networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, January 17, 2017

TUDIA!!!!SULTAN JOHOR BIDAS DAKWAAN TUN M TENTANG DAKWAAN RAKYAT NEGARA CHINA DIBERI KERAKYATAN!!!



SULTAN JOHOR BIDAS TUN M, DAKWAAN 700,000 RAKYAT TANAH BESAR CINA AKAN DIBERI KEWARGANEGARAAN MELAMPAUI BATAS

" Cukuplah cukup. Selama ini ini saya telah mengelak untuk mengulas mengenai kontroversi mengenai Forest City yang diperkatakan oleh Dr Mahathir dan para penyokongnya.

" Tetapi Dr Mahathir telah melampaui batas dengan kata-kata beliau berkenaan isu tersebut. Beliau membuat dakwaan 700,000 rakyat tanah besar China akan tinggal di JB dengan akan diberikan kewarganegaraan dan sebahagian besar tanah telah dijual kepada Cina.

" Beliau beri gambaran bahawa Johor serahkan tanah kepada orang Cina dan kami tidak pertahankan kedaulatan negara, membuat perbandingan sehingga tahap bagaimana penyerahan Singapura kepada British.

"Biar saya tanya kepada beliau - Forest City akan dibina dia atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit tersebut adalah di udara. Ia unit strata.

" Saya ingin bertanya kepada Dr Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen itu ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang telah ditambak ini.

" Mari kita lihat bilangan warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura di republik itu bimbang? Tidak, mereka tidak bimbang, tapi sebenarnya mereka mengalu-alukan ekspatriat mewah di sana.

" Di sini, kita ada Dr Mahathir yang mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya. Beliau tidak bodoh, beliau hanya pentingkan diri dan bersifat oportunis

MELALUI TEMUBUAL DYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR BERSAMA AKHBAR THE STAR, 16 JANUARI 2017

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA