networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, January 8, 2017

Ops Jalan, Kementerian Pengangkutan Serius Turunkan Kadar Kemalangan..


Setiap kali musim perayaan, pasukan keselamatan dan kecemasan akan bersiap sedia untuk menanti sebarang kemungkinan..berbagai langkah dilaksanakan kerajaan bagi memastikan keselamatan pemandu untuk pulang berhari raya terjamin..

Kelmarin Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah melancarkan Ops Jalan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan bermula pada 22 Januari hingga 6 Februari depan...

Ops tersebut akan melibatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Janatan Keselamatan Jalan raya (JKJR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)..

Menurut Liow, Ops ini bertujuan untuk penguatkuasaan dan keselamatan pengguna dapat dipertingkatkan..Ops Jalan telah diadakan pada 24 sehingga 26 Disember lepas bersempena perayaan Krismas dan ia diteruskan pada 30 Disember hingga 2 Januari bersempena tahun baru 2017..

Kerajaan amat memandang serius tentang keselamatan pengguna jalan raya..ini disebabkan kerana berlakunya peningkatan kes kemalangan iaitu 489,606 pada tahun 2015 berbanding 476,196 kes pada 2014..

Liow menyatakan kebimbangan kerana jumlah kemalangan tidak mencatatkan penurunan dan jumlah kematian tak kurang daripada 6,000 orang setiap tahun sejak 10 tahun lepas..

Biarpun menyedari, jumlah kemalangan tidak menurun walaupun banyak langkah telah diambil namun ia tidak sekalipun mematahkan impian kerajaan untuk menurunkan kes kemalangan dan kematian yang meningkat setiap tahun..

Usaha ini perlu dikekalkan kerana ia setidak-tidaknya mampu mengurangkan kes kemalangan daripada meningkat banyak...sikap, faktor jalan dan pematuhan undang-undang perlu diamalkan semua pemandu.,barulah impian melihat ngara kita mencatatkan penurunan kes kemalangan.. 





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA