunan yang sesuai untuk masa depan dan meletakkan seseorang yang lama tidak akan berjaya membawa Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang. 

5. Naik Haji Kerana Perjuangan UMNO

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata rakyat Malaysia yang dapat ke Mekah menunaikan haji dengan kuota yang semakin bertambah adalah kerana hasil pengorbanan UMNO.

"Yang dapat naik haji ni berapa orang? ramai... Tabung Haji dia buat, tapi saya yang uruskan dengan King Salman, dapat, dia tambah lagi banyak orang naik haji kerana apa, kerana perjuangan UMNO lah," ujar Najib. 

6. Semua Peroleh Manfaat Dari Perjuangan

Rakyat semuanya mendapat manfaat hasil dari kerajaan, termasuklah Tok Siak, Tok Imam dan juga semua guru guru Kafa.

"Daripada tok siak, tok imam, tok bilal, guru KAFA dapat elaun khas kenapa, sebab ekonomi kita maju. Ekonomi kita bawah pimpinan UMNO mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus, jadi bila hasil tambah, saya gunakan hasil tu tolong orang B40.

"Pesawah padi, pekebun kecil, nelayan, peneroka, semua dapat di bawah UMNO ini," kata Najib.

7. Pembangkang "Kucha Lana" dan Caca Marba

Menurut Najib, pakatan pembangkang kini sudah kucar kacir dan beliau menggunakan perkataan "kucha lana" dan caca marba dalam ucapannya untuk menggambarkan kerapuhan Pakatan Harapan (PH).

"Belah sana tu tak ada, kuchalana, cacamarba sekejap kata ini, besok kata lain sekejap kata dedak, lepas tu BR1M masuk pulak dalam manifesto dia, sekejap tolak GST, sekarang terima GST.

"Ini kartun tuan-tuan, ini kartun, ini bukan mentadbir negara dengan serius," kata Najib. 

8. Selesaikan Masalah Di Bahagian

Presiden berkata, soal pokok yang penting sudah pun diselesaikan. 

"Kita dah settle dah, soal kepimpinan dah settle, nombor satu, nombor dua dan nombor tiga semua dah settle, Datuk Hisham (Hishammuddin) dah settle, done, done deal. 

"Dekat Bahagian ni pakat-pakatlah sikit, tolong pakat-pakatlah boleh tak," katanya dengan mengharapkan masalah di peringkat Bahagian dapat diselesaikan dengan rundingan sesama mereka atas dasar kekeluargaan UMNO.

9. Pulang Kembali Dengan Semangat Cinta dan Kasih Sayang Kental

Najib menyatakan pesanan kedua yang perlu dibawa kembali para perwakilan kepada Bahagian selepas selesai perhimpunan. 

"Pulang kembali dengan semangat cinta dan kasih yang kental kepada parti, semangat kekeluargaan yang tinggi dalam organisasi kita, ini mesti ada pada kita," katanya.

10. Pulang dan Kembali Berjuang dan Menggempur Dengan Penuh Berani Untuk BN

Dalam pesanan terakhir, Najib mahu para perwakilan kembali dan berjuang untuk menggempur dengan penuh berani untuk BN.

"Semua momentum belah kita sekarang ini, the win is behind us, momentum belah kita. Kebanyakan pegawai kerajaan memihak belah kita, mereka ini pelaksana dasar pendukung dasar Barisan Nasional," kata Najib.

Ucapan Najib diakhiri dengan semangat para perwakilan yang begitu berkobar-kobar mahu membawa pesanan amanat itu di peringkat bawah. 

Semua ahli UMNO dan orang UMNO di setiap peringkat perlu bertindak untuk realisasikan apa yang diucapkan oleh Presiden UMNO. "Pasti kita menang!!! Pasti kita menang!!!, pertahankan Putrajaya" kata Datuk Seri Najib. 

Tulisan :
1umno, Sabtu
9 Disember 2017

Saturday, December 9, 2017

PADU!!!Bila Tan Sri Annuar Musa Bercakap Mengenai Zaid Ibrahim & Calon PM Pakatan Harapan...

0 comments

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi pandangan mengenai 3 orang pemimpin kontroversi pembangkang iaitu Zaid Ibrahim, Mahathir dan Kit Siang. Ketiga-tiga individu ini kami sifatkan sebagai individu expired yang sudah tamat tarikh luputnya dalam politik..

Zaid Ibrahim baru-baru ini telah membuatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka kepadanya apabila Zaid menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

Walhal, Sultan Selangor cuma bertitah tentang kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi..titah Sultan Selangor hanyalah bersifat umum tetapi Zaid bertindak kurang hajar apabila mempertikaikan titah tersebut..

Zaid Ibrahim yang juga ahli DAP telah mendapat kecaman banyak pihak..semalam patungnya di bakar oleh Dato Jamal di PWTC..

Pada pandangan Tan Sri Annuar Musa, Zaid Ibrahim bukan orang penting dan tiada pengaruh.

Menurut Tan Sri "Biarkan dia seorang, dia sudah hilang kewibawaan sama sekali. Zahid tidak ada apa-apa di belakangnya. Dia bukan wakil rakyat. Dia juga bukan ada parti yang berdiri di belakangnya. Malah dalam DAP sendiri dia hanya picisan, not even a CEC member. Even DAP pun tak peduli dengan dia sebab mereka tahu he is a liability kepada DAP. Paeti-parti lain pun sudah reject dia.

Berkenaan siapa calon Perdana Menteri daripada Pemimpin Pakatan, Tan Sri Annuar Musa berkata PKR mahukan Tun M tetapi DAP pula kata tidak mahu..DAP lebih percaya kepada Anwar untuk menjadi PM..

Pada masa yang sama juga DAP mahukan Wan Azizah menjadi Perdana Menteri..Ini semua strategi jahat DAP yang mahu memecahkan undi Melayu..DAP gunakan strategi menyokong Anwar jadi PM padahal Anwar dalam penjara..Wan Azizah pula hanyalah suri rumah yang dipertanggungjawabkan mengambil alih tugas Anwar...

Menurut Tan Sri Annuar Musa, "DAP tidak pernah setuju dengan Mahathir tetapi bagi mengalihkan perhatian orang daripada meletakkan kesalahan kepada Kit Siang maka DAP menggalakkan Mahathir ke hadapan".

"Pada pandangan saya, itu hanyalah lawak..ini semua adalah satu 'game'. Sebab bila semua berpecah PKR, PAN, PPBM tak kuat maka DAP akan meneruskan dominasi dalam Pakatan Pembangkang."katanya lagi

Dalam hal ini, DAP paling bijak bermain politik..mereka akan bercakap bila perlu sahaja..kita dapat lihat bahawa Mahathir seperti dibodohkan apabila Mahathir sendiri bermati-matian mempertahankan DAP kononnya DAP parti suci..walhal bila Mahathir diserang teruk ketika isu Forest City, DAP buat tak tahu sahaja..

DAP memang mengharapkan orang Melayu berpecah belah supaya mereka senang untuk Skrew kita apabila mereka mendominasi dalam Pakatan..Nauzubillah..mintak dijauhkan Pakatan memerintah!!!










Friday, December 8, 2017

Memahami Kebenaran Disebalik Kisah Baitulmqadis Ibu Negara Israel..

1 comments

FAQ 

(1) "So sekarang Jerusalem/Baitulmqadis tu Israel punya kah?"

TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaksud secara automatik Jerusalem terus jadi hak milik Israel. Trump bukan hakim dunia. Dia hanya Presiden US. 

Di dunia kita sekarang, hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations - UN) saja yang boleh beri kata putus bahawa wilayah ini milik siapa, wilayah itu milik siapa. US hanya salah satu daripada 5 kuasa besar dunia (selainnya ialah Rusia, China, UK dan Perancis) yang boleh membuat keputusan di UN melalui kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan.

Sehingga sekarang, UN masih menganggap pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah dan Israel perlu berundur ke sempadan asalnya sebelum tahun 1967. Kalau guna bahasa undang-undang antarabangsa, Israel hanya ada kawalan "DE FACTO" ke atas Jerusalem Timur. Pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak diberi pengiktirafan "DE JURE" oleh komuniti antarabangsa. 

(2) "Ya Allah! Kiamat makin dekat! "

Baitulmaqdis tidak jatuh ke tangan Israel bermula semalam. Al-Aqsa (di Jerusalem Timur) telah pun jatuh ke tangan Israel 50 tahun yang lalu lagi, selepas kekalahan Jordan (penguasa asal Jerusalem Timur) dalam Perang Enam Hari 1967. 

Tanda kiamat dah mula pun sejak 50 tahun yang lepas. Apa yang korang buat selama 50 tahun lepas lah wey. 

(3) "Ibu negara Israel kat mana sebenarnya?"

Sejak 1950, ibu negara Israel ialah Jerusalem Barat iaitu tempat terletaknya Parlimen, Mahkamah Agung dan Pejabat PM Israel. Selepas Israel menawan Jerusalem Timur pada 1967, Israel meluluskan Jerusalem Law pada tahun 1980 yang menyatakan "the complete and united Jerusalem is the capital of Israel". Maksudnya Israel nak menyatukan Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.

Perjanjian Oslo 1993 yang dipersetujui oleh Yitzhak Rabin (Israel) dan Yasser Arafat (Palestin) mengatakan status Jerusalem Timur harus ditentukan melalui perundingan bersama Israel-Palestin. Ini menyebabkan Rabin dibunuh oleh ekstremis Zionis kerana ia bakal menggadaikan pemilikan penuh Israel ke atas Jerusalem Timur. Perundingan damai Israel-Palestin asyik gagal disebabkan politikus right-wing di Israel seperti Netanyahu tidak mahu berkompromi dalam isu Jerusalem.

Jadi, NO, Israel tidak perlu memindahkan ibu negaranya susulan kenyataan Trump.

(4) "Kenapa Trump nak mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel?"

Gimik politik. Mid-Term Election dah nak dekat. Trump pernah berjanji semasa kempen tahun 2016 bahawa dia akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, satu strategi untuk mengambil hati Yahudi Zionis dan Kristian Evangelis (tak semua Yahudi pro Israel, jangan pukul rata). Sama seperti Obama yang pernah berucap semasa kempen tahun 2008 bahawa "Jerusalem will remain the capital of Israel, and it must remain undivided". 

Apa yang Trump buat adalah lebih kepada prosedur standard Presiden. Pada tahun 1995, Kongres US telah meluluskan Jerusalem Embassy Act yang mengiktiraf "undivided Jerusalem" (merangkumi Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur) sebagai ibu negara Israel dan mengarahkan Department of State (Kementerian Luar) untuk memindahkan kedutaan US ke Jerusalem.  

Tapi akta tersebut turut memberi peruntukan "waiver" di mana Presiden boleh menangguhkan perpindahan tersebut. Sejak 1995, Clinton, Bush dan Obama telah pun menandatangani waiver tersebut walaupun ada di kalangan mereka yang pro-Israel. Waiver itu perlu renew setiap 6 bulan. Kali terakhir Trump menandatangani waiver adalah pada 1 Jun 2017, jadi waiver itu dah expired pada Disember 2017 dan Trump mengambil kesempatan ini untuk membuat kenyataan. 

Tak pasti Trump sudah atau belum menandatangani waiver tu. Kalau ikut sumber ini (https://www.theguardian.com/us-news/2017/dec/06/donald-trump-us-jerusalem-israel-capital) dan ini (https://www.timesofisrael.com/after-jerusalem-recognition-trump-signs-waiver-delaying-embassy-move/), Trump sebenarnya dah menandatangani waiver. Jadi kali ini Trump sekadar sembang, sebab election dah dekat. 

Pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan UN 2015-2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang mengatakan pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah. Resolusi tersebut dapat diluluskan kerana US tidak menggunakan kuasa vetonya. Obama saja nak kenakan Netanyahu sebelum habis tempoh jawatannya sebagai Presiden. Kalau sekarang Israel dan US nak mengusulkan sebarang resolusi untuk menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pun, ia tetap akan diveto oleh Rusia dan China yang telah lama menyokong Palestin dalam hal ini. 

Jadi kenyataan Trump kali ini tidak akan mengubah keputusan tersebut. Ia cuma dapat menyelamatkan sedikit air muka Netanyahu. 

(5) "So kalau tak ada apa-apa effect, buat apa nak bantah?"

Sebab US sebagai penimbangtara proses perdamaian Israel-Palestin, ia harus menghormati Perjanjian Oslo 1993 dan menjaga perasaan Palestin. Kenyataan Trump seolah-olah memberi sokongan moral kepada Israel dan membelakangi resolusi-resolusi UN yang jelas mengecam klaim Israel ke atas Jerusalem Timur. 

(6) "Malaysia tiada hubungan dengan Israel, boleh bantah meh?" 

BOLEH. Sebagai ahli komuniti antarabangsa, suara dan pendirian Malaysia amat penting. Dan Malaysia selaku ahli tidak tetap Majlis Keselamatan UN 2015-2016 adalah antara 14 negara yang meluluskan Resolusi 2334. Malaysia terlibat dalam semua resolusi yang mengecam Israel, cuma korang selama ini tak ambil kisah je. 

(7) "PM kan baik dengan Trump, tak hipokrit ke buat kenyataan kecam Trump?"

Hipokrit kepala otak mung. Ada kerjasama dalam ekonomi dan counter-terrorism bukan bermaksud kita tak boleh bantah US dalam isu berkaitan Israel-Palestin. Malah semakin rapat hubungan ekonomi, semakin tinggi leverage kita untuk menekan US dalam isu ini. Kita boleh dan harus bantah tindakan Trump memberi pengiktirafan sepihak (unilateral recognition) kerana itu adalah tanggungjawab Malaysia selaku anggota komuniti antarabangsa, mempertahankan undang-undang antarabangsa. 

Kadang kala kita perlu menguasai pengetahuan asas hubungan antarabangsa sebelum meninggalkan komen-komen yang tidak matang di merata media sosial. Trump tengok komen korang pun rasa WTF. 

Kurangkan karut, satukan hati. Insya Allah, Palestine will be free. 

(p/s: my brothers and sisters, the Jerusalem issue is not a religious issue. It is an universal humanitarian concern over Israel’s illegal occupation of East Jerusalem and its continued defiance of international law. Don’t let the extremists from both sides lure you into choosing side based on your faith)

Sumber : Ayman Rashdan Wong

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA