networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, February 13, 2017

@LiowTiongLai Dedah Sebab Dego Ride Wajib Dihentikan...


Perkhidmatan teksi bermotor atau Dego Ride yang menjadi trend masa ini dilarang meneruskan operasi mereka..larangan ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengatakan tiada peruntukan undang-undang membenarkan operasi teksi bermotor..

Sebelum ini kami ada terbaca sebuah entry mengenai teksi bermotor ini yang mana mula mendapat tempat daripada pengguna LRT, BAS, TEKSI dan MONOREL yang mahu menjadikan perkhidmatan ini untuk bergerak ke sesuatu lokasi tanpa perlu berjalan..

Artikel berkenaan juga menyentuh bahawa perkhidmatan ini merupakan alternatif pengguna mengelakkan diri daripada berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan kosnya juga lebih rendah berbanding teksi..

Pengasas Dego Ride, Nabil berkata perkhidmatan ini menerima sehingga 300 orang penumpang pada hari pertama Dego Ride diperkenalkan..kami memahami memang permintaan tinggi kerana penumpang mahukan perkhidmatan yang menjimatkan masa dan ekonomi..

Namun kita perlu melihat dari sudut undang-undang negara..tidak ada mana-mana undang akan membela penumpang dan ia menjadi satu kesalahan..

Seksyen 16 dan 47 Akta Pengangkugan Awam Darat (APAD) menyatakan bahawa mana-mana syarikat yang ingin menubuhkan perkhidmatan teksi mesti mempunyai lesen komersial daripada SPAD..

Kebimbangan Menteri Pengangkutan ini ada asasnya..mengikut statistik motorsikal mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi sekali di negara kita..takkan kita bak tambahkan lagi kemudahan yang berisiko tinggi untuk terlibat kemalangan..

Nampaknya Kementerian Pengangkutan amat serius dalam hal ini..mereka akan melakukan penyamaran untuk melakukan tangkapan kepada penunggang Dego Ride yang berdegil..

Pesan kami, nak jimat tu janganlah sampai membahayakan diri sendiri..

1 comment:

Anonymous said...

agaknya kalau operasi Dego di miliki oleh orang cina apakah ianya akan di halang oleh Liow Tiong Lai ni ? Isu ni di perbesarkan sebab operasinya dijalan oleh bukan orang-orang cina kan begitu ?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA