networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, January 21, 2017

@SPADChannel Sertai Ops TBC 2017 Untuk Kurangkan Kemalangan Pengangkutan Awam...

Anggota Penguatkuasa SPAD Siap Sedia Sertai Operasi TBC 2017
Setiap kali musim perayaan, pihak berkuasa akan membuat operasi khas bagi memantau kelancaran pergerakan trafik dan mendisiplinkan pengguna jalan raya supaya mematuhi setiap peraturan jalan raya..

Jumaat minggu hadapan dijangkakan aliran trafik akan meningkat kerana masyarakat Cina akan menyambut tahun baru pada 27 & 29 Januari ini..justeru itu, pelbagai agensi penguatkuasaan jalan raya akan digerakkan bagi menjayakan operasi TBC 2017..

Semua ini dilakukan bagi meningkatkan pematuhan peraturan jalan raya oleh pengguna jalan raya..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyertai operasi ini bersama dengan agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)..

Operasi ini akan menekankan 7 kesalahan yang kerap dilakukan oleh penumpang iaitu :
1) Gagal mematuhi peraturan jalan raya
2) Memotong digarisan kembar
3) Memandu dilorong kecemasan
4) Menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu
5) Tidak memakai tali pinggang keledar
6) Memotong barisan serta memandu di lorong kanan secara berterusan bagi bas dan kenderaan perdagangan
7) Memotong Barisan

Jika disabit bersalah, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan undang-undang di mana pesalah akan didakwa di mahkamah dan dikenakan denda maksimum RM 2000 tanpa sebarang kemungkinan kompoun..

SPAD turut mengingatkan semua pengendali dan pengusaha pengangkutan awam supaya mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan..

Tindakan SPAD ini menunjukkan betapa seriusnya agensi itu mahu mengurangkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam..bermacam-macam usaha dilakukan bagi mengelakkan kemalangan pengangkutan awam..

Ini kes serius kerana pengangkutan awam melibatkan nyawa ramai orang dan jika berlaku kemalangan ia akan merugikan semua pihak dan yang paling ditakuti nama industri pengangkutan awam terjejas oleh para pelancong luar...

Jadi nasihat kami buat pengusaha pengangkutan awam..patuhilah semua undang-undang dan janganlah menipu pengguna..maklum sahajalah musim raya ni tiket habis cepat..nanti tawarkan bas tambahan dengan harga berkali ganda mahal..

Jangan nanti dah terhantuk baru nak terngadah..ketegasan memberi hukuman bagi yang melanggar undang-undang perlu dilaksanakan supaya kadar kemalangan dikurangkan....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA