networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, January 14, 2017

Kes Sebenar Pelancong Asing Ditipu RM 800 Oleh Pemandu Teksi Didedah @SPADChannel..



Masihkah anda ingat kes pelancong asing yang ditipu pemandu teksi apabila dikenakan cas sebanyak RM800 untuk perjalanan KLCC ke Masjid Negara akhir disember lalu..boleh rujuk artikel kami di SINI..kelmarin Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendedahkan hasil siasatan mereka berkenaan kes ini..

Dalam laporan yang dimaklumkan SPAD, perbuatan tersebut bukan dilakukan oleh pemandu teksi tetapi individu pihak ketiga yang menggunakan kenderaan jenis teksi..individu berkenaan bukanlah seorang pemandu teksi yang sah mengikut undang-undang tetapi menggunakan kenderaan teksi untuk mengambil penumpang..

SPAD dalam kenyataan tersebut berkata akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pengendali yang mengambil kesempatan apabila membenarkan teksinya digunakan oleh pemandu teksi yang tidak sah disisi undanh-undang..

SPAD telah membatalkan lesen pengendali dan permit kenderaan pemilik teksi tersebut..sekiranya didapati bersalah pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan atau penjara dan kenderaan utersebut boleh dilucutkan hak..individu terbabit juga boleh disenarai hitamkan bagi menghalang individu daripada mendapatkan Lesen Pengendali pada masa hadapan...

Pembatalan lesen pengendali dan permit kenderaan bakal dikenakan kerana pengendali telah didapati mengingkari keperluan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) yang mana memperuntukkan hanya seorang pemandu sah yang berdaftar dengan SPAD sahaja yang diberikan kebenaran untuk memandu..setiap memang diwajibkan menggjnakan meter dan mengeluarkan resit...

Dalam kes tersebut, pemandu yang berdaftar di bawah lesen pengendali tidak memperbaharui lesen mereka dan ini menunjukkan mereka tidak berminat untuk memandu lagi..

Kami memang setuju benar jika pengendal teksi berkenaan diblacklist sepanjang hayat kerana kesalahan yang dilakukan amat besar dan memalukan industri pengangkutan awam darat negara kita..apatah lagi ia melibatkan pelancong asing..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA