networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, January 19, 2017

"Larangan Kapchai Di Kuala Lumpur Itu Hanya Cadangan" - Liow Tiong Lai

Gambar sekadar hiasan...
Meriah media sosial selepas Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Seri Tengku Adnan menyarankan untuk melarang motorsikal dari memasuki ke dalam bandar Kuala Lumpur..inilah orang Malaysia bila berita yang belum sahih cepat sahaja terima..walhal mereka sendiri tidak selidik bahawa itu hanyalah baru bersifat cadangan...

Perkara ini telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai bagi meredakan suasana..kami faham pengguna kapchai memang ramai di negara kita..sebab itulah DS Liow mengatakan ia perlukan kajian secara terperinci sebelum benar-benar boleh dilaksanakan..

Jika mahu dilaksanakankan pun setidak-tidaknya proses implimintasi memakan masa 8 hingga 10 tahun..itu pun bergantung kepada kajian tambang dan infrastruktur pengangkutan awam sudah bersedia menerima jumlah penunggang kapchai..

Antara kajian yang perlu dilaksanakan menurut DS Liow ia semuanya terletak di bawah kementeriannya melalui PUSPAKOM...setakat ini PUSPAKOM hanya membuat kajian terhadap tahap pengeluaran bahan melalui ekzos untuk kenderaan persendirian dan komersial sahaja dan bukannya motor kapchai..

Liow berkata "belum ada polisi lagi untuk Puspakom memeriksa motorsikal, tetapi kita akan melihat perkara ini seterusnya"

Jika hendak dilaksakan pun hanya beberapa kawasan di Kuala Lumpur sebagaimana dilaksanakan di bandar besar Eropah..di Eropah,jaringan pengangkutan awam telah sempurna untuk merealisasikan hasrat ini...di Myanmar turut melaksanakan larangan motorsikal tetapi terhad di beberapa kawasan sahaja..

Jadi usahlah cepat melenting..cadangan ini hanya diperingkat awal..kami yakin jika hendak dilaksanakam pun 10 tahun akan datang apabila sistem pengangkutan di ibu kota benar-benar bersedia..itupun terhad dibeberapa buah kawasa sahaja...

1 comment:

Anonymous said...

cadangan ditolak mentah2.

sgt dungu.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA