networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, January 6, 2017

MCA Bekerja Keras Bela Peniaga Cina..DAP Pula Buat Apa???


Timbalan Presiden MCA, DS Wee Ka Siong mengesa Kumpulan Matang Berhad agar meneroka peluang perladangan yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat serantau dan antarabangsa..

Ucapan tersebut disampaikan ketika Wee menyampaikan ucaptama dalam Majlis Pemilihan Matang Berhad petang tadi..dalam ucapannya, Wee menerangkan bahawa MCA memandang serius untuk menjaga kepentingan pemegang-pemegang saham sejak dulu lagi..

Ia dibuktikan pada tahun 2013 apabila Liow dan Wee yang juga merupakan orang nombor satu dan dua MCA membantah keras tawaran pengambilalihan berbalik (RTO) pada tahun 2013 dengan aset Matang sengaja terkurang nilai..

Pada ketika itu Presiden MCA melihat bahawa RTO tidak boleh diterima kerana melihat ia menjejaskan ahli-ahli MCA yang setia dalam pegangan saham Matang..Matang mampu menjana dividen dan pendapatan kepada pemegang saham lebih 30 tahun..

Apa yang dapat dilihat MCA amat menjaga kepentingan Matang kerana ia melibatkan ahli-ahli perniagaan Cina..MCA tidak akan sesekali mahu melihat ahli-ahli perniagaan dalam Matang berada dalam keadaan sukar dan adalah menjadi tanggungjawab MCA menjaga kepentingan setiap pemegang-pemegang saham..

Proses Matang untuk disenaraikan di pasaran amat tepat apabila MSM pulih dengan baik..buktinya pada tahun aset matang berada di paras terendah kurang daripada US $ 500 pada akhir 2015 kepada US $700 pada hari ini..

MCA kita kenal mereka akan menjaga kebajikan orang-orang cina..baik dari pendidikan, kebajikan sehinggalah golongan peniaga yang telah dibela sejak 30 tahun dahulu..ia membuktikan betapa MCA merupakan parti yang kuat membela masyarakat Cina berbanding DAP yang hanya tahu bermain politik..

Pemimpin-pemimpin DAP malu mengatakan mereka memperjuangkan masyarakat Cina tetapi jika dilihat dari polarisasi pengundian..DAP amat mengharapkan pengundi berbangsa Cina..tapi jasa dan bakti kepada masyarakat Cina tiada...jika ada pun kronisme yang membela pemimpin-pemimpin tertinggi membeli aset di bawah harga pasatan..

DAP parti tak guna dan hanya tahu bermain politik...mereka menjadi pemimpin kawasan tetapi lesen judi haram disalahkan pula kepada BN yang tiada kuasa apa-apa untuk menyekat kegiatan haram..

Berbalik kepada pucuk cerita..kami mengucapkan syabas kepada DS Liow dan DS Wee yang bekerja keras membela orang Cina...tahniah!!! 




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA