networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, February 10, 2017

HARGA MINYAK VENEZUELA MEMANG PALING MURAH TAPI KOS SARA HIDUP SANGAT MAHAL!!!

Ilustrasi hiasan

Entry ini dicopy paste sepenuhnya dari sumber wasap..

*Harga Petrol RM0.04 sen seliter tetapi sebiji Burger berharga RM705.00*

Kos sara hidup di Caracas, ibu kota Venezuela atau nama rasminya, Santiago de Leon de Caracas dengan penduduk sekitar 5 juta orang pada waktu ini jauh lebih mahal daripada Tokyo, Jepun dan Zurich, Switzerland.

Tinjauan AFP mendapati, sebiji hamburger biasa dijual dengan harga 1,700 bolivar (kira-kira RM705) manakala kadar sewa penginapan bilik hotel jenis standard ialah 69,000 bolivar (RM28,578) untuk semalam.

*Kegagalan* presiden sebelumnya, Hugo Chavez merancang masa depan ekonomi negara *dengan menetapkan harga runcit petrol terendah di dunia kini ‘memakan’ Venezuela apabila kadar inflasi berada pada paras 800 peratus.*

Ini adalah senarai negara-negara dengan harga petrol termurah di dunia untuk bulan Februari 2017.

1. Venezuela - RM0.04 / litre
2. Saudi Arabia - RM1.06 / litre
3. Turkmenistan - RM1.22 / litre
4. Algeria - RM1.43 / litre
5. Egypt - RM1.46 / litre
6. Kuwait - RM1.51 / litre
7. Iran - RM1.63 / litre
8. Brunei RM1.66 / litre
9. Ecuador - RM1.73 / litre
10. Bahrain - RM1.85 / litre
11. Qatar - RM1.99 / litre
12. Nigeria - RM2.06 / litre
13. Kazakhstan - RM2.06 / litre
14. Sierra Leone  - RM2.19 / litre
15. Oman - RM2.23 / litre
16. UA Emirates - RM2.26 / litre

Harga petrol RM2.30 se-liter di Malaysia disenaraikan sebagai nombor 17 termurah di dunia.

Kebanyakan negara-negara yang petrolnya lebih murah dari Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengekspot minyak yang besar - jauh bezanya dari ekspot minyak Malaysia yang amat kecil jika dibandingkan dengan mereka.

Pada pendapat anda, harga petrol di Malaysia patut lebih murah daripada mana negara di atas dan mengapa?


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA