networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, February 21, 2017

Ikan Kembung Naik Haraga Kerana Kerajaan Xde Duit Bagi BR1M..Bodonya!


Ikan kembung naik harga..kalau baca tulisan tu dah terang2 wartawan ckp punca sebab laut bergelora dan cuaca tidak menentu..bila sampai berita ni kt sebelah sana..mereka salahkan Najib pula..aiyak!

Boleh pula ada yang merabat cakap..kerajaan BN kena bagi subsidi ikan berbanding BR1M yang tak semua dapat..gaya cakap macam orang mabuk minum ketum..bercakap tak fikir guna otak..

Bangsa pembangkang memang malas baca..kita semua tahu..laut bergelora pun nak salahkan Najib..gila betul..bawah ni kenyataannya!!

Story daripada Utusan di bawah :

Harga ikan kembung yang mencecah RM18 hingga RM20 sekilogram berban­ding RM5 sebelum ini walaupun dijual di lokasi peraih iaitu di Pusat Pendaratan Ikan Bisik-Bisik Kota Kuala Muda di sini mula meresahkan orang ramai.

Difahamkan harga ikan kembung yang juga dikenali sebagai ikan rakyat naik mendadak sejak seminggu lalu ekoran laut bergelora, sekali gus mengakibatkan nelayan tidak dapat turun menangkap hasil laut.

Seorang penduduk, Johari Abu Bakar, 62, berkata, dia bimbang kerana harga ikan tersebut mungkin boleh mencecah RM25 sekilogram jika cuaca buruk berterusan.

“Kebanyakan nelayan di kawasan ini bergantung kepada hasil tangkapan ikan kembung apabila turun ke laut.

“Akibatnya, sekarang peraih pun sukar untuk mendapat ikan kembung, kadang-kadang hanya lima kilogram sehari,” katanya ketika ditemui di pusat pendaratan ikan tersebut di sini hari ini.

Seorang peniaga, Zulkhairi Sha­ari, 51, dari Taman Nilam pula memberitahu, dia terpaksa membayar sehingga RM18 sekilogram semata-mata mahu memenuhi permintaan ikan kembung daripada penduduk di kawasan rumahnya.

“Apabila beli RM18 sekilogram, saya terpaksa jual RM20 sekilogram. Untung RM2 sahaja dan yang jadi masalah sekarang, ikan kembung tidak ada,” ujarnya.

Masalah sama turut dihadapi seorang lagi peraih, Sharifah Ismail, 45, dari Kampung Simpor Tambang yang terpaksa menjual ikan tersebut pada harga RM21 sekilogram.

Menurutnya, dia tiada pilihan lain kerana sebagai peraih pun terpaksa membeli ikan kembung dengan harga tinggi daripada nelayan.

Sementara itu, nelayan, Md. Saad Said, 58, dari Kampung Masjid Kuala Sungai Muda berkata, dia tidak turun ke laut sejak se­minggu lalu kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan termasuk laut bergelora ketika ini.

“Walaupun harga ikan kembung naik mendadak dan boleh dapat untung berganda, namun tidak ramai nelayan turun ke laut kerana bimbang dengan kese­lamatan mereka berikutan angin sangat kencang,” jelasnya.




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA