networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, February 19, 2017

"Ambil Pengajaran Insiden Basikal Dirempuh Kereta" Datin Paduka Chew Mei Fun


Insiden basikal dirempuh kereta awal pagi sabtu lalu terus menjadi topik bualan sejak semalam..kami melihat gambar-gambar mangsa memang menyayat hati.

Terasa sedih walaupun mangsa bukan ahli keluarga kami..inilah sikap rakyat Malaysia..kita merasakan kesedihan orang lain dan insiden ini harus menjadi pengajaran buat semua ibu bapa dan abak-anak kita..

Insiden ini turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun..

Datin Paduka Mei Fun mengingatkan ibu bapa agar menjaga dan memantau pergerakan anak-anak mereka..

Jelas Mei Fun ia tragedi sedih dan kita perlu mengambil pengajaran daripada insiden ini..ibu bapa mangsa yang meninggal perlu menjalani khidmat kaunseling..ia perlu dilakukan memandangkan kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan menyayat hati..

Tambahan pula, psikologi ibu bapa pasti akan menyalahkan diri sendiri kerana terleka daripada menjaga anak-anak mereka..

Hasil bacaan kami di media sosial, ada juga keluarga mangsa yang meluahkan rasa ralat melihat sikap anak-anak mereka yang tetap berdegil mahu keluar malam walaupun sudah dinasihat dan dirotan..

Di mana silapnya?apakah anak-anak kita mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka?ia sebenarnya bermula dirumah..didikan agama yang cukup akan membawa anak ini berfikir secara waras..

Berbalik kepada kenyataan Mei Fun, menurutnya masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan..serahkan kepada pihak polis..ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa ibu bapa perlu menanggjng tanggungjawab undang-undang mengabaikan anak-anak mereka..

Awal pagi tadi, Sultan Johor mencemar duli untuk menziarahi keluarga mangsa dan bertitah "biar anak-anak kita menangis, jangan kita menangis".

Sultan Ibrahim turut berkongsi perasaan sedih apabila kehilangan anak yang amat disayangi..

Dalam pada itu, Timbalan Menteri KDN, Datuk Jazlan, turut mencadangkan larangan anak-anak dibiar tanpa ibu bapa selepas jam 11 malam..

Jadikanlah hal ini sebagai pengajaran untuk kita semua..Al-Fatihah...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA