networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, January 22, 2017

Agak-Agak Lah Tun..Nak Jilat DAP Punya Pasal Sampai Jilat Ludah Sendiri...


Kenyataan terbaru Tun M mendakwa MCA yang beriya-iya mahukan jawaan Timbalan Perdana Menteri dengan menafikan keinginan DAP menterjemahkan satu lagi siri putar-belit Tun M dalam kenyataannya..Banyak kenyataannya bercanggah sejak akhir-akhir ini..

Mungkin faktor usia membuatkan Tun M sendiri lupa apa yang dikatakan sebelum ini banyak bercanggah..jika sebelum ini Tun mendakwa DAP sebuah parti yang rasis tetapi kenyataan itu dicanggah sendiri dengan mengatakan kenyataannya terhadap DAP rasis satu kesilapan..begitu hebat penangan DAP..dengan hanya mendengar lagu sampai membuatkan Tun berubah pendirian..

Agak hairan, Tun cepat sangat lupa yang dia sendiri pernah katakan yang DAP tidak berminat untuk jawatan Perdana Menteri tetapi untuk jawatan Timbalan tu adalah..Cara Tun mengalih perhatian dengan menafikan kenyataan tersebut kepada MCA yang mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu bentuk alih perhatian kepada masalah utama..

Kami agak hairan mengapa Kit Siang bertemu Mahathir semata-mata mahu menafikan DAP berkeinginan untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri,..tidak salah pun mengaku yang DAP memang mahukan jawatan itu..jika DAP nak mengaku sekalipun yang mereka mahu jadi Perdana Menteri pun apalah salahnya memang dasar Pakatan Harapan lebih terbuka daripada  BN...kata nak Malaysian Malaysia..orang pun tahu siapa DAP dan apa prinsip perjuangan DAP...


Zuraidah dari PKR sendiri setuju jika DAP memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri..yang menhairankan kami Kit Siang seperti tidak selesa DAP dikaitkan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri..tak pasal-pasal diheret pula MCA dalam hal ini..walhal yang keluarkan kenyataan Tun M sendiri..

Inilah Tun yang kita kenal..kalau dia mengaku silap sekalipun mesti dalam kenyataannya ada alihkan kesilapan itu kepada pihak ketiga..



Sikap Tun sejak keluar UMNO ni semakin jelik..dia banyak menjilat ludah sendiri..jika dahulu bersama UMNO, Tun dikenali sebagai seorang yang berfikiran jauh kehadapan..sampai dicanang negara luar pun mahukan khidmat nasihatnya..tetapi selepas keluar UMNO jangankan mahu berfikiran jauh kehadapan..kenyataan sendiri yang diucap sebelum ini pun dia lupa..

Apa yang kami lihat Tun M sendiri sedang merosakkan imej DAP dengan cara halus..sehinggakan Kit Siang sendiri perlu berjumpa dengannya semata-mata mahu Tun ubah kenyataan..percayalah andaian kami..semakin lama DAP menjalin persahabatan dengan Tun M..semakin banyak kerosakan pada DAP...

Dulu memuji MCA dengan semangat setia kawan dan mengutuk DAP sebagai rasis..sekarang sudah terbalik..

Dulu mengutuk Kit Siang sebagai pelampau perkauman..sekarang berjabat tangan..sehinggakan Soros yang dihina dulu terus mendapat pujian kerana menyumbang dana untuk demokrasi...kami kasihan dengan nasib Tun..dia sendiri menjatuhkan martabat diri sendiri serendahnya semata-mata mahu melihat Barisan Nasional kecundang..dulu bolehlah Tun berkuasa kerana semuanya dikawalnya ketika berkuasa...sekarang zaman Najib lebih terbuka..Tun fikir semudah Pak Lah untuk dijatuhkan..itu silap besar Tun..

Bukan dengan Barisan Nasional sahaja Tun serang..Institusi Kesultanan Johor pun tidak berkenan dengan kenyataan Tun yang mendakwa kedaulatan negeri Johor tergadai kepada China..itupun Sultan murka..yang herannya kes ini, batang hidung DAP pun tidak ada untuk bersama Tun mempertahankan kenyataannya...hidaup-hidup Tun dah kena main dengan DAP...jangan buat kerja sia-sia lah Tun..DAP hanya mahukan kepentingan politik mereka sahaja..nak harapkan parti Bunga Raya..tak delah kuat mana pun..sebenaranya DAP takut jika pengundi Cina kembali semula kepada MCA..sebab itu Tun dijadikan kambing hitam untuk menyerang MCA..sekarang ini pun Tun dah jarang keluar kenyataan mengutuk UMNO mahupun BN..mungkin agaknya dah hilang arah..semua serangan gagal..

Bawah ini kami kongsikan video yang dihasilkan oleh blogger 1 Peluru tentang kenyataa UTurn Tun M..layan...

2 comments:

Anonymous said...

Tun balaci cina!

Anonymous said...

kita nak saksikan bagaimana kesudahan firaun zaman moden ni berakhir...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA