networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, February 5, 2017

DS @NajibRazak Hargai Pengorbanan @SPADChannel & Anggota Keselamatan Jaga Ketenteraman Awam Ketika Musim Perayaan..


Setiap kali musim perayaan, pastinya anggota keselamatan akan mengorbankan musim cuti semata-mata mahu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam..mereka sanggup mengorbankan masa cuti untuk bersama keluarga demi berkhidmat untuk negara..

Pengorbanan mereka ini sentiasa mendapat perhatian YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak..dalam satu entrinya di www.najibrazak.com baru-baru ini, beliau telah menulis penghargaan ini ditujukan kepada anggota keselamatan awam yang banyak berjasa kepada negara walaupun ketika musim perayaan..

Anggota keselamatan ini perlu diiktiraf..apa tidaknya disaat semua orang berebut untuk ambil cuti umum dan meluangkan masa bersama keluarga, tetapi mereka tidak..menjalankan operasi 24 demi menjamin perjalanan rakyat untuk pulang berhari raya berjalan lancar..

Dalam entry tersebut DS Najib berkata "Anggota Polis Diraja Malaysia yang menjaga trafik, Angkatan Tentera Malaysia mengawal sempadan dan kedaulatan negara malah membantu mangsa banjir, juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, doktor dan kakitangan hospital kerajaan serta ramai lagi,"

"Selain itu, penghargaan juga harus diberi kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia yang memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam kita bagi mengelak tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa," katanya lagi.

Susah sebenarnya menjadi seorang anggota keselamatan awam..orang tengah tidur, mereka berjaga.orang happy-happy balik kampung mereka duduk tepi high way, kt airport, basten jaga kebajikan rakyat..mereka inilah wira rakyat yang harus dijaga..

Apa yang membuatkan kami rasa sedikit kesal ialah sikap segelintir rakyat yang bukankan mahu iktiraf tetapi mengganggu tugas anggota keselamatan..sudah diviralkan jangan guna laluan kecemasan masih lagi ramai rakyat yang seperti tak ada otak menggunakan laluan kecemasan sehinggakan menganggu laluan ambulans untuk menyelamatkan mangsa...


SPAD memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan pengguna untuk pulang bercuti di hari raya..pada ketika musim perayaan, anggota SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan membuat pemantauan melalui ops yang mereka sertai.maklum sahajalah musim cuti, permintaan tinggi untuk menggunakan pengangkutan awam..apa yang pasti tugas SPAD ingin membasmi masalah seperti ulat tiket, mengurangkan kemalangan melibatkan pengangkutan awam dan menegakkan undang-undang pengangkutan awam..

Biarpun operasi kerap dilakukan tetapi masih lagi berlaku kes tangkapan ulat tiket, penipuan pemandu teksi tidak guna meter dan pemandu pengangkutan awam melanggar undang-undang yang ditetapkan..

Apa yang diharapkan SPAD ialah perkhidmatan berkualiti demi menjaga keselesaan penumpang..dari maklumat yang kami terima, pihak SPAD mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas penghargaan pengorbanan anggota keselamatan...

Syabas semua anggota keselamatan yang berkhidmat untuk negara!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA