networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, January 25, 2017

Demi Rakyat SPAD Tingkatkan Penguatkuasaan Semasa Cuti Tahun Baru Cina..


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan penguatkuasaan ketika musim perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, SPAD akan meningkatkan penguatkuasaan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya..

Ini semua dilakukan bagi memastikan semua pengguna pengangkutan awam berasa selamat daripada dianiya pihak tidak bertanggungjawab..maklum sahajalah musim perayaan ni ulat-ulat tiket bermaharajalela..sanggup jual tiket dengan harga yang tinggi..pengguna pula tiada pilihan jika itu sahaja peluang yang ada untuk mendapatkan tiket pulang ketika musim cuti ni..

Antara kaedah yang dilakukan SPAD ialah dengan mempergiatkan pemeriksaan kaunter jualan tiket, pemantauan terhadap ukat tiket dan pemeriksaan dokumen diterminal bas serta rondaan di lokasi-lokasi yang telah dikebalpasti..kakitangan SPAD terpaksa mengorbankan waktu cuti mereka demi menjaga kebajikan pengguna..ada yang menyamar seperti orang awam demi untuk memastikan pemandu bas ekspress mematuhi keselamatan dan tingkah laku pemandu bas ekspress...

Ini bukan lagi rahsia..sengaja SPAD dedahkan supaya pemandu berhati-hati..janganlah nanti menuduh SPAD tak buat kerja dan mahu cari salah..sudah dimaklumkan jadi pemandu bas perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan..

Operasi SPAD ini mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi seperti PDRM, JPJ, dan AADK...

Operasi ini telah bermula dari 21 Januari hingga 5 Februari 2017 yang mana tempoh operasi 24 jam sehari akan dilaksanakan pada 27 Januari hingga 1 Februari 2017..

Melalui maklumat yang diberitahu SPAD sejak 21 Januari lalu hingga 23 Januari,sebanyak 27 kes telah direkodkan, termasuk satu kes tangkapan ulat tiket..dalam tempoh tersebut sebanyak 383 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 8 operasi penyamaran telah dijalankan oleh agensi penguatkuasaan SPAD dengan menaiki 4 perjalanan menggunakan bas..

Ini merupakan amaran serius buat semua pemandu bas agar mematuhi peraturan dan had laju setiap masa..

Betapa seriusnya pihak SPAD menjalankan operasi..namun begitu kerjasama orang awam amat dialu-alukan..

Jikalau berhadapan dengan sebarang masalah anda boleh mendail talian hotline 24 jam SPAD 1800887723 atau email ke aduan@spad.gov.my..atau dengan cara mudah tweet sahaja ke @AduanSPAD..senang bukan membantu SPAD demi memastikan keselamatan semua..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA