networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, January 23, 2017

Giliran DS @WeeKaSiong Bidas Tuduhan Tun M Terhadap MCA Gila Jawatan TPM..


Selepas Tun M mengeluarkan kenyataan MCA lebih mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada DAP..banyak pihak yang membalun kenyataan yang bersifat UTurn itu..

Apa tidaknya Tun sekarang ini semakin hilang kewarasan..sentiasa mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendapat dirinya sebelum ini..

Seperti yang kami maklumkan sebelum ini di SINI..Tun M ibarat bom jangka buat DAP dan sekutunya..kenyataannya banyak yang backfire..

Apa yang kami ingin kongsikan, DS Wee telah menyanggah statement Tun yang mana menuduh MCA gila jawatan TPM..sebenarnya itu adalah cadangan yang tidak rasmi berbanding idea yang diutarakan DAP..

Adalah lebih elok Tun bersara secara terhormat sebagaimana janjinya pada rakyat dahulu ketika melepaskan jawatan Presiden UMNO..yang mahu berehat dan ingat Allah SWT...

Di bawah ini kami kongsikan berita kenyataan bidas oleh DS Wee terhadap Tun..

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyanggah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa partinya pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bercakap kepada Antarapos, beliau berkata hasrat untuk jawatan itu timbul dikalangan ahli-ahli parti, dengan menegaskan ia bukan suara rasmi MCA apatah lagi isu itu tidak pernah dibincangkan secara terperinci.

Berbeza dengan DAP, Wee berkata hasrat untuk memohon jawatan timbalan perdana menteri itu diajukan sendiri oleh Lim Kit Siang, yang merupakan kepimpinan tertinggi parti itu kepada Dr Mahathir.

"Beliau (Dr Mahathir) sendiri yang kata Kit Siang minta. Itu yang minta. Mana ada pemimpin MCA, seperti Presiden atau pucuk pimpinan parti kata kita hendak jawatan itu secara tuntutan rasmi. Tidak ada.

"Kalau sebut-sebut di perhimpunan 'jika boleh kita mahu jawatan itu (TPM)', itu lain. Suara-suara itu biasalah di perhimpunan sana, sini. Contohnya mahu jawatan Menteri Pengangkutan dipulangkan. Itu biasa ada cakap," jelasnya kepada Antarapos.

Kelmarin, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa, MCA yang memohon jawatan timbalan perdana menteri selepas pada mulanya mendedahkan DAP yang membuat permintaan itu.

'Membetulkan' kesilapan dakwaan itu di blognya, Mahathir menjelaskan permintaan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri pada tahun 2009.

Mahathir turut melampirkan laporan di laman web Jabatan Penerangan Malaysia yang telah mengenengahkan permintaan Loke kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menepis dakwaan bekas perdana menteri itu, Wee juga menegaskan adalah mustahil untuk MCA meminta jawatan tersebut sebagaimana didakwa Mahathir, dikala parti itu lemah pada tahun 2008 dan 2009.

"Pada 2008, MCA daripada 31 kerusi jatuh menjunam kepada 15 kerusi sahaja.

"Takkan ketika waktu itu kita minta (jawatan)," katanya sambil menyifatkan dakwaan Dr Mahathir itu sebagai 'tidak masuk akal'," katanya sinis.

Wee yang menyifatkan Dr Mahathir sebagai 'kaki pusing' kerana tersasul ketika mendedahkan hasrat DAP itu, namun terpaksa membetulkan kenyataannya selepas bekas seteru politiknya itu dilihat 'kurang senang'.


"Beliau kaki pusing. Sebab itu saya kata, mula-mula beliau (Dr Mahathir) kata Kit Siang yang minta jawatan TPM itu. Kemudian Kit Siang cari beliau, kemudian pusing kata bukan (DAP).

"DAP selalu ejek MCA kenapa tak minta jawatan tertinggi? Itukah cadangan daripada DAP? Sudah berpuluh tahun mereka ejek MCA," ujarnya lagi.

Semalam, Pengerusi Biro Keharmonian Agama, MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyifatkan dakwaan Dr Mahathir itu sebagai mainan politik dalam cubaan meraih sokongan kepada pembangkang.

Menjelaskan hal sebenar, beliau berkata partinya hanya menyampaikan hasrat masyarakat Cina dalam tujuan mencari penyelesaian masalah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini.

Sementara itu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun menggesa rakyat untuk tidak terus 'melayan' strategi politik negatif Dr Mahathir bersama pembangkang.

"Sekarang apa yang beliau cakap pun beliau tak tahu. Tak perlu peduli apa yang Dr Mahathir cakap sebab beliau sekarang pun sudah 'blur'," ujarnya.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA